Monday, February 15, 2010

Ketika Cinta Bertasbih - ajar erti persahabatan


Ketika aku ke Kota Bahru...aku singgah ke Jalan Dato' Pati atau lebih dikenali sbg tpt Medan Ilmu...aku nampak tergantung banner tentang tayangan filem 'Ketika Cinta Bertasbih'...jadi sudah pasti akan ada keistimewaan filem ini sehinggakan tergantung di bangunan bawah Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan...

Rupa2nya...aku terpaksa beri kredit 9/10 bintang buat filem KCB 1 & 2....aku telah menghabiskan masa malam aku nie dengan menonton KCB 1&2...memang mantap!!!...tahniahh...

Banyak juga perkara yg diketengahkan mempunyai unsur2 kebaikan...korang cari ler unsur kebaikan tersebut...tapi part yg aku paling syahdu adalah ketika Abdullah Khairul Azam meninggalkan sahabat2nya di Mesir ketika di airport...

Fuhhh...kembali mengingatkan aku pada teman2 seperjuangan...buat teman2 seperjuangan...aku mohon maaf jika aku ada kesilapan sepanjang perjuangan kita di Jordan lepas...dan aku juga memohon maaf jika kini aku jarang menghubungi kalian...alasan aku...aku sibuk dan terlalu concentred dengan kerja...itulah alasan rapuh aku..

Maafkan aku sahabat...tapi korang tetap dihati...

Wednesday, February 10, 2010

Nizar tak layak jd MB Perak..!!!!

Sememangnya DSN tidak layak untuk memimpin sebuah kerajaan negeri Perak...pelbagai mehnah dan tohmah yg dilemparkan kepada beliau selama 11 bln (Mac 2008 - Feb 2009) pemerintahan...kini Kerajaan negeriku Perak kembali kepada tampuk kepimpinan asal iaitu Barisan Nasional...malah tampuk ini telah disahkan semalam oleh panel 5 Hakim Mahkamah Persekutuan...

Dari itu, telah timbul pelbagai pandangan dan persepsi masyarakat mengenai status pengesahan tersebut...buat DSN dan PR Perak khususnya dan semua pencinta demokrasi dan kebenaran amnya amat berdukacita terhadap keputusan tersebut...

Pelbagai hamburan takziah dan kata2 semangat bagi menampung diri yang kuat berkocak untuk menerima sebuah ketentuan yang tercipta ini..entahkan mampu bertahan atau terus hanyut dibadai kocakan ketentutan itu..

Pelbagai hikmah yang dicungkil dari ketentuan itu...boleh dibaca dalam pelbagai blog yang dilayari...malah ada yang sudah dapat membaca bahawa sebuah Istana Keadilan itu akan menyerahkan DSAI ke Istana Penjara mengikut kehendak penulis skrip Mongol Altantuya...

Itulah Malaysia...tapi bagi aku...setelah kita bakal kehilangan DSAI nanti dalam PRU13...ujian krisis Perak ini setidak2nya adalah persediaan untuk Dato' Seri Nizar memimpin PR dan Kerajaan Malaysia kelak...kerana DSN adalah ikon rakyat dan pejuang demokrasi...DSN tak layak jadi MB Perak tapi layak utk jadi PM Malaysia ....itulah doa dan harapan ku...amin ya rab...

**Semangatmu tidak pernah luntur**

Tuesday, February 9, 2010

Tahniah Zambryyyy!!!!!!!....

Tahniah Zambry n d geng termasuk al-Sultan....mahkamah telah mengisytiharkan secara sah dan tiada keraguan lagi segala keputusan dan perilaku yg telah kalian lakukan...

Zambry telah dikalungkan sebagai
MB Mahkamah Persekutuan

....manakala
DS Nizar tetap kekal dihati sebagai
MB Rakyat Perak....

"Allah bagi peluang masa yang mencukupi untuk kita ambil alih Perak dalam PRU akan datang. Babi tak kan jadi halal walaupun disembelih oleh Mufti. Itulah hakikatnya. Jangan berhenti segala gerak kerja untuk rampas Perak daripada BN yang telah dilakukan selama ini.."..petikan dari albanjari

5 orang dibawah ini telah membuat keputusan...mereka akan diadili seadil2nya di Istana Keadilan Mahsyar kelak...samada dihumban ke Neraka atau disambut di Syurga kelak...
Doakan kita tergolong sebagai ahli di Jannatun Nai'm...amin...

Thursday, February 4, 2010

Graduan Jordan bermasalah??...

Graduan dari Jordan sering mendapat perhatian dari kalangan cendiakawan tempatan...tak kiralah siapa dia tu...mufti ka...tok kadi ka...ulamak pondok ka...atau sapa2 lah....perhatian yang diberikan lebih kepada negatif...

Golongan graduan nie sering menimbulkan masalah kepada masyarakat...sering menimbulkan perbalahan di kalangan umat Melayu dan Islam di M'sia terutamanya....sering hendakkan populariti hasil dari lontaran ideal dan pandangan...tidak faham waqi' semasa dan realiti ummat Melayu....dan pelbagai lagi...semuanya kerana sorang...iaitu Dr MAZA....maksud aku bekas mufti Perlis...maka dipalitkan kepada semua graduan Jordan turut bermasalah...

Malah dalam sembang2 dengan shbt sebilik di Jordan...beliau telah mencopkan dirinya dan diri ku adalah 'Wahhabi'....satu perkataan yg cukup fobia di M'sia...malah ada seorang sahabat aku dalam usaha dia utk cuba bergaul dalam kelompok 'ustaz2'...bila tau dia belajar di Jordan...turut dikategorikan sebagai 'bahaya'...

Itu mungkin segelintir persepsi orang...malah orang2 itu juga turut tergolong dikalangan cendiakawan Islam...maksud aku...mereka ada asas dan faham akan tentang agama mereka...

Disalahkan juga kepada graduan Jordan kerana menyampaikan ilmu dan pandangan tidak mengikut apa yg telah menjadi kesepakatan ummat Melayu Islam M'sia yg berpegang teguh kepada mazhab Syafie yg beraqidahkan Ahli Sunnah wal Jamaah...benarkah berpegang teguh??..korang buat ler analisa...

Bila ada sedikit perbezaan....maka cop Wahhabi akan tempek di dahi mereka....aku tidak mahu bahas isu Wahhabi....tapi apakah perbezaan dan pertentangan dalam sesuatu hukum atau amalan ia bersalahan???...

Kenapa perbezaan dan pertentangan itu tidak di'harmoni'kan??...maksud aku..'hidupnya ilmu itu dengan bermuzakarah'....bila ada muzakarah...kesepakatan dan perbezaan itu juga adalah satu ilmu...kenapa perlu digelar dan diburuk sangka???...

Malah jika nak buruk sangka...aku pinjam kata2 shbt sebilik..'bdk2 al-Azhar yg dok bising2 kat kita(pelajar Jordan) bukannya pergi mengaji/kuliah...depa mengaji sama2 syeikh2 melayu yg dok sana'...adakah perkara ini dihebohkan di dada akhbar dan media perdana/internet serta pelbagai medan ceramah???...

Sebenarnya apa yg diutarakan dan disampaikan oleh Dr MAZA rasanya bukanlah satu benda yg baru dan asing di lubang telinga graduan Jordan...aku diajar dengan banyak pandangan imam mazhab...bukan setakat 4 mazhab saja tapi di ajar kepada aku utk sedia menerima kepelbagaian ini dan bersedia utk menerima mana yg asah dan yg mana paling arjah...

Tidak diajar kepada aku utk mengatakan pandangan imam mazhab ini salah....dan tidak diajar kepada aku utk mencerca imam ini...kerana mereka semua ada hujah dan ada dalil masing2...tidak timbullah aku ini mencerca ulamak dahulu..imam Ghazali dipersalahkanlah...dan mcm2 lagi...

Aku bleh rai metod pembelajaran sahabat2 di negara2 lain...kenapa kalian tidak bleh rai metod pembelajaran aku di Jordan??...itu soal dikalangan graduan...tapi bagaimana dengan masyarakat??..

Bila berdepan masyarakat...adakala atau dalam erti kata lain sudah pasti metod pembelajaran yg dipelajari amat berbeza utk ditampilkan kepada masyarakat...bila ada perbezaan...maka disitu ada konflik...sebab masyarakat Melayu pelbagai darjatnya dalam kualiti pemahaman Islam dan amalan yg dibuat...

Oleh kerana hendak meraikan semua ini...adakala yang hak itu disembunyikan...jika disuarakan maka akan timbullah lagi pelbagai polemik...inilah yg merugikan ummat sebenarnya...tapi jika ditampilkan juga...maka golongan cendiakawan menghentam pulak....punahhh segalanya!!!

Tulisan ini bukannya mewakili semua graduan Jordan...sebab itu diguna perkataan 'aku'...kalo mereka sama sefikrah ngan aku...itu tanda dia sepakat dengan kenyataan ku...sekian

WA

Sunday, January 17, 2010

Maha Melihat.....


MAHA MELIHAT

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa di nafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksi

Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
Pada Mu hati bertaubat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
Pada Mu semua bergantung

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Hoo…Hu…Hu…

Andai bias ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali ulang segala
Tapu hidup tak kan bias
Meski dengan air mata

Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
Pada Mu hati bertaubat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
Pada Mu semua bergantung (2x)

Sunday, December 13, 2009

'Final Kick..!!' utk Pengkalan Hulu


Jemput Hadir Semua......
ini mungkin 'buah tangan' aku yg terakhir....

Pelbagai Acara Menarik Menanti Anda...!!

Gerai Pameran & Jualan Produk Muslim  Sepanjang 3 Hari 3 Malam


17hb Disember 2009 / Khamis


Majlis Diambang Hijrah – 6.00 petang

Ceramah Kemuncak Hijrah – 9.00 malam


18hb Disember 2009 / Jumaat


Bicara Wanita:’Hak & Undang-Undang – 9.00 pagi

Pertandingan Mewarna & Melukis – 11.00 pagi

Gerakan Aktivis Kariah – 3.00 petang

Aktiviti Riang-Ria (Tarik Tali/Sepak raga Timbang)– 5.00 petang

Pengajian Bersama Ulamak – 7.30 malam

Bicara Ad-Din:’Ilmu Hitam & Rawatannya’ – 9.00 malam


19hb Disember 2009 / Sabtu


Penjadualan Waktu Solat – 9.00 pagi

Pertandingan Memasak – 10.00 pagi

Himpunan Pemuda Islam – 3.00 petang

Aktiviti Riang-Ria (Sukaneka) – 5.00 petang

Malam Sayembara Kesenian Islam & Sayonara – 9.00 malam


Pengajian Khatam Kitab 'Penawar Bagi Hati'  Bersama Tn.Guru Hj.Adnan Pondok Karangan


SEMUA ACARA BERTEMPAT DI


MASJID ISKANDARI / PEJ.AGAMA P.HULU & SEK.KEB.KROH

Tuesday, December 8, 2009

Banjir di Jeddah: Bencana atau Bala???...



Peristiwa banjir di Jeddah baru2 nie mengingatkan aku akan kisah dari ceramah Us.Shamsuri...beliau dan ahli rombongan umrah beriya sangat nak ke Jeddah...kononnya nak tgk ler kota Jeddah...

Alih2 bila jejak kaki ke kota Jeddah...dalam benak fikirannya berputar dan berpinar..."nie Jeddah ke..'haram jaddah'??"...huhuhu...sebabnya kehidupan ahli dan pembangunan kotanya amat berbeza dengan ahli kota Makkah & Madinah...malas aku nak hurai tentang 'perbezaan' tersebut...korang buat ler tinjauan dan penilaian sendiri...

Sila klik ke blog Hj.Arshad untuk melihat gambar2 malapetaka tersebut..1 & 2

Akhirnya...sama2lah kita berdoa moga2 sahabat kita di sana tabah menghadapi ujian Allah ini untuk kemantapan iman sang hamba...amin ya rab..