Tuesday, January 29, 2008

Iman di Kebun Sayur








Ni pic Iman baru pas demam kat kebun sayur seblah umah.Hampir seminggu jgklah Iman demam.B4 this takde pulak lama sampai camnie.Asyik jln sgt kot blan ni,abis satu family demam2.Lemah rasanya badan.Ni cerita Iman masa demam.Time2 tido tu ada lah jgk mulutnya meracau2..ada satu mlm tu tu..terdengar ler suara Iman.."Nak kodok2..buat lah ummi kodok2.."...agaknyer Iman mengigau lerr nie...sebut kodok2 (cekodok),Tapi bila tgk muka dia, dia bukak mata lak...bila tgk ummi tgk dia, trus lerr dia mintak lagi..."nak kodok2 mi..".."nak apa Iman?"..ummi tanya lagii..nak mintak kepastian.."nak kodok2..buat laa ummi...iman nak mkn kodok2.."...biar betul Iman nie...Time tu pkul 3.00 pg..kepala pun pening2...Bgn lerr jgk g dapur..nasib baik lerr ada lagi pisang yg bli ari tu...mengacau lerr cekodok pg2 buta,bila dah siap tu, msk blk jap..x goreng lg lerr, saja tgk iman dan tdo ker lum..bila tgk mata dia, trus dia tanya " mana kodok2 mi?"..Alahaiii..ingatkan dah tdo.."kejap ummi goreng ok".. "ok.." itu jer jwpan Iman. Terpaksa ler hayun kaki nie ke dapur balik, goreng cekodok,pas tu bwk air skali msk bilik,Iman mkn lerr sambil baring...pas mkn cekodok tu baru lah dia tidur blk...Tapi ummi lak x leh nak lelapkan mata..just wondering...kenapa lerr mcm tu...x penah2 lakk mlm2 buta mintak mcm2..lapar sgt agaknya...mungkin jugak itu salah satu perangai anak time demam...

Monday, January 28, 2008

Friday, January 25, 2008

Kepentingan Susu Dan Kalsium




Susu adalah sejenis makanan yang amat kaya dengan nutrien. Ia adalah sumber vitamin dan mineral yang baik, seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 ), magnesium, fosforus, zink dan kalsium.
Semua nutrien ini penting untuk satu atau lebih jenis fungsi. Bagaimanapun, kandungan kalsium yang terdapat dalam susu menjadikannya istimewa.Kalsium susu adalah yang paling mudah untuk di serap dan digunakan oleh tubuh badan. Kalsium diperlukan untuk pelbagai proses tubuh yang penting, contohnya aliran saraf,pengawalan denyutan jantung,pengecutan otot dan penyembuhan luka.Selain itu susu juga merupakan penambah kekuatan, kesihatan dan kecerdasan.Rasulullah saw sendiri membiasakan meminum susu agar tubuh baginda menjadi kuat dan tidak mudah diserang penyakit.

Di dalam Al-Quran juga Allah swt telah menceritakan tentang susu haiwan ternakan yang dijadikan banyak kegunaannya kepada manusia.Firman Allah swt yang bermaksud: “...dan sesungguhnya pada haiwan ternakan itu benar-benar terdapat banyak pengajaran bagi kamu. Kami memberi kamu minum daripadanya apa yang berada di dalam perutnya berupa susu yang bersih yang berada di antara tahidan darahnya. Ia mudah di telan ( di minum).” (Surah An-Nahl: 66)

Semua orang memerlukan kalsium dan juga nutrien berkhasiat lain yang boleh didapati daripada segelas susu.Lazimnya ramai yang menganggap susu hanya penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Tetapi sebaliknya,susu amat penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa.Diet kalsium amat penting bagi golongan wanita berbanding lelaki kerana wanita lebih mudah kehilangan kalsium berbanding dengan lelaki.Amalan pengambilan susu yang mencukupi boleh menghindari seseorang itu dijangkiti penyakit osteoporosis iaitu sejenis penyakit tulang rapuh.

Bagi kanak-kanak pula, mereka memerlukan dua kali ganda kalsium berbanding orang dewasa.Kekurangan kalsium pada peringkat umur ini akan menghalang kanak-kanak mencapai ketumpatan tulang yang maksimum.Ini boleh meningkatkan risiko menghidap osteoporosis di kemudian hari.

Antara makanan-makanan yang kaya dengan kalsium adalah:
 Ikan bertulang lembut seperti ikan sardin dan ikan bilis
 Kekacang dan produk kekacang seperti tauhu dan tempe
 Sayur-sayuran hijau seperti bayam dan kailan
 Buah-buahan kering seperti kismis, kurma dan aprikot

Tetapi pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium belum mencukupi. Pastikan kalsium yang diambil mudah diserap oleh badan seperti kalsium daripada susu.Selain itu, susu juga amat mudah dihidangkan pada bila-bila masa sahaja. Untuk kesihatan yang berpanjangan, semua orang sepatutnya tidak mengabaikan pengambilan susu sehari-hari.

Friday, January 18, 2008

Puasa Dari Sudut Kesihatan

Satu kaedah yang paling sempurna untuk mengimbangi kesihatan tubuh badan manusia dan untuk menghindari dari segala penyakit ialah melalui cara berpuasa, sama ada berpuasa di bulan Ramadhan ataupun puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis seperti yang dianjurkan.Apabila kita berpuasa, tanpa sedar kita telah membantu tubuh badan kita ke arah kesihatan total, baik kesihatan fizikal mahupun kesihatan mental.Puasa sebenarnya bertindak menghancurkan sisa-sisa racun dan toksik dalam darah manusia.Di samping itu, puasa juga boleh membersihkan segala kekotoran dalam badan dan memberi kesegaran pada otot-otot dan membuat kita sihat, segar dan bertenaga.

Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan ibadah yang telah difardukan oleh Allah swt ke atas sekalian umat Islam.Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:

“wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ke atas umat sebelum kamu,mudah-mudahan kamu bertaqwa” (Surah Al-Baqarah:183)

Puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga,tetapi perlu diingat bahawa puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan minum semata-mata,tetapi ia juga merangkumi mengawal hawa nafsu yang selalu membelenggu diri kita. Ramai yang tidak tahu, puasa secara teratur boleh mendatangkan kesihatan yang stabil dan dapat memperbaiki sistem daya tahan badan.Lumrahnya kita tidak faham cara berpuasa yang boleh mendatangkan faedah kepada kesihatan.Antara cara-cara berpuasa yang berkesan menurut sains perubatan adalah seperti berikut.

 Berbuka dengan buah-buahan dan minuman daripada bahan semulajadi.Minuman yang perlu dielakkan semasa berbuka seperti kopi dan teh kerana minuman ini mengandungi kafein yang boleh memberi rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa.
 Digalakkan solat maghrib terlebih dahulu kerana memberi peluang kepada perut supaya mencerna makanan.
 Mengambil makanan yang mudah di hadam dan mengandungi serat, kurangkan makanan yang pedas, berempah dan berminyak.Perbanyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan berasaskan kekacang.Disamping itu kurangkan pengambilan protein haiwan seperti daging kerana ia makanan yang paling kompleks dan susah dihadam.
 Banyakkan minum air putih kerana ianya baik untuk mencuci usus dan menyenangkan membuang air besar.
 Pastikan karbohidrat di dalam badan mengcukupi,sekiranya tidak badan akan cepat terasa lemah dan tidak bertenaga di siang hari.
 Rasulullah menggalakkan agar kita melewatkan sahur kerana ia menepati waktu bersarapan pagi.Kajian juga menunjukkan bahawa makanan yang utama dalam 24 jam adalah waktu sarapan pagi.Amalan bersahur juga penting untuk ketahanan badan kita.



Manakala terdapat pula amalan-amalan atau beberapa perkara yang menyebabkan puasa tidak mendatangkan kebaikan kepada tubuh badan kita.Sebaliknya ia mendatangkan kesan yang buruk terhadap kesihatan kita.Tetapi inilah antara rata-ratanya menjadi amalan tradisi kita.Disebabkan terlalu lapar, orang ramai biasanya akan makan sepuas-puasnya apabila berbuka.Ini kerana mereka tidak faham kaedah puasa yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kesihatan.Antara cara-cara berpuasa yang tidak berkesan kepada kita adalah seperti berikut:

 Makan terlalu banyak sama ada ketika bersahur ataupun berbuka
 Makan makanan yang pedas,masam dan terlalu masin.Makanan masin perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan air bertakung dalam badan.
 Kurang minum air pada waktu malam atau terlebih minum air semasa makan
 Makan makanan yang mengandungi bahan kimia seperti burger,sosej, mee segera, nugget , air tin.
 Mengulangi makan sepanjang malam.
 Tidur selepas kenyang makan dan tidak bersahur.
 Merokok.


Puasa pada dasarnya puasa adalah amalan yang sangat sukar dikerjakan.Itulah sebabnya Allah swt telah menjadikan amalan puasa itu berbagai-bagai hikmah dan kebaikannya. Hikmah puasa telah banyak diteliti oleh para ulama dan ilmuwan, dari para ahli syariat dan keagamaan islam hingga kepada para ahli psikologi dan kedoktoran.Allah swt memerintahkan kita berpuasa agar kita bertambah ketaqwaan kepadaNya.Dengan sifat taqwa itulah manusia dapat mengawal dirinya.Bahkan Allah swt telah melatakkan darjat orang yang bertaqwa di tempat yang paling mulia.Sebagaimana firman Allah swt.

“Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.Sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”(Surah Al-Hujurat:13)

Jadi puasa bukanlah suatu penyeksaan Allah kepada kita hamba Nya. Sebaliknya orang yang mengerjakan puasa dengan niat dan cara yang betul akan menerima ganjaran yang berlipat kali ganda.Malahan bagi orang yang berpuasa dan kemudian diiringi puasanya dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat , selain diampunkan dosa-dosanya yang lalu dan mendapat pahala yang besar, malahan dia juga akan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang siddiqin, syuhada dan solehin.

Alahaiii Mamiku




Apa sudah jd dengan mami nie..sibukk laa iman nok tgk gamba tok mami main ping pong..ada bakat terpendam rupa2nyer..nape lerr x dicungkil selama nie...nnt iman leh lerr main ngan tok mami...nie dok blawan dengan aboh ker....

'Apa lah tok mami main2 nie..' kata Iman.
'Mami mcm pegang senduk goreng ikan..' kata Adi

Macam-macam Ada




So cute.....

Thursday, January 17, 2008

Special Utk Hantu Ikan Pekasam..hehe





IKAN PEKASAM

Bahan-bahannya:
ikan talapia/sepat/puyu/haruan/keli [yg sedang2 tu]
1 cawan beras [gorengkan tanpa minyak dan mesinkan kasar]
2 s/b garam halus
1 cawan asam jawa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dan toskan sehingga betul kering.
2. Gaulkan beras, garam, beras dan asam jawa dengan 1/2 cawan air.
3. Di dalam bekas [sebaiknya pasu], susun ikan selang seli antara garam campur asam.
4. Masukkan juga ramuan tu dalam perut ikan.
5. Tutupkan dengan kemas bekas ikan dan letakkan didapurs elama 2 atau 3 hari..
6. Bila dah nampak menjadi [berair] baru simpan dalam petisejuk.

Cara masak
1. JANGAN BASUH ikan pekasam.Panaskan minyak dan gorengkan terus ikan pekasamdengan api perlahan sehinggan masak dan garing.
2. Bila dah masak angkat dan masukkan dalam pinggan.
3. Lebihan minyak boleh goreng bawang dan cili hiris [ciliapi atau cili merah]
4. Tuangkan bawang dan cili goreng atas ikan. Perahkan jus limau [jika suka]
5. Sedia untuk hidangkan.

Wednesday, January 16, 2008

Makan kat Baling





Gambar ni masa bwk family makan kat Baling...kata Teh Adah Iman...nie laa gambar Iman tersipu2...macam2 lerr si Iman nie...siap dok menempek kat Tok Ki dia tu...seblah TokKi tu lerr Teh Adah si Iman....tak clear sgt kot..xpe..nnt2 kita ltk yg besarnyer..Ambik ler gambar Tok Mami Iman lak..nak letak sini..kalo ada video lg best...

Ceramah Di Ambang Ma’al Hijrah 1429H / 2008M – ‘Menjana Ummah Gemilang’






Alhamdulillah, saya dapat menghadiri beberapa program ilmiah bersempena Sambutan Ma’al Hijrah 1429H / 2008M Peringkat Negeri Perak yang diadakan dari petang 9hb – 11hb Januari 2008 (30 Zulhijjah 1428H – 2 Muharram 1429H) yang lalu. Pergi dengan satu harapan untuk mengutip segala ilmu dari beberapa pandangan ustaz jemputan yang ku kenali untuk muhasabah diri diakhir dan awal tahun bagi menjana seribu harapan dan bekalan buat diri dan keluarga terutamanya.

Di sini akan dititipkan beberapa perkara yang penting hasil dari kutipanku dari 3 hari tersebut untuk dikongsi bersama buat muhasabah diri bersama, insya Allah. Penceramah jemputan adalah sahabat senior aku ketika di Jordan A.F.Us.Hasrizal (Saifulislam).

a) Definisi Menjana Ummah Cemerlang – Perlukan kepada hadaf/tujuan kecemerlangan secara bersepadu. Yakni kecemerlangan di dunia dan juga kecemerlangan di akhirat. Sebagai insan dan individu sudah pastilah kita memerlukan kecemerlangan di dunia dalam segala genap bidang yang diceburi kerana habuannya sudah pasti akan diperolehi dengan pelbagai bentuk ganjaran, pangkat, nama dan sebagainya. Kecemerlangan di dunia tidak akan lebih bernilai jika di akhirat kelak kita dipandang hina oleh Allah SWT. Apa yang kita mahukan adalah kecemerlangan di dunia dan menghasilkan kegemilangan di akhirat kelak, insya Allah.

b) Perlukah Kecemerlangan Di Akhirat?? Perlukah Kegemilangan Di Syurga?? – Persoalan ini menunjukkan berlakukan kepincangan dalaman insan itu sendiri dalam soal keyakinan / keimanan kepada perkara ghaibiyyat (syurga dan neraka) dan juga hari akhirat. Apa yang kita mahukan adalah di sini (dunia), kita memperolehi kemenangan dalam setiap pertembungan, keuntungan dalam setiap aktiviti muamalat dan perniagaan dan kejayaan dalam setiap yang diceburi. Jika ini yang kita mahukan, sudah pasti akan diperolehi tapi jika akal tidak dipandu oleh iman persoalan selepas dari kemenangan, keuntungan dan kejayaan tidak akan timbul dalam benak pemikiran. Jika dipandu iman maka persoalan selepas ini (akhirat) ialah mardhotillah yakni mahukan keredhoan Allah dan mengharapkan balasan syurgaNya.

c) 3 Kompenan Kemajuan –Iaitu: 1) Matlamat, 2) Manusia & 3) Mesin / Prasarana. Manakah antara 3 kompenan ini yang penting??? Sudah pastinya kompenan ‘Manusia’ menjadi pilihan paling penting bagi menjana kemajuan kerana manusia perlu dibangunkan untuk menjayakan matlamat dan manusia juga perlu dihargai dan boleh menghargai mesin. Maka dengan itu timbullah konsep ‘Pembangunan Modal Insan’.

d) 4 Faktor Kecemerlangan Manusia – 1) Ilmu, 2) Kemahiran, 3) Sikap & 4) Maklumat. Menurut kajian yang dinyatakan oleh A.F.Us.Hasrizal faktor ilmu, kemahiran dan maklumat hanya berpengaruh sebanyak 7% sahaja manakala 93% adalah dari faktor sikap manusia itu sendiri dalam menjana kecemerlangan diri. Tapi akhbar tabloid hari ini memaparkan bahawa perubahan sikap seseorang itu menggambarkan tanda2 menuju kepada kematian. Ini boleh diperhatikan dari persoalan yang diajukan oleh wartawan kepada waris mangsa. Perkara ini menjadi sebab kita tidak mahu membuat perubahan sikap pada diri. Ini amat bertentangan dengan kenyataan Saidina Ummar Al-Khattab: “Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Islam”. Dengan kedatangan Islam membawa sinar dalam perubahan sikap bangsa Arab itu sendiri yang membawa kepada pembinaan tamadun ummah. Formula ini telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah ar-Ra’d (13) – ayat 11 :

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ (11)

11. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah[767]. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan[768] yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
[767]. Bagi tiap-tiap manusia ada beberapa malaikat yang tetap menjaganya secara bergiliran dan ada pula beberapa malaikat yang mencatat amalan-amalannya. Dan yang dikehendaki dalam ayat ini ialah malaikat yang menjaga secara bergiliran itu, disebut malaikat Hafazhah.

[768]. Tuhan tidak akan merobah keadaan mereka, selama mereka tidak merobah sebab-sebab kemunduran mereka.

e) 3 Perkara Perlu Diubah Oleh Kita – 1) Hati, 2) Akal & 3) Nafsu. Perkara ini perlu dijadikan agenda perubahan dalam diri kita kerana hati adalah raja bagi kerajaan diri, akal adalah penasihat kepada hati manakala nafsu adalah penjahat dalam diri. Ini dapat dirujuk dalam surah As-Syua’ra’ (26) – ayat 88-89:

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)
88. (yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, 89. kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.

Menunjukkan kepada kita peranan hatilah yang paling penting dibuat perubahan sebelum akal dan nafsu.

f) 3 Peringkat Melakukan Penghijrahan – Iaitu seperti dibawah:-
1) Akal --- Ilmu --- Tahu
2) Hati --- Iman --- Mahu
3) Nafsu --- Latihan --- Mampu

Akal hendaklah diberikan ilmu agar menghasilkan pengetahuan, hati hendaklah dibangunkan dengan iman kerana akan membuahkan kemahuan kepada penghayatan agama manakala nafsu perlu dilatih untuk memberi kemampuan ketahana menepis segala cabaran dan dugaan. Ketahuailah bahawa manusia bertindak bukan kerana ia berpengetahuan tapi pada tahap kemahuan dirinya yang sudah pasti berakar umbikan kepada iman dan hati yakni simpulan ikatannya dengan Pencipta Rabbul Izzati. Dengan demikian itu, akan memberi output dan produk yang dikehendaki iaitu kecemerlangan diri dan ummah.


g) Destinasi Hijrah –
1) Alam Roh --- alam perjanjian --- Sifat asal roh kita adalah dekat dengan Allah
2) Alam Rahim --- alam kasih sayang --- Tempohnya hanya 9 bulan 10 hari sebelum berhijrah ke tempoh kelahiran
3) Alam Dunia --- alam melakukan amal --- Tempoh maksima 60 – 70 thn sebelum menuju ke berpindah ke tempoh kematian
4) Alam Barzakh --- alam perpisahan roh dan jasad --- Sebelum menuju kepada tempoh kebangkitan semula
5) Alam Mahsyar --- alam perhitungan --- Sebelum menuju ke tempoh pengakhiran iaitu tempoh pembalasan
6) Syurga & Neraka --- inilah destinasi terakhir dan perlulah membuat pilihan yang bijaksana dari akal berpandu iman dan hati.

h) Akhiran –
- “Berubah kerana terpaksa menjadikan diri sebagai mangsa manakala memaksa diri untuk berubah adalah langkah bijak untuk berjaya”.

- Maksud dari pepatah arab: “Jangan ucapkan selamat tinggal tapi ucapkan Ilal Liqa’ / Bertemu Lagi, jika tidak bertemu di dunia, bertemu lagi di akhirat”.


Begitulah sedikit titipan yang amat berguna untuk diri ini menjadikan ia sebagai pemangkin diri membuat satu perubahan rohani. Moga2 hasil ini menjadi renungan sepanjang tahun ini mahupun bahan muhasabah diri untuk mencapai konsistensi diri dalam amal dan hati. Semoga perkongsian maklumat ini mampu memberi pertambahan amal kebajikan buat diri ini, amin.

Puding Roti Karamel

Masa buat nie,Ida guna buah laici..buat dlm loyang kecik jer..cukup laa utk kami 3 beranak nie..yg penting senang & sedapp ..try lerr.

Bahan A:
3 sd besar gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
3 keping roti gardenia
200ml susu cair
200ml air buah dari fruit cocktal/apa2 jer laa buah dlm tin tu
1 biji telur
2 sd besar gula(kalo yg x suka manis sgt,xyah msk pun xpe,dah manis ngan karamel tu.)
1 sudu kcl esen vanilla
1 sudu besar tepung kastad

Hiasan
buah2 dlm tin td

Cara:
Buat gula hangus dulu,msk gula dlm loyang,msk dengan api paling kecil sampai gula jd perang,jgn lama2 nnt gula jd pahit.
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali buah2 tu
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis/alumunium foil
5. Kukuskan selama 15@20 minit.
Kukus dengan api sederhana,jgn besar sgt, nnt puding x lawa.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah
8. Sejukkan dlm peti sejuk...hidangkan sebagai dessert.

Tuesday, January 15, 2008

'Syeh Apa' Iman






Angkawasan Pertama Negara.Iman memang teruja bila tengok Sheikh Muszaphar nie.....ikut pelat dia, dia panggil Syeh Apa...teringat ler pulak detik2 pelancaran Roket Rusia, Soyuz TMA-11 yang membawa angkasawan negara, Sheikh Muszaphar Shukor ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.Time tu perasaan pun bercampur baur,gembira tu sudah pasti lah,bangga, berdebar-debar pun ada.Lepas tgk jer pelancaran tu, byk ler jgk info pasal angkasawan nie dok cerita kat iman.kat astro pun asyik ulang2 cite pasal misi tu.Sampaikan Iman pun asyik sebut Syeh Apa.Selalunya kalo suruh dia makan, abah dia cakap lah..iman mkn byk nnt jadi kuat macam Saidina Umar.Tetiba lak satu hari tu, dia cakap nak jadi kuat cam Syeh Apa.Tergelak jugak dibuatnya dengan perangai iman nie.Itu oklah lagi, tapi siap nak panjat2 lagi, nak naik atas macam Syeh Apa.Letih jugak lerr..hari Ahad saya berkesempatan menonton rancangan Nona diTV3,ada lah tengok Syeikh Muszaphar nie.Cara dia bercakap tu memang confident abiss...teruja betul tengok gaya dia..cakap tu macam x sabar2 nak melontarkan segala idea yang ada kat minda dia tu...Iman pun apa lagi, siap ikut gaya Syeh Apa dia cakap, ngan tangan2 skali bergerak sana sini...Good Luck for u Syeikh Muszaphar Syukor.

Monday, January 14, 2008

Renungkanlah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan,
hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita
lihat...dan manakah pilihan kita???

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin
bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.


Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal
bubar jika bangkrup.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal
lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.


Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan
cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.


Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan
lari jika orang berubah tingkah lakunya.


Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak
tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula
manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH,
sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA.
Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga
kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Daging Masak Hitam

Bahan-bahannya
1/2 kg daging btg pinang } direbus bersama kicap,campur air sikit jer.
1/2 cwn kicap cap kipas udang } rasa sedap dari yg lain, bukan nak promote.
3sb Jintan manis}
3sb Jintan putih}digoreng sekejap lepas tu blend kasi halus
3 bijiBwg merah }
3 biji Bwg putih }dikisar
1" Halia }
2 sb Cili kisar } ikut kepedasan sendiri
Rempah ratus } bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga

Cara-caranya
Daging yg direbus bersama kicap tadi dihiris nipis, air rebusan daging jangan dibuang.Masukkan sebhg jintan yg diblend tadi dan juga sebhg. bwg yg dikisar bersama halia.Gaul daging bersama bahan2 tadi dan goreng sekejap aje. Sekarang, lebihan minyak tadi gunakan utk menumis baki jintan dan bawang2.Masukkan cili kisar,kacau.Kemudian masukkan daging dan air rebusan.Kacau sebati sehingga kuah agak pekat.

Tom Yam

Bahan-bahan Paste
150 g cili kering dikisar
50 g udang kering dikisar
50 g belacan
50 g asam jawa dibancuh dengan sedikit air
50 g bawang putih dikisar
50 g bawang merah dikisar
50 g gula
25 g garam
25 ml perahan limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat paste
Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.

Bahan-bahan Tom Yam
1 ekor ayam. Isinya diambil manakala tulangnya direbus untuk diambil stoknya.
1/2 kilo udang
1/2 kilo sotong
100 g cendawan tiram
2 biji tomato
2 biji bawang besar
1 tangkai daun bawang dihiris nipis
3 batang akar daun ketumbar
2 batang serai
10 keping daun limau purut
150 g lengkuas
100 g cili padi
25 g paste tomyam di atas
50 ml sos ikan
25 ml susu sejat
Gula dan garam dan perahan limau nipis secukup rasa
Daun ketumbar mengikut rasa

Cara membuatnya
Masukkan ayam, sotong dan udang ke dalam stok ayam tadi bersama-sama lengkuas, serai dan akar daun ketumbar.
Kemudian masukkan bawang, tomato dan cendawan.
Masukkan tomyam paste.
Kemudian masukkan sos ikan, susu sejat.
Masukkan perahan limau nipis, garam dan gula mengikut citarasa.

PERCUBAAN UNTUK MENCURI JASAD RASULULLAH SAW




Umumnya, semua umat islam mengetahui bahawa makam Rasulullah SAW kini terletak di dalam Masjid Nabawi ,iaitu di kota Madinah.Pada asalnya Rasulullah SAW telah dimakamkan di dalam bilik di rumahnya.Kepalanya terletak di barat dan kakinya di timur dengan mukanya ke arah kiblat.Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu adanya percubaan jahat untuk mencuri mayat Rasulullah SAW itu.Ianya telah berlaku pada sekitar tahun 557 H.Perbuatan khianat ini telah di rancang dengan teliti oleh orang-orang Kristian. Mereka telah merancang untuk memindahkan mayat Rasulullah SAW daripada makamnya di Madinah.Bagi melaksanakan niat mereka itu, mereka telah mengupah dua orang lelaki Kristian yang menyamar sebagai orang Maghribi yang datang dari Andalusia, Sepanyol.Bagi memudahkan lagi pekerjaan mereka, dua orang lelaki ini telah menyewa sebuah rumah yang berdekatan dengan Raudhah iaitu berhampiran dengan makam Rasulullah SAW.Raudhah merupakan satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi.Ia juga merupakan tempat Rasulullah SAW dan para sahabat beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW.

Kedua –dua lelaki itu telah berpura-pura menjadi orang alim untuk mengaburi mata penduduk Madinah.Mereka sentiasa menunaikan solat di Masjid Nabawi dan selalu memberi sedekah kepada fakir miskin.Semuanya dilakukan untuk mendapat kepercayaan daripada penduduk sekitar bahawa mereka merupakan orang yang baik dan mengelakkan daripada syak wasangka orang ramai terhadap mereka.Mereka juga rajin menziarahi perkuburan Baqi’.Perkuburan Baqi’ merupakan kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa yang meninggal dunia di Madinah,termasuk para jemaah haji atau umrah.

Tetapi di sebalik semua ini, sebenarnya mereka mula melakukan gerak kerja untuk merealisasikan impian mereka untuk mencuri mayat Rasulullah SAW.Bermula dari rumah, mereka mula menggali secara rahsia sebuah terowong yang akan berakhir di dalam makam Rasulullah SAW.Tanah-tanah dari terowong tersebut dipunggah ke dalam telaga di dalam kediaman mereka dan kadang-kadang diisi ke dalam beg untuk di buang di Perkuburan Baqi’.Rancangan jahat mereka ini berjalan lancar tanpa disedari oleh penduduk Madinah.Tetapi mereka lupa bahawa kegiatan mereka itu sentiasa di lihat oleh Allah SWT.

Sehinggalah Allah SWT telah memberikan petanda kepada Sultan Nuruddin Mahmud bin Zinki dari Syria melalui satu mimpi.Di dalam mimpi tersebut Sultan Nuruddin telah terdengar Rasulullah SAW berkata,
“ Wahai Mahmud, selamatkanlah aku daripada mereka,”
ketika berkata demikian, Rasulullah SAW telah menunjukkan kepadanya dua orang lelaki yang berambut perang.Sultan Nuruddin pun bangun dari tidurnya dengan panik,dia berdoa dan kembali tidur.Tetapi mimpi itu berulang sebanyak tiga kali.

Baginda kemudiannya mengarahkan menterinya membuat persediaan untuk berangkat ke Madinah.Sultan Nuruddin dan pengikutnya menyeberangi jarak dari Syria ke Madinah dalam masa 16 hari.Apabila sampai di Madinah, baginda terus menuju ke Masjid Nabawi, mengerjakan solat dan termenung di sana kerana baginda tidak tahu apa yang harus dilakukannya.Melihat keadaan Sultan Nuruddin itu,menterinya bertanya,adakah baginda dapat mengecam dua lelaki di dalam mimpinya itu? Baginda menjawab bahawa baginda amat yakin dapat mengecam kedua-dua lelaki tersebut.Serentak dengan itu, menterinya pun memanggil seluruh penduduk Madinah yang memerlukan bantuan untuk datang mengadap baginda.Walaubagaimanapun,tidak ada kedua orang lelaki tersebut di antara orang ramai yang datang mengunjungi baginda.Setelah di selidik, baginda di beritahu bahawa ada dua orang asing yang tidak datang mengadap baginda.Mendengar berita tersebut, lalu Sultan Nuruddin mengarahkan mereka berdua mengadap baginda.Apabila keduanya dibawa mengadap,baginda segera mengecam bahawa itulah lelaki yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW di dalam mimpinya.

Kedua lelaki itu telah disoal siasat untuk membuktikan segalanya.Mereka menyatakan bahawa mereka berasal daripada Maghribi dan datang untuk menunaikan haji dan melawat Masjid Nabawi dan bercadang untuk tinggal di Madinah selama setahun.Bagi mengesahkan segalanya, Sultan Nuruddin sendiri telah pergi ke rumah lelaki tersebut untuk menyiasat.Tetapi malangnya baginda tidak menjumpai apa-apa pentunjuk melainkan sejumlah wang yang banyak.Baginda tetap tidak berpuas hati dan terus berfikir apa yang perlu dilakukannya lagiDengan kehendak Allah SWT, baginda tersepak satu kepingan kayu.Apabila diangkat kayu itu,maka terbukalah pintu terowong yang menghala ke arah makam Rasulullah SAW.Apabila di siasat,didapati terowong tersebut telah pun melepasi tembok dan dinding Masjid Nabawi.

Kedua-dua lelaki tersebut kemudiannya disebat sehingga mereka mengaku apa yang mereka lakukan dan bercerita hal yang sebenarnya.Mereka sebenarnya adalah orang Kristian dan di hantar oleh Raja mereka untuk menyamar sebagai jemaah haji dari Mahribi.Mereka dibekalkan dengan wang yang banyak dan di arahkan untuk mengambil mayat Rasulullah SAW dari makamnya dan membawanya pulang bersama mereka.Mereka kemudiannya dijatuhi hukuman bunuh di atas perbuatan mereka yang hina itu.

Istimewanya Madinah




Nabi Muhammad SAW telah berhijrah ke Madinah dan menjadikannya sebagai medan dakwahnya dan seterusnya sebagai Tanah Suci kedua selepas Tanah Suci Makkah.Di situ jugalah terletaknya jasad kekasih Nya.Madinah kaya dengan sejarah-sejarah yang jelas terkandung di dalam Al-Quran agar dijadikan panduan dan pedoman terutamanya buat kita semua, umat akhir zaman.Ianya menyimpan banyak kelebihan sebagai bumi yang penuh dengan keberkatan.Nabi Muhammad SAW pernah berdoa agar Allah SWT melimpahkan keberkatan ke atas bumi Madinah.Ini kerana ketika Rasululullah SAW memasuki Madinah,ia adalah sebuah negeri tempat bersarangnya penyakit,lalu Baginda berdoa:

“Ya Allah, berikanlah kecintaan kami kepada Madinah,sebagaimana Engkau berikan kecintaan kepada Makkah, atau lebih dari itu dan bersihkanlah ia serta berkatilah kepada kami dalam makanan dan bekalnya ,dan gantikan wabah penyakitnya dengan juhfah.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berkat doa Rasulullah SAW yang diperkenankan oleh Allah SWT membuatkan Madinah sentiasa mempesona dan menarik dimata setiap pengunjungnya.Madinah mempunyai keistimewaanya yang tersendiri seperti yang disebut di dalam hadis-hadis Rasulullah SAW.Antara kelebihan dan keistimewaan Madinah ialah:

1.Bumi Yang Subur Dan Makmur.

Madinah terletak di tengah-tengah lembah yang subur.Madinah merupakan kota yang baik untuk penghuninya, dari udaranya,tamarnya dan sebagainya.Bumi Madinah juga mengeluarkan tamar Ajwah yang mempunyai khasiat lebih daripada khasiat yang terdapat pada tamar-tamar lain.Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Barangsiapa di waktu pagi makan 7 biji kurma Ajwah,pada hari itu dia tidak akan terkena racun mahupun sihir.”

2.Masjid Nabawi.

Masjid Nabawi terletak di tengah-tengah kota Madinah.Asalnya ia merupakan tapak pusat pengeringan tamar dan kebun tamar milik dua orang anak yatim iaitu Suhail dan Sahl.Rasulullah SAW telah membeli tanah itu daripada mereka dan membangunkan masjid bersama-sama dengan Kaum Ansar dan Muhajirin.Masjid Nabawi ini mula dibangunkan pada bulan Rabiulawal tahun pertama hijrah (622M).Rasulullah SAW membangunkan masjidnya berdasarkan kepada asas taqwa,seperti sabda Rasulullah SAW:

“Pahala solat di masjidku ini adalah 1000 kali lebih baik daripada solat di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram,”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Para penziarah Masjid Nabawi juga hendaklah memelihara adab ketika memasukinya.Antara adab-adabnya ialah masuk dengan kaki kanan, memberi salam kepada Rasulullah SAW dan dua sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar,tidak berasak-asak ketika masuk mahupun keluar dan tidak mengeraskan suara ketika solat ataupun memberi salam,cukuplah sekadar sederhana.Pelbagai pembaharuan telah dijalankan di Masjid Nabawi selepas kewafatan Rasulullah SAW sehinggalah sekarang.Antaranya ialah menara masjid.Ketika zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ Rasyidin,Masjid Nabawi tidak memiliki menara.Orang yang pertama sekali membangunkan menara Masjid Nabawi ialah Umar Ibn Abdul Aziz pada tahun 93 H.Di dalam Masjid Nabawi terdapat satu ruang yang dikenali sebagai Raudhah di mana ia merupakan tempat Rasulullah SAW dan para sahabat selalu beriabadah.Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Antara rumahku dan mimbarku adalah taman (raudhah) dari taman-taman syurga.”

Ada juga ulama-ulama yang mengatakan ia bagaikan taman dari taman-taman syurga dala hal turunnya rahmat dan tercapainya kebahagiaan.

3.Tanah Haram

Seperti Makkah, Madinah juga merupakan tanah haram.Ianya menjadikan setiap umat Islam sentiasa berwaspada dan memelihara diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT ketika berada di sana.Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Madinah adalah tanah haram,letakknya antara Bukit Eir dan Bukit Tsur,sesiapa yang melakukan kezaliman (maksiat) atau melindungi orang yang melakukan kezaliman di dalamnya maka ke atasnya laknat Allah SWT,malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan sama ada yang wajib atau sunat tidak diterima oleh Allah SWT daripadanya pada hari kiamat kelak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4.Keutamaan Meninggal Di Madinah

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mampu mati di Madinah, maka lakukanlah,sesungguhnya aku akan bersaksi bagi orang yangmati di dalamnya.”(Riwayat Ibn Majah)

Maksud yang terkandung di dalamnya ialah bagi sesiapa yang boleh tinggal di Madinah hingga mati maka janganlah keluar darinya,demikian juga jika boleh berdoalah moga Allah mengambil nyawa kita di Madinah.Oleh kerana sabda Rasulullah SAW ini jugalah, maka Khalifah Umar r.a pernah berdoa kepada Allah SWT:

“Ya Allah,kurniakanlah aku syahid di jalanMu dan jadikanlah matiku di negeri Rasul Mu.”



5.Terpelihara Daripada Dajjal

Madinah merupakan kota yang diriwayatkan tidak akan di masuki oleh Dajjal.Rasulullah SAW menjanjikan terpeliharanya Madinah daripada serangan Dajjal.Dari Anas ibn Malik r.a ,Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tidak ada suatu negeri pun kecuali Dajjal akan memasukinya kecuali Makkah dan Madinah ,dikeduanya tidak terdapat satu tempat pun kecuali akan para malaikat berbaris menjaganya.Kemudian Madinah akan menggongcangkan penduduknya sebanyak tiga kali,lalu Allah SWT mengeluarkan setiap orang kafir dan munafik.”(Riwayat Bukhari)

Itulah sedikit sebanyak antara kelebihan atau keistimewaan Madinah yang patut kita semua ketahui.Jadi tidak hairanlah jika sekali bumi Madinah dipijak, akan terasa kerinduan untuk mengunjunginya lagi.Ini kerana suasana di Madinah cukup damai dan penuh dengan ketenangan.Maka umat islam adalah digalakkan untuk mengunjungi Madinah bagi mengenang dan menginsafi perjuangan dan penderitaan generasi terdahulu.Semoga dengan melihat sendiri tempat-tempat bersejarah serta mengenang kembali peristiwa-peristiwa itu akan dapat menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT.

Kata-Kata Aluan

Ahlan wa Sahlan

Assalamualikum

Moga kita dirahmati Allah SWT , amin.

Segala pujian dipanjatkan kehadrat Allah SWT, tuhan semesta dan pentadbir sekalian alam ini. Buat rasul junjungan Muhammad SAW, selawat dan salam dipanjatkan kepada semulia penciptaan Allah SWT, ahli keluarga dan sahabat baginda SAW. Tidak lupa juga, dipanjatkan doa kesejahteraan kepada semua pendokong Tauhidullah dan Muhammad Rasulullah.

Pertamanya, lafaz kesyukuran kepada Allah SWT dipanjatkan kerana telah memberi ruang kepada hamba sekeluarga memiliki ruangan ini untuk mencoretkan segala pandangan dan pengalaman peribadi dalam segenap bidang bagi manfaat ahli keluarga terutamanya. Manakala buat tatapan umum, coretan dalam medan ini bolehlah diibaratkan sebagai perkongsian maklumat dan percambahan fikiran dan ideal.

Objektif utama kehadiran sinarrasul.blogspot.com ini bukannya untuk memeriahkan alam di hujung jari dan keseronokan peribadi semata-mata tapi wadah ini mempunyai agenda untuk menjana dan memupuk mawaddah dan rahmah dikalangan ahli keluarga terutamanya sebagaimana firmanNya Azza wa Jalla:

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (21)

Yang bermaksud :- Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (arRom: 21)


Disamping itu, dengan kehadiran wadah ini mampu menjadi ruang latihan untuk mempertingkatkan keupayaan diri dalam bidang dakwah melalui penulisan dan melontarkan pandangan terhadap isu-isu semasa. Seterusnya, mampu menjadikan ahlinya serius, perihatin dan pantas memberi respon terhadap alam sejagat, insyaallah.

Untuk akhirnya, sebagai tuan rumah ‘Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum’ kepada sahabat sekalian ke ruangan laman ini samada secara kebetulan atau sebaliknya. Apa yang pasti kita boleh menjalinkan satu ikatan persaudaraan yang mulia dalam erti kata membina ‘Ukhuwwah Islamiah’. Selamat Tahun Baru 2008 Masihi dan 1429 Hijriah. Moga kita dipanjangkan usia dalam ketaatan kepadaNya.

Sekian, wassalam.

Adereza
3 Muharram 1429H / 12 Januari 2008