Saturday, June 26, 2010

Program Realiti: Akademi Ulama' Muda (AUM)

**Ulama' Muda**
Satu lagi program realiti keagamaan terkini yang berjaya diketengahkan kepada masyarakat umum khususnya kepada masyarakat Islam di M'sia kini...

Program ini bakal mencetuskan fenomena baru kepada perubahan minda masyarakat 1Malaysia kerana ulama2 muda ini bakal diadun dan diacuankan serta diolah mengikut bahan resepi yg telah diaturkan dan skrip yg telah disediakan...

Apabila ulama'2 ini terjun ke medan masyarakat menyampaikan misi dan visi dakwah yg begitu menarik dan tertarik...mereka ini kelak akan menjadi tumpuan ramai ...akan dikejar2 oleh masyarakat kerana aura dan keterampilan ulama2 ini amat digilai...

Begitulah penangan dan nikmat populariti yang akan dikecapi oleh ulama' muda kerana ke'gila'an mereka yang amat disanjung...huhuhu.....

Perhatikanlah segala harapan dari Pengetua AUM dan Ketua serta wakil UM dari seramai 39 orang....
Datuk Seri Shahidan Kassim (AMT UMNO) berkata:

  1. "Penyertaan golongan ulama muda ini adalah secara berperingkat...insyaAllah Dr Asri akan termasuk dalam peringkat kedua tidak lama lagi."
  2. "Kita harus ingat, dalam Umno ada dua kategori, yang pertama adalah ahli Umno seperti saya dan yang kedua ialah penyokong Umno... buat masa ini Dr Asri ada dalam kumpulan itu (penyokong),"
  3. "Kita beri peluang yang besar kepada mereka untuk sebarkan Islam sama ada kepada umat Islam sendiri mahupun kepada yang bukan Islam... mereka bukan untuk mengancam mana-mana pihak.
  4. "Penyertaan mereka akan memberi impak yang besar kepada kepada umatIslam,"
  5. mulai sekarang mereka tidak akan berhadapan dengan masalah memandangkan Umno mempunyai 3.2 juta ahli, jumlah yang cukup besar untuk mereka menyampaikan dakwah.
  6. “Yang saya bimbang, mereka nanti tak cukup masa untuk balik rumah, nanti hanya balik rumah dua kali sebulan,”
  7. “Tetapi saya sebagai Ketua Umno Bahagian Arau merasakan kepimpinan masa depan bahagian, saya merasakan perlu terdiri daripada golongan ilmuan macam ini,”
****mcm bersyarat jer....apa perkara yg diklasifikasikan sebagai mengancam dan diancam tu??..

Ulama' Muda: Fadlan Mohd Othman - pensyarah Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata:
  1. "Kami menyertai Umno bukan berlandaskan politik, tapi dengan tujuan untuk berdakwah...selepas beberapa perbincangan dibuat, kami dapati ada positifnya (sertai Umno) kerana ia lebih kepada bentuk kerjasama,"
  2. Ditanya sama ada kemasukan mereka ke dalam Umno ada kaitan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) yang dikaitkan dengan golongan ulama, beliau bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.
  3. "Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.
  4. "Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.
  5. "Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar,"
  6. “Kita cukup optimis dengan jaminan pemimpin tertinggi UMNO yang akan memberi ruang seluasnya untuk berdakwah”
  7. idea untuk menyertai Umno dibincangkan secara mendalam sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencari ruang berdakwah menerusi parti politik.
  8. “Kami berharap langkah memasuki Umno ini akan menyemarakkan lagi usaha berdakwah menerusi Umno, kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik,”
  9. Ketika ditanya mengapa tidak memilih PAS sebagai parti politik, Fadlan berkata tiada sebab khusus tetapi dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu sudah ada ramai ulama.
  10. Kata beliau, pihaknya merasakan penyertaaan dalam Umno akan menyediakan ruang yang lebih besar untuk tujuan berdakwah.

Ulama' Muda: Fathul Bari Mat Jahaya - Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN), berkata:
  1. mereka memilih Umno sebagai medium dakwah berdasarkan janji yang diberikan pemimpin tertinggi parti ituuntuk memastikan para ulama dan ilmuan muda meneruskan dakwah.
  2. "Jadi tawaran seperti ini memang dinantikan oleh kumpulan ini, sebagai seorang yang memiliki ilmu, memang menjadi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat," katanya.
  3. Tambahnya, ia selaras dengan firman Allah dalam al-Quran yang menyeru supaya umatnya keluar mencari ilmu di mana sahaja supaya sekembalinya nanti ke tanahair dapat menyebarkan ilmu yang diperolehinya kepadamasyarakat.
  4. "Maka kami yang dibenarkan oleh kerajaan untuk keluar menuntut ilmu di luar negara sehingga ke Mesir, Jordan, Madinah dan sebagainya... kepulangan kami dinanti-nanti oleh masyarakat untuk menyampaikan ilmu.
  5. "Tapi sekiranya berlaku sekatan dalam menyampaikan ilmu, maka pengajian kami selama ini menjadi sia-sia... maka peluang yang diberikan Umno merupakan satu peluang keemasan,"
  6. Umno memberi ruang yang dicari-cari untuk tujuan berdakwah selepas mereka berhadapan dengan pelbagai sekatan.
Sumber: mStar Online & Malaysiakini & Umno-Online & The Malaysian Insider

****Teringat aku akan kata2 syeikh kontroversi di Mafraq,Jordan..'Abu Toha'..."pelajar2 agama berperanan dapat membezakan antara perkara yang haq dan yang batil"...kami menunggu tndakan & impak perubahan terdekat dari alFaujul Awwal ini...selamat maju jaya ulama' muda!!!!..

Thursday, June 3, 2010

Tempoh Bertenang....

Assalamualaikum...

Moga kalian dirahmati Allah...

Akibat telah lama tidak mengaktifkan blog ini..maka aku terpaksa memacakkan signboard dibawah:...
Ini adalah tempoh bertenang...bertenang seketika buat owner blog...walaupun ketika ini suasana sekarang cukup panas...maaf ku pohon dari kalian semua...insya allah akan kembali bernafas setelah semuanya selesai kelak...wassalam

Monday, April 5, 2010

Buat Arwah Us.Asri dan sahabat2 ku yang telah pergi...

Moga Allah SWT mencucuri rahmat dan kasih sayang ke atas roh sahabat2 ku...
Buat Arwah Us.Asri..aku membesar dan memenuhi jiwa dengan suara kemerduan dan zikirmu...sejak dari aku tadika 1983/84 sehinggalah sekarang...mana mungkin aku melupai suaramu itu...
Buat sahabatku Us.Radzi...26hb Dis 2009..kau menghilang tika aku masih memerlukan lagi tunjuk ajar dan bimbingan darimu...banyak panduan yg telah kau berikan dan menjadi aspirasi dalam segenap bidang yang aku terokai hasil dari cetusan idealmu...terima kasih sahabat...

Sahabatku arwah Hafiz Kamil..kau sahabat rujukanku dalam ilmu Faraidh...terkenang2 tika sama2 belajar dan berusrah sekali...dan aku masih simpan SMS dari sahabat kita Azizi mengatakan "Al-Fatihah.Apit Kamil telah meninggal pkul 6ptg td"...bertarikh 03 April 2008 jam 9.19.23pm....

Saturday, February 27, 2010

Siapa itu nabi?..Siapa itu rasul?..

Hari ni (12 Rabiulawal) telah dimahsyurkan sebagai tarikh kelahiran Junjungan Besar Muhammad SAW...walaupun dari segi kajian ilmiah dan sains...masih ada pertikaian pada tarikh tersbt...bior ler...bukan itu topik perbincangan entry aku hari nie...

