Wednesday, May 14, 2008

Kata-kata Rasululllah saw Jadi Peribahasa

Ibnu Abbas menegaskan tidaklah diriwayatkan daripada Nabi Muhammad saw mengenai perkataan yang diucapkannya melainkan ia menjadi peribahasa.Antaranya ialah sabda Nabi yang bermaksud:



  • "Orang yang mukmin itu tidak disengat dua kali dari satu lubang"

  • "Orang yang berkuasa ialah yang boleh mengalahkan nafsu."

  • "Sekarang peperangan menjadi sengit."

  • Khabar itu tidak seperti melihat sendiri."

  • "Orang yang hadir melihat apa yang tidak dilihat oleh orang yang tidak hadir."

  • "Pemberi minum manusia adalah mereka yang terkahir minum."

  • "Andai kata sebuah gunung berbuat zalim kepada sebuah gunung lainnya necaya Allah Taala sudah menghancurkannya."

  • "Perang itu membolehkan tipu daya."

  • "Mulai dengan diri kamu,kemudian orang yang menjadi tanggungan kamu."

  • "Bencana itu tergantung pada ucapan"

  • "Orang Muslim adalah cermin orang Muslim."

  • "Manusia itu sama seperti gigi -gigi sikat."

  • "Kekayaan yang hakiki adalah kaya jiwa"

  • "Meninggalkan kejahatan adalah sedekah."

  • "Pemimpin orang adalah pelayan mereka."

  • "Sesungguhnya daripada syair itu ada hikmah dan sesungguhnya daripada kata-kata yang indah ada daya pesona."

  • "Niat orang mukmin itu lebih baik daripada amalnya."

  • "Kasihanilah makhluk yang ada di bumi,nescaya kamu dikasihani oleh Tuhan yang menguasai langit."

  • "Penasihat itu diserahkan amanat."

  • "Selesaikan keperluan kamu dengan merahsiakannya."

  • "Siapa yang tidak menyayangi,dia pun tidak di sayang."

  • "Orang yang menarik kembali pemberiannya seperti orang yang memakan kembali muntahnya."

  • "Orang yang menunjukkan kebaikan adalah seperti yang melakukannya."

  • "Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli."

  • "Setiap perbuatan yang makruf adalah sedekah."

  • "Menunda pembayaran hutang oleh orang mampu adalah kezaliman."

  • "Perjalanan itu sebahagian daripada seksaan."

  • "Orang mukmin mengikuti syarat mereka."

  • "Manusia itu menurut asal-usulnya seperti asal-usul (sumber) emas dan perak.Yang baik daripada mereka pada zaman jahiliyah adalah yang baik diantara mereka dalam Islam apabila mereka memahami agama."

  • "Kezaliman itu menjadi kegelapan pada hari kiamat."

  • "Hati manusia diciptakan untuk mencintai siapa yang berbuat baik kepadanya dan membenci siapa yang berbuat buruk kepadanya."

  • "Tidaklah mensyukuri Allah swt sesiapa yang tidak mensyukuri manusia."

  • "Keadilan raja mengekalkan kerajaannya." Ia bermaksud kerajaan penguasa yang adil akan tetap berlangsung meskipun ia seorang kafir,sedangkan kerajaan orang yang bodoh tidak akan bertahan lama, meskipun ia seorang Muslim.



ImaN Cuci BesKaL



Assalamualaikum wbt..this time, perihal Iman cuci beskal dia lak..alkisahnyer, abah ajak dia cuci keta, x sempat tgu ptg , sbuk menanya bila nak cuci keta. As usual, time cuci keta lah the best time utk dia main air sepuas2nyer.Abah pun start ler dgn meng'vacuum' kan keta tu.Iman dah start bukak paip dah..siap menyembur dah kat keta abah.Bising ler abah,ckp kat Iman , x start cuci lg nie, sembur ler ke lain dlu.Bukannya dia dgr..kih..kih...Utk menyelamatkan keadaan yg semakin tegang..ummi bg ler beskal Iman, suh dia cuci beskal dia...hihi..sronok lerr dia...beskal tu pun dah nazak sgt dah. Brek pun dah tertanggal,tayar kecik pun tinggal satu..abis sumer di repairnyer..Iman nie jenis x senang duduk kalo brg2 dia elok...senang ati kalo leh porak perandakan brg2 dia...x penah nak elok...

Tuesday, May 13, 2008

Weekend oh weekend!

Nie last week nyer cite, tp baru skang nak story-mory kat sini.Abah bwk Iman g repair keta, so dpt laa mengodek2 laptop ni dgn penuh ketenangan..fuhh...betapa bestnyer dok umah ni tanpa gangguan Iman..kih..kih..Last Saturday, xde ler plan nak g memana.Tp bila dah kat umah nie, teramat2 laa terasa kebosanannyer...pas lunch dah x reti nak buat apa.Alih2 abah ajak blk tpeng jer ler.Bab nak g jln nie, xder ler sgt problemnyer, tp time nak pack barg tu ler yangmalasss skitt..hihi...Tp dek kerana kebosanan melanda, packing pun packing lerr...around 3.30pm,kitaorg btlk ke tpeng..dlm kol 6 gak ler sampai sana.Abah straight ke Giant..saja malas lg nak blk umah, sbb xde sesapa..atok ngan nenek Iman for sure x blk lg dr kedai.Bila dah sampai Giant, Iman pun dah x sbar2 nak g kat tmpt main dlm Giant tu.Kat luar plak ada expo, cam2 jual, biasalah ummi apa lagi..cuci mata laa..tudung2 ngan baju2 nyk laa.Pusing punyer pusing, terrrbekenan plak kat satu purse nie.Sambar jer ler..hehe...10 inggit..ok ler tu..pastu trus msk Giant,pusing2 ngan tgk Iman main2 jer.Cam x puas ler plak si Iman ni main.Kalo dtg Giant mesti susah nyer nak ajak balik.


* Iman kat Giant


Hari ahad plak dah plan nak g Tmn Tasik. Jogging kat sana.Dlm kol 7.15 kitaorg kluar.Iman naik keta ngan atok nenek laa..X nak naik keta abah...sbb keta abah xde lgu Mawi...keta atok leh dgr lagu Mawi....hehe..ntah apa2 ler Iman ni.Iman siap bwk beskal dia.Sampai sna, ummi ngan abah jogging, Iman kayuh beskal..nenek ngan atuk x tau laa joging area mana.Baru seround dua joging, rasa cam pening2 jer..kih..kih...cam ni ler kalo jarang2 bjging nie haa..abah pun camtu gak..tetiba rasa lapar ler plak..Iman relax jer..asik ngan beskal dia..dah puas main beskal, sibuk lak nak main kat playground.Rehat sana jap sambil tgk Iman main2.

* Iman ngan beskalnyer..


Pastu atok ngan nenek ajak berkelah kat situ.Rupa2nyer pg td dorang dah bli mknan utk b/fast.Sronok gak skali skala mkn kat tmn nie.Pas kenyang perut, abah lak ajak g main bowling.Dah lama katanya x main.Atok ngan nenek x ikut laa..letih agaknya dorang.Kami g ber3 jer ler. Ummi pun bknnya reti sgt..belasah jerr..asik msk longkang jer...kih..kih..sampai Iman siap sound lagi.." main elok2 aaa ummi"..menyibuk jerr si Iman ni..cam ler dia reti sgtt..hehe...Masa kitaorg main tu, seblah nyer ada laagroup makcik2..Riuh rendah ler jgk..

*Iman x larat nak angkat bola..

Iman pun sibuk bersorak ikut makcik2 tu.Jadi geng makcik2 tu plak..Sronok bkn main Iman, nie laa first time bwk dia main bowling..sejak2 dia dah reti ckp byk nie.Pas abis main, trus ler blk, letihh sgt rasanya.Tp best laa..ada gak akt hjung mgu..drp dok kat umah tgk pokok durian..kih..kih...haaa..cite psl pokok durian nie..durian dah berbuah..tp kecik2 lg..lambatt plak nak besarrnyer..Blk umah, tlg nenek msk jap..cpat lak masanya..hampir kol 2.00 gak ler baru settle sumer...cuci kain..mandikan Iman.Pas zohor, sumer makan..pastu lak..tetiba sorang2..msk bilik...ngantuk ler...apalagi..tido ler...si Iman jer yg liat nak tdo..ada jer kje dia..Tp last2 tdo gak....

Sunday, May 11, 2008

"Duhai Bonda & Selamat Tinggal Ibuku"

Duhai Bonda
Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun membeikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

Selamat Tinggal Ibuku
Sewaktu azan mendayau-dayu
Ibuku pergi meninggalkanku
Perginya takkan kembali lagi
Hanya takdir telah menentukan

Doa restu ku utuskan untukmu ibu
Semoga diri ibu bahgia di akhirat yang kekal abadi 2x

Ibuku kau pemumupuk kasih sayang
Kerna kaulah ibu yang tercinta
Baktimu padaku tidak terkira
Hanya tuhan dapat membalasnya

Doa restu ku utuskan untukmu ibu
Semoga diri ibu bahgia di akhirat yang kekal abadi 2x

Ibuku walau kau pergi dulu
Namun ku tetap mengingatimu
Kasihku padamu seperti dulu
Selamat tinggal ibuku

Doa restu ku utuskan untukmu ibu
Semoga diri ibu bahgia di akhirat yang kekal abadi 2x
---------------------------------------------------------

"Selamat Hari Ibu" ----->>> mungkin ketika ini sukar untuk aku kongsikan bersama dalam ruangan ini...tapi ia benar2 mencabar minda dan menggamit perasaanku...apa2 pun doaku sebagai sorang anak tetap ku pohon ke hadrat Ilahi buat bonda dan arwah ibu. Moga2 keduanya dipayungi hidayah dan rahmat kasih-sayangNya...amin..

Friday, May 9, 2008

Kejayaan Ekspo Gaya Hidup Muslim - Siri 1


Segala pujian hanya bagi Allah, tuhan yang mencipta dan pemilik bagi sekalian alam, yang berkuasa ke atas segala sesuatu dan maha pemurah untuk sekalian mahkluknya. Ku panjatkan kesyukuran dan kepujian ini ke hadrat Ilahi dan ku sampaikan selawat dan salam sejahtera buat kekasihNya.

Maha suci tuhan yang telah memperkenankan hamba2Nya melaksanakan tugasan ‘amru bil makruf dan nahyi a’nil munkar’. Alhamdulillah, bulan April yang lepas aku bersama sahabat2 dari Pejabat Pentadbiran Daerah P.Hulu bersama dari badan ngo’s Islam iaitu JAMA’IY dan PAKSI serta sahabat2 dari masjid dan SRAR di daerah ini bekerjasama menjayakan satu program yang besar dan mencabar buat tahun ini.

Berpegang kepada konsep dalam firman Allah SWT:

تَعْتَدُوا وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Yang bermaksud: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. (Al-Maidah – 2)

Atas kefahaman dan perintah Allah SWT ini, hasil gabungan tenaga, keupayaan dan kepakaran maka terhasillah sebuah majlis yang diberi nama ‘Ekspo Gaya Hidup Muslim’. Bukan bertujuan untuk menandingi program yang besar dan hebat tajaan seperti ‘Jom Heboh’ dan pelbagai karnival lainnya, tapi hanya berhadaf tujuannya mencari keredhoan Ilahi.

Apabila ia bertujuan dan berobjektifkan mahu mendapatkan keredhoan Ilahi maka pengisian yang dirancang dalam ekspo selama 3 hari tersebut yang bermula dar 25hb – 27hb April yang lalu adalah yang menampilkan sesuatu yang bukannya berbentuk komersial semata walaupun komersial itu diperlukan satu ketika nanti.

Apa yang utama pengisiannya perlu selari dengan panduan agama dan audien yang hadir mendapat input dan panduan yang berguna buat pedoman diri dan keluarga terutamanya. Pelbagai segmen yang cuba diketengahkan oleh penganjur kepada masyarakat mengenai gaya hidup seorang muslim untuk dihayati oleh pengunjung ekspo tersebut, antaranya ialah:
1) Gaya Hidup Keilmuan Islam
2) Gaya Hidup Ekonomi Islam
3) Gaya Hidup Sosial/Kesukanan Islam
4) Gaya Hidup Kesenian Islam

Alhamdulillah, penganjuran ini memberi satu pengalaman berharga buat kami. Hendak membuat sesuatu atas nama produk Islam kini menjadi satu kepelikan bagi masyarakat. Jika atas nama ‘Dosa dan Pelanggaran’ menjadi satu kebiasaan dan kehendak.

Cabaran melaksanakan program ini cukup hebat juga, tapi berkat perpaduan dan hikmah melakukan syura hasilnya cukup lumayan kerana tujuan utama mahu mendapat keredhoaan Ilahi. Inilah keberkatan dari melakukan syura sebagaimana firmanNya:

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا
رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Maksudnya: Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. (Syura - 38)

Bulan Mei: Sesuai untuk bermuhasabah…


Sedar tidak sedar….pejam celik pejam celik…udah masuk bln 5….jika dihitung hari ke hari…minggu ke minggu…bulan ke bulan…tahun ke tahun….maka kita sebenarnya semakin menuju ke penghujungnya….

Penghujung minggu??...penghujung minggu??..penghujung bulan??...penghujung tahun??...penghujung usia??...semua persoalan itu boleh dijadikan sempadan kita…tapi buat diri kita apakah segala misi dan visi yang dirancang di awal tahun lalu telah hampir separuh terlaksana dan tercapai???...

Maka persoalan itu perlu ditimbulkan juga…kita kini telah memasuki pertengahan tahun…buat diriku sebagai anggota perkhidmatan awam sibuk pada awal tahun merancang rancangan/aktiviti/program untuk pengisian tahun 2008 ini…ia dinamakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)…

Maka elok benar kini kita membuat post-mortem atau bedah siasat atau yang lebih islamiknya bermuhasabah mengkoreksi mencari kelemahan diri dan organisasi yang patut dikambus dan ditanam. Juga bermuhasabah mengkoreksi mencari kekuatan diri dan organisasi yang mana perlu diperkasakan dan dipamerkan serta diperkasakan bagi mencapai objektif dan hasilnya untuk kebaikan diri, organisasi, masyarakat, negara dan umumnya kesejahteraan di dunia dan akhirat...

Sebagaimana doa yang disebut2 iaitu doa sebaik2nya bagi seorang mukmin seperti firman Allah SWT:

وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار

Maksudnya: Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"]. (Al-Baqarah – 201).

Moga2 kita tidak kelewatan dengan melakukan perkara ini….sebagaimana kata2 Saidina Umar R.A: “Koreksilah diri kamu sebelum kamu dikoreksi kelak”...mudah2an kita mencapai kejayaan….wassalam.

Hari Ini Aku Off..….


Alhamdulillah…akhirnya dapat jugak aku ambil cuti rehat pada hari kerja nie…setelah sekian lama aku berhempas-pulas bagi melaksanakan tugas dan berusaha mencapai yang terbaik sedaya mungkin…dari satu hari ke satu hari untuk ambil cuti…tapi demi tugas yang penting terpaksa aku tangguhkan sehinggalah ke ari ini…

Alhamdulillah…masa terluang ini, dapat ku isi untuk bersama ahli keluarga…dapat merehatkan badan…dan dapat jugak menenangkan minda…bagi menjana pertumbuhan ideal baru, menyegarkan fikiran dan tubuh badan…

Satu ari penuh ini aku berada di rumah saja…menghabiskan masa melihat telatah anak….membantu serba sedikit isteri tercinta serta menyumbang idea terbaru untuk projek terbaru yang dalam perancangan dan pembikinan..

Sejak abisnya PRU12 yang lalu, aku kurang meluangkan masa untuk berkongsi idea dan pemngalaman untuk tatapan ahli keluarga dan sahabat-handai yang mengunjungi blog SinaRRasuL ini…pasca PRU12 ini benar2 aku mengharap diri untuk mengamati dan menyoroti perkembangan semasa..

Bukan sekadar itu, tetapi mencabar aku untuk memberi sesuatu perkhidmatan yang baru dan mungkin kelainan kepada masyarakat setempat…khususnya tempat ku mencari nafkah ini iaitu di DUN Pengkalan Hulu di bawah Parlimen Gerik…

Alhamdulillah, satu tugasan telah selesai dilaksanakan,cuti rehat telah ku ambil, maka kini ia menuntut satu penyegaran idea dan tindakan terhadap diri ku hasil dari cuti yang diambil…sebagaimana tuntutan Allah Azza wa Jalla firmanNya dalam surah Alam Nasyrah – 7:

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ (7)
Yang bermaksud:
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain

Doakan kesejahteraan, kelapangan, ketenangan dan kebahgiaan buat diriku beserta ahli keluarga dalam meneruskan usaha mengerjakan urusan duniawi bagi menjana hasil dan dana kebajikan di Akhirat kelak…amin…