Sunday, December 28, 2008

Makkah - Madinah Memanggil Kita!!!....

Ayuh kita dengar sejenak nasyid yang sangat indah ini!!...Lapangkan seketika masa kita menikmati suasana Al-HARAMAIN (Makkah & Madinah)...

YA MAKKAH



YA TOYBAH (MADINAH)


TOLA'AL BADRU A'LAINA




‏قَوْله : ( أَتَيْت النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُبَايِعهُ عَلَى الْهِجْرَة فَقَالَ : إِنَّ الْهِجْرَة قَدْ مَضَتْ لِأَهْلِهَا , وَلَكِنْ عَلَى الْإِسْلَام وَالْجِهَاد وَالْخَيْر

"Aku berjumpa Nabi s.a.w untuk berikrar setia dengan baginda untuk sama-sama berhijrah. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Hijrah telah berlalu, tetapi ikrar setia yang masih boleh dilakukan ialah 1) terhadap Islam, 2) jihad dan 3) melakukan kebaikan."

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim:3465

Syarah hadith di atas telah pun dijelaskan oleh Imam Nawawi Rahimahullah iaitu;

"Hijrah yang paling mulia telah dilakukan oleh sahabat-sahabat Baginda Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita agar terus melakukan penghijrahan dalam 3 aspek:

1)Penghijrahan kepada ketaatan kepada agama Islam,
2)Penghijrahan dalam melakukan jihad & perjuangan, dan
3)Penghijrahan dalam melakukan seluruh amalan kebaikan,

dan Baginda SAW bermaksud : Aku menyeru kepadamu agar terus melakukan perkara-perkara (kebaikan) ini" [Syarah Sahih Muslim no 3465]
-----------------

Moga2 aku dan keluarga terus berusaha mencapai 3 perkara tersebut...kami pohon pada Mu sinar untuk 1430H...amin...

***Untuk berkongsi bahan2 sejarah kenabian...sila klik sini....

No comments: