Sunday, April 12, 2009

Pohon Demokrasi

Oleh kerana hajat yang sudah lama tertangguh...maka pada tanggal 28hb Mac 2009 yang lepas...aku dapat juga menyempurnakannya dengan sebaik-baiknya..

Bulan Mei 2009 nie..genap ler 5 thn aku sekeluarga bertapa di kuarters kerajaan nie...tapi tiada satu pohon pun yang aku tanam buat kenang-kenangan apabila keluar dari tempat pertapaan nie...

Sebelum nie...ada ler jugak usaha nak menanam...tapi tak berhasil...tanam bijik buah pelam...tapi tak timbul2 pun batang nyer....tanam batang pisang....alih2...tumbang gitu jer....mana tak nyer...pas aku mencangkul segalanya...bajanya hanya 'tawakal'...huhuhu

Aku hanya berserah segala2nya kepada kekuasaan Allah...Yang Menghidupkan & Yang Mematikan...kalo dia tumbuh hidup dan subur...alhamdulillah...kalo mati atau pucuk tak timbul2...maka itu kehendak-Nya...kuat sungguh tawakkal dan berserahnya aku kepada ketetapan qada' & qadar-Nya...

Aku nie bukanlah jenis yg suka bercucuk tanam nie...aku hanya minat dan suka melihat kepada keindahan...dan aku hanya mahu melihat hasil darinya...itu saja...
**Iman bersama pokok rambutan, nangka & cempedak 'demokrasi'**

Sebenarnya tiada apa yang istimewanya...tapi hanyalah untuk menanam 3 pohon sebagai salah satu bekalan untuk dikongsi bersama ahli keluarga...moga2 ia menjadi satu amalan kebaikan bersama...

Bulan Mac yang lepas sebenarnya...terlalu banyak istimewanya...kerana pada bulan Mac...adalah bulan Rabiul Awwal...di mana bulan tersebut adalah 'Wedding Anniversary' yang ke-5 kami...selain itu..bulan Mac adalah tarikh 'birthday' buat putera sulung kami 'Fauzul Iman Reza' pada 25hb Mac....manakala buat 'MyLover' juga pada 23hb Mac...yang lalu...

**Ayah Chu turut membantu usaha penanaman pohon 'demokrasi' nie..**

Mengambil kesempatan sempena itu...usaha penanaman pohon tersebut dilakukan...moga2 dengan tanaman 3 pohon nie...mampu memberi kebajikan kepada sesiapa sahaja termasuk binatang2 yang menyinggah dan bernaung di bawah pohon tersebut dan memakan hasil produk darinya...

Aku sekeluarga memohon kehadrat Ilahi..semoga amalan sekecil ini mampu dikira sebagai amal jariah yang tidak berakhir dan dikirakan sebagai amalan hasanah kami sekeluarga untuk dipersembahkan kepada-Mu kelak seperti mana manfaatnya dan berkualitinya kegunaan 'Pohon Demokrasi' di Ipoh...amin....

Siapalah disebalik 'Pohon Demokrasi' nie???....
**'Pokok Demokrasi' tempat Persidangan DUN Perak masih menjadi tumpuan ramai..**

Wednesday, April 8, 2009

2 Bukit DiTawan...Batang Ai Layu....

**DS Nizar: Lambaian Kemenangan - Ihsan:ajijoi.blogspot.com**

Alhamdulillah...laungan takbir 'Allahu Akbar', 'Makkhal Sakthi' dan 'Reformasi' bergema malam semalam... sebelum dan selepas pengumuman rasmi menggamitkan Padang Esplanade, Taman Tasik Taiping...berhampiran Dewan Perbandaran Taiping...

Malah bandar Taiping bingit dengan bunyi hon dari kenderaan penyokong...tanda meluahkan rasa kegembiraan atas nikmat kemenangan...

Keletihan badan ku masih terasa hari ini...kerana hanya menjadi pelancong PRK sahaja....tak bleh ngundi.....walaupun mendiami kawasan Parlimen Bukit Gantang...sekurang2nya aku sekeluarga gembira dengan penghantaran wakil yang benar2 berwibawa ke parlimen...

Syabas buat semua....ini adalah nikmat dari Allah...sambutlah kemenangan dengan penuh rasa syukur dan tawadhuk...kerana tugas baru bermula...moga2 kita ada share dalam sumbangan ke arah kebaikan ini untuk dinilai oleh Allah SWT kelak..amin..

Bubar DUN!!!...nantikan adegan yang lebih dramatik di Perak pada bulan Mei depan...Takbir!!!


Sunday, April 5, 2009

Siti Jumpa Tok Guru Nik Aziz...

Bila Pemimpin Bersama Artis Atau Bila Artis Bertemu Pemimpin

Situasi Pertama
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) menerima cenderahati daripada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (kiri) semasa berkunjung ke Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim. Turut sama suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (kanan). -foto BERNAMA
SELEPAS menjayakan persembahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ke-59 di Kota Bahru, Kelantan pada 1 April lalu, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sempat melawat Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Siti berkata kunjungannya itu bertujuan meluahkan rasa hormatnya terhadap Nik Aziz.

Sumber: mStar dan SiasahDaily

------------------------------

Situasi Kedua




Malas aku nak ulas...nak dapat undi punyer pasai...

Sumber:IdhamLim

Saturday, April 4, 2009

Pak Dol: Dah Bebas ISA...

Alhamdulillah...Pak Dol udah dibebaskan dari tahanan ISA...rakan senior seperjuangan masa belajar di Al al-Bayt Univ, Jordan dulu...kenalan aku ngan Pak Dol hanya sembang2 ringkas jer...biasa ler..antara senior dan junior...

Tapi...aku amat menghormatinya...kerana ia adalah pimpinan pelajar pada masa tu...tambahan ilmunya jugak penuh didada...

Aku hanya mengetahui Pak Dol...atau nama sebenarnya..Mohd Nazri Dollah...di'ISA'kan setelah mendapat mesej dari sahabat beliau...Us.Kamil Jaafar(rakan serumah aku dulu)..pada tahun lepas (29hb Okt 2008)...

Mesej tersebut masih dalam simpanan aku...
"Dah lebih 2 tahun..dia kena tangkap di Sabah..masa tu tengah berkhidmat di sana..ana (us.Kamil) pun tak tau tuduhan apa..isterinya org Filifin (Filipina), muslim Moro..masa kena tangkap ada berita dalam akhbar tapi tak de gambar.."


Belek punyer belek segala buku dan majalah terbitan masa di Jordan dulu..ternampak ler aku gambar Pak Dol...mungkin sahabat2 masih ingat...moga Pak Dol mampu menjalani kehidupan seperti biasa dan terus berdakwah untuk Islam...

Bagi aku...pembebasan ini biasa jer...sekadar untuk memikat...zaman Che'Det jd PM..dia bebaskan 21 tahanan ISA...masa Pak Lah naik jd PM...bebaskan Anwar dan tahanan zaman Che'Det...time Najib 'Mughallazoh' naik jd PM plak...bebas 13 orang nie...termasuk Pak Dol...inilah dinamakan tindakan populis...Jangan Terpedaya!!!

Jasa PR Perak Kepada Rakyat Perak

Sila sebarkan!!!!!

UMNO tiada minat 'عمل' Islam....

Bila kita sebut sbg org beriman....maka org Melayu Islam kata...kita ler beriman...sebab kita nie Islam...percaya pada Allah & rukun Iman yg 6 tu...Iman tu maknanya bagi Melayu Islam sebagai percaya...Btul tu...

Sebab dalam kitab 'Al-Wafi Fi Syarhi Ar-Bai'n An-Nawawi'...ada sebut..

