Monday, October 5, 2009

Status Al-Ahkam.net & Youtube Channel Ust Zain

Sudah beberapa minggu hamba tak dapat buka laman kesayangan hamba, iaitu al-Ahkam.net (AAN). Membuka AAN adalah antara rutin yang biasa hamba buat tatkala berintenet. Padanya terdapat banyak maklumat menarik yang dibincangkan oleh komuniti maya sekitar tajuk isu semasa yang ada kaitannya dengan ummat ISLAM. Yang paling menarik pada AAN ialah kompilasi soal-jawab feqh yang menyentuh pelbagai tajuk dalam kehidupan seseorang muslim. Mudah2an ALLAH merahmati insan di sebalik tabir dan juga pengasasnya iaitu Ust Zain-ys.

Bukan sahaja AAN, malah Youtube Channel yang diusahakan oleh Ust Zain-ys juga mengalami masalah. Apabila dibuka Youtube Channel pro-alahkam dan maulanaasri, tertera pada skrin Youtube ‘…the account has been suspended’.

Hamba kecewa atas apa yang berlaku. Atas apa yang berlaku, hamba cuba bertanyakan tentang apa yang terjadi kepada komuniti di Facebook. Mereka tak tahu. Hamba YM kepada Ust Zain, tiada respon (entah aktif lagi ke tak YM Ust?). Ingin rasanya hamba pergi melawat Ust Zain di Bukit Mertajam, Pulang Pinang sana. Namun, tiada kemampuan. Entah apalah yang terjadi kepada beliau sorang2 di sana. Namun, hamba berdoa agar ALLAH memudahkan segala urusan Ust Zain sekeluarga, amin.

Hari ini, alhamdulillah (segala pujian bagi ALLAH) di blog Ust Zain sudah ada jawapan tentang apa yang berlaku kepada AAN dan Youtube channel yang diusahakan oleh Ust Zain. Sekurang-kurangnya dengan mengetahui maklumat tentangnya, dapat melegakan hati dan boleh keluar dari daerah tertanya-tanya. Berikut adalah jawapan Hj Kamin tentang AAN (sumber):

Assalamu’alaikum

Pihak al-Ahkam ingat memohon ma’af kerana laman web al-ahkam.net tidak
dapat di capai semenjak 14-September-2009 sehingga ke hari ini akibat
dari kerosakan yang terjadi kepada hardisk al-ahkam.

Disebabkan minggu ini merupakan cuti Eid al-Fitr, kerja-kerja
memperbaiki server akan dimulakan sebaik sahaja berakhirnya cuti Hari
Raya. Pihak al-ahkam.net sedang berusaha membawa keluar server tersebut
dari Pusat Data TMNET petang ini untuk kerja baik pulih.

In Sya Allah pihak kami akan memaklumkan kepada anda semua sebaik sahaja
server tersebut selesai diperbaiki. Do’akan agar Allah swt memberi
kemudahan kepada pihak kami agar server tersebut dapat dipulihkan dengan
kadar segera.

Sempena Eid al-Fitr, krew al-ahkam.net dan semua moderatornya ingin
mengucapkan Semalam Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin, dengan berdo’a -
Taqabbala Allaah minna wa minkum.

Sekian, wassalam
kamin, bagi pihak al-ahkam.net

Dan berikut pula adalah jawapan Ust Zain berkenaan Youtube channel proal-ahkam dan maulanaasri (sumber):

Sebelum hariraya harddisk server al-ahkam.net mengalami kerosakan. Ini menyebabkan web ini tidak dapat diakses. Pulang dari bercuti hariraya akaun youtube proalahkam yang telah dikerjakan selama beberapa tahun telah ditamatkan oleh pihak youtube. Lebih malang lagi apabila akaun youtube atas nama maulanaasri yang diisi dengan kuliah2 maulana Asri turut dibabitkan sama oleh pihak youtube. Kerana akaun tersebut menggunakan didaftarkan di bawah e-mail zain2.ys@gmail.com.

Tak perlu diceritakan kesedihan dan kekecewaan yang saya hadapi, tentu anda yang sering mengikuti channel proalahkam dan channel maulanaasri dapat membayangkannya.

Puncanya? Dari program TV Hujah TV9 yang saya rakam dan upload. Kata youtube ia melanggar hakcipta sykt Grand Briliiant.

Hati-hati.. Jika anda secara sengaja atau tidak melanggar hakcipta, pihak youtube akan menghantar email menyatakan anda kemungkinan atau telah melanggar hakcipta blaa.. blaa… Anda diminta memadam video atau audio berkenaan.

Baiklah, katakanlah anda akur dan sentiasa akur dengan sesegera mungkin memadam video berkenaan.. Itu semua tidak menjamin untuk akaun youtube anda selamat sejahtera. Jika berulang lagi, dan anda akur lagi.. Akaun anda mungkin akan didelete oleh pihak youtube.

Pengajaran.. Ya ia memang pengajaran yang berguna. JANGAN upload program TV ke akaun youtube anda.. Atau akaun anda akan dipadam!

zain-ys

pondok penanti, B.Mertajam

Mudah-mudahan kesusahan yang yang dialami oleh ustadz Zain, dibalasi ALLAH Azza wa Jall dengan ganjaran yang besar. Walaupun segala video ilmiah telah dipadam di Youtube, walaupun video-video ilmiah tidak lagi hamba dan yang lain-lain nikmati, mudah2an apa yang telah diperbuat dinilai ALLAH sebagai hasanah yang besar. Malah, mudah2an hasanahnya berkekalan walaupun video2 di youtube telah dipadam.

Diharap dengan posting ini, dapatlah kiranya sahabat2 di luar sana yang turut mempunyai perasaan yang sama dengan hamba, faham dan mengerti akan situasi yang berlaku.

Petikan dari ShahMuzir

No comments: