Monday, January 14, 2008

Kata-Kata Aluan

Ahlan wa Sahlan

Assalamualikum

Moga kita dirahmati Allah SWT , amin.

Segala pujian dipanjatkan kehadrat Allah SWT, tuhan semesta dan pentadbir sekalian alam ini. Buat rasul junjungan Muhammad SAW, selawat dan salam dipanjatkan kepada semulia penciptaan Allah SWT, ahli keluarga dan sahabat baginda SAW. Tidak lupa juga, dipanjatkan doa kesejahteraan kepada semua pendokong Tauhidullah dan Muhammad Rasulullah.

Pertamanya, lafaz kesyukuran kepada Allah SWT dipanjatkan kerana telah memberi ruang kepada hamba sekeluarga memiliki ruangan ini untuk mencoretkan segala pandangan dan pengalaman peribadi dalam segenap bidang bagi manfaat ahli keluarga terutamanya. Manakala buat tatapan umum, coretan dalam medan ini bolehlah diibaratkan sebagai perkongsian maklumat dan percambahan fikiran dan ideal.

Objektif utama kehadiran sinarrasul.blogspot.com ini bukannya untuk memeriahkan alam di hujung jari dan keseronokan peribadi semata-mata tapi wadah ini mempunyai agenda untuk menjana dan memupuk mawaddah dan rahmah dikalangan ahli keluarga terutamanya sebagaimana firmanNya Azza wa Jalla:

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (21)

Yang bermaksud :- Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (arRom: 21)


Disamping itu, dengan kehadiran wadah ini mampu menjadi ruang latihan untuk mempertingkatkan keupayaan diri dalam bidang dakwah melalui penulisan dan melontarkan pandangan terhadap isu-isu semasa. Seterusnya, mampu menjadikan ahlinya serius, perihatin dan pantas memberi respon terhadap alam sejagat, insyaallah.

Untuk akhirnya, sebagai tuan rumah ‘Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum’ kepada sahabat sekalian ke ruangan laman ini samada secara kebetulan atau sebaliknya. Apa yang pasti kita boleh menjalinkan satu ikatan persaudaraan yang mulia dalam erti kata membina ‘Ukhuwwah Islamiah’. Selamat Tahun Baru 2008 Masihi dan 1429 Hijriah. Moga kita dipanjangkan usia dalam ketaatan kepadaNya.

Sekian, wassalam.

Adereza
3 Muharram 1429H / 12 Januari 2008

No comments: