Wednesday, June 11, 2008

Minyak: Nikmat Allah Yang Perlu DiBayar

**Hasil bumi yang amat bernilai**

Setakat ari nie...segala artikel yang dipostedkan kebanyakkannya berkaitan dengan isu kenaikan harga minyak sekarang ini...semuanya berkaitan fakta dan juga berbaur ketidakpuasan hati atau dalam erti kata lain...a'mmarah menguasai jiwa...tapi semuanya diimbangkan dalam bentuk kerasionaan akal fikiran dan batasan yang beradab....

Kini tiba saat untuk kembali merenung akan asal usul kejadian dan penciptaan kita ini...ia tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata2 mahu mengabdikan diri kepada Allah SWT
dan juga menjlankan tugas amanah Allah sebagai 'Khalifatul A'rdh'...

Marilah sama2 kita merenung seketika kepada ayat seperti dibawah dan kita kaitkan dengan satu isu iaitu kenikmatan hasil sumber bumi iaitu minyak yang kita perolehi kini...dalam surah al-A'raff (7-161)..firmanNya:

وَإِذْ قِيلَ لَهُمُ اسْكُنُوا هَذِهِ الْقَرْيَةَ وَكُلُوا مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ وَقُولُوا حِطَّةٌ وَادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا نَغْفِرْ لَكُمْ خَطِيئَاتِكُمْ سَنَزِيدُ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika dikatakan kepada mereka (Bani Israil): "Diamlah di negeri ini saja (Baitul Maqdis) dan makanlah dari (hasil bumi)nya di mana saja kamu kehendaki." Dan katakanlah: "Bebaskanlah kami dari dosa kami dan masukilah pintu gerbangnya sambil membungkuk, niscaya Kami ampuni kesalahan-kesalahanmu." Kelak akan Kami tambah (pahala) kepada orang-orang yang berbuat baik.

Secara ringkasnya....apabila kita mahu menghitung akan nikmat Allah sudah pasti tidak mampu kita melakukannya...segala nikmat pemberian dan kurniaan Allah sudah pastinya menuntut kita untuk membayarnya...adakah kita hargai nikmat tersebut???adakah kita benar2 menjadi pengurus kepada kekayaan Allah di muka bumi ini??...atau nikmat tersebut menjadikan kita alpa kepada kekuasaan dan kekayaanNya??...

Bayar yang bagaimana???..perhatikan ayat tersebut ..Allah SWT menuntut kita membayarnya dengan tunduk sujud dan mohon keampunan kepadaNya....2 perkara
tersebut tidak boleh kita alpa membayarnya...saban kali dan saban hari Allah SWT menuntut kepada kita untuk membayarnya bukan dengan kadar peningkatan 40%....malah saban hari..kualiti pengabdian kita padaNya perlu dipertingkattan berkali ganda.....

Sudah pastilah...subsidi kurniaan Ilahi pada kita hasil dari pembayaran yang berkualiti dan berlipat ganda tersebut diberikan pengampunanNya kepada kita....malah direbetkanNya pada kita pahala mengunung untuk bekalan hari perhitungan kelak..

Marilah sama2 kita kembali menguruskan akan nikmat dunia ini sebaik2 yang mungkin
kerana kenikmatan dunia kurniaan Ilahi ini mahukan hambaNya kepada kesenangan dan keselesaan untuk hidup sebagaimana perintahnya...'لَهُمُ اسْكُنُوا هَذِهِ الْقَرْيَةَ '..sakana...membawa maksud tinggal dalam penuh keselesaan....tapi kini...akibat tidak mengurusnya secara yang baik..menjadikan kita turut dipertanggungjawabkan hasil lahirnya hamba Alah yang faqir seterusnya terjerumus ke arah kekafiran...wa na'uzubillahi min zalik...sebagaimana kata2 hikmah ini:

كَادَ الْفَقْرُ أَنْ يَكُونَ كُفْرًا

Ertinya : Hampir-hampirlah kefaqiran itu menjerumuskan diri dalam kekufuran ( Riwayat Abu Nuaim : Al-Munawi : sanad lemah)

No comments: