Wednesday, April 9, 2008

Tomato Pencegah Kanser



Buah Tomato kaya dengan vitamin A,B1 dan C.Ianya mempunyai khasiat tersendiri termasuk membantu mencegah pelbagai penyakit.Warna merahnya berasal daripada sebatian semulajadi yang mempunyai kebaikan aktiaoksidan.Selain itu,ia juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.Hasil kajian menunjukkan bahawa kandungan 'likopena' amat tinggi di dalam sos dan jus tomato.Ketika memasak, kita disarankan tidak memasaknya dengan menggunakan minyak yang banyak dan tidak terlalu lama bagi mengelakkan kehilangan zatnya.Aktioksidan yang terdapat pada tomato bukan sahaja dapat mengurangkan risiko penyakit kanser, malahan mampu melindungi sendi-sendi terutamanya lutut dari risiko osteroartritis.Tomato turut membekalkan lebih kurang 40 peratus daripada keperluan harian vitamin C.Kepentingan vitamin C adalah untuk sistem pertahanan badan supaya dapat berfungsi dengan baik.Tomato juga bersifat alkali yang membolehkannya menjadi pengimbang badan akibat kerap mengambil makanan yang bersifat asid.Berlebihan asid akan menyebabkan sakit kepala,keletihan,susah tidur,sakit sendi dan sakit-sakit otot.Badan mempunyai kemampuan sendiri dalam mengimbangkan pH,asid dan alkali melalui buah pinggang dan paru-paru.Pengambilan tomato dapat membantu mewujudkan keseimbangan ini.Ia boleh dimakan mentah atau dimasak sebentar bersama hidangan lain.






Tuesday, April 8, 2008

Kek Sanquick


Hari ni buat kek plak utk minum ptg, ingatkan nak buat biskut jer, tp Iman sibuk lak nak kek sbb pg td tgk kat tv ada kek.Cari lah resipi yang paling simple.Ni dia, sumbernya dr Mat Gebu.Utk topping guna aiskrim vanilla ngan coklat chips jer...


Bahan-Bahannya:- (buat 1/2 drp adunan nie, dpt 7 cwn)
250 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
250 g mentega
4 biji telur gred A
200 g gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya (xde oren, bancuh sanquick jer)
50 ml jus oren

Cara membutanya:-
1. Putar mentega hingga putih, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
2. Dalam mixing , putar telur dan gula halus hingga kembang. Masukkan no. 1 sedikit demi sedikit dan putar perlahan hingga semua bersatu.
3. Akhir sekali masukkan jus dan parutan kulit oren tadi, Gaul rata dan tuang dalam tin yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak atau dalam muffin cup. Bakar pada suhu 175C selama 30 - 35 minit jika menggunakan tin dan 20 minit jika menggunakan muffin cup. Sejukkan dan hias ikut suka...

SB Memburu Maklumat Dariku


Dua minggu lebih aku tak menulis diruangan blog ini akibat kesibukan dan kesakitan badan menyelubungi diriku. Alhamdulillah semuanya dapat diharungi secara yang terbaik untuk diriku mengatasi rutin tugasan dan ujian masalah tersebut.

Dalam mengisi kesibukan rutin tugasan tersebut bagi menjayakan amanah melaksanakan ‘Expo Gaya Hidup Muslim’ anjuran jabatan ku bersama ngo’s Islam iaitu JAMA’IY dan PAKSI bersama pejabat2 pentadbiran di daerah yang bakal berlangsung pada 25-27hb April 2008 ini, insya Allah.

Pengisian expo tersebut mempunyai 5 segmen utama iaitu: 1) Wacana Ilmiah, 2) Hiburan Alternatif, 3) Bazar Muslim, 4) Permainan Sukan & Pertandingan Rakyat & 5) Galeri Hidup Muslim. Itulah segmen utama dalam pengisian expo tersebut yang bertemakan ‘Cintai Islam & Hidupkan Amal Islami’. Tujuan expo pulak bukan berhadafkan dan bermotifkan komersial tapi bertujuan mendapatkan keredhoaan Ilahi, insya Allah.

Untuk pengisian setiap segmen utama tersebut pelbagai acara dan slot sedang diusahakan. Antaranya pengajian khatam kitab (40 hadis asas2 Islam), pengajian bacaan, taranum & kemukjizatan al-Quran, hijab gaya hidupku, anda bijak jauhi zina dan forum perdana berahli panelkan Y.B Ahli Parlimen Baling dan Y.B Ahli Parlimen Parit Buntar, insyaallah,

Manakala untuk pengisian hiburan alternatif pulak diisi oleh personaliti terkenal Astro Oasis Us.Akil Hayy selaku Duta Expo Gaya Hidup Muslim. Untuk acara penangguhan expo ini di daerah ini pihak urusetia sedang berusaha membawa YAB MB Perak. Confirmation belum lagi dapat dari pihak pejabat YAB MB Perak tapi pihak kami selaku urusetia sudah mewar-warkan kedatangan YAB MB Perak sebagai daya tarikan orang ramai ke expo tersebut.

Akibat dari itu, pihak SB (Special Branch) – Unit Khas IPD telah menghantar orangnya ke pejabat aku semalam (4hb April) untuk mendapatkan maklumat mengenai expo ini dari ‘anak buah’ pejabat aku pada ketika aku tiada di opis untuk ke Ipoh menghadiri mesyuarat penting.

Aku sudah mengesyaki bahawa pihak tersebut sedang berusaha mengumpulkan maklumat exco anjuran pejabat aku ini. Maka hari ini (7hb April) pihak SB sekali lagi berusaha mendapatkan maklumat dari staff pejabat aku, alhamdulillah anak buah terus menyambungkan talian telefon tersebut terus ke bilikku.

Pihak tersebut alah2 malu bertanya pada ku untuk mendapatkan kepastian sama ada YAB MB Perak datang ke tapak expo kelak…aku mengatakan ia sedang diusahakan…soalan balas aku utarakan…kenapa??...jawapan yg diberi adalah jawapan boleh dikelaskan ‘bodoh’ bagi dariku…untuk berikan kawalan keselamatan jika YAB Nizar datang…

Pihak SB nak berikan kawalan keselamatan???..untuk mendapatkan kawalan keselamatan, pihak urusetia dan j/kuasa expo sudah ada Polis untuk berikan kawalan keselamatan.

Mesyuarat menjayakan expo ini aku boleh dan sudah mintak bantuan polis untuk berikan kawalan keselamatan…tidak perlu aku minta SB…aku pasti ini adalah satu tugasan dan arahan dari UMNO atau BN atau Kementerian.Keselamatan….yang sudah pastikan mereka mengklasifikasikan bahawa YAB MB Perak ini seolah2 sebagai seorang ‘penjenayah’….pergerakannya perlu dipantau…

Itu satu perkara, bukan itu saja anjuran dari pejabatku mendapat perhatian dari SB, malah anjuran program yang lain2 turut disertai dan dipantau oleh puak2 SB…hendak dikatakan ‘barua’…mungkin iyer jugak…

Kuncu2 aku berdakwah di perkampungan orang asli bersusah payah mereka menelifon aku mendapatkan maklumat…sedangkan puak2 kristian berdakwah tidak langsung dipantau oleh mereka…kalo begitulah tugasan puak SB nie…usah dibuat Jabatan Agama Islam…kerisauan ‘barua’2 ini jika kuncu2 ku berdakwah Islam sambil diselit PAS…

Tapi yang pasti…Expo Gaya Hidup Muslim akan aku usahakan ianya berlangsung, insya Allah…aku akan cuba mengambil peluang berkerajaankan Pakatan Rakyat ini melaksanakan segala perkara yang terbatas sebelum ini direalisasikan pada kali ini, doa2kan…

Tat Telur


Tat telur nie sumber resepinya drp myresipi.com,buat ari tu 1/2 jer drp bhn2 ni.Itu pun rasanya dah byk..kat atas tat tu saja deco ltk coklat smarties Iman.Bagi dia tertarik skit.

Bahan untuk Pastri:
500g Tepung gandum
125g Gula icing
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur gred B
1 tsp Esen Vanila

Ayak tepung, campurkan gula icing. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.

Bahan untuk Inti:
250g Air
125g Gula
5 biji Telur gred B
100g Susu cair

Larutkan gula kedalam air, Pukul semua 4 bahan hingga sebati kemudian tapiskan dan sedia untuk digunakan.

Cara-caranya
Isikan atau bentukkan pastry kedalam acuan. Bakar pada suhu 160 ke 180 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan kering atau sedikit kekuningan. Keluarkan dari oven.

Tuangkan filling tadi kemudian masukkan semula ke dalam oven. Bakar lagi pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga telurnya masak. (tak cair)

Monday, April 7, 2008

Nasi Minyak




Dua ari lepas, Iman demam skit, alhamdulillah x melarat, satu mlm jer panas bdn skit,selera dia pun kurang, minum jer, pastu tanya laa dia nak makan apa..tup..tup dia ckp nak mkn nasi minyak..Favourite dia mmg n.minyak ngan n.ayam.Ini lah rupanya n.minyak utk Iman yg demam.Ni pun x complete, xde bhn2 utk buat acar.Buat apa yg ada jer lah..sumber resipinya dr my mom.

Bhn2 utk nasi

Beras (agak2 ler byk mana nak msk)
2 ulas b.putih (dimayang halus)
Kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga, bunga lawang
Susu cair skit
Marjerin skit utk menumis
Pewarna kuning ngan merah(ikut suka aa nak ltk x)
Air secukupnya utk msk nasi
Daun pandan utk bau wangi skit (kalo xde pun xpe)
Kismis
Cara-cara

Cuci beras hingga bersih, toskan.Tumiskan bwg dan rempah ratus,bila dah naik bau mskkan air.Mskkan susu cair dan pewarna(kalo nak guna dua warna, mskkan satu warna jer dulu(sya mskkan warna kuning dulu),mskkan beras..msk cam biasa..bila dah masak, mskkan pewarna merak lak tp kacau seblah jer..bg setengah nasi jer warna merah..mskkan kismis. biarkan sekejap..pastu kacau semua bagi warna bercampur.Siap.

Gulai Ayam

3 ulas b.merah,1ulas b.putih
Halia,lengkuas,kunyit hidup(agak2 laa)
Cili kering
Kerisik
Ketumbar (goreng tanpa minyak & tumbuk)
Rempah kari daging
Santan/susu cair
Ayam
Garam
Gula
Asam keping
Cara-cara

Blend bhn2, (No 1,2,3,).Pastu campurkan dengan kerisik,ketumbar dan rempah kari.Tumiskan bahan2 nie sampai naik bau,mskkan ayam.Gaul sebati,mskkan gula, garam dan asam keping.Tutupkan periuk sekejap.Biar semua rempah2 sebati dengan ayam td.Pastu mskkan santan. Jga santan jgn sampai pecah minyak.Msak cam biasa laa.

Thursday, April 3, 2008

Khasiat Betik



Betik (Carica papaya) ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum kasturi. Betik kaya dengan vitamin A,C dan juga kalium.Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah.Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser,penyakit jantung dan strok.Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan ini adalah dengan cara memotongnya kepada dua ,buangkan biji hitamnya dan potong memanjang.

Dajal Mata Satu




Menurut sebuah hadis Nabi Muhammad Saw, Dajal lahir daripada seorang wanita yang dilahirkan daripada perbuatan zina antara mahram dan seorang lelaki yang juga dilahirkan daripada perbuatan zina antara mahram.Ketika mereka melakukan persetubuhan,syaitan ikut sama mencampuri wanita peyembah berhala itu lalu lahirlah seorang kanak-kanak lelaki.Diantara ciri-ciri dajal ialah mata kanannya tidak dapat melihat kerana tertutup oleh selapis daging tebal dan diantara kedua matanya terdapat tulisan 'kafir'.Didalam hadis riwayat al-Tirmidzi,nabi berkata bahawa dajal berambut kerinting dan berkulit merah.Dia memiliki kekuatan dan kekusaan yang luar biasa.Dalam waktu yang singkat iaitu selama 40 hari, dia mampu menguasai dunia kecuali Makkah dan Madinah.Dajal juga amat mahir dan berpengetahuan tinggi tentang alam , sehingga ramai orang yang akan tertipu oleh ketinggian ilmunya sehingga ada yang menyangka bahawa dialah Tuhan.Semua nabi dan rasul telah diperintahkan oleh Allah swt untuk mengingatkan kaumnya terhadap bahaya dajal.Rasulullah saw pernah menyebut tentang dajal di khalayak ramai. "Benar,aku memperingatkan kamu agar berhati-hati dengan dajal.Setiap nabi pasti memperingatkan kaumnya tentang dajal.Nabi Nuh as telah memperingatkan kaumnya,namun aku akan beritahu kamu tentang Dajal yang belum pernah diberitahu oleh seorang nabi pun kepada kaumnya.Kamu perlu tahu bahawa sebelah mata dajal buta dan bahawa Allah swt tidak buta mataNya.Nabi Muhammad saw selalu berdoa kepada Allah swt agar terlindung daripada fitnah dajal.Doa itu dibaca oleh baginda dalam tahiyat sebelum mengucapkan salam pada setiap solat.Solat itu didasarkan pada hadis Anas dan Abu Hurairah,Aisyah,Ibnu Abbas,Saad bin Abi Waqqas dan Amr bin Syuaib iaitu, "Ya Allah,Sesungguhnya kami berlindung kepada Mu daripada seksaaan api neraka,daripada fitanh kubur ,daripada fitnah kematian dan kehidupan dan daripada fitnah al-masih al Dajjal.Ada pelbagai tafsiran mengenai dajal,tetapi yang jelasnya ia merupakan satu peringatan kepada umat Islam agar berwaspada kerana pembohongan dan penipuan akan bermaharajalela dan kiamat semakin hampir.