Saturday, January 31, 2009
Erdogan - Pertahankan Saudara SeIslam!!...
Dialog antara Recep Tayyip Erdogan bersama Shimon Peres
Peres: "Saya mahu tahu mengapa mereka menembak roket ke arah kami? Untuk apa? Tidak ada sebarang sekatan terhadap Gaza".
Peres: "Apa yang akan anda lakukan jika ada 100 roket dibedil ke Istanbul setiap malam?"
**Erdogan memohon mencelah satu minit dari moderator
Erdogan: "Saya kesal bagi mereka (hadirin) yang bertepuk tangan selepas mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah".
Erdogan: "Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus".
Erdogan: "Terima kasih. Jadi saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos selepas ini. Terima kasih kerana kamu(moderator) tidak membenarkan saya bercakap. Presiden Israel bercakap selama 25 minit. Saya bercakap hanya separuh daripadanya."
**Erdogan angkat kaki dan beredar....
--------------------
Sidang Media Erdogan Di Luar Dewan & Di Turki
Erdogan: "Beliau (Moderator) memberi Presiden Israel 25 minit untuk berucap dan tidak berkata apa-apa apabila presiden itu meninggikan suara kepada saya. Begitu juga ketika presiden itu berkelakuan bercanggah dengan peraturan perbincangan yang kita gunakan di Davos".
Erdogan: "Shimon Peres memberi ucapan tetapi sebagai presiden, perangainya amat keterlaluan. Apa yang dinyatakannya tidak benar dan mengaibkan. Kelakuannya yang suka mengarah orang itu, sangat tidak boleh diterima oleh kami".
--------------------
Pemimpin ini bertindak tegas kerana merasai keperitan saudara seIslamnya di bumi Gaza & Palestin...Syabasss!!!!!
Labels:
Isu Semasa
Friday, January 23, 2009
HAMAS Menang!!!!! Islam Menang!!!...
Hamas rai pengunduran Israel
**Penduduk Palestin membawa bendera Hamas sambil melaung-laungkan slogan anti-Israel semasa berarak di kawasan runtuhan bangunan di Jabaliya, Gaza, semalam. - AP**
GAZA 21 Jan. - Pengisytiharan Hamas sebagai pemenang dalam menentang serangan pencerobohan habis-habisan tentera rejim zionis Israel Selasa lalu disambut dan dirai oleh ribuan penyokongnya dengan bendera Islam berwarna hijau berkibar megah di lautan kemusnahan Gaza.
Dengan penuh kebencian para pejuang Islam menzahirkan cemuhan ke atas rejim zionis melalui sepanduk besar dalam bahasa Hebrew berbunyi - 'Kekalahan yang memalukan Yahudi Israel', 'Gaza hanya perlu membaling seketul batu untuk menyingkirkan negeri Yahudi'.
Pemimpin Hamas, Ismail Radwan ketika berucap dari tingkat atas dataran Gaza dengan membelakangkan bangunan parlimen yang musnah teruk pada perhimpunan raksasa itu berkata: "Hamas sekarang lebih berkuasa dan digeruni."
Hamas bagaimanapun tidak menyatakan sebarang rancangan pelan pembangunan semula Gaza yang habis ranap ekoran serangan pencerobohan lebih tiga minggu tentera rejim zionis Israel dan menyebabkan kerugian kira-kira AS$2 bilion. Turut musnah ialah di kawasan sempadan Gaza antara Mesir dan Israel yang hanya akan dibuka semula jika para pejuang melepaskan kawalan mereka.
Beberapa meter daripada kawasan Hamas berhimpun, pemimpin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon meninjau ibu pejabat PBB di Gaza dan memeriksa kerosakan serta kemusnahan akibat pengeboman serta bedilan dalam serangan pencerobohan tentera rejim Israel minggu lalu. Kedai membaiki kereta dan tiga buah gudang penyimpanan tepung, minyak dan stok bekalan makanan untuk keperluan penduduk di situ habis musnah.
Lima hari selepas tamat serangan, semua bekalan beras, kekacang dan ubat-ubatan masih terbakar dan asap putih meluap ke udara, hanya beberapa meter sahaja dari tempat Ki-moon bercakap kepada pemberita dengan pesawat peninjau tanpa juruterbang Zionis terbang berhampiran.
Pemimpin tertinggi dunia itu 'benar-benar marah dan kecewa' dengan serangan ke atas gudang dan dua bangunan sekolah PBB dengan mengarah agar siasatan penuh dilakukan. Rejim zionis Israel bagaimanapun mendakwa serangan dibuat untuk membalas tembakan para pejuang di kawasan terlibat dan berjanji untuk membuat siasatannya sendiri.
Hasil lawatan tersebut Ki-Moon memberitahu bahawa ratusan tong bekalan makanan dan ubat-ubatan habis musnah dalam serangan Khamis lalu. "Ia betul-betul tidak berperikemanusiaan dan langsung tidak boleh diterima," katanya sambil menggelengkan kepalanya.
Ketika melawat bandar Sdetor di sempadan Israel yang menjadi sasaran serangan roket Hamas kemudiannya, dia hanya melahirkan simpati kepada penduduk setempat dengan berkata; "Hari-hari hidup anda ditemani bunyi dan letupan roket di udara. Tidak ada manusia yang boleh hidup dalam negeri seperti ini."
"Saya mengharap undang-undang hak asasi kemanusiaan dapat melindungi kehidupan orang-orang awam agar ia lebih diyakini dan dihormati," kata Ki-Moon.
Secara peribadi, Ki-Moon bersungguh-sungguh untuk berusaha menamatkan peperangan yang membunuh lebih 1,300 orang rakyat Palestin termasuk 900 orang awan dan 168 polis awam, menurut Pusat Hak Asasi Kemanusiaan Palestin (PCHR).
Di Gaza sahaja, menurut laporan itu, kira-kira 156 pejuang terbunuh termasuk 48 pejuang Hamas, 34 dari kumpulan Jihad Islam dan yang lain adalah kumpulan sokongan Fatah di bawah pimpinan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.
Pegawai Kementerian Kesihatan Gaza, Dr. Moawiya Hassanain berkata, beliau yakin Hamas tidak melaporkan semua pejuangnya yang terkorban.
Pemimpin Hamas tidak pernah memberi kenyataan mengenai angkatan pejuangnya yang terkorban kerana tidak mahu melemahkan semangat mereka. Hamas mempunyai kira-kira 20,000 orang pejuang.
Cuma pada beberapa kes tertentu diisytiharkan oleh Hamas seperti pelancaran lebih 2,500 roket ke kawasan Israel sebagai serangan balas sepanjang dua minggu. - AP
Sumber: Utusan Malaysia

Wednesday, January 14, 2009
Jom Hulurkan Bantuan Untuk Gaza & Palestin!!!!...
Alhamdulillah...di sini aku perturunkan segala brochures untuk kita buat kerja skit...mungkin ada dikalangan kita bleh printkan dan kemudian buat seberapa banyak salinan untuk diedarkan kepada kawan2 kita dan masyarakat setempat dan setaman kita...
Mungkin ada dikalangan mereka yang tergerak hati untuk turut sama menyumbang sebagai tanda prihatin kepada saudara kita atau kepada non-muslim sebagai tanda perikemanusiaan mereka atas dugaan yg dialami saudara kita di Gaza khususnya dan Palestin amnya...
Bg kita plak...mungkin ada yg terasa berat dengan RM250 atau RM170 sebulan atau RM30...mungkin bleh kita ada sedara-mara atau rakan sekerja kita...buat satu kelompok atau group dalam 2-3 org atau 3-5 org...masing2 keluar RM10 ker...RM20 ker...untuk kita turut sama sertai skim bantuan dan juga kebajikan ini...
Untuk makluman sahabat2....mungkin dan iya...inilah jalan jihad kita di Malaysia dalam membantu para pejuang di medan perang kini...iaitu JIHAD BIL MAL...jihad dengan harta-benda....kerana Allah SWT seringkali menyusul perkataan jihad dengan didahului dengan harta dan kemudian barulah dengan nyawa.
Didahului jihad dengan harta menandakan ia adalah satu perkara yang sangat penting untuk kita laksanakan...sebagaimana peringatan Allah SWT pada ayat dibawah:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (10) تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (11)
Maksudnya: 10. Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?11. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (as-Saff 10-11).
Di bawah ini ada 2 jenis bantuan:
1) BANTUAN KHUSUS UNTUK PENDUDUK GAZA, PALESTIN
***BANTUAN KHUSUS UNTUK PENDUDUK GAZA DI PALESTIN***
**BANTUAN 1: PROJEK BANTUAN GAZA RM250**
**(Pamplet 1) - Untuk Edaran**
**(Pamplet 2) - Untuk Edaran**
**(Pamplet 1)BANTUAN 2: PROJEK BANTUAN UNTUK KANAK-KANAK GAZA**
**(Pamplet 2)BANTUAN 2**
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
***BANTUAN UMUM UNTUK KESELURUHAN PENDUDUK PALESTIN***
**(Pamplet 1)BANTUAN 1: PROGRAM PEMBIAYAAN KELUARGA MISKIN PALESTIN - 1 keluarga miskin memerlukan 5 org penaja dengan penajaan RM170 seorg penaja setiap bulan (RM170x5 =RM850)**
**(Pamplet 2) BANTUAN 1**
**(Pamplet 1)BANTUAN 2: PROGRAM PENGAMBILAN ANAK YATIM PALESTIN - 1 org anak yatim ditanggung dengan hanya RM30 sebulan**
**(Pamplet 2) BANTUAN 2**
Mungkin ada dikalangan mereka yang tergerak hati untuk turut sama menyumbang sebagai tanda prihatin kepada saudara kita atau kepada non-muslim sebagai tanda perikemanusiaan mereka atas dugaan yg dialami saudara kita di Gaza khususnya dan Palestin amnya...
Bg kita plak...mungkin ada yg terasa berat dengan RM250 atau RM170 sebulan atau RM30...mungkin bleh kita ada sedara-mara atau rakan sekerja kita...buat satu kelompok atau group dalam 2-3 org atau 3-5 org...masing2 keluar RM10 ker...RM20 ker...untuk kita turut sama sertai skim bantuan dan juga kebajikan ini...
Untuk makluman sahabat2....mungkin dan iya...inilah jalan jihad kita di Malaysia dalam membantu para pejuang di medan perang kini...iaitu JIHAD BIL MAL...jihad dengan harta-benda....kerana Allah SWT seringkali menyusul perkataan jihad dengan didahului dengan harta dan kemudian barulah dengan nyawa.
Didahului jihad dengan harta menandakan ia adalah satu perkara yang sangat penting untuk kita laksanakan...sebagaimana peringatan Allah SWT pada ayat dibawah:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (10) تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (11)
Maksudnya: 10. Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?11. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (as-Saff 10-11).
Di bawah ini ada 2 jenis bantuan:
1) BANTUAN KHUSUS UNTUK PENDUDUK GAZA, PALESTIN
- Skim Bantuan Gaza RM250
- Skim Bantuan Untuk Kanak-Kanak Gaza
- Pembiayaan Keluarga Miskin Palestin
- Pengambilan Anak Yatim Palestin
Labels:
Isu Semasa,
Kebajikan
Saturday, January 10, 2009
Makkah - 2010 >>Bagaimana pula al-Aqsa??
Inilah gambaran awal Makkah pada 2010...setahun lebih jer lagi untuk menjadi realiti...sekarang ini sedang berlaku renovation/pengubahsuaian secara besar-besaran...utk menampung pertambahan para hujjaj...terima kasih k'jaan sau'di....memang tidak dinafikan...renovation ini sangat-sangat diperlukan...tapi anda jangan lupa!!!Hulurkan juga sumber kekayaan anda untuk pembelaan saudara muslim kita di Palestin ketika ini!!!....
Tahniah!!..Anda telah menjalankan tugas dengan baik selaku 'Khadam al-Haramain as-Syarifain'....tapi anda tertinggal untuk 'as-Syarif' yang satu lagi....sapa 'Khadam' untuk 'as-Syarif' yang satu lagi???!!!...Sapa!!!!...PBB ka???!!...OIC ka???...Liga Arab ka??!!...Fatah & Hamas je ka??!!!....Penduduk Palestin je ka???!!...
Adakah peperangan di Gaza kini adalah permulaan atau rentetan ke arah peperangan yang lebih besar dan dahsyat??...peperangan yang telah difilemkan... Armageddon...peperangan yang dengan nyata dan diyakini akan berlaku...sehingga kaum muslimin mencapai kemenangan ke atas Yahudi!!..
Tapi...bagaimana persiapan kita??!!....Ayuh!!...kita masih diberi peluang dan ruang untuk mengembalikan al-Aqsa...teruskan iringan doa buat saudara kita di medan perjuangan...itu langkah yang pertama dan utama...sekarang diperturunkan langkah2 yang mungkin boleh kita kongsi dan usahakan bersama..insya Allah...
**Ka'bah-Tiada perubahan sangat**
**Pandangan Dari Satelit - Perubahan Makkah Pada Tahun 2010**
**Dataran Luar Masjidil Haram Yang Telah Diperluaskan**
**Kota Makkah Menjadi Bandar Pembangunan Terancang**
**Masjidil Haram Mengalami Pertambahan Keluasan Di Babul/Pintu Umrah & Fath (Dekat 4 Menara Yg T'sepit tu...)**
**Tambahan Payung Automatik - Payung Tuu Dia Menguncup Ke Atas Kott..**
**Dulu Aku Rasa Jam Kat Hotel Hilton Tu Udah Tinggi - Laa Nii..Hangpa Buhh Jam Hotel Movenpick Pulak..**
**Hat Ni Bangunan Apa Plak Dahh..??!!..Habis Kedai2 Cukuq Kepala Hangpa Sapu...Tunggu Je Ler 2010 Nanti..**
Tahniah!!..Anda telah menjalankan tugas dengan baik selaku 'Khadam al-Haramain as-Syarifain'....tapi anda tertinggal untuk 'as-Syarif' yang satu lagi....sapa 'Khadam' untuk 'as-Syarif' yang satu lagi???!!!...Sapa!!!!...PBB ka???!!...OIC ka???...Liga Arab ka??!!...Fatah & Hamas je ka??!!!....Penduduk Palestin je ka???!!...
Adakah peperangan di Gaza kini adalah permulaan atau rentetan ke arah peperangan yang lebih besar dan dahsyat??...peperangan yang telah difilemkan... Armageddon...peperangan yang dengan nyata dan diyakini akan berlaku...sehingga kaum muslimin mencapai kemenangan ke atas Yahudi!!..
Tapi...bagaimana persiapan kita??!!....Ayuh!!...kita masih diberi peluang dan ruang untuk mengembalikan al-Aqsa...teruskan iringan doa buat saudara kita di medan perjuangan...itu langkah yang pertama dan utama...sekarang diperturunkan langkah2 yang mungkin boleh kita kongsi dan usahakan bersama..insya Allah...
- Langkah Kedua: - Tingkatkan kesedaran kita kepada isu ummah terutama Palestin kini..
- Langkah Ke-3:-Hulurkan bantuan kewangan...kini terlalu banyak tabung telah diwujudkan utk Palestin...pilihlah tabungan yang benar2 anda yakin akan sampai kepada pejuang...(sahabat aku kata...jika hulurkan pada k'jaan M'sia,UMNO atau tabung2 spt TV3 & NST...maka duit tersebut kepada puak 'Fatah'...puak 'Fatah' nie...asyik dengan MoU jer..habis kat claim2 kapal terbang pimpinan diorang gi buat P'janjian Damai' jer ler...WA)...
- Langkah Ke-4:- Sebarkan maklumat mengenai Palestin kini...adakan rapat umum, ceramah, forum, pameran dan sebagainya...ini mampu meningkatkan kesedaran kewajipan kita dan juga ummah terhadap tugas membebaskan Kota Quds...
- Langkah Ke-5:- Berhijrah menjadi diri dan ummah yang perihatin...ambil kesempatan dengan kedatangan tahun baru Hijriah ke 1430 kini...ayuh!!..bertindak segera..
Untuk tambahan...nie gambaran beberapa projek di Makkah yang dapat aku search kat youtube
- Himpunan projek di Jabal Umar, Makkah, sekitar tempat sa'ie (Safa & Marwah) & tpt lontar di jamrah (Mina)...sila klik di sini utk dapatkan gambar tersebut....
- Gambaran khusus projek di Jabal Umar...sila klik sini
- Projek di Jabal Khandama plak... klik kat sini skali lagi
- Zam Zam Tower Hotel...klik kat sini
- West Gate Makkah..klik kat sini...last...
Labels:
Isu Semasa,
Kota Makkah
Wednesday, January 7, 2009
Ragam Iman Ke Sekolah..
Iman bersemangat nak pegi skolah.Hari pertama katakan..Dlm ati sy tetap isau gak..mana ler tau sampai2 kat tadika nnt dia buat hal.1st day, ummi x sempat wat b/fast laa...hehe...sori yea Iman. on t way nak hantar Iman tu, bli kuih jer utk dia. Bila sampai, sy daftarkan Iman. rm175 utk sumer , buku2, uniform,yuran sukaneka , ihtifal , dan yuran2 yg sewaktu dgnnyer. Monthly, rm30 utk umur 4 thn.
Iman dah siap dok kat kursi,relax2 jer..lum ada lg adegan drama swasta ataupun yg senada dan seirama dgnnyer..bila sy dah siap daftar, apalagi..nak blik aaa..dgn penuh kesopanan Iman salam ummi & abah. Sy sempat ler pesan kt dia..." abg iman skolah elok2 yea..nnt wktu rehat abg iman makn kuih...ummi blk masak dlu, abah nak g opis, nnt kol 11.30 ummi dtg amik abg Iman yea..." panjang lebar lerr pesanan sy kat Iman. Iman angguk jer...Sy trus keluar ..skali sy pusing blakang, nampak raut muka Iman dah berubah..aiseyy...drama dah nak start ker?..Sy jln trus ke keta.abah dah masuk dlm keta..Lum pun sempat sy msuk dlm keta, tgn baru nak bukak pintu keta...telingaku mendengar stu jeritan..." ummmiiiiiiiiiiiii....waaaaaaaaa" hahahaha..drama dah bermula...acctionnnn....
Sy pusing blakang, patah balik dlm kelas...airmata Iman dah berguguran....sedih benor gamaknya ummi ngan abah tinggal dia kat situ...dlm ati sy dok pk babak apa pulak nak jd pasnie...cikgu dia suh bwk blk jer dlu, esok jer tinggal sbb ari pertama cikgu bz ngan pendaftaran, x sempat nak pujuk memujuk.Abah suh ummi tgu jap abg Iman..nnt abah dtg amik...xpe laa..sy tgu jer laa..bg dia biasa2 dlu...
Cikgu dah start bgi mainan2 suh main2 dlu. Bg sronok. Iman pun dah stop nangis, ummi ada dpn mata...siap pesan kt sy plak..." ummi teman aaa Iman.." aisey...dia lak ngajor kita.
Elok jer nampak byk mainan, sronok ler plak dia main. Melangut ler sy kat tadika tu. Dah ler prut lum berisi apa2 lg..lapar lerr...eee..si Iman nie..
Rehat kol 9.30..nampak sumer bwk bekal masing2...mcm2 hal, ada yg tdo kat meja...ada yg menangis..ada yg xnak mkn...ada ler sorang lg berteman jgk ngan mak dia, sama ler ngan si Iman, 4 thn. cikgu ckp mmg camtu ler..slalunyer yg 4 thn laa byk masalah skit...tp dlm sbulan dua jer..pastu ok...Iman dah start wat bising...dlm ati sy , agaknyer dia dah rasa sronok kot...
Sesambil tu sy sembang2 skit ngan sorang cikgu...ckp ngan cikgu Iman nie mmg lasak skit, cuma isau time dia nak buang air jer laa...kdng2 suka menahan2...dah nak tkeluar baru ler nak ckp....tetiba dengar sore cikgu sorang lg...." Imann..turun.. nantii jatuh..." adoiiii...Iman wat apa plak nie....tgk2 dia dah melompat2 atas meja dlm bilik belajar....cpat2 ler sy suh Iman turun dok bwh...ari pertama dah kena sound ngan cikgu...fail btull laaa...
eeee...lambat ler plak rasanya kol 11.00 arini..cikgu dah start bg lukisan buah epal, suh kalerkan..Iman pun join sama....ada yg main lg...ada yg tdo x bgn2 lg...bila dah abis part kaler mengaler nie...cikgu tunjuk gambar2 plak..biasa lerr..tanya gambar apa...Iman sronok lak menjawab....dah abis laa utk arini....mesg abah suh dtg ambik....Iman tanya sy..nape kat skokah xde nyanyi2...hihi..sy ckp ler..esok2 cikgu ajar ler tu...tanya dia sronok x skolah...dia ckp sronok...sronok laa sbb ngan ummi pun skolah skali...waaaaaaaaaa.....
hari kedua lak....abah dia ckp nak hantar ngan motor...jd ummi xyah g aaa...memula dia suh sy teman dia lg...pas pujuk2 skit.. ok aaa...pg2 dia bgn, smangat g skolah ada lg tu...agaknyer tringat mainan yg byk kat skolah tu....arinie Iman bwk bekal nasi goreng ngan telur ngan milo...ummi sempat prepare b/fast arini...uishh...terasa ler mencabarnyer sejak anak skolah...hikhik...arini sy x htr Iman, kang kalo g x psl2 kena skolah plak....sy ckp kt dia, nnt ummi dtg amik Iman..dia senyum2 jer..maknanyer ok ler tu...
Alamakk...tetiba abah blk ckp , Iman nangis masa abah tinggalkan dia ...hahaha...apa sudah jd nie...pastu ckp ngan abah..biar ler dlu...kang kalo dok asik teman jer..sampai bila2 dia nak camtu...latih ler dia skit2...muka abah pun dah lain mcm..dok opis xleh wat kije..ingat Iman..hehehe...abah telah menyerlahkan sifat kebapaannyer....hikhik...sy pun dok umah rasa cam sunyi smacam jer...haha...slalu dok bergaduh ngan dia pg2....ntah apa2 ler...ank g skolah..abah ngan ummi lak cam jiwa kacauu....lambt benor nak menunggu kul 11.30.
Sy lak kebetulan smalam, kena g klinik, buat c/up...memula ingtkan nak g ptg...slalunyer Iman yg temankan sy g klinik...drp dok umah sorang2..pg jer ler klinik....elok2 jer kol 11.30 siap sumer..trus g ambik Iman...tanya cikgu dia cemana, cikgu ckp dia nangis kejap jer masa abah tgal..pastu ok...lega rasa ati...
Masalah plakk dah....msk ari ke-3...kuar statement " arini Iman nak dok umah, x nak g skolah" haru biru btul laaa.....jenuh lerr memujukpg tadi...memula abag pujuk mandii...bila dah siap ummi pjuk suh g skolah plak...janji blk skolah nnt kita g jejalan sama2....nampak dah termakan pjuk rayu ummi...senyum jer...elok bwk beg naik motor.....selamatt arini...tp bila abah blk td, ckp Iman nangis lg...hehe....mintak2 skejap jer ler....fuhhhh...lambtnyer kol 11.30..nak g amik Imann....kihkihhh........
Labels:
Coretan Ida,
Telatah Iman
Monday, January 5, 2009
Perlawanan Israel vs Palestin
Oohhh....tidak sensitif nyer aku...kini telah masuk 8 hari saudaraku di Palestin di bedil oleh puak Yahudi...alasan bedilan tersebut kerana mahu membalas serangan yang telah terlebih dahulu dilakukan oleh HAMAS...sehingga kini sudah mencecah 400 lebih saudaraku syahid...matinya dalam keadaan dan martabat yang tinggi disisi Allah SWT...
Kita di sini...atau lebih tepatnya aku...mungkin fokus ku adalah terarah kepada saingan EPL - Manchester United vs Chelsea atau kini kepada saingan Liga Super - Selangor belasah Kedah 4-1, pemain muda Perak menang!!!...
Tapi kita lupa kepada persaingan antara Israel vs Palestin!!!...Pertempuran antara Yahudi vs Muslimin!!!...itulah antara ingatan yang telah dilaungkan oleh khatib Jumaat di Masjid Kabir, Mafraq, Jordan pada tahun 2002...ingatan tersebut dilontarkan kepada kami ahli jemaah ketika ummat Islam seluruh dunia terarah ke negara Korea & Jepun...
Bagi menyempurnakan semangat asobiyyah dan fanatik kepada Ronaldo, Roberto Carlos, Rivaldo dan Ronaldinho...maka bermaharaja lelahlah 'Sharon' ketika itu meng'anjing' dan mem'babi'kan kaum muslimin.....
Masih terngiang2 telinga ku mengingati bait kata khatib Jumaat tersebut...telah hampir 7 thn kini...aku tersedar kembali ketika itu...alangkah malangnya aku kerana tidak prihatin kepada nasib saudaraku..yang hanya berjiran ketika itu...dialpakan dengan hanya sebijik bola!!...
Aku melangkah keluar menuju pintu masjid dengan penuh keinsafan...selangkah kakiku keluar dari masjid...lidahku mula bertutur kepada sahabat..."Lepas ni game sapa lawan sapa pulak???"...merujuk kembali kepada World Cup 2002 yg sedang rancak ....
Uuuhhhhh...malang bertimpa-timpa lagi buat diriku...baru saja diingatkan tadi...begitulah akuuu!!!..mungkin aku akan lebih beringat jika sebutir peluru Yahudi melekat ke dalam kepala otak aku kott atau kepala ku diketuk-ketuk lumat dengan senapang Yahudi!!!..kui..kui..kuii...
Labels:
Coretan De-Rez
Friday, January 2, 2009
Palestin yang ku lupai!!!
Aku hampir melupai saudaraku di Palestin..akibat kesibukan kerja dan rutin harian..dan mungkin juga masa ku penuhi dengan perkara yang tidak manfaat...maka tiada lagi masa yang ku peruntukkan untuk mengetahui perkembangan saudaraku di medan pertempuran...
Aduh!!...betapa hina dan dina nya diriku akibat kedekut memperuntukkan sedikit masa, tenaga, pemikiran, kewangan dan sebagainya lagi buat saudaraku yang terus diperlakukan bagai anjing oleh kaum yang dimurkai Allah ini...
Ya Aqsa!!
Mujurlah aku sempat meluangkan masa pada awal Muharram utk mengikuti program 'Majlis Kemuncak Sambutan Ma'al Hijrah 1430H Prgkt Negeri Perak' di Ipoh pada hari Ahad yang lepas...sebelum acara kemuncak tersebut pada pukul 10 pagi...slot ceramah diprogramkan pada pukul 8.30 pagi..diisi slot tersebut dengan dijemput penceramah dan juga petugas Aman Palestin Malaysia...
Barulah ku sedar...aku semakin melupai saudaraku di Palestin!!!...maafkan aku wahai saudara!!...dalam doaku tiada lagi ku panjatkan untuk kesejahteraan saudaraku...tiada lagi ku panjatkan untuk kemenangan saudaraku...
Alasan yang mampu ku beri adalah sibukkk...perhatianku hanya pada kerjaa...hanya pada keluarga...hanya pada ringgiitttt...adakah hujjah ini yang mampu aku persembahkan apabila berhadapan Allah SWT kelak??!!..aku sedar kini...fokusku sudah lari...semangat jihad semakin luntur dalam jasad dan rohku...
Ohh....malunya untuk ku sebut perkataan 'jihad'....apatah lagi kalungan 'semangat jihad'....sedangkan realitinya... apakah pengorbanan yang telah ku lakukan??...apakah sumbangan yg tlh ku hulurkan???apakah bantuan yg telah ku salurkan???...semuanya kosong!!...
Benarlah peringatan Nabi SAW kepada kita...agar kita senantiasa melakukan penghijrahan dalam 3 aspek termasuk salah satunya aspek jihad & pengorbanan..(bleh rujuk artikel lepas..Makkah - Madinah Memanggil Kita!!!...)..
~~~Dengarlah Rintihan Anak Palestin ini....
Izinkan aku berkongsi satu hadis dari Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari Abi Umamah al-Bahili, Rasul SAW bersabda dengan maksudnya:
"Bagaimana keadan kamu nanti apabila 1)gadis2 kamu telah melampau, 2)pemuda2 kamu menjadi fasiq, & 3) orang tua meningalkan kewajipan jihad???
Sahabat R.A bertanya: Akan berlakukah keadaan itu?
Nabi SAW menjawab: Ya!!Bahkan lebih dahsyat..
Sahabat R.A bertanya: Apa dia ya Rasulullah?
Nabi SAw menjawab:"Bagaimana keadaan kamu ketika kamu meninggalkan suruhan kepada kebaikan & melarang dari melakukan kebaikan?"
Sahabat R.A bertanya: Akan berlakukah keadaan itu?
Nabi SAW menjawab: Ya!!Bahkan lebih dahsyat..
Sahabat R.A bertanya: Apa dia ya Rasulullah?
Nabi SAW menjawab:"Bagaimana keadaan kamu ketika itu yang mana mungkar itu baik & yang makruf itu jahat?"
Sahabat R.A bertanya: Akan berlakukah keadaan itu?
Nabi SAW menjawab: Ya!!Bahkan lebih dahsyat..
Sahabat R.A bertanya: Apa dia ya Rasulullah?
Nabi SAW menjawab:"Bagaimana keadaan kamu ketika itu ada yang menyuruh kepada mungkar & melarang melakukan kepada yang makruf?"
Nabi SAW meneruskan bicaranya:"Jika berlaku perkara ini akan berlaku bala kepada kamu iaitu 'orang yang berakal (alim-ulamak) menjadi bingung'."
Sadaqa Rasulullah SAW wallahu Ta'ala A'lam...
Labels:
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)