Wednesday, December 31, 2008

"Abahhh...ada pacattt...."


"Iman nak pegi cekoyah(skolah) abah"...ayat itu terpancul dr mulut Iman.Mmg dah lama jugak my hby menyuarakan pendptnya utk menghantar Iman ke tadika.Biar dia berkawan..asik dok umah sorang2 jer...paling tdk pun dia sibuk nak ikut my hby g opis. Main ngan pak guard situ.Pak guard2 opis abah tu laa yg jd kawan2 dia...rajin dok melayan karenah dia..

Tapi bila di pk blk isau jugak, Iman baru nak masuk 4 thn, dibuatnya dia bosan @ buat apa2 hal kat sekolah, haru plak jdnya.Sebut skolah pun x brape nak btul lg. Isu nak htr Iman ke skolah terhenti seketika..sehinggalah Iman sendiri yg menyuarakan isi hatinya. Entah2 dia dah bosan dok ngadap muker sy 24 jam kt umah...haha..agaknya nak cari suasana baru kat luar sana.X tau laa apa yg dipikirkan oleh anak teruna sy nie.
Tadika Idaman Iman-ada ler rupa skolah tadikanyer..hehe..

Ada jgk beberapa kali my hby bwk Iman ke Tadika..tempat my hby ngajar muallaf.Agaknya dia rasa selesa kt situ, dinding pun penuh tertampal a,b,c...dia rasa sronok nak skolah kt situ.Tp hasrat kami skang nie nak htr Iman ke tadika PASTI...Biar dia mendapat sentuhan PASTI dahulu.Bila dah masuk 6 thn nnt barulah nak htr ke Tadika Islam tu.

Beberapa kali jugak kami ronda2 area skolah PASTI tu, bg dia nampak skolah dia.Pujuk2 dia msk skolah tu....alih2 dia kta...'x nak aaa..skolah nie dlm utan..., Iman nak skolah abah..'

Adoiiiii...masalah btul lerr...sy pun memula x tgk lgi cemana skolah tu, pastu bila g tengok....padan ler si Iman x nak...mmg x menarik laa kawasannyer...kliling ngn pokok getah...xde suasana tadika pun...cemana nie...bila bincang2 ngan my hby...biar ler dlu...xyah skolah lg ler...alih2..dia plak ckp nak g skolah..dah pening kepala, nak masukkan dia kat skolah mana...

Tetiba my hby ckp, ada 1 lg skolah PASTI, kat sebuah taman, ok skit kot...kebetulan pas kuar mkn mlm, kami ronda2 jap kt tmn tu, cari skolah tu.2 kali pusing gak, baru jumpa...dah mlm, x brape nmpak sgt laa...tp Iman nmpak sronok skit..dia ckp dia nak skolah tu....beria2 nak skolah...kami dlm ati rasa lega skit...

Esoknya dia ajak lg g tgk skolah tu..nak puaskan ati dia, ronda laa lg skali...bila tgk siang ari....lain plak jadi nyer....hahaha...kami tanya dia..'ok ker skolah tu Iman?' ...dia diam...lama gak...last2 dia jawab 'kita tgk skolah lain plak aaa'...adoiiii...sah dia x brape bkenan ler tu...hati dia mesti kat tadika abah tu lg laa...

Kami dah senyum2....biar jer laa...htr jer nnt bila dah ada kawan, ok lerrkot..nak g skolah pun memilih si Iman nie..rasa2ny zmn sy dlu, mak ayah htr jer ler g skolah mana pun..skolah jer ler, xde byk2 songeh nyer...ini umur bru nak msk 4 thn dah mandai2 pilih skolah...
Skolah Pasti Iman...cam gua ler plak..bantai jer ler Iman, ini jer pun cam ok skit nyer..

Alkisahnyer my hby saja ler g skolah2 nie utk snap gamba...alih2 bila sampai kt skolah PASTI dlm utan tu..dia menjerit2...

'abah...nie utan...ada pacattt..." my hby tgk ler kat sluar dia, dia dah start nangis2 lg...
alih2..kemucut jer rupanya..melekat penuh kt sluar...hahaha....

Skolah pacattt...hahaha

Sunday, December 28, 2008

Iktibar Dari Peristiwa Hijratur Rasul...

Aku ke Ipoh bersama keluarga untuk menyambut kedatangan awal tahun Hijrah ke 1430...kali ini ingin ku kongsikan bersama catatan yang dapat aku coretkan dalam buku nota untuk dijadikan bekalan buat diri dan tatapan ahli keluarga terutamanya, tidak lupa juga untuk rakan2....

Saban tahun sambutan peristiwa hijrah dilakukan....adakah ia benar2 memberi kita keinsafan dan juga adakah ia benar2 untuk kita bangun melakukan penghijrahan???..begitulah persoalan awal yang ditimbulkan oleh penceramah jemputanA.F Us.Tarmizi Abd.Rahman di program 'Majlis Sambutan Di Ambang Hijrah 1430H' di Masjid An-Nur, Bt.8, Ulu Kinta. Kupasannya mengenai penhijrahan ini selama lebih kurang 45 minit.

Antara i'brah atau pengajaran dari peristiwa hijrah ini ialah:

1) Kemuncak kepada tekanan, penentangan, halangan, rintangan, mehnah dan segalanya dalam perjuangan Nabi SAW & para sabahat R.Anhum.

- Puak kafir berusaha memadam cahaya Islam
- Hijrah dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat R.Anhum untuk mengangkat martabat Islam
- Perancangan musuh utk dikenakan kpd
- Nabi SAW :- dibunuh / dibuang / dipenjara
- Sabahat R.Anhum :- diseksa(Bilal R.A) / dibunuh (keluarga Yasir)

**Kita perlu letakkan diri kita dalam peristiwa ini bagi mengangkat agama Allah
**Dimana usaha kita utk angkat Islam??!! dari sudut usia/tenaga/pemikiran/masa /kewangan & sbgnya...jangan berasa lemah kerana kita mempunyai ketinggian!!!

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Maksudnya: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (AliImran-139).

2) Peristiwa hijrah menjadikan Islam melalui 2 era:
a) Era Mekkah - Islam Tanpa Kuasa

b) Era Madinah - Islam Punyai Kuasa

a) Era Mekkah - Islam Tanpa Kuasa
- U'tbah melumur abu mayat ke muka Nabi SAW dan berkata:"Siapa yang boleh hidupkan mayat in??!"
- Nabi SAW dilumur najis
- Nabi SAW dilontar batu ketika di To'if

b) Era Madinah - Islam Punyai Kuasa
- Nabi SAW & sahabat R.Anhum tidak dihina dan dicaci malah dimuliakan
- Islam tidak dihina lagi
- Pelbagai syariat baru turun termasuk perintah berjihad & berperang..

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya:"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(al-Baqarah-216).

-Peperangan disyariatkan utk memapar kemuliaan Islam dan jua utk menjamin serta mempertahankan kesucian Islam walaupun perkara dibenci..
-Nabi SAW berhijrah utk berkuasa demi Islam

**Kita perlukan kuasa utk Islam!!!..Dgn kuasa tiada lagi penghinaan kepada Islam, Nabi SAW & sahabat R.Anhum..
**Realiti kita kini...adakah ketika ini Islam benar2 berkuasa??!

3) Hijrah menyempurnakan konsep u'budiyyah (penga'bdian) dan jua khalifah (pemerintahan)

- Kita didatangkan ke dunia ini utk dua perkara a) U'budiyyah (penga'bdian) & b) Khalifah (pemerintah)
a) U'budiyyah -
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya:" Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."(Adz-Zariyaat-56)

b) Khalifah -
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya:"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."(al-Baqarah - 30).

- Hijrah dapat melengkapkan pakej ini kepada penciptaan manusia, tanpa salah satu ia akan pincang dan kedua pakej ini saling bertaut dan memerlukan.
- Hijrah ke Madinah membentu sistem Khilafah / sistem pemerintahan Islam / sistem Siyasah Syari'yyah
- Pendekatan U'budiyyah di Mekkah manakala pendekatan U'budiyyah dan khilafah adalah di Madinah
- Islam bukan sekadar pada ibadat khusus (solat, puasa, zakat & haji) tapi ia meliputi ibadat umum (termasuk mendirikan sistem khilafah)

قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya:"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."(al-Ana'm-162)

-Solat diasingkan dari ibadat...menunjukkan ibadat meliputi satu perkara yang luas!!!...
- Dengan adanya sistem khilafah...menjadikan seluruh aktiviti pemerintahan adalah ibadah...
- Hijrah mencetuskan perkara ibadah dan siasah(peerintahan)
- Simbolik pembinaan masjid adalah bertujuan untuk pembinaan masyarakat dan juga pembinaan negara...

**Kita perlu lakukan pembelaan terhadap Islam melalui 5 perkara:
a) dengan menubuhkan daulah
b) melaksanakan hukum syariatNya
c) melakukan jihad dan perjuangan
d) amar ma'ruf nahi mungkar (menyuruh kepada yg baik & mencegahkemungkaran)
e) melakukan dakwah kepada non-muslim

**Hijrah menuntut kita mengembalikan sistem Khilafah Islamiyyah yang runtuh pada tahun 1924!!!

**Jadikan masjid sebagai pusat aktiviti dalam pelbagai bentuk dan lapangan untuk manfaat masyarakat dan negara!!..
-----------------

Sebagai renungan terakhir...

3 perkara untuk dilakukan semasa menyambut tahun baru Hijrah:

1) Berjihad
- Kerana "tiada hijrah selepas pembukaan Kota Makkah melainkan dengan melakukan jihad dan niat"...begitulah sabda Junjungan SAW.
- Kena lakukan jihad walaupun perkara ini tidak kita sukai berpandu pada ayat di atas (al-Baqarah-216)
- Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa mati tidak berniat untuk melakukan jihad, matinya jahiliyyah"...

**Bersamalah kita renungi...adakah kita sudah berjihad dan berjuang???..paling2 kurang...kita kena tanam niat utk berjihad!!!kerana jihad fi sabilillah itu wajib..

2) Melakukan taubat Nasuha
- Muhasabah dan nilai diri ketika sambutan tahun baru Hijrah
- Mohon keampunan diatas setiap kesilapan...dan bertaubatlah atas setiap kesilapan tersbt...

3) Hijrah dengan meninggalkan perkara yang dilarang

------------------

Itulah 3 point penting mengenai pengajaran dari peristiwa Hijrah dan etika kita menyambutnya...untuk diambil istifadah/manfaat darinya....moga2 ada kebaikannya...

Wassalam

Makkah - Madinah Memanggil Kita!!!....

Ayuh kita dengar sejenak nasyid yang sangat indah ini!!...Lapangkan seketika masa kita menikmati suasana Al-HARAMAIN (Makkah & Madinah)...

YA MAKKAH



YA TOYBAH (MADINAH)


TOLA'AL BADRU A'LAINA




‏قَوْله : ( أَتَيْت النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُبَايِعهُ عَلَى الْهِجْرَة فَقَالَ : إِنَّ الْهِجْرَة قَدْ مَضَتْ لِأَهْلِهَا , وَلَكِنْ عَلَى الْإِسْلَام وَالْجِهَاد وَالْخَيْر

"Aku berjumpa Nabi s.a.w untuk berikrar setia dengan baginda untuk sama-sama berhijrah. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Hijrah telah berlalu, tetapi ikrar setia yang masih boleh dilakukan ialah 1) terhadap Islam, 2) jihad dan 3) melakukan kebaikan."

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim:3465

Syarah hadith di atas telah pun dijelaskan oleh Imam Nawawi Rahimahullah iaitu;

"Hijrah yang paling mulia telah dilakukan oleh sahabat-sahabat Baginda Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita agar terus melakukan penghijrahan dalam 3 aspek:

1)Penghijrahan kepada ketaatan kepada agama Islam,
2)Penghijrahan dalam melakukan jihad & perjuangan, dan
3)Penghijrahan dalam melakukan seluruh amalan kebaikan,

dan Baginda SAW bermaksud : Aku menyeru kepadamu agar terus melakukan perkara-perkara (kebaikan) ini" [Syarah Sahih Muslim no 3465]
-----------------

Moga2 aku dan keluarga terus berusaha mencapai 3 perkara tersebut...kami pohon pada Mu sinar untuk 1430H...amin...

***Untuk berkongsi bahan2 sejarah kenabian...sila klik sini....

Sunday, December 21, 2008

Tetamu Istimewa...

Alhamdulillah...ketemu jua aku dengan sahabat lama..A.F Tuan Guru Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Aziz dan keluarga...aku mewakili keluarga de'Reza mengucapkan terima kasih kepada abu dan ummi farhanis...kerana sudi melapangkan masa utk ziarah kami di ke'hulu'an ini dari Pendang, Kedah...

Terhibur rasanya hati melihat telatah anak2....mcm2 ragam dan kerenah diorg pamerkan...bagaikan sudah lama berkenalan...bagi kami pulak...cerita perkembangan diri dan kerjaya dikongsi bersama...termasuk jua dikongsi bersama perkhabaran dari sahabat2 lama...

Seronok dapat kongsi pengalaman ngan ust.Lutfi terutamanya dalam hal cabaran & mehnah berhadapan dengan masyarakat..pro dan kontra...apa2 pun, apa yang dilakukan perlu ditempuh biar pun kadang-kala kita dicemuh kerana keterbukaan pandangan dan uslub dakwah yang berbeza dari kebiasaan...

Bagi diriku..perkongsian pengalaman dengan sahabat2 ini, dengan tidak semena-mena dapat membantu diri aku terutamanya untuk belajar dan mengambil iktibar dari setiap yang berlaku...kerana pengalaman juga adalah sebahagian dari proses pembelajaran...

Proses ini jua mengingat aku akan satu hadis dari Nabi SAW menyebut...
الْمُؤْمِن لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضه بَعْضًا ..."
Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain "(Muslim - 4684)

Pertemuan ini berlaku dalam suasana cukup mahabbah dapat aku dan keluarga rasakan...cuti hujung minggu terisi dan terasa lapang pemikiran seketika dari suasana kerja yang menghambat bila bersua sebegini...jika ada kelapangan masa dan waktu, aku doakan biar suasana sebegini dapat dilakukan lagi dengan cukup kerap lagi..insya Allah...

Bila ler dapat berkumpul dengan sahabat2 yang lain utk dijayakan Hari Keluarga???!!!....mungkin nak kena ada satu NGO atau persatuan baru leh berlaku???...nak kena gitu ker???...adusss....sapor ler plak yang nak usahakan yeaa??..

Di sini ku paparkan gambar pertemuan singkat tersebut untuk dikongsi bersama...

**Dari kiri~Iman~Farhan(6)~Hannan(5) & Anis(4)**

**Gitu ler anak2!#@%..dibiorkan maka pasir dimain nyer..Iman 'tok guru' nyer..**

**Syukran Us.Lutfi, Kak Su & Farhanis..maafkan kami jika layanan amat sederhana..**

**Us.Lutfi tersengeh bergaya dengan Nissan Sentra idamannya..**

**Akibat keletihan melayan tetamu...gini ler jadi nyer!!**

Koleksi Video Pernikahan Mawi & Ekin



Hehehe...saja jer aku masukkan video nie...sbb tak dapat tgk...tv kat umah udah 2 minggu rosak...maka segala perkembangan berita semasa dunia luar dan dalam negeri hanyalah menggunakan saluran internet...alhamdulillah...ada jugak alternatif nyer...

Baik jugak tv rosak...tukang kedai dah call...bagitau tv dah ok...kena RM84 katanya...tapi malas nak gi ambik..kalo gi ambik...maka anak soleh aku tu...Fauzul Iman tu...bangun tido jer tv...termasuk gak ler aku...ahaks...maka dari situ ada kebaikan nyer jugak...rajin ler plak dia mengadap buku..

Bila rosak nie...aku teringat satu point penting yg diberikan oleh Dr Jamnul Azhar...bila masuk Ramadhan jer...dia siap bungkus tv kat umah dia tu utk satu bulan...maka dalam satu bulan tersebut dia dapat perhatikan anak2 nyer dapat mengkhatam Quran...maka tahu lah ia...selama nie tv ler yg byk menghabiskan masa kita utk lakukan perkara2 berfaedah yang lain...

Bagi aku...elok juger 'Dajjal Mata Satu' kat umah kita tu rosak skali skala...hehehe...untuk Mawi & Ekin.."moga penyatuan ini diberkati Allah"...amin...

Thursday, December 18, 2008

BICARA PERDANA: ~Feqh Wanita~

Feqh Wanita

~Anda Semua Dijemput Hadir~
- Isu Terkini Berkaitan Wanita Akan Dikupas -
..Luangkan Masa Anda!!..


Di atas nie, merupakan program terakhir tahun ini (Hijrah)buat pejabat aku..sebelum itu, dari petang semalam hingga ke tengahari tadi nie...satu program telah dijalankan...iaitu 'Kem Tamam'...atau penuh nyer...Kem Tazkirah Alam Mahsyar & Tajhiz Mayyit...

Dalam mesej ucapan aku pada awal program...point pentingnya, aku menyentuh tentang adanya ketika ini ancaman pemikiran yang cuba menafikan tentang pembalasan alam kubur atau dikenali sbg alam barzakh...dan aku menyeru pada diri dan semua peserta agar senantiasa berdamping dgn alim-ulamak agar pemikiran kita tidak terpengaruh dgn dakyah2 sebegitu dan terjamin selamat selari berdasar panduan Quran & Sunnah apabila sering bersama ulamak dan menghadiri majlis2 ilmu sebegini..
**Us.Abdul Mokti menyampaikan tazkirah mengenai Alam Mahsyar**

Tuesday, December 16, 2008

Kenangan Silam Bersama Us.Lutfi

Jam sudah menunjukkan pukul 11.07 malam...aku memaksa diri meluangkan masa untuk mengimbas kembali kenangan2 silam...huhuhu...romantik ler plak...bukan ada adegan asmara dana pun...tapi teringat masa2 sebelum pengakhiran zaman bujang 'teruna sunti' Us.Lutfi dulu... ahaks... jangan marah eee Us.Lutfi...

Mana tak nyer...hari Ahad (14 Dis)...tengah malam pukul 11.03 malam...aku terima panggilan dari no.yang tak aku kenali...ku gagahi juga sahut panggilan misteri tersebut...manusia tersebut cuba bermain2 dengan nostalgia lama...aku masih blur jugak...

Aku cuba gabungkan nostalgia tersbt dgn suara 'buluh perindu' tersebut...hehehe...maka wal hasilnya...aku dapat cam manusia tersebut...satu org yang sangat aku segani dan sanjungi..Syeikhuna sahibus samahah ir. almarhum ...opssss...soli2...tersyasyulll...banyak benor 'laqob' nyer..Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Aziz...

Alhamdulillah...dapat jugak lepas rindu dengar suara...walaupun belum dapat bertentang mata sejak sekian lama...yakni dari tahun 2002...sudah lebih 6 tahun lebeyy...maka hampir setengah jam jugak ler bersembang...dari soal kerjaya, rakan2 dan anak2....tak dapat nak bayang ler plak kalo udah ketemu...

Bermula dari malam tersebut...malam semalam dan sehingga ler ke malam ini..aku cuba membelek2 koleksi album bersama tok guru...di sini aku titipkan bersama untuk tatapan bersama:
**Teringat sofa yang penuh 'mesra' pijat tu...waaaa!!!**


**Bersama 'bungkusan' yang amat berharga..nak hanyut kat Sg.Nil ke tu ustaz??!!**


**Apa ceghiter ler teman2 kite yang lain tu yer?? - masa raya 1421H**


**Penamat untuk satu permulaan**


Gambar terkini Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Aziz..untuk melempias rindu...huhuhu...


**Us.Lutfi & Zaujah kini berkhidmat di 'pasantren cinta'nya Maktab Mahmud, Pendang**


Insya Allah...bagi merealisasikan nostalgia lama...berkebetulan keadaan aku berada di persempadanan Kedah...pasti akan ku kerah tenaga us.lutfi untuk mencukur kepala aku sebagaimana dulu...hehehe...moga2 aku dapat ketemu insan bergelar sahabat yang sangat ku hormati ini....didoakan agar sahabat dikurniakan kesihatan yang baik dan bertambah rezeki bersama ahli keluarga...

Sahabat2 yang lain...jom layari blog ini untuk bersama Us.Lutfi, Kak.Su dan anak2 (Farhan,Hannan & Anis) atau keluarga 'Farhanis'...

Wednesday, December 3, 2008

Kembar 3 setahun...

Aku baru jer call bonda di Senawang petang semalam (3 Dis)...alih2 dapat khabar gembira lagi...musim mengawan agak nyer...teringat peristiwa pada tahun 2005...mana ke tidak nyer...keturunan M'Z makin membiak subur...huhuhuu....3 orang baru muncul dalam tahun tersebut....

Tahun 2004, sempurnalah sudah kami 3 beradik memasuki alam berumahtangga...aku yang bongsu...jadi aku ler yang last...tak der ler langkah badut lagi berbendul2....pada tahun 2004...aku dah mempunyai 2 orang anak sedara...Nur Iffa Najwa (2002)...dan Muhammad Sayyid Suffian (2004)...pasangan sulung tersebut adalah jua dari pasangan kekandaku...yang selamat diijabkabulkan pada tahun 2001 dan 2003....
**Inilah dia trio kembar 3 setahun!!..**

Pada tahun 2005...bonda aku dapat 3 orang cucu sekaligus dari kami trio M'Z (Freda, Raimie & de'Reza)...3 cucu tersebut..Fauzul Iman Reza, Muhammad Hilmi & Aina Nur Nadirah...menjadikan jumlah keseluruhan buat ketika itu 5 orang keseluruhannya...

Pada akhir Syawal atau penghujung Oktober yang lepas..aku mengkhabarkan kepada bonda bahawa cucu bonda kini dalam proses dari kami kuarga de'Reza...alhamdulillah....rupa2nya khabar tersebut membuatkan naluri seorang ibu menjangkakan akan ada yang menuruti...sebab dah salah sorang yang mula...
**Bonda bersama cucu sulung 2005-Iman Reza**

Alih2....apa yang dijangkakan...menjadi kenyataan...bonda mengkhabarkan kekanda Freda kini sedang muntah2 untuk anak ketiga....syukur....kini kami menanti pula khabar gembira dari kekanda Raimie...pasti berhempas pulas dia pas nie...heheheee....

Entahlah...apa yang nak dikatakan lagi...kami trio M'Z nie pun lahir berturutan tahun....bonda selamat melahirkan kami 3 tahun berturutan...Dis 1976, Nov 1977 & Okt 1978.... alih2...untuk cucu2 ayahanda M'Z pun berjangkit jugak ker??!!!...hahahaa..

A'la kulli halnya...alhamdulillah, syukur...inilah rezeki kurniaan Ilahi...moga2 dengan kurniaan rezeki pertambahan keturunan M'Z ini membuatkan kami semuanya bertambah rapat hubungan silaturrahim dan kasih sayang...

Nikmat keturunan ini adalah satu nikmat yang semua orang hajati...tidak kira betapa besar pangkat dan hinanya ia...hatta para Nabi A.S juga memohonnya...sebagaimana dalam surah Al-anbiyyak, ayat 89...
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik...
**Ayahanda M'Z bersama 5 org cucu-cucunya**

Point penting di situ adalah terdapatnya salah satu doa yang warid dari wahyu Quran utk diamalkan buat suami-isteri yang mahukan keturunan...moga2 zuriat keturunan menjadi 'Qurratul A'ini @ Penyejuk Mata' kita & 'Pemimpin Gol.Muttaqin'....amin....

Tuesday, December 2, 2008

Solat Dukung Baby.....



Sahabat2 sekalian...perhatikan saudara kita mempraktikkan solat secara dukung baby sampai habis k!!...

Tapi apa yang aku tahu...pergerakan bapa tersebut tidaklah membatalkan solat..tapi kesalahan di situ adalah kerana 'bapa tersebut memesongkan atau memalingkan badan dari arah kiblat'...kesalahan tersebut adalah kesalahan yang boleh membatalkan solat...mungkin sahabat2 leh buat ulasan berkenaan itu...

Disini aku sertakan bersama soal-jawab tentang solat dukung baby untuk rujukan bersama...
--------------------
Soalan

Salam

Moga dirahmati Allah buat sekalian kita,

- Saya nak bertanya tentang bagaimana cara dan kaedah terbaik masa solat dukung anak....

- Apa benda yg perlu dielak semasa dukung anak tersbt??

- Adakah najis lampin anak tersebut tertanggung atas org yg bersolat??

- Minta tuan panel berikan penjelasan....sekian dan didahului dgn lafaz jazakallah...

Wassalam
-----------------------
Wassalam

alJawab:

Terdapat hadith Syaikhan dalam hal ini, dari Abu Qatadah RA,
" ada suatu ketika Nabi SAW solat dgn mendukung 'Umamah anak Zainab (putri Nabi SAW), pabila baginda sujud, baginda meletakkan Umamah dan ketika bangkit utk raka'at seterusnya, baginda mengambil semula 'Umamah dan mendukungnya lagi." [Bukhari-Muslim]

Tambahan Muslim, sedangkan ketika itu baginda adalah Imam di mesjid nabawi.

Fiqh alhadith:

1. Nabi saw menunjukkan cara mendukung baby ketika solat, meletakkan baby ketika sujud dan memungutnya semula bila bangkit berdiri.

2. Tidak dibahaskan perihal najis bayi itu kerana semua dilihat pada yg dzahir, jika najis itu tidak kelihatan dan baunya tidak ada, maka dima'afkan oleh syara'.

3. Peristiwa mendukung baby itu berlaku hanya sekali sahaja. Ini menunjukkan dharuratnya. maka ia bukanlah suatu kebiasaan.

Syarah oleh prof Dr hasbi alSiddiqiey alam hukum2 Fiqah Islam Jld 1, Pustaka Aman press.

sekian

Sumber di al-ahkam.net
-----------------------

Aku turut lampirkan bersama karya dalam buku kontroversi yang bertajuk 'Pelik Tapi Benar Dalam Solat'...karya Us.Abdul Rahman Mohamed..dan di'counsellor' oleh Us.Hj.Zahazan Mohamed...

**Kulit Depan Buku**

**Muka 47**

**Muka 48**

**Muka 49**

**Muka 50**


Untuk makluman...buku ini telah termasuk dalam senarai yang telah diperakui dan diwartakan haram atau ditahan oleh pihak J/k Penapisan Bahan2 Penerbitan Berunsur Islam, Kementerian Dalam Negeri...

Rujukannya ada di sini:


KDN haram dua buku seleweng fakta Islam
14-08-2008 02:15:03 PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mengharamkan dua buah buku kerana mengandungi fakta yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenarnya.

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks AlQuran, Abdul Razak Abdul Latif berkata buku yang diharamkan itu bertajuk "Pelik Tapi Benar Dalam Solat" karya Ustaz Abdul Rahman Mohamed terbitan Telaga Biru Sdn Bhd, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur dan dicetak oleh FDZ Design & Communications, beralamat Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur.

Sebuah lagi buku yang turut diharamkan bertajuk "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism" oleh Norani Othman, terbitan Sisters in Islam, Petaling Jaya dan dicetak oleh Vinlin Press Bandar Baru Seri Petaling.

"Kedua-dua buku ini dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan mana-mana individu yang didapati menghasilkan semula, mencetak, mengeluar atau memiliki bahan larangan tersebut boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya," kata Abdul Razak dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sekiranya penerbitan berkenaan dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat. BERNAMA

----------------------

Kesimpulannya...keharaman ini kerana bleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan....keliru dan gelisah kerana ummat krg ilmu, tambahan pula pengajian solat hanya terlalu tertumpu pada aliran dan pandangan kecil Syafieyyah sehingga tertutup kepada pandangan yang berbeza hatta datang dalil dan hujjah yang lebih kuat...ditolaknya mentah2...bila dikatakan taksub...dimarahi pulak...gunalah alasan kekeliruan dan kegelisahan...

Buat para ilmuan pula, kurang menampilkan penerangan mengenai isu dan hal berkaitan ini...apabila dibangkitkan...maka ia tergolong dalam kalangan yang mengelirukan dan menimbulkan kecelaruan dan kegelisahan kepada ummah...

Maka...yang hak mesti dibungkus segera!!!...tapi...apa yang penting!!!...fakta dalam buku tersebut bukannya salah dan sesat....tapi sekadar hendak menutup kekeliruan dan kegelisahan saja....

Buat diriku juga...masih keliru dan gelisah atas sekatan ini....

Wallahu A'lam..

Monday, December 1, 2008

Uhhh...banjiorrrr...

Tak pernah lagi ku alami rasa ujan sebegini lama...lebatnya bleh tahan...mana tak nyer...sampai Jertih atau Besut pada malam ari Jumaat...sehinggakan ler ari nie...petang Isnin....dok ujan memanjang...celik mata...ujan...nak tutup mata...ujan....esoknya,celik mata...dok ujan lagi...aduss....

Sebelum nie dok tgk tv dan paper jer suasana banjir...kali nie dapat alami rasa ujan yang panjang sehingga menyebabnya banjir....walaupun tak dapat alami banjir sehingga terpaksa berpindah atau punggah2 barang....tapi..dapat aku rasakan suasananya...

Seingat aku...seumur idup baru 2 kali alami banjir kat umah....sampai kena angkut2 barang....tapi banjir nyer ada ler stakat keting kaki...huhuhu......

Nie ler keadaan di Besut atau Jertih, Terengganu ketika ini...

**Gambar 1**


**Gambar 2**


**Gambar 3**


**Gambar 4 - Gambar 2,3 & 4 adalah sawah padi yang udah tenggelam jadi laut**


**Gambar 5**


**Tersengeh ler dia!!...tak der sapa larang main air..**


Begitulah keadaannya....walaupun bagi pandangan penduduk Pantai Timur ia adalah musim...dan juga faktor geografi nya....tapi bagi kita musibah ini adalah satu bentuk peringatan yang boleh diambil iktibar dan i'brahnya atau pengajarannya...

Kerana banjir juga adalah salah satu kekuasaan yang Ilahi tunjukkan pada kita...sebagaimana ditunjukkan kekuasaannya kepada kaum Saba' dan juga kaum Nabi Allah Nuh yang dimusnahi Allah dengan banjir...

Sama2 lah kita ambil peringatan Nya dalam surah al-An'am ayat 65..
قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَى أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِنْ فَوْقِكُمْ أَوْ مِنْ تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَكُمْ بَأْسَ بَعْضٍ انْظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآَيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ

Katakanlah: " Dialah yang berkuasa untuk mengirimkan azab kepadamu, dari atas kamu (hujan batu / petir) atau dari bawah kakimu (gempa bumi / banjir)atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan-golongan (yang saling bertentangan) dan merasakan kepada sebahagian kamu keganasan sebahagian yang lain. Perhatikanlah, betapa Kami mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami silih berganti agar mereka memahami(nya)."

Friday, November 28, 2008

Minggu2 Yg Memenatkan!!!...

Fuhh!!...padat & memenatkan...tapi itulah tugas...tugas itu jugalah ibadah...habis satu tugas...tugas lain pula menanti...adakalanya terpaksa menolak...dan agih2kan tugas...itulah untungnya jika ada organisasi utk bergerak...penolakan bukannya apa...tapi bertujuan utk merehatkan badan dan mengumpul semula tenaga....

19 - 20hb Nov- sibuk dengan penganjuran Kem 'PEKA' atau Kem Permata Kasih...untuk para belia dan remaja di Kompleks Sukan Baling, Kedah...tapi sempat hadir pada majlis perasmian saja...
**Penyampaian Cenderahati Kpd Tim.Pengarah JAIPk Ketika Mjls Perasmian**

3.00 petang 19hb Nov terus ke Teluk Batik untuk mengikuti 'Bengkel Pengesahan Data Pernikahan' dari 19 - 21hb...

Manakala 22hb Nov hari Sabtu, dari Taiping terus ke Kota Bahru, Kelantan bersama keluarga. Sambil mencari kedai2 pemborong kain tudung bawal dan juga sambil tu..'Cuti-Cuti Malaysia' di Kota Bahru...bermalam sehari di sana...
**Suasana Pagi di KB**

Kemudian, 24hb Nov...paginya masuk opis...dan petangnya..pukul 3.00 petang...terus ke Bukit Merah...untuk mengikuti 'Kursus Latihan Pengurusan Kewangan'..3hari 2malam jugak di sana...seorang sebilik utk peserta kursus...apa lagi...berkebetulan bawak keluarga pulak...dok ler sekali...cadangannya...nak 'book' satu bilik asing satu malam....satu malam lagi nak hantor ke Taiping jer...

**Gaya seorg 'Bdk Saleh' dgn topi gaya British di Laketown**

27hb Nov...aku berada sepenuh masa di opis...menyettlekan segala perkara yang sepatutnya...dan yang sepatutnya aku kena sampaikan ceramah untuk para peserta 'Kursus Induksi' di Chalet Air Panas pukul 8.30 malam...tapi disebabkan aku masih kepeningan dan terawang2 lagi kotak pemikiran...akibat terlalu banyak tumpuan di jalanan....

Aku tak mampu nak siapkan slide untuk ceramah...walhal bahan dah ada...ditambah badan yang masih kepenatan...aku agihkan tugas tersebut pada sahabat utk gantikan...alhamdulillah... selosaiii....

Esoknya plak....aku sepenuh masa di opis , insya Allah...tapi lepas waktu opis...aku dan keluarga terpaksa bergegas semula dan berkemas2 serta mengusung semula beg2 ke dalam 'bonet' kereta...untuk pulang ke kampung di Besut...sebab nak meraikan pertunangan 'Teh Adah' si Iman tuu.. dengan jejaka pilihan hatinya 'Pok Ding'...ore kuala ganu kite....pada hari Sabtu nie..29hb Nov...

Udah tu...1 - 2hb Dis..ke Ipoh pulak...untuk mengikuti 'Bengkel Khidmat Nasihat'...dan dari Ipoh...akan ke K.L plak....waduuhhh.....untuk xm PTK....pada 3 - 4hb Dis....udah ler nak xm...membaca pun idak...entah ler apa nak jawab...pas2 lulus xm pengesahan jawatan....semangat nak xm benda2 alah PTK nie...jadi down ler plak!!!...

Al-kisahnya...hampir satu Malaya aku putar...bikin kepala pun jadi pusing....badan pun jadi capekkk....hampir semuanya jadi 'lunyaiiii'.....udah nasib baadaaannnn....

Sunday, November 16, 2008

Dikurniakan anugerah...

Aku dan Ummi Iman telah memulakan urusan pembayaran hasil tanah untuk menyertai Rancangan Tanah Berkelompok Tembila Hilir / Gong Medang, Mukim Tembila kepada Pejabat Tanah Daerah Besut pada 1hb Oktober 2006...

Kemudiannya pada 20hb Februari 2007, Pejabat Tanah Daerah Besut telah memaklumkan bahawa penyertaan atas nama Ummi Iman ini telah berjaya dan perlu bagi aku sebagai suami dan kakitangan awam mendapatkan kelulusan Lembaga Tatatertib bagi memiliki tanah tersebut... perkara ini termaktub di bawah perenggan (21) Pekeliling Perkhidmatan Bil.3/2002..

Al-kisahnya...pihak ibu pejabatku telah mengeluarkan surat kepada Y.B Setiausaha K'jaan Negeri Perak..U.P: Bahagian Tatatertib dan Naik Pangkat pada 19 Mac 2007...bagi mendapatkan kelulusan dari Lembaga Tatatertib...

Sebelum pada PRU-12...8 Mac 2008...telah banyak kali aku call ke pihak tersebut untuk bertanyakan akan perkembangannya...tapi amat dukacita....sepatutnya hal ini dipengerusikan mesyuaratnya oleh Y.B S/U K'jaan Negeri...tapi tidak dibuat...bila aku bertanya..apsal tak buat??..sebab ada satu isu masalah tanah...maka permohonan aku dan sebelum dari aku pun terperam begitu saja...

Bila ditanya..berapa lama dah tak mesyuarat??...2-3 tahun...bila dijelaskan...permohonan tanah aku nie bukan melibatkan tanah di Negeri Perak....dijawabnya tak tahu bergantung pada msyrt Y.B S/U K'jaan Negeri....bila ditanya pelbagai lagi....insya Allah akan diambil perhatian...

Aku plak bukan ler jenis pendesak...maka aku terima jer alasan yang diberikan...yang selalu mendesak hanyalah Ummi Iman...mana tak nyer...penyertaan tersebut atas nama dia...hihihi...kalot ler skit...yer ler...peserta2 rancangan semua dah dapat geran...cuma dia ler peserta tunggal tak dapat lagi...risau gak kalo Pejabat Tanah Daerah Besut bg kat orang lain plak...huhuhu...melopeehhh deenn...

Sehinggalah kjaan yang amat efisien dan proaktif terhadap menangani permasalahan rakyat tertubuh....aku skali lagi memberi ruang kepada pihak kjaan untuk menyelesaikan segala permasalahan rakyat diutamakan terlebih dahulu...barulah isu hal2 pentadbiran melibatkan kakitangan awam negeri diselesaikan satu persatu...

Tak silap aku...aku kembali bertanya kepada Bhgn Tatattertib pada penghujung Sept atau awal Oktober....dijawabnya telah dibawa masuk mesyrt bersama berbandle2 file permohonan tanah...

**Baru ltk batu asas**

Alhamdulillah...pada 29hb Oktober 2008...aku menerima berita gumbira secara lisan menyatakan permohonan aku lulus...dan secara bertulisnya pada 7hb Nov 2008..permohonan bagi medapatkan kebenaran untuk memohon dan memiliki tanah kerajaan di bawah Peraturan 10,Peratuan2 Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1995 bahawa Y.B S/U K'jaan Negeri tiada halangan di atas cadangan memiliki tanah/harta berikut:

Jenis Tanah : Tapak Rumah
Keluasan : 1151mp
Kedudukan : PT 2801 Mukim Tembila, Daerah Besut, Terengganu


**Moga2 terdiri binaan yang'تقرب الي الرحمن'**

Segala perancangan masih lagi ditahap perbincangan dan melihat 'rupiah'nya....huhuhu...

Berita Baik!!!

Hehehe...tanda ada berita gembira...bukannya apa...sebab dah lama tak mengentrykan segala bahan untuk dikongsi bersama...jadi peluang hari minggu nie...aku gunakan sebaik yang mungkin...sebab aku dah janji nak paparkan perjalanan hidupku serba sikit suka dan duka terutama pada Ramadhan dan Syawal yang lalu...

Gini al-kisahnya...fokusku pada tarikh 28 Oktober = 28 Syawal yang lalu..yakni sudah penghujung Syawal...setelah berpusing satu Malaya untuk beraya...sebulan raya...melayu punya raya...kali nie sambutan awal Syawal ku di Kampung Raja, Besut, Terengganu...
**Menikmati hidangan di pagi Syawal**

Kemudian...minggu kedua..di Taiping...minggu ketiga, menetap saja di rumah Pengkalan Hulu saja....manakala minggu terakhir Syawal...hari Ahad (26 Oktober = 26 Syawal) aku bersama ahli keluarga ke Melaka dan Senawang, N9...

Cadangannya...nak ke sana ari Sabtu...tapi pejabat aku buat 'Majlis Jamuan Aidilfitri dan Sillaturrahim Bersama Anggota Keluarga Pejabat'...maka aku terpaksa pergi ke Melaka & Senawang pada pagi Ahad...
**Iman yang candid persembahan nasyid di Jamuan Aidilfitri**


Alhamdulillah...walaupun pertemuan ku bersama ahli keluarga amat singkit..tapi cukup bagi ku untuk melihat wajah kedua ibubapaku...
**Bersama ahli keluarga ketika di Senawang, N9**

Setelah kembali dari rehlah yang memenatkan pada 27 Oktober tersebut...maka 29 Oktober sekali lagi akan ke Ipoh dan terpaksa ambil Cuti Rehat satu hari kerana Ummi Iman ada interview ngan pihak MARA...

Pada malam 28 Oktober tersebut...sibuklah si Ummi Iman nie dok memujuk suh beli 'alat' tu....orang kata 'jangan'...memaksa beli gak...orang suh baca buku buat preparation untuk interview esok...dok suh gak beli...adeeiiii...

Tanpa melengahkan masa...bagi nak memuaskan hati Ummi Iman nie...satu famili keluar...nak beli 'alat' alah tu...sebelum ujikaji sains dilakukan...walau apa keputusannya..kena terima...jangan dok frust menonggeng plak....

Apa lagi..keputusannya amat memberansangkan!!!!...hehehe...sambil melompat2 ngan si Iman yang turut riang bersama..entah dia tau tak apsallah abah dia melompat nie...aku pun terus buat sujud syukur....

**Sample pregnancy test**


Keesokannya pas balik dari Ipoh...sampai P.Hulu pkol 4 petang...dalam keadaan hujan lebat..trus gi klinik...apa lagi...'rezeki' tersebut baru dikandungan '5 minggu'...skang nie sudah berusia 8 minggu...penantian yang amat menguja...alhamdulillah....هذا من فضل ربي...

Sunday, November 2, 2008

SeLaMaT HaRi LaHiR BuAt DiRi Ku...HuHuHu....



Assalamualaikum...

Pertamanya lafaz kesyukuran kehadrat Ilahi ku panjatkan....hampir 2 bulan aku tak menulis diruangan blog aku nie...terutamanya pada bulan Ramadhan dan Syawal yang baru ku tempuhi..insya Allah..jika ada kelapangan masa akan datang...aku cuba kongsi bersama khabar suka dan duka untuk tatapan diri, keluarga dan rakan2 sekalian...mungkin ble ambil iktibar dari khabar peristiwa tersebut...

Aku cuba curi2 masa...sedangkan mood untuk menulis pada ketika ini pada tahap yang amat 'gaban' merosot skali...bukannya apa...sebab menulis nie..nak wish diri sendiri sempena kedatangan tarikh lahir hijri ku tak lama lagi...insya Allah pada 10 Zulkaedah nie..

10 Zulkaedah 1398H / 12 Oktober 1978M (Khamis / 8.15 pagi) = 10 Zulkaedah 1429H / 08 November 2008M ini...panggilan maut semakin hampir setelah peningkatan usiaku kini iaitu 31 tahun mengikut taqwim Hijri manakala 30 tahun mengikut taqwim Masihi..

Ku berdoa moga2 peningkatan ini turut mampu meningkatkan taqarrub diri ku kepada Ilahi...amin ya rabbal amin....

Disini aku sertakan sekali alunan keinsafan buat diriku bagi mengkoreksi diri yang mencecah umur 30an...



Pada Mu selamanya..

Sejenak ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat segalanya....

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku

c/o- Kini bersendiri ku meniti hari
Ke kanan ke kiri ku menilai kembali
Jalan ku lalui dosa yang telah pergi…oohh..
Walau tanpa ku sedari airmata membasahi

Terasakan terbuka kunci pintu hatiku
Dan timbullah ketenangan dijiwa yang keliru
Terurai kekusutan membaralah cintaaaa....
Diri (Pada) Mu Yang Esa selamanya....

Friday, October 24, 2008

IMAN & ABAH

Iman @ Tok Bali


Siakap Sweet Sour


Risik2 dlm peti ais tu, ada lerr ikan siakap 2 ekor..dok terpk2 ler nak msk apa..selalunya bakar berempah jerr...tp this time cam tringin plak nak mkn msk sweet sour nie..mmg dah lama gak x watnyer...guna mana2 bhn2 yg ada je ler ek...layannnn..

Bhn:
Ikan siakap (lumurkan dengan skit garam ngan gandum, gorengkan)

utk sos:
bawang putih ngan halia (diketuk)
sos sweet sour (life)
sos cili
sos tomato
cili kering skit
Carrot (didadu)
Capsicum (didadu)
bawang besar ( potong bulat)
baby corn
air skit.

Ikan Kukus & Tempoyak

















Nie psl dah lama rasanya x mkn tempoyak..ada lagi stok kat peti ais tu..Ikan nie plak saje je nak pekena ngan tempoyak..kukuskan jer..kukus bese2 jer...ltk garam ngan asam gelugur skeping.Sedapp ler plak..sbb mmg hantu tempoyak kott..huhu...

Udang Nestum

Resipi nie dr umah k ummi...mmg sedapp..bau aroma daun kari tu mmg menyelerakan btul.Iman asik mkn nestum tu jer ngan nasi..
Bahan:-
15 ekor udang sederhana
3 sudu besar marjerin/butter
2 tangkai daun kari (hiris)
3 biji cili padi (hiris bulat) -xde stok, ida ltk capsicum jer
5 - 7 sudu besar bijiran nestum
2 sudu besar gula
garam secukup rasa

Cara Memasak:-

Lumur udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sebentar. Toskan. Kemudian cairkan marjerin di dalam kuali yang bersih. Tumis daun kari dan cili padi hingga wangi. Masukkan udang dan gaul sebati. Masukkan gula dan garam secukup rasa...gaul. Masukkan nestum dan gaul sebati. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.