"Iman & Islam itu adalah dua perkara yg tak dpt dipisahkan...tidak ada gunanya Iman tanpa ada Islam...dan tidak ada faedahnya Islam tanpa ada Iman...kerana kedua2nya saling memerlukan...maka seperlunya dari Iman itu ialah:
  1. mempercayai atau membenarkan dengan hati, dan
  2. bera'mal dengan anggota tubuh badan"
Malah ada ulamak menambah dengan syarat ke-3 iaitu dengan 'berikrar dengan lisan'.....Jika 3 syarat iaitu Iman dengan hati, lisan dan anggota itu seiring...maka ia jelas beriman....

Tapi...jika Iman kita hanya ada pada hati dan lisan jer.....maka Iman kita masih pincang dan bermasalah...apa yg penting...peranan hati ialah membenarkan/mempercayai, lisan pula peranannya perlu ikrarkan apa yg dibenarkan...peranan anggota tubuh badan pula ia beramal dengan apa yg dibenarkan dan diikrarkan..

Itu muqaddimah ringkas jer....apa yg aku nak maksudkan dalam tulisan aku kali ini ialah seperti dibawah nie...

Kalau tak jumpa perkataan a'mal atau dalam a'rabnya -عمل-atau dalam tulisan jawinya pun juga - عمل- bagaimana kalo nak berpadu dan mensetiakawankan antara hati, lisan dan anggota untuk mencapai taqwa kalo perkataan a'mal tak jumpa???....

Rajin2 ler ustaz UMNO atau saudara UMNO ku telaah Quran atau kitab kuning tulisan jawi untuk cari perkataan عمل... key...

**Kalo aku suh bdk darjah 3-4 KAFA pun reti eja عمل dalam jawi**

Beginilah akibatnya jika pembela Melayu Mudah Lupa.......malas nak ulas....korang tgk ler apa punyer kelas minda pemimpin Melayu skang nie??? haprak tahap gaban....Melayu tak terbela...Islam lagi teraniaya....klik sini....

Teks Khutbah UMNO Di Bkt Gantang....

Ishhh...tak tau nak habaq dah...mana pegi ustaz UMNO yg kelapaq duit tu???....dok dalam UMNO kerja hangpa nak langgaq habis hukum-hakam, syarat-rukun dan sebagainya...itu jer ler kerja hangpa ustaz2 UMNO....

Dulu aku kata puak UMNO guna masjid....hangpa marah!!...rujuk artikel aku yg sebelum nie...klik sini...tapi skang nie...hangpa guna masjid untuk perosakkan Islam...kalo guna masjid citer bab sebenarnya...ok ler...

Kawan2 semua try ler semak teks khutbahUMNO utk seluruh pak imam baca di Bkt Gantang..
Kalo nak baca teks melayu...klik sini..

Dah semak ker???

Hangpa rasa ada salah tak???...Jika hangpa pergi India...Pakistan...Sudan... England...Amerika...atau ke Mekkah...serata dunia....Nabi Muhammad SAW...nabi kita telah ajar cara berkhutbah yang betul.....para sahabat R.Anhum Ajma'in mengikut segala telunjuk ajar tersebut....sampai ler ajaran tersebut kepada kita skang...

Aku malas nak semak dari segi isi...sebab isi dah karut...tapi aku nak ajak hangpa Ustaz2 UMNO try semak dari segi teknikal berkhutbah atau penulisan khutbah...yakni Rukun Khutbah...ada tak rukun pertama dipatuhi???...Pujian kepada Allah dengan lafaz الحمد لله atau احمد الله atau نحمد الله atau الله احمد atau الله الحمد atau انا حامد الله....

Tarak kan??!!!...inilah ajaran Islam Hadhari....agama baru UMNO....hangpa try ler bandingkan ngan khutbah JAKIM buat....ustaz2 UMNO pikiaq apa nie???...pikiaq duit jer....memang hangpa kelapaq duit sungguh yeaa...!!!