Topik yg nak diperbincangkan ialah...Apa itu nabi??...& apa itu rasul??...sekadar nak imbas pengajian kita lama2 dulu...dan aku nak bawak satu cerita semasa pengajian aku dalam kuliah Dr.Bahjat Alhasyasyanah...topik perbincangan adalah pada tugasan para nabi dan rasul...

Antara tugasan para nabi dan rasul adalah...'Tabligh' = 'Menyampaikan'...sebab apa tugasan para nabi dan rasul ini perlu 'menyampaikan'??...sebab mereka dikurniakan wahyu dari Allah SWT...

Tapi takrifan yg kita belajar dan mahsyur di kalangan kita...malah kalo kita tanya anak2 kita yg mengaji kelas KAFA...ustaz2 kita yg mengajar pun...akan memberi takrifan bahawa...'Nabi adalah seorang lelaki yg menerima wahyu adalah untuk dirinya sendiri'....manakala 'Rasul pula ia adalah seorang lelaki yg menerima wahyu untuk diri dan disampaikan kepada ummatnya'....

Itu takrifan yg mahsyur...tapi kemana perginya menghilang tugasan 'menyampaikan' pada diri seorang nabi??...jika takrifan di atas diguna pakai??...apakah perbezaan antara nabi dan rasul itu pada sudut 'menyampaikan'???kenapa seorang nabi ada sifat menyembunyikan wahyu/kebenaran yg datang dari Allah utk diberikan kepada ummatnya??

Sedangkan kita yg bukan nabi dan juga bukan rasul telah diperintahkan oleh Allah dan rasul junjungan Muhammad SAW untuk mempunyai ciri2 sebagai nabi dan rasul iaitu 'menyampaikan'..."Sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat"...al-hadis

Apakah taraf nabi lebih rendah dari kita??...sudah pasti takrifan yg kita pelajari sebelum ini ada cacat cela atau kesilapan atau terlepas pandang yg telah diberikan oleh para alim ulamak kita sebelum ini...biasalah sifat insaniah tersebut...ia perlu kepada pembaharuan...

Untuk memberi kesegaran dan nafas baru kepada pemahaman kita seterusnya menimbulkan bibit cinta dan sayang kepada nabi2 dan rasul2 yang diutuskan Allah...kita sudah jumpa jawapan yg sebaiknya atau yg terlebih aula takrifan 'Apa itu nabi dan rasul?' untuk pegangan kita...iaitu dari kitab 'Al-Rusul Wa Al-Risaalaat' karangan Dr Umar Sulaiman Al-Asyqar...

Rasul ialah orang yang diwahyukan kepadanya dengan membawa syarak yang baru. Nabi pula orang yang diwahyukan kepadanya untuk mendokong syarak yang dibawa oleh rasul sebelumnya.

Takrifan lama tadi...ada dalil hadis yang mendhaifkan pendapat itu, iaitu:

"Dibentangkan kepadaku umat-umat. Lalu aku melihat nabi yang bersama-samanya sekumpulan (pengikut). Ada nabi bersamanya seorang lelaki dan dua orang lelaki. Ada nabi yang tidak ada seorang pun bersamanya". Direkod oleh Bukhari (no: 5420) dan Muslim (no: 220).

Ini menunjukkan nabi juga diperintahkan supaya menyampaikan, dan nasib mereka berbeza dari sudut ramai dan sedikitnya pengikut.

Moga2...dengan takrifan ini...tugasan kita seterusnya adalah perlu sebar luaskan kepada masyarakat untuk memberi kefahaman dan mengenali batang tubuh serta perjuangan para anbiya' dan rusuul alaihumus solatu wassalam.

Amin...

Monday, February 15, 2010

Dengor Presiden korang cakap nie...!!!

Wahabi sesat? Asya'irah bukan ASWJ? Itu hanya salah faham dari mereka yang tidak belajar sejarah tentasng aliran-aliran dalm aqidah. Semuanya adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Petikan Dialog Presiden PAS dan NGO Islam tentang isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.
- sumber al-ahkam.net


"Kita mengaji aqidah...tak ngaji sejarah aqidah..ini jadi masalah.."
- Tu ler pasai...lain kali ngaji bab 'Mazahib wal Firaq'..bior kita faham...tak payah nak menyesatkan orang lain...kalo nak ngaji sejarah aqidah secara maya gi lawat blog
'Kuliah Mazhab Akidah Dunia Islam'

Ketika Cinta Bertasbih - ajar erti persahabatan


Ketika aku ke Kota Bahru...aku singgah ke Jalan Dato' Pati atau lebih dikenali sbg tpt Medan Ilmu...aku nampak tergantung banner tentang tayangan filem 'Ketika Cinta Bertasbih'...jadi sudah pasti akan ada keistimewaan filem ini sehinggakan tergantung di bangunan bawah Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan...

Rupa2nya...aku terpaksa beri kredit 9/10 bintang buat filem KCB 1 & 2....aku telah menghabiskan masa malam aku nie dengan menonton KCB 1&2...memang mantap!!!...tahniahh...

Banyak juga perkara yg diketengahkan mempunyai unsur2 kebaikan...korang cari ler unsur kebaikan tersebut...tapi part yg aku paling syahdu adalah ketika Abdullah Khairul Azam meninggalkan sahabat2nya di Mesir ketika di airport...

Fuhhh...kembali mengingatkan aku pada teman2 seperjuangan...buat teman2 seperjuangan...aku mohon maaf jika aku ada kesilapan sepanjang perjuangan kita di Jordan lepas...dan aku juga memohon maaf jika kini aku jarang menghubungi kalian...alasan aku...aku sibuk dan terlalu concentred dengan kerja...itulah alasan rapuh aku..

Maafkan aku sahabat...tapi korang tetap dihati...

Wednesday, February 10, 2010

Nizar tak layak jd MB Perak..!!!!

Sememangnya DSN tidak layak untuk memimpin sebuah kerajaan negeri Perak...pelbagai mehnah dan tohmah yg dilemparkan kepada beliau selama 11 bln (Mac 2008 - Feb 2009) pemerintahan...kini Kerajaan negeriku Perak kembali kepada tampuk kepimpinan asal iaitu Barisan Nasional...malah tampuk ini telah disahkan semalam oleh panel 5 Hakim Mahkamah Persekutuan...

Dari itu, telah timbul pelbagai pandangan dan persepsi masyarakat mengenai status pengesahan tersebut...buat DSN dan PR Perak khususnya dan semua pencinta demokrasi dan kebenaran amnya amat berdukacita terhadap keputusan tersebut...

Pelbagai hamburan takziah dan kata2 semangat bagi menampung diri yang kuat berkocak untuk menerima sebuah ketentuan yang tercipta ini..entahkan mampu bertahan atau terus hanyut dibadai kocakan ketentutan itu..

Pelbagai hikmah yang dicungkil dari ketentuan itu...boleh dibaca dalam pelbagai blog yang dilayari...malah ada yang sudah dapat membaca bahawa sebuah Istana Keadilan itu akan menyerahkan DSAI ke Istana Penjara mengikut kehendak penulis skrip Mongol Altantuya...

Itulah Malaysia...tapi bagi aku...setelah kita bakal kehilangan DSAI nanti dalam PRU13...ujian krisis Perak ini setidak2nya adalah persediaan untuk Dato' Seri Nizar memimpin PR dan Kerajaan Malaysia kelak...kerana DSN adalah ikon rakyat dan pejuang demokrasi...DSN tak layak jadi MB Perak tapi layak utk jadi PM Malaysia ....itulah doa dan harapan ku...amin ya rab...

**Semangatmu tidak pernah luntur**