Thursday, March 1, 2012

Gambar Maqam Nabi SAW: 1Pembohongan Besar...

Gambar:1. dikatakan makam Nabi Muhammad(saw).Cuba baca apa yang di tulis dalam gambar ini

Seingat aku pertama kali aku tengok gambar ni di sebuah kedai mamak,masa tu aku nak bayar kat kaunter.Mamak tu gantung kat dinding ,siap dengan frame lagi.So bila aku pergi dekat-dekat rupanya gambar makam Nabi Muhammad(s.a.w)!Terbeliak mata aku,setiap sudut gambar aku perhati dan amati betul-betul,iyelah bukan senang nak tengok makam Nabi Muhammad.
Kalau nak tahu,sebenarnya aku pernah pergi ke Madinah & Makkah.Sempat jugak la aku ziarah ke Madinah selama 3 hari 3 malam. Sebelum & selepas solat aku mesti akan lalu depan makam Nabi.Tapi macam biasa la, aku dan orang lain boleh nampak hanyalah pintu@pagar makam sahaja.Nak intai pun susah,baru nak dekat sedikit askar Arab Saudi yang mengawal pintu tu dah buntangkan mata.Senang cerita gambar kat kedai mamak tu la yang paling jelas (gambar makam Nabi) boleh aku tengok,dan yang paling best mamak tu tak buntangkan mata pun! Hehehe..

Gambar:2 Keratan dari sebuah akhbar

Di jadikan dalam bentuk poster

Satu lagi cerita di kampung aku,ada satu kedai makan yang letak gambar makam ini di satu sudut kedai die.Kedai ni lagi best,bukan sahaja letak gambar makam Nabi, malah gambar bekas tapak kaki,selipar,pedang,serban malah beberapa helai rambut Nabi pun ada.Tapi bab gambar makam Nabi ni aku pelik sedikit sebab gambar die lain sangat dengan gambar pertama yang aku tengok di kedai mamak tu.

Rupa-rupanya gambar makam yang yang aku tengok kat kedai mamak & kedai makan kat kampung aku tu kedua-duanya TIPU! SATU PEMBOHONGAN BESAR!

Ini BUKTINYA….

Gambar pertama yang dikatankan makam Nabi sebenarnya:

Makam Maulana Rumi,seorang sarjana dunia islam di Konya,Turki

Makam kedua yang dikatakan makam Nabi sebenarnya:

Makam Osman Gazi,Sultan pertama kerajaan empayar ottoman(osman) di Bursa,Turki

Kalau nak difikirkan buat apa la dia orang ni sanggup menipu?Apa yang dia orang dapat?.Hasil dari kajian, sebuah laman web yang mula-mula sekali memaparkan gambar makam tipu diatas( dah tutup dah web dia) memperolehi hampir beribu-ribu dollar amerika dari seluruh dunia.Kebanyakkannya memderma kepada web ini sebagai tanda penghargaan kerana memaparkan gambar makam ini.

Ramai jugak orang kita yang print out gambar ini dan jual kat orang ramai.

Dan yang paling menyedihkan,terlalu banyak web dan blog di Malaysia yang memaparkan gambar ini,malah ada satu blog ini meletakkan kedua-dua gambar ini sekaligus! Dah tentu kedua-dua gambar ini bentuk fizikalnya lain,itu pun ramai yang percaya.Takkanlah Nabi ada dua Makam?.Dan ini yang paling best..kalau korang baca komen-komen pengunjung blog-blog itu,rata-rata mengucap syukur kerana berkesempatan melihat makam tipu itu,dan ada jugak yang tulis ’sebak dan rasa nak menangis aku lihat makam Nabi kita ni,alhamdulillah’..

Disini Aku sediakan gambar-gambar sebenar Makam Nabi Muhammad (s.a.w)

Satu-satunya kubah yang bewarna hijau di Masjid Nabawi,Madinah(di masjid ini terdapat banyak kubah).Disitulah tapak asal rumah Nabi dan disitu jugalah terletaknya makam Nabi Muhammad (s.a.w).

Pintu makam Nabi yang disaluti emas


Pintu Makam Nabi didalam Masjid Nabawi.Paling dekat umat Islam dengan makam Nabi.Kebanyakkan orang Islam yang datang ke Madinah akan ke sini semata-mata untuk memberi salam kepada Nabi Muhammad(s.a.w).Kalau anda semua perasan jika ada rakan atau saudara kita yang ke tanah suci,akan ada orang yang cakap ‘tolong sampaikan salam pada Nabi’.

Jika anda perasan di pintu emas itu ada 3 lubang.Pintu yang mempunyai satu lubang itulah terletaknya makam Nabi.Pintu kedua yang mempunyai 2 lubang itu terlataknya makam 2 sahabat Nabi & khalifah umat islam iaitu Abu Bakar dan Umar.Sebenarnya ada satu lagi lubang disebelah Pintu Makam Sahabat(sebelah Kanan),dikatakan makam disitu masih kosong,kerana ianya adalah tempat Nabi Allah Isa a.s akan dikebumikan selepas turun ke bumi di akhir zaman nanti.

Realitinya walau anda mengintai di lubang itu(seperti gambar di atas) pecayalah,apa yang anda akan nampak hanyalah sedikit cahaya yang malap.Senang cerita tidak akan nampak apa-apa!

Sekian,Wassalam……

Sumber:Pencacai SeMalaysia
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nyaris ler blog aku tak der terpangpang gambor yang dikatakan Maqam Baginda Muhammad SAW...apa pun ku panjatkan doa buat semua arwah tersebut..Sabaquuna Bil Iman....

5 comments:

aiman said...

follow my blog please http://megataiman.blogspot.com/

Test Papers said...

TestKiller
CertKiller
Exam Questions
Test Papers
Exam Dumps

obat herbal jantung said...

tambah kuat iman

obat herbal sakit kepala said...

tingkat kan iman dan taqwa kita terhadap Allah SWT
karena itu cara satu2nya meraih kebahagiaan kekal di surga kelak

*~De' Reza Family~* said...

aper hal plak gambor2 bukti tu udah ilang ler plak??!!#^$#^&