**Ulama' Muda**
Satu lagi program realiti keagamaan terkini yang berjaya diketengahkan kepada masyarakat umum khususnya kepada masyarakat Islam di M'sia kini...
Program ini bakal mencetuskan fenomena baru kepada perubahan minda masyarakat 1Malaysia kerana ulama2 muda ini bakal diadun dan diacuankan serta diolah mengikut bahan resepi yg telah diaturkan dan skrip yg telah disediakan...
Apabila ulama'2 ini terjun ke medan masyarakat menyampaikan misi dan visi dakwah yg begitu menarik dan tertarik...mereka ini kelak akan menjadi tumpuan ramai ...akan dikejar2 oleh masyarakat kerana aura dan keterampilan ulama2 ini amat digilai...
Begitulah penangan dan nikmat populariti yang akan dikecapi oleh ulama' muda kerana ke'gila'an mereka yang amat disanjung...huhuhu.....
Perhatikanlah segala harapan dari Pengetua AUM dan Ketua serta wakil UM dari seramai 39 orang....
Datuk Seri Shahidan Kassim (AMT UMNO) berkata:
- "Penyertaan golongan ulama muda ini adalah secara berperingkat...insyaAllah Dr Asri akan termasuk dalam peringkat kedua tidak lama lagi."
- "Kita harus ingat, dalam Umno ada dua kategori, yang pertama adalah ahli Umno seperti saya dan yang kedua ialah penyokong Umno... buat masa ini Dr Asri ada dalam kumpulan itu (penyokong),"
- "Kita beri peluang yang besar kepada mereka untuk sebarkan Islam sama ada kepada umat Islam sendiri mahupun kepada yang bukan Islam... mereka bukan untuk mengancam mana-mana pihak.
- "Penyertaan mereka akan memberi impak yang besar kepada kepada umatIslam,"
- mulai sekarang mereka tidak akan berhadapan dengan masalah memandangkan Umno mempunyai 3.2 juta ahli, jumlah yang cukup besar untuk mereka menyampaikan dakwah.
- “Yang saya bimbang, mereka nanti tak cukup masa untuk balik rumah, nanti hanya balik rumah dua kali sebulan,”
- “Tetapi saya sebagai Ketua Umno Bahagian Arau merasakan kepimpinan masa depan bahagian, saya merasakan perlu terdiri daripada golongan ilmuan macam ini,”
Ulama' Muda: Fadlan Mohd Othman - pensyarah Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata:
- "Kami menyertai Umno bukan berlandaskan politik, tapi dengan tujuan untuk berdakwah...selepas beberapa perbincangan dibuat, kami dapati ada positifnya (sertai Umno) kerana ia lebih kepada bentuk kerjasama,"
- Ditanya sama ada kemasukan mereka ke dalam Umno ada kaitan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) yang dikaitkan dengan golongan ulama, beliau bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.
- "Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.
- "Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.
- "Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar,"
- “Kita cukup optimis dengan jaminan pemimpin tertinggi UMNO yang akan memberi ruang seluasnya untuk berdakwah”
- idea untuk menyertai Umno dibincangkan secara mendalam sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencari ruang berdakwah menerusi parti politik.
- “Kami berharap langkah memasuki Umno ini akan menyemarakkan lagi usaha berdakwah menerusi Umno, kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik,”
- Ketika ditanya mengapa tidak memilih PAS sebagai parti politik, Fadlan berkata tiada sebab khusus tetapi dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu sudah ada ramai ulama.
- Kata beliau, pihaknya merasakan penyertaaan dalam Umno akan menyediakan ruang yang lebih besar untuk tujuan berdakwah.
Ulama' Muda: Fathul Bari Mat Jahaya - Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN), berkata:
- mereka memilih Umno sebagai medium dakwah berdasarkan janji yang diberikan pemimpin tertinggi parti ituuntuk memastikan para ulama dan ilmuan muda meneruskan dakwah.
- "Jadi tawaran seperti ini memang dinantikan oleh kumpulan ini, sebagai seorang yang memiliki ilmu, memang menjadi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat," katanya.
- Tambahnya, ia selaras dengan firman Allah dalam al-Quran yang menyeru supaya umatnya keluar mencari ilmu di mana sahaja supaya sekembalinya nanti ke tanahair dapat menyebarkan ilmu yang diperolehinya kepadamasyarakat.
- "Maka kami yang dibenarkan oleh kerajaan untuk keluar menuntut ilmu di luar negara sehingga ke Mesir, Jordan, Madinah dan sebagainya... kepulangan kami dinanti-nanti oleh masyarakat untuk menyampaikan ilmu.
- "Tapi sekiranya berlaku sekatan dalam menyampaikan ilmu, maka pengajian kami selama ini menjadi sia-sia... maka peluang yang diberikan Umno merupakan satu peluang keemasan,"
- Umno memberi ruang yang dicari-cari untuk tujuan berdakwah selepas mereka berhadapan dengan pelbagai sekatan.
****Teringat aku akan kata2 syeikh kontroversi di Mafraq,Jordan..'Abu Toha'..."pelajar2 agama berperanan dapat membezakan antara perkara yang haq dan yang batil"...kami menunggu tndakan & impak perubahan terdekat dari alFaujul Awwal ini...selamat maju jaya ulama' muda!!!!..
No comments:
Post a Comment