انما بعثت معلما
Aku ingin berkongsi satu pesanan dari MahaGuru kita...Muhammad SAW...baginda telah menggelarkan diri baginda sebagai seorang guru.."SESUNGGUHNYA TIDAKLAH DIUTUSKAN AKU HANYA UNTUK MENJADI GURU"...
Kenapa Nabi SAW menggelarkan diri baginda sebagai seorang guru?
Satu persoalan yang perlu kepada jawapan...iaitu kerana Nabi SAW adalah guru dengan memberi panduan dalam segala aspek atau aktiviti kehidupan...
Aspek ibadahnya...baginda SAW adalah guru...aspek sosialnya...baginda SAW adalah guru...aspek muamalat...baginda SAW adalah guru...aspek pentadbiran...baginda adalah guru....aspek rumahtangga...baginda adalah guru...aspek ekonomi...baginda adalah guru...
Mudah cerita...baginda SAW adalah MahaGuru...
Pengajaran yang boleh aku ambil dari kata-kata baginda SAW tersebut ialah...
siapa pun jua kita sebenarnya...hakikatnya kita adalah guru...dalam erti kata lain...kita adalah guru dengan gelaran seorang pegawai...kita adalah guru dengan gelaran seorang ibu atau ayah...kita adalah guru dengan gelaran tok ketua kpg...kita adalah guru dengan gelaran sbg ketua negara...
Oleh itu...kita jalankan peranan dan fungsi sbg seorg guru dengan pelbagai gelaran jawatan yang kita sandang...Allah tidak mengikat kita utk menjadi seorang guru hanya jika kita berada di sekolah...kita boleh berfungsi sbg seorang guru jika kita seorang peladang, pekebun, pegawai keselamatan, dan mcm2 lagi...
Ini antara hikmah Allah mudahkan kita berfungsi sbg seorang guru mengikut kemampuan dan keupayaan kita...apa yang penting...sbg seorg guru...dasar pengajarannya adalah perlu berpandu kepada Al-Quran & As-Sunnah...kerana MahaGuru kita menjadikan ia sebagai dasar utama pengajarannya...
Akhir kalam..."Selamat Hari Guru" buat khalifah Allah...
_____________
p/s:..lama betul tak mencoret...terpanggil dan tercabar dengan komen sedara Che Net...tkasih Che Net...
_____________
p/s:..lama betul tak mencoret...terpanggil dan tercabar dengan komen sedara Che Net...tkasih Che Net...