Hari ni (12 Rabiulawal) telah dimahsyurkan sebagai tarikh kelahiran Junjungan Besar Muhammad SAW...walaupun dari segi kajian ilmiah dan sains...masih ada pertikaian pada tarikh tersbt...bior ler...bukan itu topik perbincangan entry aku hari nie...
Topik yg nak diperbincangkan ialah...Apa itu nabi??...& apa itu rasul??...sekadar nak imbas pengajian kita lama2 dulu...dan aku nak bawak satu cerita semasa pengajian aku dalam kuliah Dr.Bahjat Alhasyasyanah...topik perbincangan adalah pada tugasan para nabi dan rasul...
Antara tugasan para nabi dan rasul adalah...'Tabligh' = 'Menyampaikan'...sebab apa tugasan para nabi dan rasul ini perlu 'menyampaikan'??...sebab mereka dikurniakan wahyu dari Allah SWT...
Tapi takrifan yg kita belajar dan mahsyur di kalangan kita...malah kalo kita tanya anak2 kita yg mengaji kelas KAFA...ustaz2 kita yg mengajar pun...akan memberi takrifan bahawa...'Nabi adalah seorang lelaki yg menerima wahyu adalah untuk dirinya sendiri'....manakala 'Rasul pula ia adalah seorang lelaki yg menerima wahyu untuk diri dan disampaikan kepada ummatnya'....
Itu takrifan yg mahsyur...tapi kemana perginya menghilang tugasan 'menyampaikan' pada diri seorang nabi??...jika takrifan di atas diguna pakai??...apakah perbezaan antara nabi dan rasul itu pada sudut 'menyampaikan'???kenapa seorang nabi ada sifat menyembunyikan wahyu/kebenaran yg datang dari Allah utk diberikan kepada ummatnya??
Sedangkan kita yg bukan nabi dan juga bukan rasul telah diperintahkan oleh Allah dan rasul junjungan Muhammad SAW untuk mempunyai ciri2 sebagai nabi dan rasul iaitu 'menyampaikan'..."Sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat"...al-hadis
Apakah taraf nabi lebih rendah dari kita??...sudah pasti takrifan yg kita pelajari sebelum ini ada cacat cela atau kesilapan atau terlepas pandang yg telah diberikan oleh para alim ulamak kita sebelum ini...biasalah sifat insaniah tersebut...ia perlu kepada pembaharuan...
Untuk memberi kesegaran dan nafas baru kepada pemahaman kita seterusnya menimbulkan bibit cinta dan sayang kepada nabi2 dan rasul2 yang diutuskan Allah...kita sudah jumpa jawapan yg sebaiknya atau yg terlebih aula takrifan 'Apa itu nabi dan rasul?' untuk pegangan kita...iaitu dari kitab 'Al-Rusul Wa Al-Risaalaat' karangan Dr Umar Sulaiman Al-Asyqar...
Rasul ialah orang yang diwahyukan kepadanya dengan membawa syarak yang baru. Nabi pula orang yang diwahyukan kepadanya untuk mendokong syarak yang dibawa oleh rasul sebelumnya.
Takrifan lama tadi...ada dalil hadis yang mendhaifkan pendapat itu, iaitu:
"Dibentangkan kepadaku umat-umat. Lalu aku melihat nabi yang bersama-samanya sekumpulan (pengikut). Ada nabi bersamanya seorang lelaki dan dua orang lelaki. Ada nabi yang tidak ada seorang pun bersamanya". Direkod oleh Bukhari (no: 5420) dan Muslim (no: 220).
Ini menunjukkan nabi juga diperintahkan supaya menyampaikan, dan nasib mereka berbeza dari sudut ramai dan sedikitnya pengikut.
Moga2...dengan takrifan ini...tugasan kita seterusnya adalah perlu sebar luaskan kepada masyarakat untuk memberi kefahaman dan mengenali batang tubuh serta perjuangan para anbiya' dan rusuul alaihumus solatu wassalam.
Amin...
Saturday, February 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salamun Alaikum,
Untuk kita agar tidak terus tersesat dalam mencari hakikat sebenar siapa itu Nabi dan siapa itu Rasul, tiada temopat lain yang lebih mulia dan benar lagi jelas kecuali AlQur'an. Tentu sahaja apa yang di hidangkan di dlaam AlQur'an akan berbeza dari apa yang di hidangkan oleh tulisan dari tangan-tangan manusia, tetapi yang manakah satu yang patut kina PERCAYAI(Imani) sepenuhnya tanpa syak dan curiga? Jawablah dengan Aql dan Qalb.
Nabi dan Rasul
Nabi dan Rasul adalah orang-orang yang dipilih oleh Tuhan untuk menyampaikan ajaran-Nya yang terkandung di dalam Kitab kepada manusia.
Nabi adalah juga Rasul kerana dia menyampaikan. Perkataan Rasul bermakna pembawa atau penyampai. Akan tetapi, bukan semua Rasul diangkat menjadi Nabi.
Justeru itu, Nabi adalah lebih tinggi kedudukannya daripada Rasul. Nabi diberi Kitab dan telah membuat perjanjian dengan Allah, seperti yang diceritakan di dalam al-Qur'an berbunyi:
"Dan apabila Allah mengambil perjanjian Nabi-Nabi, 'Bahawa Aku memberikan kamu Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan mempercayainya, dan kamu akan menolongnya. Adakah kamu setuju?'" (3:81).
Perjanjian antara Nabi dan Allah di sini adalah untuk menolong Rasul yang datang kepada mereka, dan percaya kepada mereka, untuk menyampaikan Kitab Allah kepada manusia.
Nabi dan Rasul adalah ramai, diutus dari semasa ke semasa sejak zaman purba lagi. Antara yang disebut oleh Allah adalah nama-nama yang disemadikan di dalam ayat-ayat berikut:
"Dan Kami memberikan dia (Ibrahim) Ishak, dan Yaakub - masing-masing Kami memberi petunjuk. Dan Nuh, Kami memberi petunjuk sebelum itu, dan daripada keturunannya, Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun - begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik. Dan Zakaria, dan Yahya, dan Isa, dan Elias; masing-masing termasuk orang-orang salih. Dan Ismail, dan Alyasa, dan Yunus, dan Lut; masing-masing Kami melebihkan di atas semua alam." (6:84-86)
Dan Muhammad adalah juga Nabi dan Rasul disebut di dalam ayat lain, iaitu 33:40.
Semua Nabi adalah handalan belaka. Manusia tidak dibenarkan membuatkan perbezaan antara mereka, misalnya, berkata bahawa Nabi Isa itu adalah lebih handal daripada Nabi Muhammad, atau berkata, Nabi Muhammad adalah Nabi yang paling mulia antara semua Nabi Allah.
Larangan itu datang dari Tuhan, dengan ayat-Nya yang berbunyi,
"Katakanlah, 'Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim,'" (2:136).
Ayat 3:84 turut melarang amalan membeza-bezakan Nabi. Selanjutnya, manusia juga dilarang membuat perbezaan antara para Rasul Allah, seperti yang dijelaskan dalam ayat Tuhan, 2:285. Orang-orang yang tidak membuat perbezaan antara rasul-rasul-Nya akan diberi upah atau pahala oleh Tuhan (4:152).
bersambung.....
tkash atas hujahan dan dalil...saya menanti sambungannya...
Post a Comment