Thursday, August 7, 2008

Udang & Ayam Goreng Tepung



Smalam g psr malam, tanya Iman nak bli lauk apa kat psr mlm..dia request udang...so bila dah bli udang tau laa apa yg dia nak mkn.Pebret dia ler nie..udang goreng tepung...pastu ida wat skali ayam goreng tepung.

Bhn2:
Udang & ayam ( Utk udang ida siap2 buang kulit..senang skit Iman nak ngapp...isi ayam potong nipis..agak2 jer laa)
3 sd bsr tepung
1 sd bsr tepung jagung
2 sd serbuk kari daging
sedikit garam
Sedikit air ais
Sedikit kunyit (optional)

Cara:
Gaulkan semua bhn2..biar pekat skit.Salutkan ayam & udang dgn bhn2 td.Goreng sehingga kekuningan.

Roti John



Kebetulan ada 'finger rolls', buat jer ler roti john nie utk bekfest.Selalu wat roti biasa jer..resipi asal dr kak umi -e..thks yea..
Bahan-bahan:(ida wat 1/2 jer dr resipi nie)
• 250gm daging cincang
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 1 sudu kecil serbuk kari
• 3 sudu makan minyak untuk menumis
• sedikit garam
• 3 biji telor
• sedikit butter
• 6 keping roti 'finger rolls'

Cara-cara
Blend bawang dan bawang putih.Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari.Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak.Belah dua roti jangan sampai putus.Masukkan telor dalam daging cincang.Pukul sebentar telor+daging .Panaskan butter dlm kuali .Sapukan adunan daging+telor atas roti
Terlangkupkan atas kuali .Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar
Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing

Iman, Didi & Asim





Sume pic nie time kitaorg g Putrajaya..konvo my youngest brother.Layan jer la pic dorang nie main2....xde idea plak nak stori mori..hihi..kije byk aa..

Pizza



Pizza nie buat masa parents dtg umah aritu.Dah lama gak plan nak wat pizza nie, tp asik x jd jer..tp bila dah ada geng, jd ler plak..kira 1st time ler nie wat..buat nie sama my sis.Resipi asal dr Kak Yana..member kat rilek.net...lupa ler nak salin resipi..my sis dah bwk blk umah ketas resipi tu...layan pic jer laa ee..nnt laa mskkan resipi..

Wednesday, August 6, 2008

Ulasan Dari Penganjuran 'Expo Gaya Hidup Muslim' - Siri 2

Watch live video from TV PERAK on Justin.tv

Tuan2 & Puan2 boleh mendengar ulasan kejayaan penganjuran 'Expo Gaya Hidup Muslim Mengelilingi Perak' di Daerah Pengkalan Hulu pada 26 - 27hb April 2008 yang lalu...saksikan keindahan bandar Pengkalan Hulu...nantikan kedatangan expo ini di daerah2 lain dalam negeri Perak....

Maaf diatas kelewatan ulasan siri ke-2 ini...(tunggu visual rakaman)...jadi bleh saksikan kemeriahannya kini...sila klik video tersebut...

Tuesday, August 5, 2008

TeLuR BungKuS


Telur bungkus nie dah penah buat , tp x penah2 elok bungkusnya..selalu koyak rabak jer..hihi..dtg mood nak buat nie bila tgk kat umah k ummi. Resipi ni pun dr umah kak ummi..pastu bila wat..sib baik ler ok skit..xde koyak2 dah..rasa bestt sgt sbb 1st time jadi..

Bahan:-
5 biji telor (Ida guna 3 jer)
200 gm daging lembu - direbus & dicincang ( Ida campur ngan ayam skit)
200 gm sayur campur (guna jagung ngan carrot jer)
3 ulas bwang putih - cincang
1 labu bawang besar - potong dadu
1 cm halia - cincang ( x msuk pun )
1 sudu besar oyster sauce
2 sudu besar sos tomato (Ida letak sos sweet sour ngan sos cili)
sedikit garam dan gula

Cara Memasak:-
Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Kemudian tambahkan sos, garam dan sayuran campur serta cili. Kacau sebentar dan tutup api. Ketepikan. Pukul telor hingga kembang, panaskan kuali non-stick leper, dan tuang sebahagian telor (nipis sahaja) dan masaklah seperti buat telor dadar. Bila hampir masak, letakkan inti tadi di tengah-tengah dan lipatkan telor dengan kemas supaya intinya tidak terkeluar.

Nugget Ayam


Resipi nie dr D,buat nie time Iman x nak mkn nasi..jamu jer lah ngan nugget nie..mmg sedap resipi nie..pastu puas ati aa sbb wat sediri..breadcrumbs tu pun ida buat jer..bakar roti biar garing2..pastu blend..buat byk2 utk stok..

Bahan-bahannya
500 g isi ayam, dikisar/cincang
1/4 cawan fresh breadcrumbs
1-2 biji telur, dipukul sedikit
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk 'coating'(ida guna serbuk roti gak)

Cara-caranya
1. Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam.
2. Gaul sebati.
3. Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis.
4. Kemudian celup ke dalam telur dan lepas itu digolek kedalam serbuk cornflake/roti.
5. Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal.
6. Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan.
7. Sedia dimakan bersama sos / campur mayo skit.