Thursday, February 28, 2008

'Selamat, Aman, Makmur'


'Selamatlah Malaysia Jaya, Negaraku Yang Ku Cintai'....itulah antara lirik lagu yang ku masih ingat....Manifesto BN telah dilancarkan bertemakan ''Selamat, Aman, Makmur'...Aku telah teliti segala ikrar dan kemajuan yang dicapai oleh puak BN bagi sesi Mac 2004 - hingga 13 Feb 2008...ada kebenarannya...sebab aku bukan penganalisis yang cekap...sekadar marhaen menelaah akhbar perdana yang terkandung manifesto BN pada 26hb Feb yang lepas....

Tapi tema 'Selamat, Aman, Makmur'...macam berpalit kembali pada puak BN jer...tidak perlukan ulasan aku...cuba klik dan perhatikan pada poster atau gambar di atas saja...apa yg berlaku di Terengganu selepas 4 tahun dikuasai BN. Semuanya meningkat...dari harga barang, harga petrol sehinggalah ke statistik indeks jenayah...Mana pergi keselamatan, keamanan dan kemakmurannya..???

Akan ku perhatikan janji manifesto ini tertunai 5 tahun mendatang....kerana kekeliruan ku mengenali manifesto BN nie...menyerupai bajet tahunan yg dibentang...kekeliruan ini menimbulkan tanda-tanya pada isteriku...jawapannya terjawap jugak semalam(27 Feb) setelah membaca Harakahdaily mengenai kekeliruanku...

Jangan dok ciplak segala bentuk kebajikan yang ditawarkan oleh pihak PAS. Aku tahu mereka tiada agenda keperihatinan kepada rakyat melainkan satu...agenda keperihatinan tersebut adalah dengan tujuan memangkah diorang...bukannya dengan tujuan kebajikan tersebut memastikan rakyat bertambah tunduk dan patuh kepada sistem Ilahi. Inilah yang dimaksudkan bertujuan duniawi tanpa ada unsur ukhrawi...

No comments: