Friday, March 28, 2008

Selamat Menyambut Umur 3 Thn Utk Iman...


Sejak minggu lepas letih jugak rasanya..semalam baru leh duduk kat umah sendiri, last saturday pegi kl, ada kenduri,ahad dah blk.On Monday lak, rush ke taiping..abah Iman ada kursus kat Lumut,Khamis baru lah blk umah.Birthday Iman on Tuesday..nak celebrate pun x best aa..abah xde...Bila discuss blk ngan my hubby..postpone jer lah party utk Iman...Ni baru ler lehh msk blog..
Anyway,Happy Birthday Iman!!! 25hb Mac 2008 , genaplah usia Iman 3 tahun.Seiring dengan peningkatan usianya,pelbagai aksi dan perangai yang dipamerkan.He’s talking non-stop,asking more questions,jumping and running around more.Karenahnya kadangkala mencabar kesabaran.Very challenging.Namun, itulah dunia kanak-kanak yang sedang Iman lalui.Masa untuk dia meneroka,melakukan eksperimen, dan mencari pengalaman di persekitarannya.Seperti mana yang Ummi dan Abah telah laluinya berpuluh-puluh tahun dahulu.Cuma sekarang, makin terasa betapa beratnya tanggungjawab yang perlu dipikul. Tanggungjawab sebagai ibu bapa yang tidak pernah off!!Inilah harga yang harus dibayar bagi menjamin zuriat yang dilahirkan selamat dunia dan akhirat.Insyaallah.
Sekarang,mulut Iman semakin rancak bertanya itu ini,setiap patah perkataannya seringkali berakhir dengan perkataan ‘apa’.Itulah yang selalunya membuatkan percakapan saya dengan Iman berlarutan kadangkala tanpa kesudahan.Sebabnya saya kadangkala terputus idea.Mati akal dibuatnya.Di saat itu,saya hanya mampu tersenyum memandang Iman dan berkata.. “Biar ummi pk skejap yea..” kalau dah malas sgt nak layan saya jawab jer x tahu..Saya perlu byk berfikir bila dia start bertanya itu ini.Supaya jawapan yang akan saya berikan sesuai dengan tahap pemikirannya.Supaya dia faham dan satisfied dengan jawapan yang saya berikan.Walaupun kadangkala conversation kami berakhir dengan “ eee...ummi nie..” “..apa ummi nie..x tahu..x tahu..” kalo ayat itu yang keluar dr mulutnya bermakna jawapan saya ada yang x kena dan dia x pus ati..sebaliknya jika “ oooo...ok..” ..bermakna dia puas hati dengan jawapan yang sya berikan.Dan saya akan rasa lega sbb x perlu ulang byk kali..hehehe...

Time tgh menaip nie pun, Iman sibuk ajak main badminton..semput jugak laa mengejar bola yang merata dilemparnya.Ari nie jumaat, abah dia lak blk awal..kena msk dpur awal laa..Iman lak x puas main..sibuk memanggil ajak main lagi..Dah siap msk..cont’ balik ..tetiba lak dia suh repair brek basikal dia rosakk..eeee..geram lerr...mesti ler time saya msk td dia porak perandakan brek tu sampai tertanggal..ntahh laa.....

Tulang Binatang Dalam Pinggan Mangkuk???




Tahukah anda set pinggan mangkuk yang disebut sebagai Fine Bone China mengandungi abu tulang binatang yang menjadikannya kuat, keras,tidak mudah pecah dan sentiasa kelihatan putih?Ciri keputihan inilah yang membezakannya daripada pinggan mangkuk biasa.Bone China merupakan campuran adunan porselin abu tulang.Abu tulang bertindak memutih dan menguatkan porselin , sambil mengurangkan suhu pembakaran.Abu tulang diperolehi daripada tulang binatang yang di bakar dan dikisar.Abu yang terhasil ditumbuk sehingga menjadi serbuk dan dicampurkan dengan air sebelum ditambah ke dalam ramuan lain porselin.Penggunaan abu tulang binatang di dalam pinggan mangkuk menimbulkan keresahan di kalangan pengguna Islam.Para pengguna dinasihatkan supaya menggunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tembikar dan kaca.Di antara jenama pinggan mangkuk Bone China yang terdapat di pasaran ialah Noritake dan Wedgewood.

Sumber: Persatuan Pengguna P.Pinang

Wasiat Terakhir Rasululullah saw.







1. Sesunggunya darah kamu,harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara sebagaimana diharamkan hari ini,bulan ini dan bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya.)
2. Sesiapa yang memegang amanah,maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan empunya.
3. Ingatlah segala amalan jahiliyyah telah berada di telapak kakiku (iaitu telah dihapuskan.)
4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah telah diampunkan.Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
5. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Muttalib.Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.
6. Wahai manusia, takutilah Allah swt di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita.Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah swt dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah swt.Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk,jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka, tetapi tidaklah hukuman yang boleh mencederakan mereka.Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib bagi kamu menjaga makan pakai mereka dengan baik.
7. Semua orang mukmin adalah bersaudara,oleh itu tidak halal bagi seseorang muslimmengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.
8. Jangan kamu kembali menjadi kafir setelah pemergianku,di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain.Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan,(Kitab Al-Quran dan Sunnah Nabi-Nya)jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya,maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya.
9. Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu.Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah swt,Tuhan kamu dan men unaikan solat lima waktu,berpuasa di bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan.Dan kerjakanlah haji Rumah Suci Tuhanmu,untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.
10. Tuhan kamu adalah Esa,datuk kamu pula adalah satu,kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah.Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang bertakwa kepada Allah swt.Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan takwa.
11. Allah swt telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati,oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka.Sesungguhnya laknat Allah swt ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar,juga laknat daripada malaikat dan seluruh manusia.
12. Kemudian kamu akan di soal tentang aku,maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.”Baginda saw telah mengangkat tangan ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkat. “ Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulullah saw mengucapkannya sebanyak tiga kali.


Rujukan: Makkatul Al-Mukkarramah,Kelebihan dan Sejarah

Friday, March 21, 2008

Puding Karamel


Dah lama x buat puding karamel nie..nie try resepi yg terbaru ,resepi ni ambik kat feqahnyer fotopages...tp buat nie skit jer..1/2 drp resepi ni..


Bahan-bahan :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad

Cara2:
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan adunan gula hangus dalam loyang.Masukkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.

Wednesday, March 19, 2008

Biarkan Mereka Berbalah.....




Selama ini mereka berbangga dengan pakatan jitu dan mesra, mereka berbangga dengan kesepakatan yang dijalinkan, mereka berbangga dengan pembangunan yang diusahakan, mereka berbangga dengan projek dan program yang dijalankan, malah mereka berbangga dengan ungkapan BN = Beri Nikmat....satu ungkapan umpama sudah menjadi tuhan..

Mereka sekian lama dibiar menjadi angkuh dan sombong, malah selepas 8hb Mac dan tibanya sinaran Rabiul Awwal...mereka mula terjaga dari lamunan, ada dikalangan mereka mula sedar, ada yang sudah bermuhasabah, ada yang masih ego, ada yang masih terkial2 mencari sebab dan musabab boleh jadi begini...

Ada yang telah mendapat punca...antaranya ialah salah perhitungan strategi, masalah dalaman yang tidak diatasi, tidak mendengar rintihan dan suara rakyat, membuat keputusan tanpa pertimbangan dan hilangnya unsur2 menjaga kebajikan kepada rakyat dan pelbagai lagi laporan akhbar dan media perdana sejak akhir2 ini....

Bagi diriku...biarkan mereka berbalah, kita sudah berusaha sebelum ini untuk menyedarkan mereka, mungkin tanggal 8hb dan kemunculan Rabiul Awwal adalah salah satu usaha terbesar kita menyedarkan mereka untuk kembali...

Teruskan berdoa Qunut Nazilah seperti di atas, Allah sedang mendengar rintihan dan permintaan kita ketika ini, kejayaan semakin hampir...Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, porak perandalah pakatan mereka....

Terjemahan Doa:

Ya ALlah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 kam ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah 3x, wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan, wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka...amin

Tuesday, March 18, 2008

Senarai Anggota Kabinet Malaysia


PUTRAJAYA: Berikut senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad hari ini:


Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)

Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr. S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh

Sumber: http://siasahdaily.blogspot.com/2008/03/senarai-penuh-anggota-kabinet-malaysia.html

Monday, March 17, 2008

Rabiul Awwal Membawa Rahmat...
















Tulisanku pada 7hb Mac yang lalu, sebelum menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat M'sia..aku mencari sinar abadi cetusan nabi SAW...moga2 pada tanggal 8hb Mac akan terpancar sinar keadilan Islam di bumi M'sia ini...

Alhamdulillah, sujud syukur telah ku lakukan atas perkhabaran gembira pada malam 8hb dan pagi 9hb Mac...k'jaan Islam di Kelantan kekal sebagai pemerintah yang ingin meneruskan perjuangan RasulNya...ditambah kegembiraan ku lagi dengan perkhabaran jajahan takluk Islam turut melebar ke negeri Kedah, dan seterusnya gelombang perubahan terus berlaku di P.P, Selangor dan negeriku Perak.

Rupa2nya...perkhabaran ini amat tepat berlaku di awal bulan Rabiul Awwal, sedang segelintir ummat Islam sibuk untuk memperingati perjuangan sirah Junjungan Muhammad SAW. Pasti ada hikmah disebalik ketentuan Ilahi ini. Sama2lah kita pelihara kurniaan Ilahi ini...

Sungguh indah Rabiul Awwal pada tahun 1429H ini, banyak sungguh peristiwa dan perkhabaran yang indah ku kecapi sehingga ke 9hb Rabiul Awwal ini...Moga2, sinaran keadilan Islam mampu terus merahmati alam sejagat keseluruhannya....amin ya rabb...