Thursday, February 4, 2010

Graduan Jordan bermasalah??...

Graduan dari Jordan sering mendapat perhatian dari kalangan cendiakawan tempatan...tak kiralah siapa dia tu...mufti ka...tok kadi ka...ulamak pondok ka...atau sapa2 lah....perhatian yang diberikan lebih kepada negatif...

Golongan graduan nie sering menimbulkan masalah kepada masyarakat...sering menimbulkan perbalahan di kalangan umat Melayu dan Islam di M'sia terutamanya....sering hendakkan populariti hasil dari lontaran ideal dan pandangan...tidak faham waqi' semasa dan realiti ummat Melayu....dan pelbagai lagi...semuanya kerana sorang...iaitu Dr MAZA....maksud aku bekas mufti Perlis...maka dipalitkan kepada semua graduan Jordan turut bermasalah...

Malah dalam sembang2 dengan shbt sebilik di Jordan...beliau telah mencopkan dirinya dan diri ku adalah 'Wahhabi'....satu perkataan yg cukup fobia di M'sia...malah ada seorang sahabat aku dalam usaha dia utk cuba bergaul dalam kelompok 'ustaz2'...bila tau dia belajar di Jordan...turut dikategorikan sebagai 'bahaya'...

Itu mungkin segelintir persepsi orang...malah orang2 itu juga turut tergolong dikalangan cendiakawan Islam...maksud aku...mereka ada asas dan faham akan tentang agama mereka...

Disalahkan juga kepada graduan Jordan kerana menyampaikan ilmu dan pandangan tidak mengikut apa yg telah menjadi kesepakatan ummat Melayu Islam M'sia yg berpegang teguh kepada mazhab Syafie yg beraqidahkan Ahli Sunnah wal Jamaah...benarkah berpegang teguh??..korang buat ler analisa...

Bila ada sedikit perbezaan....maka cop Wahhabi akan tempek di dahi mereka....aku tidak mahu bahas isu Wahhabi....tapi apakah perbezaan dan pertentangan dalam sesuatu hukum atau amalan ia bersalahan???...

Kenapa perbezaan dan pertentangan itu tidak di'harmoni'kan??...maksud aku..'hidupnya ilmu itu dengan bermuzakarah'....bila ada muzakarah...kesepakatan dan perbezaan itu juga adalah satu ilmu...kenapa perlu digelar dan diburuk sangka???...

Malah jika nak buruk sangka...aku pinjam kata2 shbt sebilik..'bdk2 al-Azhar yg dok bising2 kat kita(pelajar Jordan) bukannya pergi mengaji/kuliah...depa mengaji sama2 syeikh2 melayu yg dok sana'...adakah perkara ini dihebohkan di dada akhbar dan media perdana/internet serta pelbagai medan ceramah???...

Sebenarnya apa yg diutarakan dan disampaikan oleh Dr MAZA rasanya bukanlah satu benda yg baru dan asing di lubang telinga graduan Jordan...aku diajar dengan banyak pandangan imam mazhab...bukan setakat 4 mazhab saja tapi di ajar kepada aku utk sedia menerima kepelbagaian ini dan bersedia utk menerima mana yg asah dan yg mana paling arjah...

Tidak diajar kepada aku utk mengatakan pandangan imam mazhab ini salah....dan tidak diajar kepada aku utk mencerca imam ini...kerana mereka semua ada hujah dan ada dalil masing2...tidak timbullah aku ini mencerca ulamak dahulu..imam Ghazali dipersalahkanlah...dan mcm2 lagi...

Aku bleh rai metod pembelajaran sahabat2 di negara2 lain...kenapa kalian tidak bleh rai metod pembelajaran aku di Jordan??...itu soal dikalangan graduan...tapi bagaimana dengan masyarakat??..

Bila berdepan masyarakat...adakala atau dalam erti kata lain sudah pasti metod pembelajaran yg dipelajari amat berbeza utk ditampilkan kepada masyarakat...bila ada perbezaan...maka disitu ada konflik...sebab masyarakat Melayu pelbagai darjatnya dalam kualiti pemahaman Islam dan amalan yg dibuat...

Oleh kerana hendak meraikan semua ini...adakala yang hak itu disembunyikan...jika disuarakan maka akan timbullah lagi pelbagai polemik...inilah yg merugikan ummat sebenarnya...tapi jika ditampilkan juga...maka golongan cendiakawan menghentam pulak....punahhh segalanya!!!

Tulisan ini bukannya mewakili semua graduan Jordan...sebab itu diguna perkataan 'aku'...kalo mereka sama sefikrah ngan aku...itu tanda dia sepakat dengan kenyataan ku...sekian

WA

No comments: