Thursday, February 26, 2009

786: Alhamdulillah Syukur...



786...digit nombor yang agak sensasi dan seksi kini...3 digit nombor ini aku mula kenali semasa mengikuti Kursus Induksi utk pengesahan jawatan pada tahun 2004 yang lalu di Sungai Petani.

Biasa ler...dalam kursus tersebut kita dibahagikan beberapa group..dan setiap group kena ada identiti masing2...yakni nama kumpulan dan logo masing2...group aku nie...yg paling lantang bersuara dan mengkritik group2 yang lain...

Masing2 kumpulan hendak memaparkan imej yang 'Islamik' pada group dan logo masing...sehinggakan ada ahli group aku ni tak puas hati ngan logo group lain semasa presentation diorg...terpancul ler perkataan...logo macam 'kedai restoran makan 786' jer....

Hehehe....dari situ aku mula tau...bahawa nombor '786' ini adalah utk sebahagian kecil warganegara M'sia dan PATI yang ada bumi Malaya kini...

Bertambah kelakar lagi dengan penggunaan nombor '786' ini..adalah pada malam Munajat & Perhimpunan Kembalikan Kerajaan Rakyat' pada malam 8hb Feb di Residensi Rasmi MB Perak...Cikgu Azmi TERAS dalam nada berseloroh dalam penerangannya mengatakan ada pihak yang menyatakan Zambry Kadir sebagai MB786...huhuhu....

Maka dari situ...bertambah meluaslah penggunaan nombor '786'...bagi aku tidak salah utk penggunaan nombor tersebut kepada individu...sebab nombor tersebut mungkin melambangkan jati diri, bangsa dan keturunan atau kelompok tertentu...

Mcm sahabat Nabi SAW...digelar sebagai Salman al-Farisi....sebab datang dari negara Parsi....kalo kita gelarkan ia Zambry 786....mungkin asalnya ia datang dari kelompok '786'...

Kawan aku di N9 pernah tanya aku...ko pegawai kerajaan blahmana??...PR ker BN???..aku jawab ler...aku pernah berada merasai 2 zaman tersebut....tapi skang aku memasuki era baru....era zaman haram BN786....nie kumpulan gelap mana plak???...tanya dia kehairanan...hehehe...

Dengarlah lagu '786' nie..

Monday, February 23, 2009

Sumbangan Jihad Bkt Gantang...

Assalamualaikum..

Moga kalian semua dirahmati Allah...

Mohon sumbangan derma jihad p/raya Parlimen Bkt Gantang..

Bersama kita menyumbang utk hancur dan kuburkan politik culik, ugut & rasuah di Bkt Gantang..!!

Salurkan sumbangan sahabat2 ke akaun Bank Islam - 08013020257479 -

**Sila maklumkan semula bila & berapa jumlah sekiranya sumbangan anda telah disalurkan

Syukran..Jazakallahu Khairan Kathira...

Sila hubungi talian hp 0195706760 utk maklumat lanjut...

----------------------------------------------------------

Ayuh!!!...jangan berlengah lagi...hulurkan sumbangan anda walaupun nilainya hanya...RM1,RM5,RM10....berebutlah untuk menjadi sebahagian kepada tertegaknya kebenaran dan meruntuhkan kebatilan...

Kita kembali sejenak kepada seruan Allah SWT dalam surah as-Sof sebagai cth...ayat 11:
) تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (11)
Maksudnya: (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Allah SWT mendahului jihad dalam jalan Allah dengan harta...kemudian baru dengan jiwa dan nyawa....pasti ada hikmah dan rahsia disebalik perintah mendahului jihad dengan harta....

Usah perbincangkan itu...yang penting...jika anda tidak mampu menghulurkan tenaga..anda masih mampu menghulurkan harta yang bernilai RM1, RM5 atau RM10 dalam poket.....pakat2 kita hulurkan.....moga2 ada kebaikannya...amin...


Friday, February 20, 2009

Terkini!!!!...MB Haram BN786 Zambry Nak Guna Mimbar Masjid plak!!

SMS sensasi aku terima dari sahabat sekerja aku...SMS berbunyi:

"(Fwd SMS dr MB Haram Zamri kepada YB Najmudin dan YB Najmudin fwd kpda KPP .... dan KPP ..... fwd kpda PP ..... untuk tindakan)

SAYA CADANGKAN TEKS KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI SELURUH MASJID DI NEGERI PERAK, KALAU DAPAT DIMASUKKAN ISU DAN JAWAPAN MENGENAI PEMBENTUKAN KERAJAAN BN YG SAH DAN IKRAR TAAT SETIA TUANKU....PERKARA INI PENTING BAGI MAKLUMAT KPD SEMUA GOLONGAN... Tkash Dato..
"


SMS nie aku terima 7.32.58pm - 20/02/2009 tadi...aku baru jer bukak dan baca sekitar 8.40 malam tadi...skang baru pkul 8.52 malam....kita perlu semak kebenarannya...kalo benar??!!amacam??...

Kalo benar...apa kes plak nie???...nak guna mimbar masjid plak nie??...kalo btul dipihak yg benar...gi ler naik mimbar!!!...gi ler ceramah sluruh plusuk kampung dalam negeri Perak nie!!!...

Awat??!!...dah takut sangat ker dengan cara dan kaedah yang digunakan YAB MB Nizar jelajah sluruh kampung perjelaskan masalah sebenar yang berlaku??!!!..

Dah terdesak sangat ler tu...sampai sanggup nak guna mimbar masjid untuk membetulkan segala kesilapan??!!...kalo nak berhujah kata hang sbg kjaan yang sah...kemukakan ler dalam persidangan dewan...

Opppsss!!!...dah diharamkan masuk dewan 18 bulan ruper nyer...tak per ler....time khutbah ler nak kemukakan hujjah sbg kjaan yang sah...mentang2 semua makmun ari tu jadi pendengar...tak leh nak berbalas hujjah...atau makmun jadi 'pak angguk' paham jer ari tu...

Memang dasar pengecutttt!!!!!

Nak suh org buat teks khutbah pun nak selindung sebalik institusi istana.....apa2 hal skang nie....asyik2 istana...lawan BN786...lawan istana....lawan Zambry...lawan istana...takut bertarung ker!!...

Pas tu...diperalatkan ler pegawai agama untuk buat teks khutbah bagi bacaan khatib2 di mimbar nanti...kalo rasa dipihak yang benar...atau rasa diri paling cerdik pandai dengan PhD yang ada...buat ler hujjah sendiri utk dapatkan sijil halal dari rakyat...

Ini satu ke hei lagi...digunakan nyer org Jabatan Agama plak???!!!...nak suh pegawai2 agama jadi barua dan balaci BN786 plak!!!...kalo tak pun...guna jer ler institusi mufti tu...yg korang BN786 anggap umpama 'Wali Allah' tuuuu.....rujuk sini..

Poooooraaaahhh Zambry 786!!!!....

Khusus kepada pegawai agama!!!..sila rujuk peristiwa ini...klik 1 & klik2....antara point penting nyer...

"Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata titah itu adalah selaras dengan pendirian bahawa masjid dan surau di Perak haruslah bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian."

Tuesday, February 17, 2009

Sapa skodeng Eli??!!!

Hehehe...tak pasai2 aku nak ngomen bab nie...tapi ringkasnya...korang tentu ingat kes yang melibatkan Eli dan Nasha Aziz....jalan cerita dia hampir sama...dua2 nie diskodeng oleh penyamun tarbus....

Kalo Eli..haknya dicabuli melalui rakaman HP oleh teman lelakinya dirumah...cerita Nasha plak diintip oleh anak teruna tuan rumah melalui CCTV yang dipasangnya dirumah sewaan Nasha...

Dua2nya berlaku dalam rumah masing2....kalo kes Nasha nie udah selesai...Nasha mendapat kembali maruahnya yg tercalar...dengan disumbat mamat skodeng tu....dan Nasha semasa kesnya di mahkamah dan sehingga selesai kes...dia bleh menerima pelbagai tawaran berlakon...mudah cerita...dia tetap menjalani kehidupan yang normal sebagaimana org lain....

Begitu jugak ler sepatutnya bagi si Eli nie....bior ler dia idup seperti Nasha....org yg menyebar gambar tersebut sepatutnya dicari....bukannya situbuh yg diperdagangkan dipersalahkan...kalo pihak Malay Mail bagitau yg dia ada gambar Eli dirumah yang sedang bikin sesuatu....sepatutnya pihak berkuasa gi ler geledah pejabat Malay Mail tu..

Tak pasai2 ler si Mamat Tempe Selangor jadi hakim persalahkan si Eli tu...parti Mamat Tempe nie kalo ikut rekod nak serang peribadi org...mesti guna 'SEX'....dan terpaksa ler si Eli buat sidang akhbar lepas jawatan dan sebagainya....

Tapi...apa bleh buat...bagi depa...kalo artis buat mcm Eli tu...bg puak Mamat Tempe...itu perkara yang patut diberi pembelaan....kalo si Eli buat mcm artis plak....itu sudah peluang baik...ini sudah bleh bawak untung.....untung politik dangkal...politik yg habis menelanjangkan hak keperibadian individu terbabit dalam rumahnya....

Malah...kata2 cerdik pandai...menyatakan bahawa "rumah itu adalah aurat bg isi rumah terbabit"...jika ruang itu dicerobohi dan dijaja....maka ini sudah dikira kurang ajar!!!...jika mahu bertarung secara politik....seranglah dalam ruang lingkupnya sahaja...bukan dengan mengheret sekali ruang kamar aurat dan maruah individu terbabit....

Lawanlah secara jantan!!!! Ada paham kaaa??!!

Monday, February 16, 2009

Karpal: UMNO Lebih Muliakan Sultan Dari Allah...

Masa Karpal Sigh ugut nak keluar PR...aku kata bior ler org tua nie merapu....pas nie DAP dah tak der pemimpin cam dia dah...semua dah open minded....mcm2 og gelar dia...tapi yg paling aku sronok...org panggil dia Karpal Singki...huhuhu....

Pas pada tu Karpal gertak PAS...suh kuar PR...sbb pertahankan dasar nak mendaulatkan Hudud kepada org Islam...TGNA jempt dia datang Kelantan utk tgk dasar Islam di Kelantan dan nak jelaskan lagi Hukum Hudud....

Kemudian org tua nie melalak lagi...dia mintak DSAI letak jawatan sebagai pemimpin PR...sebab apa yg berlaku di Perak adalah gara2 cetusan dari DSAI....kemudian org tua nie mempamerkan kejantanannya lagi....dia nak nyaman Sultan Perak...dia kata.."Jangan main2 sama saya!!"...

Sebenor nyer...bagus gak si Karpal nie wujud lagi...sebabnya...kewujudannya mampu menyerlahkan lagi perjuangan org seugama dengan kita...yang kalo menurut agama kita...mereka itu adalah sedara kita...tapi sebenarnya...sedara ngan kita tu ruper2nya ada masalah aqidah lagi...

Sebab apa aku kata gitu??!!...sebagai renungan...bila si Karpal tentang atau nak saman Sultan...maka ramailah sedara seIslam melayu dari UMNO marah....tapi pabila Karpal tentang Hudud...tak der pun dari kalangan sedara seIslam melayu UMNO bising2..nak buat demo ker aper....kalo Karpal nak pertahankan undang2 ciptaan kapir Lord Reid...maka begitulah jugak sedara seIslam melayu kita dari UMNO tu...
Maka kesimpulannya yang dapat aku simpul belitkan ialah....si Karpal tu berjaya menyerlahkan perjuangan dan masalah utama aqidah sedara seIslam Melayu kita dari UMNO tu.....UMNO LEBIH MULIAKAN SULTAN DARI HUKUM AL-QURAN!!....

Sunday, February 15, 2009

Penasihat 25 Persen

Korang semua mungkin dah tgk senarai exco Kjaan Haram BN...siap dikosongkan 4 kerusi untuk melantik Tuan Penasihat 25 Persen....kalo nak tgk kjaan nie hancur...dan memang akan hancurrr....banyakkan ler lagi Tuan Penasihat 25 Persen...

Teringat aku akan kisah Tuan Sadiq ngan Tuan Penasihatnya Kasim Pantalon dalam filem Tiga Abdul...dengan gaya nasihat dan perancangannya mampu juga memperbodohkan Tuan Sadiq saudagar kaya lagi cerdik pandai tu....

Kalo ikutkan sejarah...Tuan Penasihat nie ler yg banyak menimbulkan huru-hara dan juga mampu memperdayakan serta merosakkan Pembesar2 dan Pemerintah yang sedia cerdik pandai serta dikagumi dan dihormati rakyat...

DYMM Sultan Firaun...rujuk sini...rosak kerana mempunyai penasihat seperti Hamman...sehingga buta mata hati utk menerima sinar Ilahi dari anak angkatnya Musa A.S...

Tun Mahathir pun sama...rosaknya beliau kerana penasihatnya Hamid Othman tidak berfungsi dengan baik...sehingga mampu ia mengeluarkan kenyataan yg boleh merosakkan aqidahnya sendiri...

