Showing posts with label Bicara Agama. Show all posts
Showing posts with label Bicara Agama. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

‎'Hari Guru'...hanya utk cikgu-cikgi jer ker???




Pandangan dari aku yang paling daif...bkn ingin menafikan sumbangan guru2 yang telah membentuk aku...cumanya ingin berkongsi rasa dengan semua kita yakni para penyambut 'Hari Guru' nie...

انما بعثت معلما 
Aku ingin berkongsi satu pesanan dari MahaGuru kita...Muhammad SAW...baginda telah menggelarkan diri baginda sebagai seorang guru.."SESUNGGUHNYA TIDAKLAH DIUTUSKAN AKU HANYA UNTUK MENJADI GURU"... 
Kenapa Nabi SAW menggelarkan diri baginda sebagai seorang guru? Satu persoalan yang perlu kepada jawapan...iaitu kerana Nabi SAW adalah guru dengan memberi panduan dalam segala aspek atau aktiviti kehidupan... 
Aspek ibadahnya...baginda SAW adalah guru...aspek sosialnya...baginda SAW adalah guru...aspek muamalat...baginda SAW adalah guru...aspek pentadbiran...baginda adalah guru....aspek rumahtangga...baginda adalah guru...aspek ekonomi...baginda adalah guru... 
Mudah cerita...baginda SAW adalah MahaGuru... 
Pengajaran yang boleh aku ambil dari kata-kata baginda SAW tersebut ialah... siapa pun jua kita sebenarnya...hakikatnya kita adalah guru...dalam erti kata lain...kita adalah guru dengan gelaran seorang pegawai...kita adalah guru dengan gelaran seorang ibu atau ayah...kita adalah guru dengan gelaran tok ketua kpg...kita adalah guru dengan gelaran sbg ketua negara... 
Oleh itu...kita jalankan peranan dan fungsi sbg seorg guru dengan pelbagai gelaran jawatan yang kita sandang...Allah tidak mengikat kita utk menjadi seorang guru hanya jika kita berada di sekolah...kita boleh berfungsi sbg seorang guru jika kita seorang peladang, pekebun, pegawai keselamatan, dan mcm2 lagi... 
Ini antara hikmah Allah mudahkan kita berfungsi sbg seorang guru mengikut kemampuan dan keupayaan kita...apa yang penting...sbg seorg guru...dasar pengajarannya adalah perlu berpandu kepada Al-Quran & As-Sunnah...kerana MahaGuru kita menjadikan ia sebagai dasar utama pengajarannya... 
Akhir kalam..."Selamat Hari Guru" buat khalifah Allah...
_____________
p/s:..lama betul tak mencoret...terpanggil dan tercabar dengan komen sedara Che Net...tkasih Che Net...

Tuesday, February 1, 2011

Saturday, February 27, 2010

Siapa itu nabi?..Siapa itu rasul?..

Hari ni (12 Rabiulawal) telah dimahsyurkan sebagai tarikh kelahiran Junjungan Besar Muhammad SAW...walaupun dari segi kajian ilmiah dan sains...masih ada pertikaian pada tarikh tersbt...bior ler...bukan itu topik perbincangan entry aku hari nie...

Topik yg nak diperbincangkan ialah...Apa itu nabi??...& apa itu rasul??...sekadar nak imbas pengajian kita lama2 dulu...dan aku nak bawak satu cerita semasa pengajian aku dalam kuliah Dr.Bahjat Alhasyasyanah...topik perbincangan adalah pada tugasan para nabi dan rasul...

Antara tugasan para nabi dan rasul adalah...'Tabligh' = 'Menyampaikan'...sebab apa tugasan para nabi dan rasul ini perlu 'menyampaikan'??...sebab mereka dikurniakan wahyu dari Allah SWT...

Tapi takrifan yg kita belajar dan mahsyur di kalangan kita...malah kalo kita tanya anak2 kita yg mengaji kelas KAFA...ustaz2 kita yg mengajar pun...akan memberi takrifan bahawa...'Nabi adalah seorang lelaki yg menerima wahyu adalah untuk dirinya sendiri'....manakala 'Rasul pula ia adalah seorang lelaki yg menerima wahyu untuk diri dan disampaikan kepada ummatnya'....

Itu takrifan yg mahsyur...tapi kemana perginya menghilang tugasan 'menyampaikan' pada diri seorang nabi??...jika takrifan di atas diguna pakai??...apakah perbezaan antara nabi dan rasul itu pada sudut 'menyampaikan'???kenapa seorang nabi ada sifat menyembunyikan wahyu/kebenaran yg datang dari Allah utk diberikan kepada ummatnya??

Sedangkan kita yg bukan nabi dan juga bukan rasul telah diperintahkan oleh Allah dan rasul junjungan Muhammad SAW untuk mempunyai ciri2 sebagai nabi dan rasul iaitu 'menyampaikan'..."Sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat"...al-hadis

Apakah taraf nabi lebih rendah dari kita??...sudah pasti takrifan yg kita pelajari sebelum ini ada cacat cela atau kesilapan atau terlepas pandang yg telah diberikan oleh para alim ulamak kita sebelum ini...biasalah sifat insaniah tersebut...ia perlu kepada pembaharuan...

Untuk memberi kesegaran dan nafas baru kepada pemahaman kita seterusnya menimbulkan bibit cinta dan sayang kepada nabi2 dan rasul2 yang diutuskan Allah...kita sudah jumpa jawapan yg sebaiknya atau yg terlebih aula takrifan 'Apa itu nabi dan rasul?' untuk pegangan kita...iaitu dari kitab 'Al-Rusul Wa Al-Risaalaat' karangan Dr Umar Sulaiman Al-Asyqar...

Rasul ialah orang yang diwahyukan kepadanya dengan membawa syarak yang baru. Nabi pula orang yang diwahyukan kepadanya untuk mendokong syarak yang dibawa oleh rasul sebelumnya.

Takrifan lama tadi...ada dalil hadis yang mendhaifkan pendapat itu, iaitu:

"Dibentangkan kepadaku umat-umat. Lalu aku melihat nabi yang bersama-samanya sekumpulan (pengikut). Ada nabi bersamanya seorang lelaki dan dua orang lelaki. Ada nabi yang tidak ada seorang pun bersamanya". Direkod oleh Bukhari (no: 5420) dan Muslim (no: 220).

Ini menunjukkan nabi juga diperintahkan supaya menyampaikan, dan nasib mereka berbeza dari sudut ramai dan sedikitnya pengikut.

Moga2...dengan takrifan ini...tugasan kita seterusnya adalah perlu sebar luaskan kepada masyarakat untuk memberi kefahaman dan mengenali batang tubuh serta perjuangan para anbiya' dan rusuul alaihumus solatu wassalam.

Amin...

Monday, February 15, 2010

Dengor Presiden korang cakap nie...!!!

Wahabi sesat? Asya'irah bukan ASWJ? Itu hanya salah faham dari mereka yang tidak belajar sejarah tentasng aliran-aliran dalm aqidah. Semuanya adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Petikan Dialog Presiden PAS dan NGO Islam tentang isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.
- sumber al-ahkam.net


"Kita mengaji aqidah...tak ngaji sejarah aqidah..ini jadi masalah.."
- Tu ler pasai...lain kali ngaji bab 'Mazahib wal Firaq'..bior kita faham...tak payah nak menyesatkan orang lain...kalo nak ngaji sejarah aqidah secara maya gi lawat blog
'Kuliah Mazhab Akidah Dunia Islam'

Thursday, November 26, 2009

Talbiah Haji

Wednesday, August 26, 2009

Tok Mufti TOLOOOONNGGGGGG!!!!!!!!!

Tun, tan, tin, tok, nek seri muftiiii!!!!!tolong lerrrr....aku dah ngantuk nie....tapi aku terasa amat panasss...setelah ziarah blog sahabat gua nieeee!!!...yang bersumberkan dari Harian Metro:24hb Ogos 2009...aku pastekan skali lagi di sini...

SHAHRIZAT NASIHAT MOHON SEMAKAN

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menasihatkan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang dijatuhi hukuman sebat kerana kesalahan meminum arak, supaya memohon semakan atau mengemukakan rayuan berhubung perkara itu.

“Saya nasihatkan Kartika memohon semakan (revision) ataupun merayu (appeal) hukuman ini bukan sahaja untuk kepentingan beliau dan keadilan dilaksanakan, tetapi keputusan ini akan mewujudkan satu precedent (tindakan perintis) yang tidak sihat dan memberi gambaran negara Malaysia mengamalkan sistem syariah yang amat menggerunkan untuk kaum wanita,” katanya.

Tan, tin, tun, tok, nek seri muftiiii!!!!!....dia sembah tuhan aku....tapi...dia hina agama akuuu...dia ragu dengan tuhan aku...dia ragu dengan kemuliaan dan keagungan tuhan akuu....dia telah menafikan kesucian tuhanku...

Manusia ini patut diajar tan,tin,tun, tok, nek seri muftiii!!!!...jangan buat dono dan berlengah lagiiii....berikanlah satu fatwa karut kalian!!!!...Memang patut pun TGNA kata dasar Islam UMNO ni dasar Islam Plastik....dasar yang patut dihumbankan ke 'neraka'....tapi...aku tak sanggup mereka dihumbankan...tolong selamatkan mereka!!!!....

Ada telinga ..tuli!!!..pekak!!!...ada mata...buta!!..tgk mungkar dan maksiat plak!!...diberi lidah...bisu!!..karut!!!.....dikurniakan aqal...tapi bengap plak!!!..ada hati..tapi...benak!!!..keras macam batu!!!...memang patut hukuman dipenggal jer kepala tu...kerana semua nikmat kurniaan Allah di kepala tersebut tu tak berfungsi....dengar penjelasan dibawah nie!!..:

Monday, August 10, 2009

Jom Ulangkaji Tentang Ramadhan

Oleh : Mohd Yaakub

Assalaamu'alaikum

Kehadiran bulan Ramadhan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba- NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini.

Memandangkan Ramadhan semakin hampir dengan kita, ada baiknya juga kita bersama-sama mengulangkaji perkara-perkara yang disunnahkan sempena bulan Ramadhan ini.

Berikut beberapa artikel yang perna saya disiarkan dalam blog Minda Akob ini untuk dikongsikan bersama dengan para pengunjung semua.

1) Keistimewaan Bulan Ramadhan
http://akob73.blogspot.com/2008/08/keistimewaan-bulan-ramadahan.html

2) Amalan-Amalan Sunnah Pada Bulan Ramadhan
http://akob73. blogspot. com/2008/ 08/amalan- amalan-sunnah- pada-bulan- ramadan.html

3) Bersahur Cara Rasulullah
http://akob73.blogspot.com/2008/08/bersahur-cara-rasulullah.html

4) Berbuka Puasa Cara Rasulullah
http://akob73.blogspot.com/2008/08/berbuka-puasa-mengikut-sunnah.html

5) Keutamaan Ibadah Puasa
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/keutamaan-ibadah-puasa.html

6) Solat Tarawih Menurut Cara Rasulullah
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/mengerjakan-solat-tarawih-menurut.html

7) Kemuliaan Malam Lailatul Qadar
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/kemuliaan-malam-lailatulqadar.html

8) Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/tanda-tanda-lailatulqadar.html

9) Lailatul Qadar
http://akob73. blogspot. com/2008/ 09/lailatulqadar .html

Semoga ada manfaatnya dan sila sebarkan.

Sekian, wassalaam..

Diambil dari : Cina Islam

Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad: Khunsa atau Mukhannath??

Matinya seorang patriot...begitulah ratapan anak dan peminat seni kepada pemergian arwah...pada saat ketika ingin mencurahkan keringat merealisasikan slogan 1Malaysia bawaan PM M'sia yang baru...

Pada ketika ini, segala media mendahulukan segala indeks pencapaian arwah untuk tatapan umum membuat penilaian bahawa betapa kita kerugian yang amat sangat dengan pemergian arwah...memang tidak dinafikan...segala hasil kerja arwah mendapat pengiktirafan...

Bukan itu hajat ulasan atas hasil karya arwah....kerana sebelum pada ini...ia belum pasti...tapi dengan pendedahan akhbar Kosmo!...ia menjadi kepastian dan realiti..pendedahan ini membuka kepada perbicaraan umum yang meluas...rujuk artikel di bawah:
**Mati sebagai wanita - pengiktirafan Kosmo!**

**Kisah silam Allahyarham Zulkifli**

Sempat jugak ler aku berkunjung ke blog2 yang membicarakan hal ini pada ketika mereka belum mendapat kepastian...bicarakalbuku, amylabardan & beautifulnara...dan jugak membaca luahan peminat arwah....bg aku pandangan yg paling best..."ada yang tak kisah hal nie"..."asalkan dia bahagia dengan pilihannya"..."Allah redho/beri izin akan keputusan yang dia buat kerana pertukaran yang berhasil"...dan mcm2 lagi ler....

Aku mula mendapat tahu hal ini pada ketika rancangan bual-bicara yang dihoskan oleh saudara Rosyam Nor dan menampilkan tetamu pada ketika itu seorang yang berimej pondan/maknyah..seingat aku soalan yang diajukan hos ketika itu "siapa(dikalangan pondan/maknyah) yang mendapat tempat dikalangan masyarakat ketika ini?"...dijawabnya secara sepintas lalu..."Yasmin Ahmad"...dan terus dipintas oleh saudara hos...mungkin tidak mahu ia dibicara dan dibahas...

Aku terpinga...dan cuba dapatkan kepastian dari isteri...apa benar pendengaran ku...tapi aku tidak bisa utk membicarakannya...kerana tiada khabar yang benar2 meyakinkan...sehinggalah aku mendapat kepastian disaat gelaran 'Allahyarham' dikalungkan atau lebih tepat lagi dengan pendedahan akhbar Kosmo! ini...

Apa2 pun...kita sudah ada panduan...jadi aku mengajak semua utk klik ke laman web al-ahkam.net...dan search perkataan 'Khunsa'...di sana sudah ada bicara hukum dan panduan yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW pada ketika menghadapi situasi sebegini dan pada ketika ini ia amat berleluasa malah mendapat tempat dan pengiktirafan dikalangan kita...

Setelah dirujuk kepada jawapan panel al-ahkam.net menukilkan pandangan ulamak yang berhujjahkan al-Hadis...si khunsa ini iaitu mereka yang mempunyai 2 alat kelamin (lelaki & perempuan) atau tiada langsung alat kelamin...manakala mukhannath iaitu mereka ini lelaki yang menyerupai perempuan dan sebaliknya....

Jika khunsa...ia ditentukan oleh keaktifan alat kelamin jantinanya...jika alat kelaminnya aktif mengeluarkan air mani...maka ia berstatus jantina lelaki....jika alat kelaminnya aktif mengeluarkan darah haid..maka ia berstatus perempuan...

Manakala jika ingin melakukan pembedahan bagi golongan khunsa ini...ia mesti mendapat pengiktirafan dari doktor yang thiqah dan kuat agamanya utk memeriksa kecenderungan pada genetik dan tabi'e tubuh badannya...pemilihan tersebut mesti dibuat utk menentukan segala hukum syarie bg dibebani dan dipertanggungjawabkan kepadanya...

Bukannya main ikut perasaan dan hati...jika ikutkan keduanya tanpa panduan syariat...maka satu lagi panduan yang datang...iaitu panduan syaitan...satu lagi yang menjadi persoalan...bagaimana si khunsa atau mukhannath ini bernikah??...ia turut dijelaskan oleh panel al-ahkam.net...

**Aku diajukan soalan: Laki kawin ngan laki ke ni, tuan???**

Fuhh...sungguh istimewa kes ini...aku serahkan pada kalian semua membuat segala andaian atau keputusan...andaian, keputusan atau jawapan perlu dilapit dengan ilmu...bukan utk membuka keaiban si mati tapi ia memberi pengajaran buat yang masih bernyawa meneruskan agenda utk mencapai rahmat ke seluruh alam...

Bagi pihak berkuasa...Jabatan Agama ke...Jabatan Kesihatan ke...atau Jabatan Pendaftaran ke...pastikan perkara ini tidak berulang...jadikan ia sebagai pengajaran...jangan main daftar jer...kejap laki...kejap pompuan...kejap Islam...kejap murtad...para doktor jugak jangan terlalu ghairah untuk mencabar kekuasaan al-Khaliq....

Manakala para ibubapa juga perlu memainkan peranan...jangan serah pada pihak berkuasa...kerana anda juga ada share....!!!

Akhir kalam..."sesungguhnya setiap kematian itu ada i'brah utk kita ambil sebagai panduan"...moga Allah mengampunkan dosa hambanya yang mukmin sama ada yang telah mati dan yang masih hidup...amin...wassalam....

Monday, June 1, 2009

Muhammad al-Fatih : Dibentuk menjadi pemimpin ulung!!..

**Empayar Konstantinapol-Byzantine**
Hari ini (29 Mei), 556 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapol.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat.
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter.
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter.
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebel.
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 battalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat di letakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerentah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub Al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad Al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal Al Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerentah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak. Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujjah bahawa se orang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa. Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad Al Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini. Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisa. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapol dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh. Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad? Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisa dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole. Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda banginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebiuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah. Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu. Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti. Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur. Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertitah, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sbaginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah! Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Instanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka.
Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa taqwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerentah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad. Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain. Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerentah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi. Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai. Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad Al Fatih.

Sumber asal: Cetusan Hati
**Untuk mengenali K'jaan Islam Uthmaniyyah - Sila klik gambar**

Sumber bacaan lain: wikipedia / khairaummah / Grup Generasi Al-Fatih

Wednesday, May 13, 2009

Gempaqq..!!! Esok di Ipoh : Perbicaraan Hidup atau Mati??!!

Dalam keterujaan dan kekalutan tentang pentadbiran negeri Perak entah bilakan selesai....& juga kesibukan menguruskan jenazah kemangkatan kekanda DYMM Tuanku Sultan Perak esok..rupa2 nya ada satu lagi perkara penting yang dilupai....

Jom kita ke Ipoh esok!!!...utk kita pertahankan maruah kemuliaan Islam dan aqidah saudara kita plakkkk...untukmaklumat lanjut...rujuk surat dibawah nie:


Utk mengetahui perbincangan hukum mengenai isu nie bleh rujuk di sini...al-ahkam.net...

**Harapannya...moga2 kematian mampu mengajar dan membuka hati Tuanku Sultan untuk memperkenankan pembubaran DUN...

Wednesday, May 6, 2009

Doa Hancurkan Musuh2 Islam

Ayuh!!!...bersegera mohon kemenangan utk perjuangan Islam dan ke arah prinsip2 perjuangannya....serta mohon ditewaskan musuh2 Islam...walaupun siapa pun mereka...musyrikun, kafirun, dzolimun dan munafiqun....

Menangkan perjuangan ke arah kebaikan...hancurkan dan binasakan segala perancangan jahat dan tipu daya golongan mungkar serta jerutkan kembali segala perancangan jahat dan tipu daya kepada tengkok dan leher2 mereka....amin ya Allah....

Monday, April 27, 2009

Doa Pendinding Diri, Keluarga,R/tangga & Harta


Aku dapat risalah tersebut setelah membeli cd mp3 'Doa-Doa Sebagai Pendinding Diri, Keluarga, Rumahtangga & Harta' keluaran Pusat Perubatan Islam Muqriq Enterprise. Syarikat A.F Us.Kazim Bin Elias kot...sebab ada gambor dia...

Dan sila klik ke laman sahabat aku nie...http://alkurawi.blogspot.com/...ada tambahan maklumat...kalo nak guna dan manfaat terus ayat-ayat suci al-Quran sbg benteng kekuatan dan pertahanan..

Moga2...lidah kita senantiasa menyebut ayat2 tersebut sbg zikir kepada Allah...amin...