Thursday, July 10, 2008

Choc Moist Cake




Kek ni wat msa nak blk kg aritu...resipi nie dr umah k. ummi..ida copy jer tempek sini..halal yea k ummi...mmg sodapp laa kan...lenkali mesti wat lg nie..iman ckup suka nie...dah puas mkn kek..dirembatnyer choc yg topping tu..mekasih yerr k ummi..


Bahan:-
1 cawan margerin/butter
1 3/4 cawan sugar (*ida guna 1 1/2 jer)
3 biji telor
2 1/2 cawan tepung serbaguna
6 sudu makan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu teh garam
Topping:-
300 gm coklat masakan
200 gm whipping cream (* x buh pun..coz xde..guna susu cair 1 sd)
1 teaspoon butter
(*Masak secara double boiler hingga berkilat dan sebati. Sejukkan sebelum disapu atas kek)
Cara Membuat:-
Preheat oven ke suhu 175 deg. celcius. Griskan loyang ukuran 9x 13". Ayak bersama tepung, baking powder, serbuk koko dan garam. Putar margerin dan gula hingga ringan dan gebu. Masukkan telor satu persatu, putar dan masukkan esen vanila sambil diputar terus. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar dan gaul/putar perlahan hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 - 45 minit/hingga masak. Biarkan sejuk atas wire rack. Garnish dengan topping coklat.

Saturday, June 28, 2008

Sukarnya memanah!!!!!!.........

**Salah cara tu cik abang!!!..

Peristiwa nie 2 bulan yang lepas...iaitu pada 26hb April yang lalu...pada penganjuran'Ekspo Gaya Hidup Muslim Peringkat Daerah Hulu Perak' dari 25 - 27hb April 2008 lalu..di Pengkalan Hulu..

Pada penganjuran tersebut diadakan slot 'Mari Mencuba' iaitu untuk acara memanah dan juga menyumpit...aku pun tidak ketinggalan untuk mencuba 2 acara tersebut...penganjuran kali ini amat istimewa kerana di Pengkalan Hulu ini terdapat Pusat Latihan Memanah Negeri Perak bertempat di SMK Tun Saban...

Memandangkan kali ini ia di'open'kan untuk orang ramai...jadi aku mengambil peluang mempelajari satu sunnah dari ajaran Nabi Muhammad SAW...rupa2nya tidak semudah mata memandang untuk mempelajari ajaran ini...padan ler Nabi SAW menyuruh kita untuk mempelajarinya...sebagaimana sabda baginda SAW yang bermaksud:
"Ajarilah anak2 kamu dengan berenang, memanah dan mar'atul maghzal(tenun pakaian)" - riwayat al-Baihaqi.

Sukarnya pada membina kekuatan menarik tali tersebut...kekuatan tangan yang kena diluruskan...kekuatan minda, fokus dan perhatian perlu diselaraskan...percaturan ke atas faktor angin dan keadaan sekeliling perlu juga diambil kira....itulah antara faktor kenapa Nabi SAW berseru agar ummatnya mempelajari ilmu tersebut...
**Jangan ler dhumban ke tanah kali nie....

Mana tidaknya...cubaan pertama aku sasarannya adalah ke tanah...hahaha....cubaan yang ke-5 baru menuju sasaran ke bulatan kuning....dapat ler aku hadiah berupa setin air...baru ku tahu betapa sukarnya amalan sunnah ini...dan baru ku tahu betapa pentingnya seruan Nabi SAW itu dibuat untu kalangan ummatnya...soalnya kini timbul...adakah kita masih perihatin atau memandangnya sebelah mata pada sunnah tersebut yang kini dijadikan salah satu acara sukan untuk dipertandingkan....

Tapi...agak malang buat pelajar Islam berketurunan Melayu...sudahlah tempat SMK Tun Saban telah diiktiraf sebagai Pusat Latihan Memanah Negeri Perak yang melahirkan atlet kebangsaan Muhammad Marbawi Sulaiman...tapi menurut tenaga pengajar di sekolah tersebut...pelajar selain Melayu beragama Islam adalah ummat yang tidak minat mempelajari ilmu memanah tersebut....kebanyakkan adalah pelajar berketurunan siam dan cina..Mereka hanya berminat menunjukkan kekuatan dengan mengangkat tayar depan motor...
**Semput jugak dibuatnyer nak menyumpit nie...terpaksa ambik angin dari perut...hehehe..

Begitulah respon mudah dari tenaga pengajar di sekolah tersebut sambil menghulurkan kepada aku risalah tentang kelebihan memanah dalam agama kita...perbualan ringkas tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dan perancangan difikiranku..kesimpulannya.. perlu ditampilkan sunnah dalam setiap bidang yang diceburi walaupun ia sukar diterima...
**Risalah Edaran:Kekuatan Itu Ada Pada Memanah

**Risalah Edaran:'Wahyu' Berkaitan Memanah

Friday, June 27, 2008

Ayam Madu



Iman ckup suka mkn ayam nie.Kalo msk2 merah tu mmg dia x mkn sgt..dia ckp pedass.Tiap kali nak msk pening gak memikir resipi yg dia leh mkn..

Bhn2utk perap ayam,ditumbuk/blend:

1. 3 ulas Bawang putih
2. Halia
3. Madu
4. Kicap
5. Sos tiram

Rebus ayam dlu, stgh masak, pastu lumurkan ngan bhn2 perap.Perap 2 jam atu lbih.Bakar pd suhu 200, 15-20 min.Simple jer.

Thursday, June 26, 2008

RoTi GunTinG




Letak jer nama roti gunting,sbb nie hasil lebihan doh roti smalam, pastu gunting kecik2..goreng..utk b/fast.Iman pun cam sedap jer mkn..senang cite, x tau nak msk apa pepagi.

RoTi TeluR DadaR


Ni utk Iman..



Ni utk ummi Iman tambah ngan sos lada hitam + mayo


Smalam hb xde kat umah.Dok berdua jer ngan Iman.Time2 camnie muler laa malas nak msk.Terpk2 nak msk aper ler utk dinner.Last2 jln2 dpur member2..tnampak ler resipi nie kat umah k jun.Actually xpenah pun wat roti nie.1st time ler ni..hasilnyer pun x brape lawa, tp xpe asalkan leh mkn..hihi.. ida wat 1/2 jer dr resipi ni.Cukup ler utk kami 2 org.Itu pun byk lak rasanya.K jun ltk hot dog...tp ida ltk telur dadar.Xde hot dog..Iman pun mmg x mkn hot dog.Yg mcabar nyer buat ngan Iman nie..dia pun sibuk nak menguli gak.Siap bg dia skit doh tu..kalo x mula laa bising x puas ati.Mekasih k jun.

Bhn2:
1 cawan susu segar
1/2 cawan air
1/4 cawan butter
4 1/2 cawan tepung
7gm yis
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu teh garam
1 biji telur

panaskan susu, air n butter hingga suam. dalam mangkuk lain, masukkan 1 3/4 cawan tepung, yis, garam n gula. masukkan campuran susu tadi n telur. kacau. masukkan baki tepung tadi n uli hingga jd doh lembut n x lekat kat tangan. bahagi kepada 12 bentuk bulat atau bujur, cover n rehatkan selama 30-35min. bakar pada 200'c selama 10-12min.

Tuesday, June 24, 2008

RenDanG MinanG


Part 1:Rendang & Kuah..



Part 2: Rendang yg dah kering.



Rendang nie buat last sunday, mmg tringin sgt nak mkn..coz dah lama sgt x buat.Baru datg mood rajin nak mask rendang nie.Sumber resipinyer dr mak taiping.Masak rendang nie mmg ber'cinta' ler nak nunggu leh mknnnyer.

Bhn2:
1/2 kilo daging
1/2 kilo santan
2 cwn air

*20 bj cili kering
*15 ulas bwg merah
*1 1/2 labu bwg putih
*5 btg serai
*2cm halia
*2cm lengkuas

2 Helai daun kunyit (hiris nipis2)
Daun salam
Daun limau purut
Garam
Gula melaka

#10-15 bj lada sulah
#1/2 bj buah pala


* Di blend
# di tumbuk halus

Cara:
1.Masak santan + air + cili kering yg tleh di blend+ daun limau purut,daun salam,daun kunyit .
2.biarkan mendidih, mskkan bhan2 blend yg lain.
3.Masukkan bhn2 tumbuk.
4.Masukkan daging.
5.Masukkan garam dan gula melaka.
6.Biarkan mendidih,hingga keluar minyak..pastu kecikkan api, biarkan sehingga kering kuahnyer, @ leh gak berkuah kalo suka mkn camtu, like my hubby.

Monday, June 23, 2008

BroWnieS


Resipi ni Ida dpt dr dpur kak Liza.First time try wat brownies nie..mmg ler sedapp..Paling sronok si Iman laa..bgn pg tanya..kek ummi ada ker?? Ida buat separuh jer dr resipi nie.

Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar](Ida guna gula biasa jer, xde stok gula perang)

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.Kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan krim coklat.

KRIM COKLAT (xde stok)
Bahan
250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.