Wednesday, September 10, 2008

Salam Takziah Buat Kuarga Tn.Hj Yusuf...

**RUNDINGAN GAGAL: Anggota polis membawa keluar dua mayat penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian samun di Seksyen 13, Shah Alam, semalam. Gambar kecil: Raja Noriana.-Gambar Ihsan Berita Harian

Al-fatihah buat arwah...moga2 terkalung dalam golongan mereka yang diredhoi Allah SWT. Buat Tn.Hj Yusuf dan keluarga..salam takziah dapat ku sampaikan buat Tn.Hj. sekeluarga...moga2 Allah SWT berikan kekuatan dan ketabahan hati ketika menghadapi saat dugaan yang mencabar ini. Semoga ada hikmah kebaikan disebalik kejadian dan takdir ketentuan Ilahi ini...

**MENYAYAT HATI: Anak mangsa, Puteri Akilah, 16, ditemani ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika tiba di rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di Klang, semalam.-Gambar Ihsan Berita Harian

Untuk tatapan semua...aku amat mengenali Tn.Hj. ini...hubungan aku dengan Tn.Hj hanya hubungan antara staff dan big bos...teringat saat indah menimba pengalaman dibidang kerjaya di syarikat Tn.Hj iaitu syarikat pelancongan 'Syrkt Triways & Travel Sdn.Bhd' di Bukit Bintang dan Taman Tun Dr.Ismail dari tahun Jan 2003 - penghujung Mac 2004..

Banyak sungguh cabaran aku hadapi ketika itu..memandangkan itulah kerjaya pertama aku menimba pengalaman mencari rezeki setelah tamat pengajian...alhamdulillah...berkat tunjuk ajar, nasihat dan panduan serta kesabaran Tn.Hj bersama kepimpinan...akhirnya aku dapat membuktikan sesuatu yang terbaik yang mampu aku lakukan..
**Anak Raja Noriana Raja Ahmad yang mati dibunuh dalam kejadian samun, Puteri Erika Yusof terpaksa diusung untuk melihat pengebumian ibunya di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah -Gambar Ihsan Berita Harian


Yang terbaik itu dapat dibuktikan akibat dari kata2 cabaran dan peransang Tn.Hj yang mahu aku membuktikan sesuatu walaupun secara dokumen dan tersuratnya...bidang pengajianku dan praktikal kerjaya yang ditempuh amat berbeza sekali...membuatkan diri terus bertekad untuk melakukan sesuatu yg bernilai..alhamdulillah...hasil tekad dan azam..menampakkan hasil peningkatan keyakinan, hasil kerja, personaliti dan kredibiliti dalam diri ku...

Tiada yang mustahil...'alah bisa tegal biasa'...alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'...'alang2 sudah masuk ke kandang rimau, aku ku jinak si belang tersebut'... فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ'... - (apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. - Ali - I'mran - 159)...begitulah firman Allah SWT...
**Syarikat Triways Travel Network (M) Sdn.Bhd.

Begitulah coretan serba sikit atau rumusan secara ringkas selama setahun 2 bulan utk secebis kenangan bersama setelah menjadi anggota kuarga kerja bersama Tn.Hj...walaupun sikit masa dapat bersama dalam keluarga Triways...tapi seribu pengalaman dapat ku kutip darinya...pengalaman ini amat sukar untuk direalisasikan dan diadaptasikan kembali di sektor goverment yang aku ceburi kini...

A'la kulli hal..terima kasih Tn.Hj...dan setangkir doa ke hadrat Ilahi dari ku buat Tn.Haji sekeluarga....moga2 Tn.Hj bersama keluarga dipayungi rahmat dan petunjuk hidayah Ilahi sepanjang hayat...amin..

Utk tatapan kisah gambar..sila klik di sini dan juga di sini.

No comments: