Wednesday, July 29, 2009
Anak Saudara Baru...
Maka dapatlah rakan sepupu yang sebaya dengan adik Rayyan...kira2 sebulan selepas kelahirannya...aku blom dapat bertentang mata dengan anak saudara baru tu lagi...moga2 dia sihat je...insya Allah...raya nie kita berjumpa..k...
Tapi yang best dan mengejutkan aku...abg ipar aku...abang Murad seolah memberi penghormatan pada aku kali ini utk memberi nama pada anaknya yang ketiga ini...baby boy pertama mereka setelah dua puteri menjadi penyeri hidup yang dibina dari tahun 2001..
Maka aku berilah cadangan nama - Muhibbur Raziq - 'Pencinta Pemberi Rezeki' dan Nur Abrar Abqari - 'Cahaya Orang Cerdik Lagi Bijaksana'...nama kedua tu aku cilok dari nama anak sahabatku iaitu arwah Fauzi Kedah....
Dipilihnya akan nama Nur Muhibbul Ajmal Bin Murad......'Cahaya Pencinta Yang Paling Cantik'...moga2 kalian yakni Rayyan dan Ajmal akan menjadi penga'bdi yang taat kepada Ilahi dan ibubapa...amin....
Monday, July 27, 2009
Yasmin Ahmad: Khunsa atau Mukhannath??
Pada ketika ini, segala media mendahulukan segala indeks pencapaian arwah untuk tatapan umum membuat penilaian bahawa betapa kita kerugian yang amat sangat dengan pemergian arwah...memang tidak dinafikan...segala hasil kerja arwah mendapat pengiktirafan...
Bukan itu hajat ulasan atas hasil karya arwah....kerana sebelum pada ini...ia belum pasti...tapi dengan pendedahan akhbar Kosmo!...ia menjadi kepastian dan realiti..pendedahan ini membuka kepada perbicaraan umum yang meluas...rujuk artikel di bawah:
Aku mula mendapat tahu hal ini pada ketika rancangan bual-bicara yang dihoskan oleh saudara Rosyam Nor dan menampilkan tetamu pada ketika itu seorang yang berimej pondan/maknyah..seingat aku soalan yang diajukan hos ketika itu "siapa(dikalangan pondan/maknyah) yang mendapat tempat dikalangan masyarakat ketika ini?"...dijawabnya secara sepintas lalu..."Yasmin Ahmad"...dan terus dipintas oleh saudara hos...mungkin tidak mahu ia dibicara dan dibahas...
Aku terpinga...dan cuba dapatkan kepastian dari isteri...apa benar pendengaran ku...tapi aku tidak bisa utk membicarakannya...kerana tiada khabar yang benar2 meyakinkan...sehinggalah aku mendapat kepastian disaat gelaran 'Allahyarham' dikalungkan atau lebih tepat lagi dengan pendedahan akhbar Kosmo! ini...
Apa2 pun...kita sudah ada panduan...jadi aku mengajak semua utk klik ke laman web al-ahkam.net...dan search perkataan 'Khunsa'...di sana sudah ada bicara hukum dan panduan yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW pada ketika menghadapi situasi sebegini dan pada ketika ini ia amat berleluasa malah mendapat tempat dan pengiktirafan dikalangan kita...
Setelah dirujuk kepada jawapan panel al-ahkam.net menukilkan pandangan ulamak yang berhujjahkan al-Hadis...si khunsa ini iaitu mereka yang mempunyai 2 alat kelamin (lelaki & perempuan) atau tiada langsung alat kelamin...manakala mukhannath iaitu mereka ini lelaki yang menyerupai perempuan dan sebaliknya....
Jika khunsa...ia ditentukan oleh keaktifan alat kelamin jantinanya...jika alat kelaminnya aktif mengeluarkan air mani...maka ia berstatus jantina lelaki....jika alat kelaminnya aktif mengeluarkan darah haid..maka ia berstatus perempuan...
Manakala jika ingin melakukan pembedahan bagi golongan khunsa ini...ia mesti mendapat pengiktirafan dari doktor yang thiqah dan kuat agamanya utk memeriksa kecenderungan pada genetik dan tabi'e tubuh badannya...pemilihan tersebut mesti dibuat utk menentukan segala hukum syarie bg dibebani dan dipertanggungjawabkan kepadanya...
Bukannya main ikut perasaan dan hati...jika ikutkan keduanya tanpa panduan syariat...maka satu lagi panduan yang datang...iaitu panduan syaitan...satu lagi yang menjadi persoalan...bagaimana si khunsa atau mukhannath ini bernikah??...ia turut dijelaskan oleh panel al-ahkam.net...
Fuhh...sungguh istimewa kes ini...aku serahkan pada kalian semua membuat segala andaian atau keputusan...andaian, keputusan atau jawapan perlu dilapit dengan ilmu...bukan utk membuka keaiban si mati tapi ia memberi pengajaran buat yang masih bernyawa meneruskan agenda utk mencapai rahmat ke seluruh alam...
Bagi pihak berkuasa...Jabatan Agama ke...Jabatan Kesihatan ke...atau Jabatan Pendaftaran ke...pastikan perkara ini tidak berulang...jadikan ia sebagai pengajaran...jangan main daftar jer...kejap laki...kejap pompuan...kejap Islam...kejap murtad...para doktor jugak jangan terlalu ghairah untuk mencabar kekuasaan al-Khaliq....
Manakala para ibubapa juga perlu memainkan peranan...jangan serah pada pihak berkuasa...kerana anda juga ada share....!!!
Akhir kalam..."sesungguhnya setiap kematian itu ada i'brah utk kita ambil sebagai panduan"...moga Allah mengampunkan dosa hambanya yang mukmin sama ada yang telah mati dan yang masih hidup...amin...wassalam....
Sunday, July 26, 2009
Yasmin Ahmad: kenapa tidak 'allahyarhamah'??!
Al-Fatihah buat arwah Yasmin Ahmad...moga2 dicucuri rahmat...sesungguhnya setiap yg bernyawa itu akan mati...'walaupun bukan masanya ia meninggalkan kita'...tapi itulah tanda2 kekuasaan Allah SWT utk kita hayati dan renungi...Bagi golongan seni...yakni kaki hiburan...merasai begitu rugi akan kematian seorang insan yang dikatakan 'boleh memberi perubahan kepada minda masyarakat'...begitulah sebahagian pendapat yang dapat aku nukilkan setelah membaca secara sambil lalu mengenai berita kematian arwah...
Berita Utama TV3 tadi turut memaparkan berita pengebumian jenazah arwah...aku pun semak ler kat Utusan Malaysia Online dan Berita Harian Online...manakala mStar Online di bahagian Hiburan dipenuhi dengan berita mengenai arwah....
Aku bukan nak ulas tentang itu...tapi kenapa penggunaan 'Allahyarham'??? kenapa tidak berita2 tersebut yang aku dengar dan baca tidak menggunakan kalungan 'Allahyarhamah'???
Korang cari ler sebab nyer!!!...mungkin ada rahsia yang tidak didedahkan utk tatapan umum...sebagaimana laporan di perenggan terakhir Malaysiakini.com...ini boleh diklasifiasikan sebagai satu misteri...semisteri kematian mendiang Teoh Beng Hock....kalo perlu wujudkan Suruhanjaya Diraja atau Inkues pun...ok jugak...aku amat setuju...hehehe...
Saturday, July 25, 2009
Micheal Jackson: Dibunuh utk sekat Islam berkembang
Konspirasi Kematian Michael JacksonMichael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.
Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.
Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.
“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.
Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.
Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.
Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.
Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.
Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..
Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.
Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.
Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.
“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.
Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?
Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.
Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.
(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain
Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.
Dialihbahasa oleh http://beautifulnara.com
Lagu 'Give Thanks to Allah' yang dikatakan telah dinyanyikan oleh Michael Jackson. Namun media barat menafikan dengan mengatakan bahawa pencipta lagu tersebut, Zain Bhika lah orangnya yang telah mengalunkan lagu itu.
Ajijoi ~ Cuba bayangkan jika perancangannya untuk mengumumkan keimanannya memeluk agama Islam semasa konsert tersebut, sudah pastinya jutaan peminat fanatik Mikael seluruh dunia akan terpanggil untuk mengikuti jejak langkah ikon pujaan mereka itu.
Inilah yang amat ditakuti oleh Amerika dan dunia barat yang memusuhi Islam.
Ihsan dari:http://ajijoi.blogspot.com
Apa pun...pemergiannya sudah pasti tidak meninggalkan dosa-dosa yang menggunung sepertimana ia telah menyaluti tubuh badan kita...teringat aku akan seorang sahabat muallaf yang aku uruskan...Kamal nama nyer...sebagaimana MJ...pada ketika iman baru ingin membiak dalam hati utk diserapi oleh tubuh badan...rupa2...Allah lebih menyayangi mereka...moga2 mereka dirahmati Allah...amin...
Wednesday, July 8, 2009
Jom bermuzakarah, berijtimak & berseminar
TEMPAT : Berhampiran Masjid KLIA Kuaters, Labu , Nilai.
TARIKH : 9-12 hb Julai 2009
ATURCARA ;
Asar, Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan
9-07-2009 – KHAMIS – Selepas Solat Asar Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak
10-07-2009 – JUMAAT – Selepas Solat Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
- 1. Ceramah Umum
- 2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh Ceramah Umum
11-07-2009 – SABTU – 10.00 pg – 12.00 tgh Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- 10.00 pg – 12.30 tgh
- 1. Program Untuk Ulama
- 2. Program untuk Khawas
- 3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh Ceramah Pendek
1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak
*Sumber: al-Ahkam.Net
---------------------------------------------------------

Tuesday, July 7, 2009
TERKINI!!..Tindakan Sultan Perak demi maruah negeri - Mahkamah
PUTRAJAYA 7 Julai - Tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah betul semasa melaksanakan kuasa prerogatifnya untuk meredakan pergolakan politik Perak dan mengekalkan maruah negeri itu, kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zainun Ali.
Hakim Zainun berkata, satu daripada kuasa eksekutif yang kritikal bagi seorang Raja dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengikut perlembagaan bagi mengekalkan kententeraman awam demi kepentingan awam dan oleh itu kesedaran baginda berhubung signifikan daripada pelaksanaan kuasa prerogatifnya itu tidak boleh dipertikaikan.
“Keadaan di Perak pada masa itu boleh dianggap sebagai sudah tidak normal, tidak jika seseorang menganggapnya sebagai normal, ketegangan politik, tekanan politik yang memuncak, suspens dan pengkhianatan dan pertukaran kesetiaan politik, sebagai satu yang rutin dan semuanya dalam pekerjaan harian.
“Kematangan dan kebijaksanaan Raja adalah wajib. Pelaksanaan kuasa prerogatif ini adalah lebih kritikal jika jentera kerajaan yang normal mengalami masalah,” kata Hakim Zainun dalam penghakiman bertulisnya setebal 115 muka yang dikeluarkan hari ini.
Pada 22 Mei, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Raus Sharif, Zainun dan Datuk Ahmad Maarop telah memutuskan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah, yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menyebelahi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
- BERNAMA / *Sumber dipetik dari Utusan
--------------------------------------------------
Dah lama tak ulas isu semasa nie..tapi malam nie aku tetiba jadi marahhhh.....tuan hakim janji nak siapkan penghakiman bertulis 2-3 hari dari keputusan yang dibuat pada 22hb Mei yang lepas...
Udah sebulan lebih....baru terbit penghakiman bertulis setebal 115 muka surat....sesetebal 115 helai kertas tersebut....yang menjadi hujah atau dalil kick-point keputusan 8 minit tersebut hanyalah membenarkan tindakan Sultan Perak....
Sultan Perak???....kenapa keputusan perlu berselindung disebalik institusi diraja???....setahu aku si Nizar bukan hendak mempertikaikan tindakan 'si warga berlabel kuning' tersebut...
Si Nizar menfailkan saman untuk mendapat penjelasan ke atas perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Perak...tentang prosedur perletakan jawatan melalui 3 kaedah tersebut...
Apa ke hal si hakim kaitkan ngan warga label kuning tu??...itu hujah puak2 lanun perampas tersebut...ni negeri adalah 'Raja Berperlembagaan'!!!!bukannya dia berkuasa mutlak!!...
Aku benar2 tak puas hati....walaupun aku tak baca 115 m/s tersebut....aku tak kira...sebab keputusan diatas itu saja yang dipaparkan melalui media yg menjadi hujah si hakim tersebut...
Sebagai warga & kakitangan yang dizalimi...dizalimi dari sudut emosi, moral dan tindakan...aku tak dapat nak terima hujah si mamat 'kaki sebelah dah menapak di neraka' nie....apa yang mampu...aku akan teruskan berdoa...kerana itu saja senjata yang aku miliki....
Wednesday, July 1, 2009
فتح الريان ريزا – Nama pilihanku
Seminggu aku diberi cuti isteri bersalin...banyak perkara ler jugak yg dapat aku bantu...ari nie juga...aku balik semula ke Pengkalan Hulu...untuk kembali menjalankan tugas...
Hampir 2 minggu aku tak masuk opis...22 & 23hb Jun (Isnin & Selasa)aku terpaksa ambik cuti...hari Rabu (24hb Jun) aku terpaksa ke K.Kangsar...jd panel penemuduga untuk jawatan Guru KAFA...cadang nyer 25hb (Khamis) nak masuk opis...
Tapi 25hb tu jugak ler emergency call...si 'Rayyan' nak kuar dah...sampai ler ari nie aku tak masuk opis...maka banyak ler perkara atas meja dan yg tertunggak aku perlu settle kan...
Dalam tempoh 7 hari tersebut..adik Rayyan ada kekuningan skit...dah 2 kali darah diambil...termasuk pagi tadi...tapi alhamdulillah..ada penurunan...darah yg pertama kekuningan tersebut di tahap 11.3....ari nie dah turun ke tahap 10.1...melepasi tahap bahaya iaitu 10.5...
Moga2 adik Rayyan bertambah sembuh....sian Rayyan...asyik tidor jer....itulah tanda2 kekuningan...tapi nasihat nurse...agar diberi susu ibu kekerapan sejam sekali...alhamdulillah...adik Rayyan semakin bertubuh...
Tak sabar rasa nak nyakat Rayyan!!..