Terlebih dahulu...ku pohon 'sembah derhaka' kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak...binasanya dan hinanya institusi istana skrng ini kerana Paduka Seri mempunyai penasihat2 yang tak guna....antara yg tak guna....tuan2 bleh rujuk dalam artikel aku yg sebelum nie...Senarai Perampas Kuasa Rakyat...kenali penama dan individu serta peranan mereka...klik sini...

Dan yg terakhir...dan Insya Allah...moga2 dimakbulkan Allah...Kjaan Haram BN Perak merupakan kjaan haram yang ke2 di atas muka bumi kini...yang dipimpin oleh MB Haram BN786 Zambry Kadir...juga akan hancur dengan adanya penasihat 25 persen nie...sebagaimana Tuan Sadiq dan penasihatnya Tuan Kasim Pantalon....akan dijual....hahahaha....

Begitulah kisahnya...kesimpulan dan pengajaran yg bleh diperolehi...'rosaknya Firaun kerana Hamman...rosak Mahathir kerana Hamid Othman...rosak Azlan kerana Anuar Zaini & the geng....jahanamnya MB haram BN786 Zamry Kadir ini kerana andanya barisan penasihatnya lagi 'tom haram zadaeyhee'...

Monday, February 9, 2009

Mengenang Sejarah - Dah Ada MB Perak Yg Jd 'PENDERHAKA'!!..

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.


Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.
Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE
Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd.
Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.


HARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.

UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.


MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.


MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.


PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.


MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.


BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. [wm.kl 11:45 am 09/02/09]


Sumber :KedahLaNie


Bahan cetakan untuk edaran....sila klik sini....

-----------------------------------------------------------------------

##Elok ler tuuuu.....'bapak borek, anak pun rintik'.....kaki perasuahhh!!!....tapi yg nie lagi dahsyatttt.....siap jadi menipu lagiiii....tipu istana....yang istana punn....terkena....tarak teloqqq nak melawan....(rujuk artikel niee..)...

Tapi YAB MB Perak DS Ir Nizar....melakukan berdasarkan dalil as-Sunnah...ada hujjahnya...ini dikemukakan oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang malam semalam di Residensi Rakyat Mb Perak...puluhan ribu yang hadir....

Hujah ini berkebetulan ada di web www.saifulislam.com....tuan2 bleh rujuk sini...aku pastekan hujah tersebut...ia merupakan wasiat Nabi SAW kepada Saidina Uthman R.A...sahabat Nabi SAW yg juga merupakan bapa mertua Baginda SAW...

SUNNAH KEPIMPINAN

Kepada YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, saya selaku rakyat Perak yang menyokong kepimpinan Datuk Seri, memanjangkan pesan Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Uthman bin ‘Affan radhiyallaahu ‘anhu berkaitan Sunnah dalam sebuah kepimpinan:

hadithuthman

“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]

Agar tidak tersemai sunnah yang buruk dalam sebuah kepimpinan, pada membelakangkan peraturan dan akhlak dalam menaik dan menurunkan pemimpin, saya menyokong pendirian semasa YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Sesungguhnya pakaian yang dipakaikan Allah dengan tata tertib, hanya boleh ditanggalkan dengan tata tertib yang sama, andai kita kaum yang mengimani-Nya.



Saturday, February 7, 2009

Senarai Perampas Kuasa Rakyat!!...

Satu lagi SMS sensasi yang aku terima...kali ini ia mengemukakan senarai rasmi perampas kuasa rakyat....

"Baca Yasin ramai2 iringi solat 5 waktu mohon hukuman ALLAH ke atas:
1) Najib Razak
2) Anuar Zaini
3) Rahman Hashim - SS
4) Kamal - LA
5) Zahid Hamidi
6) Zamry Kadir
7) Tajol Rosli
n
8) Harussani Zakaria

Adu & serahkan mereka kepada hukuman ALLAH YG MAHA KUASA & MAHA HEBAT AZAB SEKSANYA..,SULTAN PAYUNG RAYAT bkn PAYUNG ZIONIS UMNO...AMPUN TUANKU MOHON PAYUNGI RAKYAT TUANKU...sebarkan kepada semua.."

Bagi aku ler....korang bleh terima atau tolak SMS itu....tapi apa yg penting skang!!!...korang kena buat stadi dan kajian skit terhadap individu bergambar di atas...kerana mungkin peranan2 mereka sehingga tercetus kekalutan atau krisis Perlembagaan Negeri Perak kini....

Oleh itu...skali lagi...aku kembali pada kalian...buat ler stadi terhadap individu terbabit...k!!!...

Kedah Pula Diserang!!...


SMS yang aku terima..."Maklumat terkini dari Pegawai Khas MB Kedah..MB dah maklumkan kepada Sultan ada ura2 BN akan beli 1 atau 2 org PKR. Sultan kata kalau jadi cepat2 jumpa dia (Sultan) untuk bubar DUN..HIDUP SULTAN RAKYAT..bkn Sultan UMNO..".....

UMNO/BN semakin meracauuuu!!!...Mereka seumpama tentera ganas Zionis...mahu menubuhkan k'jaan Haram...sebagaimana tertubuhnya Kjaan Haram Israel di bumi Palestin...

Kenal Mamak Pasembur nie??!!!..

Hahaha.....anda kenal mamak pasembur kat bawah nie???....aku kutip gambor nie kat blog nie....kalo anda semua nak konai mamak nie....bleh baca kisah dia kat blog tadi gak....



Anda dah konai mamak tu???....dah baca kisah mamak tu???...itulah manusia yang banyak memberi masalah kepada Kjaan PR Perak....tapi pimpinan kjaan masih boleh bersabar dengan sikapnya...dan harap beliau mampu menunjukkan sikap profesionalisme dalam perjawatannya....

Inilah hemburan kata2 nista dan keji yang keluar dari mamak pasembur nie....

1) Apabila Dato Seri Nizar menaliponnya tengahri semalam (5hb Feb / Khamis), dia kata, "Sorry Dato' I don't take orders from you now onwards!"

2) Kat tv mamak nilah yang kata ,"Serahkan kunci bilik pejabat, serahkan kunci kereta baru... bla-bla bla-bla Hoi b!

3) Dengan suara yang kuat, "Keluar" beberapa kali Ir. Nizar di perlakukan dengan cara yang tidak sopan sekali. ...sila klik sini utk tahu gambaran yg jelas lagi...

Itulah hemburan mamak pasembur nie...ini diakui sendiri oleh MB Nizar....

Kini....Kjaan Haram BN Perak dikuasai oleh mamak pasembur cawangan satu lagi...cawangan Pangkor kot...hahaha....nak tgk gambar dia???....ada kat bawah nie....bleh ler korang nak order pasembur skangggg.....
Tapi...korang kena ingat!!!!!!!oleh kerana dia jadi MB HARAM Perak....maka pasembor tu pun harammmmmm........hahahaha....

Friday, February 6, 2009

Pejuang Melayu Haram Perak!!!

Beliau baru berjaya mengumpul koleksi anugerah dan pingat peribadiiii....anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1430H Prgkt Kebangsaan dan pingat Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.) sempena Jubi Perak Pemerintahan Sultan Perak.....

Menurut cakap2 yang aku perolehi semasa di Kediaman MB....beliau adalah antara individu yg berperanan utk menyokong perampasan pemerintahan Kjaan Haram BN dari Kjaan PR Perak....

Beliau turut berperanan kononnya untuk menyelamatkan Kjaan BN Perak pada gelombang Tsunami Politik Negara pada awal Mac 2008 yang lalu.....

Keterlibatannya....kononnya untuk menyelamatkan Melayuuuuu......Ketuanan Melayuuu.....maka kini...beliau sendiri telah menobatkan diri sebagaii.....Pejuang Melayu Haram Perak!!!!!!!....

SMS aku terima pagi tadi...kenyataan awal beliau mengulas isu semasa di Perak "Mufti mengampu raja di radio Ipoh...wajib taat, haram bantah'....

Tertubuhya K'jaan Haram BN Perak

Sejak DYMM Paduka Seri Sultan Perak tidak memperkenan pembubaran DUN...yakni statement yang keluar pukul 2.15 petang semalam...bumi Perak ditimpa hujan sejurus selepas itu....

Aku tersungkur menyaksikan siaran langsung 'Situasi Politik Perak' di siaran TV1...lemah longlai utk memacu langkah...tapi aku ada sejarah ketika Tganu tumbang pada PRU11...

Aku gagahi petang itu ke Kediaman MB...utk mendapat suntikan tasji' dari pemimpin... alhamdulillah...segala maklumat dapat ku perolehi....aku terserempak kawan2 anak Perak dari luar Perak turut datang utk mempertahanan k'jaan PR Perak....

Aku sampai ke rumah pukul 3 pagi....mataku melelapkan mata pukul 4.30 pagi....

Hari ini....seharian aku di pejabat....segala aktiviti luar yakni mesyuarat dan kelas pengajian aku batalkan diri utk hadir.....semuanya kerana aku mahu mendapatkan isu terkini megenai kjaan PR Perak....

Sehinggalah........................tertubuhnya Kjaan Haram BN Perak......korang umpama Kjaan Haram Israel!!!!......pergi laknat BN!!!!!!....

DAULAT TUANKU!!!

Align CenterDAULAT TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU

SEMBAH TAHNIAH DAN MENJUNJUNG KASIH
SEMPENA
SAMBUTAN JUBLI PERAK
PEMERNTAHAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK


SULTAN ADIL
SULTAN DISEMBAH,

SULTAN ZALIM
SULTAN DISANGGAH.


Demontrasi Bantah Upacara Angkat Sumpah MB Haram Perak



Gambar Sekitar Malam Perhimpunan Pertahankan K'jaan PR Perak...

PERTAHANKAN KERAJAAN PR PERAK
SEHINGGA
KETITISAN DARAH TERAKHIR!!!!!.......


Suasana dalam & luar Kediaman Rasmi MB Perak











Thursday, February 5, 2009

PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT

PERHIMPUNAN
100 RIBU RAKYAT
MENYOKONG
KEPIMPINAN MB PERAK
DATO SERI MOHAMMAD NIZAR
TEMPAT:
KEDIAMAN RASMI MB PERAK, IPOH
TARIKH:
5 FEBRUARI 2009
WAKTU:
7 MLM HINGGA 11 MALM
MULA SOLAT MAGHRIB,
BACA YASIN, SOLAT ISYAK,
SOLAT HAJAT & CERAMAH
TURUT HADIR :
DS ANWAR IBRAHIM
SEMUA MENTERI BESAR & KETUA MENTERI
PAKATAN RAKYAT
SEMUA
PENDOKONG PAKATAN RAKYAT DAN PENCINTA KEBENARAN
DIJEMPUT HADIR

Wednesday, February 4, 2009

Lahabau kau Najisss.....bbbbb!!!!!!!


Kau bikin aku marahhhhhhhhhh!!!!!!!!......kau buat siutttt kat pemimpin akuuuuu!!!!!!.....aku ingat ko buat khianat kat jiwa akuuuuu....ko sakitkan hati akuuuu....ko ilangkan moooddddd kerja akuuuu.....aku tak redhoo hang buat benda nieeee!!!!.....ko rampas hak dan kuasa pilihan akuuuuu!!!!....

Aku tak kira......aku ingat segala taik ko buat kat akuuuuuu benda nie skangggg!!!!!!!.....aku tak kira hang nak jd PM ker pas nieee.....yang penting hang dah tanamkan dalam diri aku kebencian terhadap diri hangggggg!!!!!!....

Ko pandu jentera PRU ke12...BN tombang 5 negeri....ko pandu PRK Permatang Pauh....ko kalahhh....dan ko pandu PRK K.Tgan, ko kalah gakkkkk....jadi skang ko nak jadi hero rampas negeri Perak aku nie smula tanpa p/rayaaaa!!!!!......ko memang bacolllllll!!!......ko nie memang manusia jenis Shimon Peressss!!!!!....

Ko nie memang tak berakaiii!!!...atau ko akan leb ih berakai kalo sepasang kasut melekat kat kepala koooo??!!!!!....atauuu...nanti Erdogan baling failll kat muker koooo??!!!!..Ko tubuh 'K'JAAN HARAM' di Perak!!!!...Ko umpama Yahudi..wahai Najissssssssbbbbb....!!!!!!!

Tak kira!!!!!....pas nie gambar hang sebagai PM dalam bilik opis aku.....atau opis akuuuu.....akan aku haramkan gambar lahabau najisssss...bbbb nie!!!!!.....

Sekarangggggggg!!!!!!....doa qunut nazilah ini.....aku niatkan dan aminkan kepada jahanamnya Najisssbbb dan kuncu2 BN nyerrrr........Allahumma a'laika bi Umno wa BN wa Najib Razak.....Allahumma a'laika bi Umno wa BN wa Najib Razak.......Allahumma a'laika bi Umno wa BN wa Najib Razak....amin....