Kemudiannya pada 20hb Februari 2007, Pejabat Tanah Daerah Besut telah memaklumkan bahawa penyertaan atas nama Ummi Iman ini telah berjaya dan perlu bagi aku sebagai suami dan kakitangan awam mendapatkan kelulusan Lembaga Tatatertib bagi memiliki tanah tersebut... perkara ini termaktub di bawah perenggan (21) Pekeliling Perkhidmatan Bil.3/2002..
Al-kisahnya...pihak ibu pejabatku telah mengeluarkan surat kepada Y.B Setiausaha K'jaan Negeri Perak..U.P: Bahagian Tatatertib dan Naik Pangkat pada 19 Mac 2007...bagi mendapatkan kelulusan dari Lembaga Tatatertib...
Sebelum pada PRU-12...8 Mac 2008...telah banyak kali aku call ke pihak tersebut untuk bertanyakan akan perkembangannya...tapi amat dukacita....sepatutnya hal ini dipengerusikan mesyuaratnya oleh Y.B S/U K'jaan Negeri...tapi tidak dibuat...bila aku bertanya..apsal tak buat??..sebab ada satu isu masalah tanah...maka permohonan aku dan sebelum dari aku pun terperam begitu saja...
Bila ditanya..berapa lama dah tak mesyuarat??...2-3 tahun...bila dijelaskan...permohonan tanah aku nie bukan melibatkan tanah di Negeri Perak....dijawabnya tak tahu bergantung pada msyrt Y.B S/U K'jaan Negeri....bila ditanya pelbagai lagi....insya Allah akan diambil perhatian...
Aku plak bukan ler jenis pendesak...maka aku terima jer alasan yang diberikan...yang selalu mendesak hanyalah Ummi Iman...mana tak nyer...penyertaan tersebut atas nama dia...hihihi...kalot ler skit...yer ler...peserta2 rancangan semua dah dapat geran...cuma dia ler peserta tunggal tak dapat lagi...risau gak kalo Pejabat Tanah Daerah Besut bg kat orang lain plak...huhuhu...melopeehhh deenn...
Sehinggalah kjaan yang amat efisien dan proaktif terhadap menangani permasalahan rakyat tertubuh....aku skali lagi memberi ruang kepada pihak kjaan untuk menyelesaikan segala permasalahan rakyat diutamakan terlebih dahulu...barulah isu hal2 pentadbiran melibatkan kakitangan awam negeri diselesaikan satu persatu...
Tak silap aku...aku kembali bertanya kepada Bhgn Tatattertib pada penghujung Sept atau awal Oktober....dijawabnya telah dibawa masuk mesyrt bersama berbandle2 file permohonan tanah...
Alhamdulillah...pada 29hb Oktober 2008...aku menerima berita gumbira secara lisan menyatakan permohonan aku lulus...dan secara bertulisnya pada 7hb Nov 2008..permohonan bagi medapatkan kebenaran untuk memohon dan memiliki tanah kerajaan di bawah Peraturan 10,Peratuan2 Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1995 bahawa Y.B S/U K'jaan Negeri tiada halangan di atas cadangan memiliki tanah/harta berikut:
Jenis Tanah : Tapak Rumah
Keluasan : 1151mp
Kedudukan : PT 2801 Mukim Tembila, Daerah Besut, Terengganu
Segala perancangan masih lagi ditahap perbincangan dan melihat 'rupiah'nya....huhuhu...
No comments:
Post a Comment