Sahabat2 sekalian...perhatikan saudara kita mempraktikkan solat secara dukung baby sampai habis k!!...
Tapi apa yang aku tahu...pergerakan bapa tersebut tidaklah membatalkan solat..tapi kesalahan di situ adalah kerana 'bapa tersebut memesongkan atau memalingkan badan dari arah kiblat'...kesalahan tersebut adalah kesalahan yang boleh membatalkan solat...mungkin sahabat2 leh buat ulasan berkenaan itu...
Disini aku sertakan bersama soal-jawab tentang solat dukung baby untuk rujukan bersama...
--------------------
Soalan
Salam
Moga dirahmati Allah buat sekalian kita,
- Saya nak bertanya tentang bagaimana cara dan kaedah terbaik masa solat dukung anak....
- Apa benda yg perlu dielak semasa dukung anak tersbt??
- Adakah najis lampin anak tersebut tertanggung atas org yg bersolat??
- Minta tuan panel berikan penjelasan....sekian dan didahului dgn lafaz jazakallah...
Wassalam
-----------------------
Wassalam
alJawab:
Terdapat hadith Syaikhan dalam hal ini, dari Abu Qatadah RA,
" ada suatu ketika Nabi SAW solat dgn mendukung 'Umamah anak Zainab (putri Nabi SAW), pabila baginda sujud, baginda meletakkan Umamah dan ketika bangkit utk raka'at seterusnya, baginda mengambil semula 'Umamah dan mendukungnya lagi." [Bukhari-Muslim]
Tambahan Muslim, sedangkan ketika itu baginda adalah Imam di mesjid nabawi.
Fiqh alhadith:
1. Nabi saw menunjukkan cara mendukung baby ketika solat, meletakkan baby ketika sujud dan memungutnya semula bila bangkit berdiri.
2. Tidak dibahaskan perihal najis bayi itu kerana semua dilihat pada yg dzahir, jika najis itu tidak kelihatan dan baunya tidak ada, maka dima'afkan oleh syara'.
3. Peristiwa mendukung baby itu berlaku hanya sekali sahaja. Ini menunjukkan dharuratnya. maka ia bukanlah suatu kebiasaan.
Syarah oleh prof Dr hasbi alSiddiqiey alam hukum2 Fiqah Islam Jld 1, Pustaka Aman press.
sekian
Sumber di al-ahkam.net
-----------------------
Aku turut lampirkan bersama karya dalam buku kontroversi yang bertajuk 'Pelik Tapi Benar Dalam Solat'...karya Us.Abdul Rahman Mohamed..dan di'counsellor' oleh Us.Hj.Zahazan Mohamed...
Untuk makluman...buku ini telah termasuk dalam senarai yang telah diperakui dan diwartakan haram atau ditahan oleh pihak J/k Penapisan Bahan2 Penerbitan Berunsur Islam, Kementerian Dalam Negeri...
Rujukannya ada di sini:
KDN haram dua buku seleweng fakta Islam
14-08-2008 02:15:03 PM
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mengharamkan dua buah buku kerana mengandungi fakta yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenarnya.
Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks AlQuran, Abdul Razak Abdul Latif berkata buku yang diharamkan itu bertajuk "Pelik Tapi Benar Dalam Solat" karya Ustaz Abdul Rahman Mohamed terbitan Telaga Biru Sdn Bhd, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur dan dicetak oleh FDZ Design & Communications, beralamat Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur.
Sebuah lagi buku yang turut diharamkan bertajuk "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism" oleh Norani Othman, terbitan Sisters in Islam, Petaling Jaya dan dicetak oleh Vinlin Press Bandar Baru Seri Petaling.
"Kedua-dua buku ini dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan mana-mana individu yang didapati menghasilkan semula, mencetak, mengeluar atau memiliki bahan larangan tersebut boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya," kata Abdul Razak dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata sekiranya penerbitan berkenaan dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat. BERNAMA
----------------------
Kesimpulannya...keharaman ini kerana bleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan....keliru dan gelisah kerana ummat krg ilmu, tambahan pula pengajian solat hanya terlalu tertumpu pada aliran dan pandangan kecil Syafieyyah sehingga tertutup kepada pandangan yang berbeza hatta datang dalil dan hujjah yang lebih kuat...ditolaknya mentah2...bila dikatakan taksub...dimarahi pulak...gunalah alasan kekeliruan dan kegelisahan...
Buat para ilmuan pula, kurang menampilkan penerangan mengenai isu dan hal berkaitan ini...apabila dibangkitkan...maka ia tergolong dalam kalangan yang mengelirukan dan menimbulkan kecelaruan dan kegelisahan kepada ummah...
Maka...yang hak mesti dibungkus segera!!!...tapi...apa yang penting!!!...fakta dalam buku tersebut bukannya salah dan sesat....tapi sekadar hendak menutup kekeliruan dan kegelisahan saja....
Buat diriku juga...masih keliru dan gelisah atas sekatan ini....
Wallahu A'lam..
No comments:
Post a Comment