Friday, June 26, 2009

Adik Iman dah kuar...

Alhamdulillah...adik Iman selamat dilahirkan pada pukul 4.58 minit petang, hari Khamis, 25hb Jun 2009M bersamaan 2 Rejab 1430H..yakni semalam..di Hospital Besut, Jertih, Terengganu...beratnya hanya 2.4 kg...
**Gambar adik sekitar jam 6 petang**
Adik Iman kali ini sebagaimana yang diimpikan olehnya...lelaki...bakal teman sepermainan di padang bola kelak...gitulah impian si abang...bagi aku...alhamdulillah...tak kisah lelaki atau perempuan...yang penting..dua nyawa selamat...itulah kurniaan yang paling aku syukuri...terima kasih Ya Allah...
**Tok Ki & Tok Mami melawat cucu hero mereka**
Sambutan untuk si adik kali ini berbeza masa si abangnya...kali ini aku dapat semua perkara..dari segi menyambutnya keluar..mengazan dan mengiqamahkannya...belah mulut dan cuci urinya...jika dulu sebahagiannya dibantu oleh bapa mertua...
**Ummi disamping anak disisi ~ceria walaupun ketika kontraksi & selepasnya**
Kini..ummi dan adik masih di hospital...insya Allah lepas solat Jumaat akan keluar jika keadaan mengizinkan...doakan kesejahteraan untuk si adik..bakal mujahid untuk agama..dan ku panjatkan doa agar aku mampu memimpin keluarga ke arah yang makruf dan diredhoi Ilahi...amin...
**Hehehe...inilah putera kedua ku**

Tuesday, June 23, 2009

H/P Al-Quran Istimewa...

Untuk maklumat dan keterangan lanjut sila hubungi talian 013-505 7134 - Jangan malu dan segan2!!...Jadikan ia koleksi peribadi anda atau hadiah ulangtahun / hantaran perkahwinan untuk yang tersayang...
**Klik gambar untuk tengok speksifikasi yang detail...**

Thursday, June 18, 2009

Babi Halal Dimakan...

Dah seminggu aku tak mengupdateblog...bukan tiada citer...tapi malas nak olah citer...ditambah pulak dengan tugasan yang perlu diutamakan dahulu...insya Allah..jika ada kelapangan..akan ku kongsi jugak pengalaman ini bersama...

Untuk tidak memberatkan kepala...aku sertakan bersama tentang isu pemakanan halal seperti di bawah ini:Akibat kepelbagaian logo Halal...maka umat Islam di M'sia kini keliru...mana satu ler logo Halal yang benar2 dari pihak k'jaan keluarkan dan logo Halal dari badan2 luar yang diiktirafkan di Msia???

Untuk makluman...badan yang dipertanggungjawabkan utk mempastikan keluaran produk makanan yang halal adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)...dan kini JAKIM telah menurunkan kuasanya untuk mengendalikan proses pengeluaran sijil lgo Halal kepada badan Halal Industry Development Corporation (HIDC)...ini dilakukan sebagai mempertingkatkan lagi mutu kawalan dan kualiti logo halal yang diberikan kepada produk makanan industri tersebut...

Sahabat2...sila pastikan logo Halal yang benar2 diiktiraf di M'sia kini adalah seperti ini...Manakala logo halal dari badan2 luar negeri yang diiktiraf oleh JAKIM adalah seperti di sini...logo halal seperti masalah babi dikeratan akhbar semalam telah diselesaikan melalui surat di bawah:
Logo halal ini adalah tidak diiktiraf!!!....kini logo halal keluaran ini semakin meluas sebarannya di media elektronik..yakni di siaran tv..yg sempat aku tgk adalah iklan Hai-O Bio-Aura....penapis air...udah ler Hai-O tersebut pun bermasalah dari sudut muamalat syariah nyer...kini produknya pun diragui ke'halal'annya dan ke'thoiyyibah'annya...

Awas!!..berhati2!!...

Friday, June 12, 2009

Menakutkan!!...Rosmah Perempuan Puaka!!..

Mana entah aku kutip blog nie...memang kategori sampah btul...dia kata video ni ada kat youtube...jadi aku search ler....jumpa ler seperti di bawah...memang 'nakal' Kak Ros nie....bukan Kak Ros citer Upin-Ipin tu...huhuhu....

Tapi Kak Ros nie memang mengarut btul...mengarut tahap Gaban...mungkin tak lama lagi akan sampai tahap Transformers plak...hehehe....aku pun dah mula mengarut nie...sebelum sampai tahap Incredible Hulk....baik aku sedarkan diri...

Sebelum korang layan ke'seram'an Kak Ros yang dicintai nie...korang kena tahu akan akibatnya...korang kenaikan gambar di sebelah nie??..jangan kita diletupkan sama nasib ngan 'hantu' tu udah ler...hehehe...

Thursday, June 11, 2009

‘Pintu rundingan dibuka…tidak utk bekerjasama’

**Gambar ihsan Harakahdaily**
Serabut ler bab 'Unity Goverment' atau 'K'jaan Perpaduan' nie...satu pandangan kata ini konsep yg paling ideal ketika ini....dan satu lagi pandangan mengatakan ia mengarut...kedua2 pandangan adalah lahir dari pejuang yg telah lama berkecimpung dalam 'ilmu pentadbiran negara'...

Bagi aku..aku perlu mengikuti segala pandangan yang dilontarkan sebagai satu cara untuk memperolehi ilmu....kerajaan majoriti, kerajaan minoriti, kerajaan campuran, kerajaan gabungan, kerajaan perpaduan dll lagi....begitulah beberapa jenis atau konsep yang ada...tak tau ler...ada apa lagi konsep yg masih gagal aku mengetahuinya....

Tak kisah ler...tapi yg dok riuh sekarang nie mengenai 'UG'...aku amat menghormati pandangan kedua2 tokoh tersebut iaitu TGNA dan TGHH...pendirian TGNA ada kebenarannya...dan pendirian TGHH ada kebaikannya jugak...

Kerana apa??..sebab salah satu parti kompenan 'UG' nie...memang jenis tidak boleh dibuat bekerjasama...terlalu banyak utk diperkatakan...tapi TGNA telah melalui kepahitan dicampak segala najis oleh mereka...hanya dengan menguburkan mereka sahaja atau 'menghapuskan telur2 tinggalan penjajah ini dari menetas saja' mampu memberi pengajaran buat mereka utk kembali kepada menggunakan akal utk berfikir berpandu kepada 'fitrah' yg suci...itu kebenaran yg ada pada pendirian TGNA...

Manakala kebaikan pendirian TGHH pulak...inilah satu konsep yg lahir demi utk kesejahteraan dan keharmonian bernegara...masing2 parti dalam kompenan 'UG' perlu melakukan pengorbanan dengan harapan dan tujuannya adalah kepada kehidupan yg mensejahterakan dan mengharmonikan penduduknya dalam pelbagai aspek...

Tapi adakah konsep 'UG' atau 'K'jaan Perpaduan' ini boleh direalitikan di M'sia kini???..atau ia hanya sekadar lontaran idea sahaja??...

Mengapa perlu Karpal dan kuncu2nya meracau dengan konsep ini dan 'sudi' mengusung PAS keluar dari PR???

Dan, mengapa ramai juga bloggers dalam catatan mereka mengecam pemimpin yang mengesyorkan konsep ini??...mana pergi konsep wala' sebagaimana yg dirisaukan oleh Tim.Mursyidul Am??...

Apa2 pun..bagi aku...konsep demokrasi dan kebebasan bersuara dan memberi pandangan yang harmoni masih hidup mekar subur dalam negara kita...masing2 boleh berpendirian teguh atas hujah dan dalil yang diyakini...bukan atas dasar paksaan...

Kita mungkin terlupa...bahawa pakatan 3 parti nie…tidak menghapuskan segala bentuk ideologi 3 parti nie…adakah ikatan dan kerjasama dalam PR rapuh??...aku biarkan untuk korang jawab sendiri bab nie...sebab PAS dah ada jawapannya (i) & (ii)...dalam PR masing2 masih memegang idelogi dan perjuangan masing2…PAS menghormati ideologi dan perjuangan DAP dan PKR…

Dalam masa yang sama…2 parti ini perlu ler jugak menghormati ideologi dan perjuangan PAS…begitulah unik nyer PR...walaupun perbezaan diraikan tapi kesepakatan mereka wujud walaupun hanya pada hal2 tertentu yang mampu dibincangkan atas meja rundingan dan berpadu dalam keputusan yang dibuat dalam majlis tertinggi pemimpin PR…tak tau ler berapa kali mereka bertemu...

Tapi dalam isu 'UG' ini…tuan Presiden PAS akan membuat penjelasan dalam dalam majlis itu kelak…sebelum diberi penjelasan...pelbagai tafsiran mengenai 'UG' telah diberikan secara melulu...hatta kepimpinan tertinggi PAS pun membuat pelbagai tafsiran dan kefahaman versi 'UG' mereka sendiri...

PR yang terbentuk bukan seperti BN...mereka sanggup menggugurkan segala ideologi dan perjuangan masing2...semata2 mahu duduk dalam 'piring dacing' ....apabila sudah duduk..hanya perjuangan Melayu(UMNO) diutamakan dan dijadikan ketua...yg Cina pulak terpaksa diterpinggir...dan yg India pulak terpaksa melukut ditepian...terasa hati dalam 'dendam'..

Walaupun 'UG' diragui…tapi TGHH tetap berkeyakinan…insya Allah konsep ini akan difahami kelak jika penerangan dilakukan…

Kesimpulannya, apabila digabungkan pandangan 2 tokoh ini…perkara 'UG' ini hanyalah akan tinggal satu teori yang unik untuk kita mencedok ilmu sahaja…tapi adakah 'UG' ini dapat dipraktik dan diamalkan kini??..…jawapannya dua..'ya' atau 'tidak'…aku pilih 'tidak'...kerana apa??…kerana para perwakilan dalam Muktamar Tahunan PAS ke 54 di Ipoh & 55 di Shah Alam telah bersepakat sebagaimana pendirian TGNA...

Maka para kepimpinan PAS kini tidak boleh terbabas...saf kepimpinan hanya mampu 'sekadar pintu rundingan saja dibuka…tapi tidak untuk bekerjasama’…kerana ianya menepati konsep dakwah yang dikehendaki dan melaksanakan apa yang telah diputus dan disepakati dalam konsep musyawarah pulak....

WA..maaf..ini hanyalah pandangan daif...wassalam..

Sumber rujukan ulasan & pandangan: Harakahdaily

Wednesday, June 10, 2009

Selepas bermuktamar kita berseminar pulak..

Jom2!!...kita menambah penguasaan ilmu semasa plak..setelah penat mendengar segala perbahasan dan perdebatan para perwakilan di muktamar lepas...kita berseminar plak...

Kali ini, pengisian seminar bagi aku ada sedikit menarik...sebab ia berkaitan isu semasa yang amat bersesuai sebagai sajian makanan untuk dibaham pada masa seminar tersebut...

Aku pun udah book 2 malam di hotel tahap cikai tapi amat selesa di Ipoh bagi mengikuti seminar atau Wacana Ilmu seperti brochure di bawah...jika sahabat2 berkelapangan...jemput ler hadir...


Satu lagi seminar yang amat menarik adalah di Kota Bahru, Kelantan...aku terima jemputan ke seminar tersebut pada 13hb Julai nie...tgk kepada pengisiannya jugak amat bagus sekali..

Apa lagi...tanpa berfikir panjang...aku terus fax borang penyertaan tersebut untuk daftar nama...dan terus aku arahkan seramai 9 orang anggota pejabat aku terdiri dari kalangan Guru Takmir dan Guru Dakwah untuk turut serta dalam seminar tersebut...pentadbiran aku hanya mampu menanggung RM80 setiap seorang untuk yuran pendaftaran menyertai seminar tersebut...

Tapi apa yg menarik...seminar tersebut...bagi aku amat perlu dan wajib dihadiri...kerana pada petang atau malamnya...bleh menapak di Manik Urai...huhuhu...keesokannya 14hb Julai adalah hari pembuangan undi untuk PRK Manik Urai...

Sahabat2 sekalian...jika berminat utk menyertainya...silalah hubungi talian perhubungan yang tertera di pamplet di bawah...daftar segera sebelum tarikh tutup pada 5hb Julai ini...kita ramai2 menimba ilmu sambil menguburkan UMNO di Manik Urai...huhuhu..

Friday, June 5, 2009

Melopeh den nak ke Riau....

Sekarang dah masuk bulan Jun...aku dah tekad...bila masuk bulan 6 nie...aku nak kurangkan segala aktiviti aku ke luar dari Pengkalan Hulu nie...tak kira apa2 aktiviti pun...samada program atau mesyuarat...jika boleh bior di Pengkalan Hulu nie jer...

Malah aku dah tawarkan dan menjemput kepada pihak atasan pengurusan aku...agar mengadakan segala aktiviti...terutamanya mesyuarat diadakan di pejabat aku...alhamdulillah... aku dah susun canteekkk semua nyer...antara yang dah aku susun:
  1. Msyrt J/K Baitulmal Daerah - 9hb Jun nie
  2. T/duga Guru Ta'mir Daerah Gerik & P.Hulu - 17 Jun
  3. Msyrt Penyelarasan Pentadbiran Zon Hulu Perak / K.Kangsar - 18 Jun (10 pg)
  4. Msyrt Persiapan Seminar PEWARAK - 18 Jun (2.30 ptg)
Antara aktiviti luar dari P.Hulu yg aku pilih dan perlu untuk dihadiri...antaranya:
  1. Mjls Penyampaian Bantuan Dermasiswa MAIPk - 2hb Jun - di Ipoh
  2. Wacana Ilmu - 11 - 12hb Jun - di Ipoh
  3. Hari Keluarga PPUP - 27hb Jun - di Pangkor
Tapi pagi tadi...aku terima panggilan istimewa dari 'my bos'...seseingat aku ler tak der lagi aku terima call dan bercakap dengan 'my bos' selama aku dah bekerja masuk tahun ke-5 nie...melainkan aku menelefon...

Tak kisah ler...dalam perbualan tersebut...'my bos' tanya aku..."enta ada kelapangan atau tidak 10 - 12hb Jun nie?"...aku soal balik..."ada apa pada tarikh tu dato'?"...jawabnya.."ada seminar di Riau"...spontan aku terus menjawab..."maaf dato', zaujah ana dah dekat ngan due nak lahir, dah dekat sangat...ana kena jaga"...terus 'my bos' memahaminya dan mengatakan akan cari orang lain...

Itulah antara alasan aku menolak tawaran yg percuma tersebut...mana tidak nyer..hari nie...kalo ikutkan 'estimated due date' (tarikh jangkaan) dari doktor...telah masuk 9 bulan 9 hari...ikutkan tarikh jangkaan doktor adalah 26hb Jun nie..silap2 haribulan...mahu 'si anak' aku tu terbit awal nak tengok aku...tak pasai dibuat nyer...

Lepas 10 minit dari tu...aku telepon rumah..mengkhabarkan berita tawaran nie ngan 'my lover'...terkejut gak aku...siap bg izin lagi untuk aku ke Riau...kenapa plak tolak tawaran tu cepat sgt...kenapa tak bincang dulu...dan suruh aku call segera 'my bos'...begitulah antara persoalan yang timbul dari 'my lover'...

Sebelum ini..segala aktiviti kerja aku...aku sering berbincang...untuk 'match' kan jadual aku ngan kegiatan rumah...agar tak serabut...tapi kali ini...tidak...kerana alasan2 seperti di atas...

Tanpa melengahkan masa...aku pun apa lagi...peluang semakin tipis...sesegera aku mendail ibupejabat utk bercakap ngan 'my bos'...dan bertanya tentang tawaran tersebut...samada dah diisikan atau belum...tapi malang...ia telah diisi dengan segera oleh 2 orang sahabat aku...

Nampaknya...mereka sepantas petir tidak melepaskan peluang keemasan ini...manakala aku...sedikit terasa ralat...tidak dapat ke sana...walaupun Riau bukanlah tempat yg asing bg aku...tapi itulah yang dikatakan tiada rezeki...mungkin jugak 'si anak' dalam kandungan tidak mengizinkan aku pergi kerana aku perlu menyambutnya...

Rupa nyer...inilah 'rezeki' yang paling tiada tolok-bandingnya untuk aku menyambutnya...terima kasih Ya Allah...abah doakan agar 'adik' dan ummi sihat dan selamat nanti...amin...abah dan abang Iman dalam keadaan 'sabar dalam tak sabar' menanti hari2 yang semakin menghampir...hehehe...

Ikuti Siaran Langsung Muktamar Pas Ke-55

**Sila klik untuk ke blog rasmi muktamar & ikuti siaran langsung**

Hari ini bermula secara rasmi 'Muktamar Tahunan PAS Ke-55' dari 5-7 Jun...Jumaat hingga Ahad...sudah pasti musyawarah ini amat dinanti2kan bg memantapkan jentera dan bermuhasabah kembali segala aktiviti, prinsip perjuangan dan sebagainya...

Siapa pun yang diangkat oleh para perwakilan menjadi pemimpin pada kali ini...aku akan memberi taat setia atau bai'ah dan wala' kepada mereka...jadikan jawatan yang disandang utk kebaikan ummah dan meneruskan kesinambungan dakwah Islamiah...amin...

Kepada para 'muktamiriin'...selamat bermuktamar dan bermusyawarah!!..

Wednesday, June 3, 2009

Adu masalah suami anda kepada stesen TV segera!!

"Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV."

Begitulah al-kisah ragam rumahtangga...rumahtangga siapa??...sudah pastilah ragam rumahtangga selebriti...kalo orang kebanyakan...sudah pastilah akan mengambil manfaat fungsi rundingcara atau kaunseling dari pihak yang ada autoriti seperti Jabatan Agama Negeri atau pusat kaunseling yang bertauliah...nak adu kepada TVantara pun bleh...tvPAS pun bleh...mana2 ler...

Tak kisah ler...ia mungkin komen sinis utk sebilangan selebriti atau yg hidup mereka tertempias gaya hidup selebriti jer tu...biasa ler...pihak wartawan dan media...jika ada yang mampu disensasikan...pasti itu akan menjadi hidangan sajian istimewa untuk tatapan warga di media arus perdana...bercetak mahupun elektronik dan maya....lantok ler....

Apa yang aku nak komen bukan pasal isu di atas...tapi mengenai kajian dari pihak LPPKN atau Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara bagi tahun 2004 ke atas 'Punca Utama Perceraian Pasangan Suami-Isteri Di Negara Inii'...
  1. 42.3% = Perceraian berlaku disebabkan tiada persefahaman
  2. 12% = Curang atau enggan dimadukan
  3. 11.5% = Tidak bertanggungjawab
  4. 8.8% = Campur tangan mentua atau ipar duai
  5. 7.1% = Ketagihan dadah atau alkohol
  6. 1.6% = Masalah kewangan
  7. 1.1% = Terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan
  8. 0.5% = Didera
  9. 12.6% = Faktor lain
  • Perceraian disebabkan tiada persefahaman kebanyakannya membabitkan:
  1. 45.8% - Pasangan Cina
  2. 44.9% - Pasangan Melayu
  3. 20% - Pasangan India
  • Perceraian disebabkan campur tangan mentua dan ipar duai membabitkan:
  1. 30% - Pasangan India
  2. 7.4 - Pasangan Melayu
  3. Tiada kes untuk pasangan Cina
Manakala 'Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-4' menunjukkan:
  • Perceraian wanita Melayu dan bumiputera cenderung kepada kelompok berusia 25 tahun serta pasangan berumur 40 tahun ke atas
Akibat pembangunan sosio-ekonomi memperlihatkan peratusan yang meningkat iaitu:
  1. Mereka yang berumur 20-30 tahun dan tidak pernah berkahwin = Meningkat di antara 1991 - 2000, iaitu daripada 43.2% kepada 48.1%
  2. Di kalangan wanita berumur 20 - 24 tahun yang masih belum berkahwin= Meningkat pada tahun 2000 sebanyak 68.5% berbanding 1991 (60.2%) dan 1980 (48.1%)
  3. Umur lelaki bagi perkahwinan pertama = Meningkat kepada umur 28.6 pada tahun 2000 daripada umur 28.2 pada tahun 1991
  4. Umur wanita bagi perkahwinan pertama = Terus meningkat daripada 24.7 tahun kepada 25.1 tahun
Sumber : Berita Harian

Tuesday, June 2, 2009

Aku 'sembah' jua makhluk ini...

Akhirnya...pada hari ini...aku 'sembah' jua makhluk Allah ini...aku terpaksa akur pada tugas...aku terpaksa menampilkan sikap profesionalisme dalam menjalankan segala arahan dan tugasan....walaupun berat dihati...tapi aku pasti tindakan ini ada asasnya...

Setelah 4 bulan aku mengelak diri utk 'mengamin'kan segala doa yg ditujukan khusus kepada makhluk Allah ini...tapi hari ini aku 'mengamin'kannya...dan pada hari ini jua...aku terpaksa 'mengadap' dan 'menyembah' makhluk Allah ini...walaupun ia hanya anak...tapi perasaan ralat tetap ada jugak...

Udah ler aku terpaksa menjaga segala adab dan protokol yang menyiksakan ini...dipanaskan lagi dengan pemerhatian aku terhadap gelagat 'barisan perampas'...kemudian dihangatkan hati aku kepada pihak penganjur yang langsung tidak prihatin terhadap rungutan kebanyakan pada tahun lepas...

Tahun ini masih juga terjadi!!!...diberikan nyer kepada aku dan 'barisan pasukan - seramai 16 sebelah'...dengan sampul surat berwarna pink berisi kertas A4 kosong!!!...sahabat2 bleh tengok ler hasil kerja pihak penganjur seperti gambar dibawah:-

Menggelegak hati aku....pihak penganjur kena belajar 'berbahasa' jika mahu orang lain 'berbudi'...kerana dengan 'berbahasa' akan menyejukkan jiwa dan perasaan insan...

Jika 'berbahasa' itu penuh dengan manis madu....akan mampu memikat jiwa2 insan utk terus menabur 'berbudi' itu dengan berlipat kali ganda...seterusnya pihak penganjur akan menuai hasil yang lumayan...dan meningkatkan imej institusi yang mengurus pungutan dan pengagihan zakat...

Apa2 jer lerrr.......asal korang bahgia...udah ler....

Sekian..WA...

Barin Kawinn! - Abang Posmen Kita memang cekappp...

Post aku kali nie tentang 'abang posmen' kita...masa hari sidang DUN Perak yang lalu...yakni 7 Mei lepas...aku terima satu surat...tiada apa yang istimewa sangat tentang surat tu..tapi ada juga kejutannya....apa2 hal pun aku memang tabik kat 'abang posmen'...mereka memang cekap buat kerja....

Al-maklum ler...sejak2 jadi 'Berhad' nie...harga setem pun khabarnya nak dinaikkan...maka terpaksalah pekerja2 seperti 'abang posmen' meningkatkan servis perkhidmatannya...dalam keserabutan politik dan pentadbiran k'jaan negeriku Perak....'abang2 posmen' meneruskan kerjanya seperti biasa...yakni mengutus segala kiriman sampai ke arah yang dituju...

Terima kasih 'abang posmen'.....


Semua sahabatku....dijemput hadir beramai2 ke kenduri sahabat kita pada 13 Jun nanti di Segari, Lumut...lepas pada tu...bleh ler gi berkelah dan bermandi-manda kat pantai...bawak keluarga skali k....dan jangan lupa bawak 'hadiah' utk pasangan pengantin jugak...periuk-mangkuk tak diperlukan...nanti mangkuk2 tu dia hayun jerrr....huhuhu...

Monday, June 1, 2009

Muhammad al-Fatih : Dibentuk menjadi pemimpin ulung!!..

**Empayar Konstantinapol-Byzantine**
Hari ini (29 Mei), 556 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapol.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat.
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter.
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter.
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebel.
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 battalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat di letakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerentah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub Al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad Al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal Al Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerentah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak. Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujjah bahawa se orang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa. Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad Al Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini. Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisa. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapol dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh. Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad? Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisa dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole. Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda banginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebiuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah. Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu. Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti. Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur. Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertitah, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sbaginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah! Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Instanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka.
Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa taqwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerentah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad. Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain. Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerentah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi. Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai. Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad Al Fatih.

Sumber asal: Cetusan Hati
**Untuk mengenali K'jaan Islam Uthmaniyyah - Sila klik gambar**

Sumber bacaan lain: wikipedia / khairaummah / Grup Generasi Al-Fatih