Saturday, January 31, 2009

Erdogan - Pertahankan Saudara SeIslam!!...



Dialog antara Recep Tayyip Erdogan bersama Shimon Peres

Peres: "Saya mahu tahu mengapa mereka menembak roket ke arah kami? Untuk apa? Tidak ada sebarang sekatan terhadap Gaza".

Peres: "Apa yang akan anda lakukan jika ada 100 roket dibedil ke Istanbul setiap malam?"

**Erdogan memohon mencelah satu minit dari moderator

Erdogan: "Saya kesal bagi mereka (hadirin) yang bertepuk tangan selepas mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah".

Erdogan: "Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus".

Erdogan: "Terima kasih. Jadi saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos selepas ini. Terima kasih kerana kamu(moderator) tidak membenarkan saya bercakap. Presiden Israel bercakap selama 25 minit. Saya bercakap hanya separuh daripadanya."

**Erdogan angkat kaki dan beredar....
--------------------

Sidang Media Erdogan Di Luar Dewan & Di Turki

Erdogan: "Beliau (Moderator) memberi Presiden Israel 25 minit untuk berucap dan tidak berkata apa-apa apabila presiden itu meninggikan suara kepada saya. Begitu juga ketika presiden itu berkelakuan bercanggah dengan peraturan perbincangan yang kita gunakan di Davos".

Erdogan: "Shimon Peres memberi ucapan tetapi sebagai presiden, perangainya amat keterlaluan. Apa yang dinyatakannya tidak benar dan mengaibkan. Kelakuannya yang suka mengarah orang itu, sangat tidak boleh diterima oleh kami".
--------------------

Pemimpin ini bertindak tegas kerana merasai keperitan saudara seIslamnya di bumi Gaza & Palestin...Syabasss!!!!!

No comments: