Showing posts with label Resipi-Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Resipi-Kuih-muih. Show all posts

Saturday, April 25, 2009

Apam Gula Hangus


Apam nie dah lama gak buat.Iman yg beriya bila dah lama sgt umminyer x buat kuih. Jenjalan kat Myresipi, terjumpa lah resipi nie..rasa cam simple jek..itu psl ler buat gak utk si Iman. Resipi nie kopipes jer dr MR..wat pun half jer dr resipi sebenar...dpt ler dlm 7 bekas tu..elok2 jer skali kukus..Sedap gak apam nie..lembutt jer..



Bahan-bahan

* 2 biji telur
* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan air
* 1/2 cawan minyak masak
* 2 sudu besar marjerin
* 2 sudu susu pekat
* 1 sudu teh soda bikarbonat.
* 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Friday, October 24, 2008

Murtabak Mini

Ni lak dr umah k ummi gak.. kokipes jer nie...halal ler k ummi...malasss nak menaipp..
Bahan:-
Kulit popia secukupnya.
Filling:-
Bawang putih - blend/tumbuk
Halia - blend/tumbuk
Serbuk karidaging
Serbuk kari kurma
Garam masala
serbuk jintan putih
serbuk kari Madras (*x letak ni)
isi ayam cincang
sedikit air
garam
telor
Bawang besar - potong nipis2.
Cara Membuat:-
Bancuh serbuk kari daging, kurma, garam masala, kari madras dan serbuk jintan putih dengan sedikit air menjadi pes. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes, kacau seketika. Masukkan isi ayam cincang dan masukan sedikit air. Gaul-mesrakan. Kacau sekali-sekala dan perasakan dengan garam. (sedikit saja garam, kerana kulit popia suda ada rasa masin). Masak hingga inti agak kering. Angkat dan sejukkan dalam mangkuk. Kemudian pukul telor, masukkan telor tadi dan bawang besar ke dalam mangkuk inti tadi. Kacau rata. Letakkan inti atas kulit popia dan lipat menjadi 4 sei. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper dan goreng murtabak menggunakan api yang sederhana kecil. Goreng hingga kedua-dua belah keperangan.

Friday, August 22, 2008

Baked CurryPuff



Dr umah K jun gak..nnt nak kopipes resipi ..

Thursday, August 7, 2008

Pizza



Pizza nie buat masa parents dtg umah aritu.Dah lama gak plan nak wat pizza nie, tp asik x jd jer..tp bila dah ada geng, jd ler plak..kira 1st time ler nie wat..buat nie sama my sis.Resipi asal dr Kak Yana..member kat rilek.net...lupa ler nak salin resipi..my sis dah bwk blk umah ketas resipi tu...layan pic jer laa ee..nnt laa mskkan resipi..

Tuesday, August 5, 2008

Nugget Ayam


Resipi nie dr D,buat nie time Iman x nak mkn nasi..jamu jer lah ngan nugget nie..mmg sedap resipi nie..pastu puas ati aa sbb wat sediri..breadcrumbs tu pun ida buat jer..bakar roti biar garing2..pastu blend..buat byk2 utk stok..

Bahan-bahannya
500 g isi ayam, dikisar/cincang
1/4 cawan fresh breadcrumbs
1-2 biji telur, dipukul sedikit
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk 'coating'(ida guna serbuk roti gak)

Cara-caranya
1. Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam.
2. Gaul sebati.
3. Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis.
4. Kemudian celup ke dalam telur dan lepas itu digolek kedalam serbuk cornflake/roti.
5. Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal.
6. Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan.
7. Sedia dimakan bersama sos / campur mayo skit.

Friday, July 18, 2008

KentanG GorenG



Ni wat time Iman x nak mkn nasi.Tanya dia, nak mkn x kalo ummi goreng potato..dia ckp nak..ok je laa..mask nie simple jer...Potong kentang,rebus ngan garam skit.Bila dah agak separuh masak, toskan..goreng..

JePut BiliS




Resipi asal dr myresipi.Selama nie buat jeput x penah pun letak yis, try je laa..mmg lembut btul...sesuaii ler utk minum ptg...

Bhn2:
• 300g tpg gandum
• 1 biji telur
• 1 sudu kecil yis mauripan
• 1/2 cawan ikan bilis ( ida tambah skit udang kering)
• 1 labu bwg besar
• 2 pokok daun bawang (x letak pun, xde stok)
• 1 1/2 cawan air
• taugeh jika suka (nie mmg x suke, so x letak aaa)
• garam secukup rasa
• sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
1. blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
2. gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
3. jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2.

Tuesday, July 15, 2008

PopiaH


Kulit Popiah nie dah beberapa ari bertapa kat peti ais tu.Last2 Iman bising nak makan popiah.

Bhn2:
Kulit popiah secukupnya.

Utk Inti:
Carrot-hiris nipis
Udang baring-udang yg halus2 tu
Kobis
Bawang besar-mayang halus
Bawang putih-mayang halus

Tumis bwang, bila dah naik bau, masukkan udang, carrot ngan kobis.Biarkan agak lembut skit.Pastu letakkan atas kulit popiah.Bentukkan.Siap utk digoreng..senang jer..

Monday, June 23, 2008

Menu Ptg ImaN


Iman mmg ler suka kalo wat kuih2 nie letak ceri tu..


Ni x tau laa nama apa..tp wat utk minum ptg. Dah xde idea + malas nak uli2 tepung, last2 tgk ada stok roti.Ari tu jln2 kat dapur kwn2, ternampak laa mskkan roti dlm acuan tat pastu bkr.Ida pun mengopy laa idea tu..cuma intinya ida letak scramble egg.

Bhn2:
Roti
Telur
Mayonis
Ceri

Cara2:
Masukkan roti dlm acuan tat, pastu kemaskan biar sama ngan acuan tu.Ketepikan lebihan roti.
Bakar selama 10/15 min, pd suhu 180'
Bila dah msk, keluarkan roti yg dah terbentuk td
Masukkan scramble egg, pastu ltk mayo skit..&leh dihiasm ikut citarasa masing2..

Friday, June 20, 2008

ShePherD Pie





sumbernya dr dapur k.hanieliza....tp time nie xde stok kentang, ada ubi keledek..keledek pun keledek laa...guna mana yg ada jer...

Bahan
500 gm daging kisar
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 cawan kacang peas
8 biji cendawan tin [belah 4]
5 biji buah tomato masak
1 batang carrot [potong dadu]
1 pokok daun sup [cincang]
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b lada hitam tumbuk ]
1 kiub stok daging
2 s/b minyak
garam


Bahan Kentang
1 kg kentang [potong dadu]
1/2 cawan susu segar
2 s/b mentega
garam, serbuk lada sulah
air untuk merebus kentang secukupnya

Cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak.
3. Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung
4. Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan akcau sehingga masak.5. Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalm mangkuk kecil.
6. Kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering.
7. Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
8. Masukkan sedikit kentang dalam mangkuk aluminium kecil.
9. Masukkan inti dan tutupkan dengan kentang lecek lagi.
10. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit
11. Sejukkan dan hidangkan.

Tuesday, April 22, 2008

Kek Batik




Kek batik nie, dr zaman study2 dulu lg dah mkn, & rasa sedapp.Cumanya bila dah ada anak satu baru reti membuatnyer..hihihi..truk btull lerr...Iman paling suka kek batik ni, coz rasa coklatt..favourite dia ler tu..sumber resipinyer dr feqah.

bhn2:
1/2 tin susu pekat (tp ida kurangkan skit, x best ler manis2 sgt)
1/2 buku butter
1/2 cwn milo
1/4 cwn serbuk koko
2 'rows' biskut marie (1 peket 350g)
2 biji telur


cara:
Patah2 kan biskut marie .
Gaulkan susu pekat ngan serbuk koko & milo.
Cairkan butter,gunakan api kecil, pastu mskkan bhn2 yg telah digaul tadi.Kacau biar sebati.pastu mskkan telur.Kacau cepat2 kalo x jd telur dadar lak dlm tu..hehe..Pastu leh mskkan biskut td..kacau...leh mskkan dlm bekas, tekan rapat2..sejukkan lbih kurang 2 jam..pastu leh laa potong2..

Tuesday, April 8, 2008

Tat Telur


Tat telur nie sumber resepinya drp myresipi.com,buat ari tu 1/2 jer drp bhn2 ni.Itu pun rasanya dah byk..kat atas tat tu saja deco ltk coklat smarties Iman.Bagi dia tertarik skit.

Bahan untuk Pastri:
500g Tepung gandum
125g Gula icing
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur gred B
1 tsp Esen Vanila

Ayak tepung, campurkan gula icing. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.

Bahan untuk Inti:
250g Air
125g Gula
5 biji Telur gred B
100g Susu cair

Larutkan gula kedalam air, Pukul semua 4 bahan hingga sebati kemudian tapiskan dan sedia untuk digunakan.

Cara-caranya
Isikan atau bentukkan pastry kedalam acuan. Bakar pada suhu 160 ke 180 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan kering atau sedikit kekuningan. Keluarkan dari oven.

Tuangkan filling tadi kemudian masukkan semula ke dalam oven. Bakar lagi pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga telurnya masak. (tak cair)

Friday, March 21, 2008

Puding Karamel


Dah lama x buat puding karamel nie..nie try resepi yg terbaru ,resepi ni ambik kat feqahnyer fotopages...tp buat nie skit jer..1/2 drp resepi ni..


Bahan-bahan :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad

Cara2:
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan adunan gula hangus dalam loyang.Masukkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.

Wednesday, January 16, 2008

Puding Roti Karamel

Masa buat nie,Ida guna buah laici..buat dlm loyang kecik jer..cukup laa utk kami 3 beranak nie..yg penting senang & sedapp ..try lerr.

Bahan A:
3 sd besar gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
3 keping roti gardenia
200ml susu cair
200ml air buah dari fruit cocktal/apa2 jer laa buah dlm tin tu
1 biji telur
2 sd besar gula(kalo yg x suka manis sgt,xyah msk pun xpe,dah manis ngan karamel tu.)
1 sudu kcl esen vanilla
1 sudu besar tepung kastad

Hiasan
buah2 dlm tin td

Cara:
Buat gula hangus dulu,msk gula dlm loyang,msk dengan api paling kecil sampai gula jd perang,jgn lama2 nnt gula jd pahit.
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali buah2 tu
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis/alumunium foil
5. Kukuskan selama 15@20 minit.
Kukus dengan api sederhana,jgn besar sgt, nnt puding x lawa.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah
8. Sejukkan dlm peti sejuk...hidangkan sebagai dessert.