Wednesday, July 8, 2009

Jom bermuzakarah, berijtimak & berseminar

--------------------------------------------------------------------
IJTIMA UMAT ISLAM SE MALAYSIA
TEMPAT : Berhampiran Masjid KLIA Kuaters, Labu , Nilai.
TARIKH : 9-12 hb Julai 2009

ATURCARA ;

Asar, Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan

9-07-2009 – KHAMIS – Selepas Solat Asar Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak

10-07-2009 – JUMAAT – Selepas Solat Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
- 1. Ceramah Umum
- 2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh Ceramah Umum

11-07-2009 – SABTU – 10.00 pg – 12.00 tgh Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- 10.00 pg – 12.30 tgh
- 1. Program Untuk Ulama
- 2. Program untuk Khawas
- 3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh Ceramah Pendek

12–07-2009 – AHAD – 9.30 pg –Sebelum Zuhur

1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak

*Sumber: al-Ahkam.Net
---------------------------------------------------------
Jika sahabat2 berkelapangan...hadir ler ke salah satu program ilmu tersebut....dan jangan lupa...ada satu lagi program keilmuan pada 13hb Julai nie..di Kota Bahru, Kelantan...untuk maklumat lanjut rujuk di bawah....

Tuesday, July 7, 2009

TERKINI!!..Tindakan Sultan Perak demi maruah negeri - Mahkamah

PUTRAJAYA 7 Julai - Tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah betul semasa melaksanakan kuasa prerogatifnya untuk meredakan pergolakan politik Perak dan mengekalkan maruah negeri itu, kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zainun Ali.

Hakim Zainun berkata, satu daripada kuasa eksekutif yang kritikal bagi seorang Raja dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengikut perlembagaan bagi mengekalkan kententeraman awam demi kepentingan awam dan oleh itu kesedaran baginda berhubung signifikan daripada pelaksanaan kuasa prerogatifnya itu tidak boleh dipertikaikan.

“Keadaan di Perak pada masa itu boleh dianggap sebagai sudah tidak normal, tidak jika seseorang menganggapnya sebagai normal, ketegangan politik, tekanan politik yang memuncak, suspens dan pengkhianatan dan pertukaran kesetiaan politik, sebagai satu yang rutin dan semuanya dalam pekerjaan harian.

“Kematangan dan kebijaksanaan Raja adalah wajib. Pelaksanaan kuasa prerogatif ini adalah lebih kritikal jika jentera kerajaan yang normal mengalami masalah,” kata Hakim Zainun dalam penghakiman bertulisnya setebal 115 muka yang dikeluarkan hari ini.

Pada 22 Mei, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Raus Sharif, Zainun dan Datuk Ahmad Maarop telah memutuskan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah, yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menyebelahi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

- BERNAMA / *Sumber dipetik dari Utusan

--------------------------------------------------
Dah lama tak ulas isu semasa nie..tapi malam nie aku tetiba jadi marahhhh.....tuan hakim janji nak siapkan penghakiman bertulis 2-3 hari dari keputusan yang dibuat pada 22hb Mei yang lepas...

Udah sebulan lebih....baru terbit penghakiman bertulis setebal 115 muka surat....sesetebal 115 helai kertas tersebut....yang menjadi hujah atau dalil kick-point keputusan 8 minit tersebut hanyalah membenarkan tindakan Sultan Perak....

Sultan Perak???....kenapa keputusan perlu berselindung disebalik institusi diraja???....setahu aku si Nizar bukan hendak mempertikaikan tindakan 'si warga berlabel kuning' tersebut...

Si Nizar menfailkan saman untuk mendapat penjelasan ke atas perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Perak...tentang prosedur perletakan jawatan melalui 3 kaedah tersebut...

Apa ke hal si hakim kaitkan ngan warga label kuning tu??...itu hujah puak2 lanun perampas tersebut...ni negeri adalah 'Raja Berperlembagaan'!!!!bukannya dia berkuasa mutlak!!...

Aku benar2 tak puas hati....walaupun aku tak baca 115 m/s tersebut....aku tak kira...sebab keputusan diatas itu saja yang dipaparkan melalui media yg menjadi hujah si hakim tersebut...

Sebagai warga & kakitangan yang dizalimi...dizalimi dari sudut emosi, moral dan tindakan...aku tak dapat nak terima hujah si mamat 'kaki sebelah dah menapak di neraka' nie....apa yang mampu...aku akan teruskan berdoa...kerana itu saja senjata yang aku miliki....

Wednesday, July 1, 2009

فتح الريان ريزا – Nama pilihanku

Alhamdulillah...ari nie adik dah seminggu berada di dunia...semua ternanti2kan nama adik Iman nie...dan namanya ku berikan 'Fathur Rayyan Reza' - Kemenangan/Pembukaan Kemewahan(Pintu Syurga) Yg Diredhoi -....

Seminggu aku diberi cuti isteri bersalin...banyak perkara ler jugak yg dapat aku bantu...ari nie juga...aku balik semula ke Pengkalan Hulu...untuk kembali menjalankan tugas...

Hampir 2 minggu aku tak masuk opis...22 & 23hb Jun (Isnin & Selasa)aku terpaksa ambik cuti...hari Rabu (24hb Jun) aku terpaksa ke K.Kangsar...jd panel penemuduga untuk jawatan Guru KAFA...cadang nyer 25hb (Khamis) nak masuk opis...

Tapi 25hb tu jugak ler emergency call...si 'Rayyan' nak kuar dah...sampai ler ari nie aku tak masuk opis...maka banyak ler perkara atas meja dan yg tertunggak aku perlu settle kan...
**Beginilah reaksi si abang Iman**

Dalam tempoh 7 hari tersebut..adik Rayyan ada kekuningan skit...dah 2 kali darah diambil...termasuk pagi tadi...tapi alhamdulillah..ada penurunan...darah yg pertama kekuningan tersebut di tahap 11.3....ari nie dah turun ke tahap 10.1...melepasi tahap bahaya iaitu 10.5...

Moga2 adik Rayyan bertambah sembuh....sian Rayyan...asyik tidor jer....itulah tanda2 kekuningan...tapi nasihat nurse...agar diberi susu ibu kekerapan sejam sekali...alhamdulillah...adik Rayyan semakin bertubuh...

Tak sabar rasa nak nyakat Rayyan!!..

Friday, June 26, 2009

Adik Iman dah kuar...

Alhamdulillah...adik Iman selamat dilahirkan pada pukul 4.58 minit petang, hari Khamis, 25hb Jun 2009M bersamaan 2 Rejab 1430H..yakni semalam..di Hospital Besut, Jertih, Terengganu...beratnya hanya 2.4 kg...
**Gambar adik sekitar jam 6 petang**
Adik Iman kali ini sebagaimana yang diimpikan olehnya...lelaki...bakal teman sepermainan di padang bola kelak...gitulah impian si abang...bagi aku...alhamdulillah...tak kisah lelaki atau perempuan...yang penting..dua nyawa selamat...itulah kurniaan yang paling aku syukuri...terima kasih Ya Allah...
**Tok Ki & Tok Mami melawat cucu hero mereka**
Sambutan untuk si adik kali ini berbeza masa si abangnya...kali ini aku dapat semua perkara..dari segi menyambutnya keluar..mengazan dan mengiqamahkannya...belah mulut dan cuci urinya...jika dulu sebahagiannya dibantu oleh bapa mertua...
**Ummi disamping anak disisi ~ceria walaupun ketika kontraksi & selepasnya**
Kini..ummi dan adik masih di hospital...insya Allah lepas solat Jumaat akan keluar jika keadaan mengizinkan...doakan kesejahteraan untuk si adik..bakal mujahid untuk agama..dan ku panjatkan doa agar aku mampu memimpin keluarga ke arah yang makruf dan diredhoi Ilahi...amin...
**Hehehe...inilah putera kedua ku**

Tuesday, June 23, 2009

H/P Al-Quran Istimewa...

Untuk maklumat dan keterangan lanjut sila hubungi talian 013-505 7134 - Jangan malu dan segan2!!...Jadikan ia koleksi peribadi anda atau hadiah ulangtahun / hantaran perkahwinan untuk yang tersayang...
**Klik gambar untuk tengok speksifikasi yang detail...**

Thursday, June 18, 2009

Babi Halal Dimakan...

Dah seminggu aku tak mengupdateblog...bukan tiada citer...tapi malas nak olah citer...ditambah pulak dengan tugasan yang perlu diutamakan dahulu...insya Allah..jika ada kelapangan..akan ku kongsi jugak pengalaman ini bersama...

Untuk tidak memberatkan kepala...aku sertakan bersama tentang isu pemakanan halal seperti di bawah ini:Akibat kepelbagaian logo Halal...maka umat Islam di M'sia kini keliru...mana satu ler logo Halal yang benar2 dari pihak k'jaan keluarkan dan logo Halal dari badan2 luar yang diiktirafkan di Msia???

Untuk makluman...badan yang dipertanggungjawabkan utk mempastikan keluaran produk makanan yang halal adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)...dan kini JAKIM telah menurunkan kuasanya untuk mengendalikan proses pengeluaran sijil lgo Halal kepada badan Halal Industry Development Corporation (HIDC)...ini dilakukan sebagai mempertingkatkan lagi mutu kawalan dan kualiti logo halal yang diberikan kepada produk makanan industri tersebut...

Sahabat2...sila pastikan logo Halal yang benar2 diiktiraf di M'sia kini adalah seperti ini...Manakala logo halal dari badan2 luar negeri yang diiktiraf oleh JAKIM adalah seperti di sini...logo halal seperti masalah babi dikeratan akhbar semalam telah diselesaikan melalui surat di bawah:
Logo halal ini adalah tidak diiktiraf!!!....kini logo halal keluaran ini semakin meluas sebarannya di media elektronik..yakni di siaran tv..yg sempat aku tgk adalah iklan Hai-O Bio-Aura....penapis air...udah ler Hai-O tersebut pun bermasalah dari sudut muamalat syariah nyer...kini produknya pun diragui ke'halal'annya dan ke'thoiyyibah'annya...

Awas!!..berhati2!!...

Friday, June 12, 2009

Menakutkan!!...Rosmah Perempuan Puaka!!..

Mana entah aku kutip blog nie...memang kategori sampah btul...dia kata video ni ada kat youtube...jadi aku search ler....jumpa ler seperti di bawah...memang 'nakal' Kak Ros nie....bukan Kak Ros citer Upin-Ipin tu...huhuhu....

Tapi Kak Ros nie memang mengarut btul...mengarut tahap Gaban...mungkin tak lama lagi akan sampai tahap Transformers plak...hehehe....aku pun dah mula mengarut nie...sebelum sampai tahap Incredible Hulk....baik aku sedarkan diri...

Sebelum korang layan ke'seram'an Kak Ros yang dicintai nie...korang kena tahu akan akibatnya...korang kenaikan gambar di sebelah nie??..jangan kita diletupkan sama nasib ngan 'hantu' tu udah ler...hehehe...