Tuesday, February 26, 2008
Monday, February 25, 2008
Umat Islam Wajib Mengundi!!!

Pilihanraya merupakan satu mekanisme bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin.Di dalam Islam ianya boleh disamakan dengan hukum dan kaedah memberi 'saksi' syahadah.Mereka yang berhak bersuara setelah sampai usia 21 tahun , wajib menunaikan tanggungjawab penyaksian itu.Setiap orang mesti memilih pemimpin yang lebih adil,jujur dan berkemampuan memimpin.Itu merupakan saksi mereka kepada Tuhan.Mereka yang memilih pemimpin yang tidak layak adalah termasuk dalam orang yang bohong dalam memberikan saksi palsu.Apatah lagi jika kriteria pemilihan calon tersebut menjurus kepada kepentingan diri sendiri.Jika kita tidak mengundi,yakni tidak memberi saksi yang benar,terpilihlah calon yang tidak layak,pengundi yang tidak menjalankan undian itu berdosa.Oleh itu,jalankanlah tanggungjawab kita sebagai pengundi dengan jujur.Semoga undian kita nanti dapat dijadikan salah satu bekalan di sana.
Labels:
Isu Semasa
Sunday, February 24, 2008
BERITA BAIK!!! HAPUSKAN PINJAMAN PTPTN ANDA PADA 8HB MAC INI…

Ayuh....usah berfikir 2 kali untuk bersama menghapuskan hutang anda dengan pihak PTPTN....jika berfikiran begitu, maka hutang anda akan bertambah saban bulan dan tahun akibat halalnya 3% atas alasan caj perkhidmatan bagi membuka fail, mengeluarkan resit pembayaran anda dan berbagai alasan lagi...Maka kekallah anda penghutang setia bersama PTPTN...
Usah berdebat boleh atau tidak bolehnya membuat pinjaman dengan PTPTN, usah difikirkan untuk mensyariahkan pinjaman pelajaran anda dengan PTPTN, usah difikirkan lagi untuk mengadakan panel syariah dalam urusan PTPTN..dan yang akhirnya usah lagi bertanya kepada UZAR mengenai status pinjaman PTPTN anda...
Anda pasti runsing untuk membayar pinjaman pelajaran anda...buat yang sudah bekerja, slip gaji anda mungkin dicemari dengan pembayaran balik kepada PTPTN...buat yang masih menganggur, rasa ingin membakar saja surat amaran utk membayar balik pinjaman PTPTN...buat yang ingin mengisi borang pinjaman PTPTN, serba salah rasanya utk membebankan diri dengan soal pembayaran balik dan juga soal pengajian yang masih belum dimulakan....
Kini ada pihak sudi menghapuskan hutang pengajian anda yang gagal membayar balik pinjaman berjumlah lebih RM700 juta ...anda cuma ditugaskan untuk memangkah calon Barisan Alternatif (PAS & KeADILan) pada PRU-12 ini pada hari Sabtu bertarikh 8hb Mac ’08. Perkara ini terkandung dalam Manifesto Negara Berkebajikan PAS dalam bil.03.
Sahabat2 yang dirahmati Allah, anda mempunyai tugas agar menghubungi peminjam PTPTN yang terpaksa menanggung hutang dan kos pentadbiran PTPTN yang berjumlah 534,000 orang...dan bilangan yang gagal membayar balik pinjaman telah mencecah 200,000 orang...khabarkan pada mereka berita baik dan gembira ini....Bantulah mereka...seterusnya mampu membantu kewujudan ‘Negara Berkebajikan’...insya Allah.
Buat para peminjam, jangan jadikan diri anda penghutang terhormat yang boleh menyekat jalanan anda ke syurga Allah apabila melalui titian sirat di Akhirat kelak. Anda mampu mengubahnya...kebajikan dunia dan akhirat anda terjamin, insya Allah. Inilah masa untuk berubah....
Labels:
Isu Semasa
NEGARA KEBAJIKAN vs NEGARA ISLAM

Manifesto PAS telah dilancarkan pada 21hb Feb yang lepas. Malah sebelum pelancaran dan semasa sesi pelancaran juga kecoh dan heboh tentang tawaran yang dikemukan PAS mengenai keinginannya menjadikan Malaysia sebuah negara kebajikan. Media melalui saluran akhbar dan elektronik serta pemimpin negara dan Barisan Nasional menyerang hasrat tersebut. Mereka sebenarnya akur apa yang terkandung dalam manifesto tersebut tapi hujah dan kandungan tersebut datang dari pembangkang maka ia ditolak bulat2.
Tuan-puan boleh perhatikan nanti, mungkin 2 – 3 tahun dan seterusnya kelak, mereka akan cedok dan ciplak apa yang terkandung dalam manifesto tersebut untuk dijadikan program mereka atas dasar perihatin dan pembelaan nasib rakyat. Banyak benda dan perkara yang berjalan kini adalah kerana hasil buah fikiran PAS. Tulisan ini bukan mahu mengupas senarai program tersebut. Kali ini tumpuan adalah pada pemahaman Negara Kebajikan dan Negara Islam.
Kenapa PAS sebelum ini menumpukan kepada penubuhan Negara Islam dan kini hanya fokus menjadikan Negara Kebajikan???...Kenapa dalam manifesto tidak terkandung langsung penubuhan Negara Islam??..Adakah PAS sudah berubah prinsip dan asas perjuangan??..Adakah PAS sudah hilang keyakinan atas usaha penubuhan Negara Islam??..Adakah perjuangan PAS berubah2 dan tidak fokus??...begitulah antara persoalan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak terutama pihak yang menyerang.
Secara mudahnya, inilah diantara unsur dakwah yang dibawa oleh PAS bagi mendekati ummah kepada Islam. Negara Islam yang ingin ditubuhkan oleh PAS dalamnya terkandung pelbagai program kebajikan untuk rakyatnya samada kepada muslim atau non-muslim. Penjenamaan ini amat perlu bagi memastikan produk yang terkandung didekati, difahami, diminati dan seterusnya dibeli dengan cara memangkah Pegawai Pemasaran (calon) tersebut.
Penjenamaan ‘Negara Kebajikan’ amat sesuai digunakan untuk didekati oleh semua kaum. Dapatlah kita menunjukkan segala produk yang terkandung bagi menjaga kebajikan kehidupan mereka di dunia ini. Fokus atau tumpuan utama kepada mewujudkan negara kebajikan ini adalah mempamerkan kepada mereka bagaimana hendak kita tonjolkan pengurusan kekayaan negara dikembalikan kepada ummah dan rakyat jelata melalui pelbagai program kebajikan dan dinikmati secara bersama dan berhemah.
Pendekatan menonjolkan perkara kebajikan ini salah satu ciri yang mampu memudahkan usaha kita untuk mempamerkan pelbagai ciri Islam yang lain lagi kepada mereka. Setelah mereka memahami, maka mudahlah usaha mendaulatkan syariah, insya Allah. Semua perkara ini termaktub dalam Bab 3, Fasal 5 & 6 Perlembagaan PAS (Pindaan 1993). Yakinlah ini juga salah satu usaha mendapatkan keredhoaan Allah..amin.
Wallahu A’lam.
Labels:
Isu Semasa
Hanya Spekulasi….

Ternyata ia hanya spekulasi!!!...Semalam (22hb Feb) ketika berada di opis, aku cuba dapatkan kepastian khabar mengatakan Ustzh Siti Nor Bahyah bakal dicalonkan melawan Datin Seri Dr Wan Azizah di Parlimen Permatang Pauh. Hasil usahaku, akhirnya ku perolehi khabar yang sohih mengatakan ia adalah perkara yang tidak benar.
Malah Warta Jam10 RTM1 pagi ini (23hb Feb) mensohihkan lagi khabar yang ku terima semalam. Ku pohon kemaafan kepada Ustazah & Suami, moga dirahmati Allah SWT dan diberikan kekuatan untuk Ustazah dan suami untuk berdakwah. Harap2nya Ustazah tidak menjadikan spekulasi ini sebagai modal ceramah...jika tidak...malu teman...ahaks..
Apa yang pasti tulisanku memerlukan kepastian, malah usaha mendapatkan kepastian tersebut ku perolehi semalam dan dikukuhkan lagi dengan siaran berita pagi tadi. A’la kulli hal nyer...bagi diriku percaturan politik tidak boleh dipastikan segera, sehinggalah ia menuju ke wisel penamat...yakni esok...Hari Pendaftaran & Penamaan Calon.
Labels:
Isu Semasa
Thursday, February 21, 2008
SITI NOR BAHYAH = MASHITAH
=

Sekarang buat penyokong apa2 label parti ternanti2 calon yang akan diumumkan untuk tugasan memangkah calon tersebut. Aku ke Tapah kelmarin (19hb Feb) atas urusan kerja selepas pulang dari Langkawi. Ketika sesi rehat, aku sempat berbual hal ehwal PRU-12. Berita yang mungkin agak mengejutkan tapi tiada rasa kehairananku adalah khabar penceramah agama popular tanahair masakini iaitu Ustz.Siti Nor Bahyah bakal dicalonkan untuk menentang Datin Seri Wan Azizah yang mewakili PKR di Parlimen Permatang Pauh.
Khabar ini perlu ku pastikan. Hari ini (21hb Feb) aku ke Ipoh atas urusan rasmi kerja ku di sana. Sempat juga berbicara soal ini, khabaran tersebut masih belum mendapat kepastian. Tapi semalam (20hb Feb) di akhbar Berita Harian terpapar wajah selebriti penceramah agama popular satu ketika dulu mendapat title ‘Y.B’, dilimpahi anugerah jawatan menteri lagi...beliau mendapat khabar tidak akan dicalonkan lagi dalam PRU-12 ini.
Rujukan : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20080220002121/Article/
Apa yang ingin ku kaitkan di sini… apakah 2 selebriti ini akan senasib??? Atau ada pihak2 tertentu yg ingin mengambil manfaat dari gaya tarikan 2 selebriti ini mempengaruhi audien... Atau satu ketika nanti mereka akan bergandingan sebagai panel di Forum Perdana terbitan RTM mendendangkan lagu ‘kita serupa’???....hahaha..
Wallahu A’lam..ku masih ternanti2 pengumuman calon yang bakal bertanding di Parlimen tersebut..
Labels:
Isu Semasa
Frustnyer x dpt jumpa Syeikh Muszaphar.




Gambar2 sekitar Perkampungan Teknologi,Sains dan Pendidikan Baling 2008
Assalamualaikum wbt..last Saturday (16hb Feb ) kami sekeluarga berkesempatan ke Perkampungan Teknologi, Sains dan Pendidikan Baling.The best thing is about the exhibition psl Angkasawan Negara,yang excited nyer ada Sheikh Muszaphar,his session is around 2pm on that day.Tapi yang sedihnya, we don’t have enough time to wait until his session coz kena rush ke Kuala Perlis utk ke Langkawi.Feri lak dlm kol 3.Ikut abah bwk rombongan guru2 KAFA.Frustnyerrr..…dah xde rezeki agaknyer..nak buat camana.Firstly abah decide nak cancel kan jer feri kol 3 tu, coz nak sgt jumpa Sheikh Muszaphar..tp bila pk2 blk, susah ler lak..sbb libatkan ramai org.So,we have no choice.waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....Ciannnnn Iman..keep asking about Syeh Apa dia..It’s ok lah..maybe next time..Byk gak info2 kat situ, psl tsunami,kisah pengembaraan zaman dulu,psl perubatan..dll.Tp x sempat nak tanya dengan lebih detail lg.Just tgk gambar, & baca skit2.Time dah nak cabut tu ada laa maskot2 kuar..Iman lak takut tgk tu..ntah apa2 lerr Iman nie..suh salam sampai nangis..maskot tu lak dok ikut2 nak usik Iman..lagi lerr dia takutt..sampai ada lak makcik2 marah2 mascot tu..hihi..Abah lak sempat bli t shirt angkasawan.
Labels:
Coretan Ida
Subscribe to:
Posts (Atom)

