Thursday, August 28, 2008

Ahlan Bika Ya Ramadhan....


Ramadhan Karim....Ramadhan Karim....Ramadhan Karim....Allahu Akram!!!!....

Moga kita menghiasi Ramadhan dengan sebaik2nya...terlalu banyak untuk diperkatakan tentang kelebihan Ramadhan...kenalilah Ramadhan...moga2 tercetus rasa kecintaan pada Ramadhan....

Kini setelah 30 tahun usia didunia...23 tahun diri pernah berpuasa di bulan Ramadhan...sudah pasti ibadah ku di bulan Ramadhan ini berbeza pada ketika 20 tahun yang lalu...

Kini...ia menuntut perubahan...perubahan yang menuntut kepada 'La'allakum tattaqun'...moga2 ia berjaya dikalungi dalam diri ini sepanjang tarbiyyah Ramadhan akan datang...insya Allah....amin ya rab...

Tuesday, August 26, 2008

Alhamdulillah....

**Ihsan dari www.permatangpauh.com

Akhirnya sebuah permulaan sudah diketahui....moga2 dengan kemenangan 'Anwar Ibrahim = Putera Terbaik Yg Dikurnia Oleh Allah SWT Utk M'sia' ...aku petik dari kata2 Prof .Dr.Taha Jabir al-Alwani, Presiden Cordoba University....disambut dengan penuh rasa kesedaran dan tawadhuk serta kesyukuran kepada Ilahi diatas nikmat kemenangan ini...

Aku teringat akan sirah peristiwa Nabi Muhammad SAW dengan impian kemasukan Khalid Al-Walid ke dalam Islam...Islam itu bukan kekuatannya pada individu....tapi impian Nabi SAW adalah lahir dari perasaan nurani sbg pemimpin untuk menyempurnakan kekuatan itu....sahabat2 bleh kembali rujuk peristiwa kemasukan Khalid IAl-Walid ke dalam Islam...

Begitulah kaitannya keadaan politik semasa ketika ini...kita sudah ada kekuatan...tapi kemasukannya menawan Permatang Pauh, kembali ke Parlimen dan menuju ke Putrajaya...akan menjadikan individu ini sebahagian kepada kesempurnaan kekuatan kita...
**Kini dikau boleh mendapat kembali pembelaan

Moga2...insan bermata lebam 10thn lalu ini...mampu menjadikan amanah kemenangan ini dan harapan ummah dan msyrkt M'sia sebagai satu ibadah menuju keredhoaan Ilahi, insya Allah... 'HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA'

Monday, August 25, 2008

Anda Kenal Siapa Mufti Wilayah Persekutuan Skrg??

**S.S Dato' Wan Zahidi Wan Teh - Mufti Wilayah Persekutuan


Bertambah glemer plak dato' mufti nie skang yer....post aku kali nie bukan nak aibkan dia yg ketika ini menjadi pakar rujuk para wartawan dan media arus perdana ketika ini...statement dia skang seolah2 nak membela pihak krjaan BN....maka dicarinya rujukan2 dari ulamak yang tak berapa nak muktabar untuk menguatkan hujjahnya...dan aku merasakan dia memang ahli BN/UMNO....sebagaimana mufti wilayah yang sebelum ini...kalo tak aku tak leh ler jumpa dia kali pertama menyertai rombongan kjaan Perak ketika di Jordan dulu....

Bukan masalah pada BN atau UMNO...tapi bagi aku...bila berjawatan mufti...suara dan pandangan dato' mufti perlu mengatasi atau berada atas dari perkara itu...suara dato' mufti perlu berkisar pada mengatasi permasalahan ummah...bkn pada memenangkan sesetengah golongan bangsawan di atas sana...

Pertamanya..aku mula mengenali dato' mufti nie...ketika rombongan kjaan negeri Perak ke Jordan pada hujung tahun 99 atau awal 2000....ketika tu...dia bukan ler dato' mufti...tapi dari gerak gaya, kami sebagai pimpinan pelajar amat kurang senang dengan lagak sombong dan tak bertegur sapa dengan kami ketika mengiringi rombongan kjaan negeri...biarkan ler...itu cerita lama....mungkin masalah peribadi aku dan sahabat2 ngan dia...

Tapi...yang keduanya...ketika aku pulang ke Msia pada 2001...aku dapat pita video tentang debat olok2 PAS vs UMNO mengenai Isu Takfir...antara salah sorang ahli tersebut...terselitlah nama Wan Zahidi Wan Teh...inilah nilai mufti wilayah....

Dan yg ke-3nya...kalo dato' mufti nie balik ke Perak....org Perak idak memandang hujah dato' nie...nilai peribadi dan maruah awak terlalu rendah untuk diterimapakai segala pandangan dan hujah dato' tu....itu hakikatnya...

Ke-4 nyer...ketika isu rakyat menyerang kjaan....suaranya terkehadapan...maka berpusu2 ler wartawan ke biliknya...mahukan pandangan....ketika ummat mahu mengetahui isu2 berkaitan rasuah...perniagaan forex, MLM, skim cepat kaya, konsert dan sbgnya....suaranya tidak kelihatan....dato' hanya pembela golongan atasan pemerintah...tapi dato' tak bersuara untuk membela ummah dibawah...

Seterusnya ke-5...anak2 buahnya di Jab.Mufti Wilayah...ketika aku berbual2 ngan staf jabatannya...dia cukup ambil berat bab2 politik ne...bila dijemput untuk ceramah...disuruh tukar tajuknya...cth: Keta'atan Kpd Ulil Amri...sudah ler dato'...dato' hanya taat babi buta jerrr....udah taat babi buta hendak tarik hidung lembu turut serta jadi babi...mana blehhh bebbb!!!!!

Yg akhirnya ke-6 nyer....kini dia menjadi pakar rujuk buat para wartawan membela akuan sumpah kebenaran 'pungkuoqqq' si Saiful tu.....sama jer dato' mufti nie ngan bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan...Datuk Dr Ismail Ibrahim tu....pertikaikan orang bleh baca kitab feqah ler....pegawai agama rendah ler...samakan pembangkang ngan Adullah bin Saba' ler....kaedah qiasan mana plak dato' guna nie...merendah2kan pegawai sendiri ler plak....udah2 ler dato'...

Mungkin kasar post aku kali nie...maaf ler...tapi masalah sebenarnya ialah...aku tak leh tahan tgk org berjawatan agama gunakan agama ke arah yang songsang....menjadi pembela kepada yang batill....udah ler diperbodohkann oleh Tun Dr M...lepas tu...kuar statement...nak perbodohkan plak ummah dan orang2 awam....inilah buktinya....ada 15 siri semuanya...atas tajuk 'Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN'

Anda Kenal Binatang Ini???!!!....

Aahaa....sejak 15hb Ogos sehingga hari sabtu lepas yakni 23hb Ogos ...aku tgk ada manusia menyebut akan perkara ini...malah tiba kepada adegan drama cabar-mencabar berlaku...kononnya untuk membuktikan kebenaran..malah poster2 adegan drama 15hb Ogos lalu turut terpapar dan tergantung di P.44...

Entahlah...biarkan mereka...usah jadi seperti binatang dalam gambar diatas udah ler....kejap2 bertukor jer kaler badan...memang tak leh pakai 3 manusia N.S.T (Najib/Saiful/Tajol) berbadankan binatang ini...

Sunday, August 24, 2008

Mesej Penting Dari Permatang Pauhh...

Petang semalam gi Kubang Semang dalam Parlimen Permatang Pauh...udah dok dekat nie...nak jugak rasa bahang p/raya kecil Permatang Pauh...ada program Malam Munajat Ummah 2008 dari 22-24hb Ogos 2008 yakni ari Jumaat - Ahad..

Malam kedua tetamu istimewa ialah Tuan Guru Dr Harun Din & Tuan Guru Datuk Seri Hj Hadi Awang...kedua2nya berjawatan Timbalan Mursyidul Am PAS & Presiden PAS...selain dr 2 tetamu tersebut....ceramah perdana tersebut turut dihadiri oleh saudara Azmin Ali dan juga calon Parlimen Permatang Pauh...iaitu saudara Dato' Seri Anwar Ibrahim...

Sempat ler dengar 2 tamu istimewa tersebut berceramah di Taman Guar Perahu...bila nak masuk kepada saudara Azmin...hujan mula menitik...terpaksa ler aku balik...sebab bawa si 'anak coyeh abah' tu...

Macam2 cerita dari org Permatang Pauh aku dapat...antaranya...

1) Siapa hadiri ceramah BN...sila daftar nama untuk perolehi RM100...ada saudara tu..untuk 1 hari, 3 tpt ceramah dia pegi...maka dapat ler isi poket 1 malam = RM300...

2) Nak masuk Permatang Pauh...segala jalan terdapat 'road block'....tidak cukup dengan kawalan di darat...di udara juga terdapat helikopter membuat kawalan...segala 'black maria' bertumpu di Permatang Pauh...

3) Anak muda tak kira hujan...tetap berkonvoi dengan kibaran bendera PKR, PAS & DAP...manakala budak2 sekolah rendah dengan berbasikal pacak bendera BN...

4) Di pekan Kubang Semang, segala simpang jalanraya penuh sesak dengan kenderaan...dapat aku rasakan..pada 26hb nanti...pasti akan berlaku sesuatu diluar jangka...kerana segala jenis manusia akan memberi tumpuan di sana....

5) Dapat digambarkan seolah2 seorang penjenayah akan menakluki M'sia...

Di sini aku lampirkan segala mesej yang aku terima dari Permatang Pauh untuk kita kongsi bersama...sila buat paparan di blog anda dan kirimkan mesej ini...sila buat kerja!!!...sekrg2nya kita ada saham ke arah pembentukan 'Malaysia Baru'...

Risalah 1: Janji Anwar


Risalah 2:Janji Anwar


Risalah 3: Tawaran Turun Harga Minyak Petrol


**Risalah 4: Tawaran Turun Harga Minyak Petrol


**Risalah 5: Apa Kata Ulama' Tentang Fitnah Terhadap DSAI


**Risalah 6: Apa Kata Ulama' Tentang Fitnah Terhadap DSAI

Saturday, August 23, 2008

Anak Coyeh Abah....



Jarang sungguh aku berbicara tentang anakku Fauzul Iman Reza...entah 'jarang' atau 'tak pernah'???...aku pun tak pasti...tapi permata hatiku itu tetap istimewa...kerana dialah satu2nya penghibur dikala duka, gembira dan sebagainya...malah kadang2 bersama dialah aku bergaduh dan sebagainya...

Tapi...bersama dialah aku dapat berhibur...suk, duka, gembira, ketawa, geram, menyampah pun ada...tapi semua itu adalah perasaanku saja...tapi buat aku...dialah segalanya...kerana dia adalah cerminan bagi diriku...

Telatahnya kadang2 cukup menghiburkan dan menggeramkan...tapi aku perlu realiti...dunianya hanya mahu berhibur atas semua perkara...tapi...kadang2 ia turut mencabar kesabaranku...

Al-maklum ler...anak2 diperingkat 3-4 tahun...sudah pasti segala benda pasti menjadi bahan bahan eksperimennya...untuk itu...aku cuba mengajar diri untuk bertutur yang baik buat anakku ini ketika geramku mula mendatang...
**Iman dihadapan Masjid Nabawi ketika berumur setahun lebih - Moga2 ia menyambung perjuangan Rasul SAW

Maka muncullah gelaran 'Anak Soleh' buat si Fauzul Iman Reza...alhamdulillah...nampaknya ada ler sikit perubahan dalam diri aku terutamanya dan dalam diri 'cerminanku'...ia memberi respon yang sungguh baik...dengan menggelarkan dirinya...'anak coyeh abah'....malah aku mengharapkan ia adalah satu doa buat kekuatan perhiasan rohaniah dan akhlaknya...amin...

Inilah doa saranan untuk keluarga kita dari firman Allah SWT dalam surah al-Furqaan ayat 74:
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
**Trademark diambil dari Syarikat Anak Soleh Produtions - Promosi percuma..ahaks

Moga2 ia menjadi kenyataan sebagaimana makna namanya "Kejayaan Iman Yang Diredhoi"..sudah pasti iman yang diredhoi akan memaparkan akhlak yang terbaik buat anakku..sesuai dengan gelarannya 'Anak Soleh'....amin..

Pesanan Dari Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan

**Banner pelancaran 'Bln Galakan Solat' Peringkat Daerah Pengkalan Hulu

Alhamdulillah...15hb Ogos yang lalu...pelancaran program 'Bulan Galakan Solat' Peringkat Daerah Pengkalan Hulu dapat dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Bandaran Pengkalan Hulu..

Pelancaran julung2 kali ini diadakan dengan serba sederhana kerana ini adalah tahun pertama penganjurannya yang telah dilancarkan di peringkat negeri pada malam 27 Rejab 1429H bersamaan dengan 30hb Julai yang lalu di Dataran Dewan Bandaraya Ipoh oleh YAB MB Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin..
**Sticker Kereta Sbg Bhn Dakwah

Bagi daerah Pengkalan Hulu ini, ia dilancarkan sendiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah, Tn.Rumaizi Baharin. Mjls pelancaran kali ini dfokuskan kepada ketua2 jabatan negeri dan persekutuan,anggota kerajaan, ketua2 kampung, pengerusi j/k kariah masjid, para imam dan guru2 KAFA dan semua pemimpin masyarakat.

Sebagai tahun pengenalan, sudah pastinya golongan ini adalah sasaran utamanya...sebagai salah satu usaha menawan hati2 mereka ini untuk diketengahkan ajaran dan galakan solat ini kepada mereka dan seterusnya sudah pastinya kepada orang dibawah mereka menjadi mudah untuk dibimbing...
**Pemimpin utama buat rakyat Perak DR

Berbalik kita pada peringatan Allah SWT dalam surah al-Haj ayat 41 yang berbunyi:

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Maksudnya: "(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan."

Begitulah pesanan Allah SWT kepada mereka yang diteguhkan kedudukan di muka bumi ini...Siapa yang diteguhkan itu???..sudah pastilah mereka yang mempunyai kekuasaan...yakni pemerintah dan mereka2 yang berjawatan dalam kepimpinan masyarakat dan ummah...

Tugas utama mereka adalah memastikan solat didirikan, keduanya zakat ditunaikan, dan ketiganya perkara ma'ruf adalah digalakkan manakala kemungkaran mestilah dicegah...
**Iklan Dwi-Bahasa - Islam Untuk Semua

Mari kita sahut galakan dari pimpinan atasan ini...kerana arahannya adalah jua perintah Yang Maha Besar...bagi menuju kejayaan duniawi dan ukhrawi...amin...

**Pamplet 1


**Pamplet 2