Showing posts with label Bicara Fiqh. Show all posts
Showing posts with label Bicara Fiqh. Show all posts

Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad: Khunsa atau Mukhannath??

Matinya seorang patriot...begitulah ratapan anak dan peminat seni kepada pemergian arwah...pada saat ketika ingin mencurahkan keringat merealisasikan slogan 1Malaysia bawaan PM M'sia yang baru...

Pada ketika ini, segala media mendahulukan segala indeks pencapaian arwah untuk tatapan umum membuat penilaian bahawa betapa kita kerugian yang amat sangat dengan pemergian arwah...memang tidak dinafikan...segala hasil kerja arwah mendapat pengiktirafan...

Bukan itu hajat ulasan atas hasil karya arwah....kerana sebelum pada ini...ia belum pasti...tapi dengan pendedahan akhbar Kosmo!...ia menjadi kepastian dan realiti..pendedahan ini membuka kepada perbicaraan umum yang meluas...rujuk artikel di bawah:
**Mati sebagai wanita - pengiktirafan Kosmo!**

**Kisah silam Allahyarham Zulkifli**

Sempat jugak ler aku berkunjung ke blog2 yang membicarakan hal ini pada ketika mereka belum mendapat kepastian...bicarakalbuku, amylabardan & beautifulnara...dan jugak membaca luahan peminat arwah....bg aku pandangan yg paling best..."ada yang tak kisah hal nie"..."asalkan dia bahagia dengan pilihannya"..."Allah redho/beri izin akan keputusan yang dia buat kerana pertukaran yang berhasil"...dan mcm2 lagi ler....

Aku mula mendapat tahu hal ini pada ketika rancangan bual-bicara yang dihoskan oleh saudara Rosyam Nor dan menampilkan tetamu pada ketika itu seorang yang berimej pondan/maknyah..seingat aku soalan yang diajukan hos ketika itu "siapa(dikalangan pondan/maknyah) yang mendapat tempat dikalangan masyarakat ketika ini?"...dijawabnya secara sepintas lalu..."Yasmin Ahmad"...dan terus dipintas oleh saudara hos...mungkin tidak mahu ia dibicara dan dibahas...

Aku terpinga...dan cuba dapatkan kepastian dari isteri...apa benar pendengaran ku...tapi aku tidak bisa utk membicarakannya...kerana tiada khabar yang benar2 meyakinkan...sehinggalah aku mendapat kepastian disaat gelaran 'Allahyarham' dikalungkan atau lebih tepat lagi dengan pendedahan akhbar Kosmo! ini...

Apa2 pun...kita sudah ada panduan...jadi aku mengajak semua utk klik ke laman web al-ahkam.net...dan search perkataan 'Khunsa'...di sana sudah ada bicara hukum dan panduan yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW pada ketika menghadapi situasi sebegini dan pada ketika ini ia amat berleluasa malah mendapat tempat dan pengiktirafan dikalangan kita...

Setelah dirujuk kepada jawapan panel al-ahkam.net menukilkan pandangan ulamak yang berhujjahkan al-Hadis...si khunsa ini iaitu mereka yang mempunyai 2 alat kelamin (lelaki & perempuan) atau tiada langsung alat kelamin...manakala mukhannath iaitu mereka ini lelaki yang menyerupai perempuan dan sebaliknya....

Jika khunsa...ia ditentukan oleh keaktifan alat kelamin jantinanya...jika alat kelaminnya aktif mengeluarkan air mani...maka ia berstatus jantina lelaki....jika alat kelaminnya aktif mengeluarkan darah haid..maka ia berstatus perempuan...

Manakala jika ingin melakukan pembedahan bagi golongan khunsa ini...ia mesti mendapat pengiktirafan dari doktor yang thiqah dan kuat agamanya utk memeriksa kecenderungan pada genetik dan tabi'e tubuh badannya...pemilihan tersebut mesti dibuat utk menentukan segala hukum syarie bg dibebani dan dipertanggungjawabkan kepadanya...

Bukannya main ikut perasaan dan hati...jika ikutkan keduanya tanpa panduan syariat...maka satu lagi panduan yang datang...iaitu panduan syaitan...satu lagi yang menjadi persoalan...bagaimana si khunsa atau mukhannath ini bernikah??...ia turut dijelaskan oleh panel al-ahkam.net...

**Aku diajukan soalan: Laki kawin ngan laki ke ni, tuan???**

Fuhh...sungguh istimewa kes ini...aku serahkan pada kalian semua membuat segala andaian atau keputusan...andaian, keputusan atau jawapan perlu dilapit dengan ilmu...bukan utk membuka keaiban si mati tapi ia memberi pengajaran buat yang masih bernyawa meneruskan agenda utk mencapai rahmat ke seluruh alam...

Bagi pihak berkuasa...Jabatan Agama ke...Jabatan Kesihatan ke...atau Jabatan Pendaftaran ke...pastikan perkara ini tidak berulang...jadikan ia sebagai pengajaran...jangan main daftar jer...kejap laki...kejap pompuan...kejap Islam...kejap murtad...para doktor jugak jangan terlalu ghairah untuk mencabar kekuasaan al-Khaliq....

Manakala para ibubapa juga perlu memainkan peranan...jangan serah pada pihak berkuasa...kerana anda juga ada share....!!!

Akhir kalam..."sesungguhnya setiap kematian itu ada i'brah utk kita ambil sebagai panduan"...moga Allah mengampunkan dosa hambanya yang mukmin sama ada yang telah mati dan yang masih hidup...amin...wassalam....

Tuesday, April 28, 2009

Koleksi Hukum

Hukum mengenai permasalahan yang timbul dibawah telah diselesai akan jawaban nyer oleh anggota panel Ahli J/K Syariah Negeri Perak beberapa tahun yang lalu....dan skang nie...j/k nie telah ditukar akan nama nyer kepada J/K Fatwa Negeri Perak...
Sahabat2...bleh merujuk akan segala jawapan seperti dibawah atas segala permasalahan yang dihadapi....

(1)HUKUM MENGAMBIL SAGUHATI DARI DERMA YANG DIKUTIP
(2) WANG PENCEN, KWSP, DIVIDEN, SAHAM, HUTANG SI MATI -
ADAKAH TERMASUK DALAM PUSAKA?
(3) HUKUM TEATER DALAM ISLAM
(4) CARA MEMBELANJAKAN WANG FAEDAH BANK
(5) HUKUM PENJUALAN TANAH KEPADA ORANG KAFIR
(6) CARA PELUPUSAN BAHAN BINAAN ATAU ALAT-ALAT MASJID YANG LAMA

Saturday, April 4, 2009

Teks Khutbah UMNO Di Bkt Gantang....

Ishhh...tak tau nak habaq dah...mana pegi ustaz UMNO yg kelapaq duit tu???....dok dalam UMNO kerja hangpa nak langgaq habis hukum-hakam, syarat-rukun dan sebagainya...itu jer ler kerja hangpa ustaz2 UMNO....

Dulu aku kata puak UMNO guna masjid....hangpa marah!!...rujuk artikel aku yg sebelum nie...klik sini...tapi skang nie...hangpa guna masjid untuk perosakkan Islam...kalo guna masjid citer bab sebenarnya...ok ler...

Kawan2 semua try ler semak teks khutbahUMNO utk seluruh pak imam baca di Bkt Gantang..
Kalo nak baca teks melayu...klik sini..

Dah semak ker???

Hangpa rasa ada salah tak???...Jika hangpa pergi India...Pakistan...Sudan... England...Amerika...atau ke Mekkah...serata dunia....Nabi Muhammad SAW...nabi kita telah ajar cara berkhutbah yang betul.....para sahabat R.Anhum Ajma'in mengikut segala telunjuk ajar tersebut....sampai ler ajaran tersebut kepada kita skang...

Aku malas nak semak dari segi isi...sebab isi dah karut...tapi aku nak ajak hangpa Ustaz2 UMNO try semak dari segi teknikal berkhutbah atau penulisan khutbah...yakni Rukun Khutbah...ada tak rukun pertama dipatuhi???...Pujian kepada Allah dengan lafaz الحمد لله atau احمد الله atau نحمد الله atau الله احمد atau الله الحمد atau انا حامد الله....

Tarak kan??!!!...inilah ajaran Islam Hadhari....agama baru UMNO....hangpa try ler bandingkan ngan khutbah JAKIM buat....ustaz2 UMNO pikiaq apa nie???...pikiaq duit jer....memang hangpa kelapaq duit sungguh yeaa...!!!

Thursday, December 18, 2008

BICARA PERDANA: ~Feqh Wanita~

Feqh Wanita

~Anda Semua Dijemput Hadir~
- Isu Terkini Berkaitan Wanita Akan Dikupas -
..Luangkan Masa Anda!!..


Di atas nie, merupakan program terakhir tahun ini (Hijrah)buat pejabat aku..sebelum itu, dari petang semalam hingga ke tengahari tadi nie...satu program telah dijalankan...iaitu 'Kem Tamam'...atau penuh nyer...Kem Tazkirah Alam Mahsyar & Tajhiz Mayyit...

Dalam mesej ucapan aku pada awal program...point pentingnya, aku menyentuh tentang adanya ketika ini ancaman pemikiran yang cuba menafikan tentang pembalasan alam kubur atau dikenali sbg alam barzakh...dan aku menyeru pada diri dan semua peserta agar senantiasa berdamping dgn alim-ulamak agar pemikiran kita tidak terpengaruh dgn dakyah2 sebegitu dan terjamin selamat selari berdasar panduan Quran & Sunnah apabila sering bersama ulamak dan menghadiri majlis2 ilmu sebegini..
**Us.Abdul Mokti menyampaikan tazkirah mengenai Alam Mahsyar**

Tuesday, December 2, 2008

Solat Dukung Baby.....



Sahabat2 sekalian...perhatikan saudara kita mempraktikkan solat secara dukung baby sampai habis k!!...

Tapi apa yang aku tahu...pergerakan bapa tersebut tidaklah membatalkan solat..tapi kesalahan di situ adalah kerana 'bapa tersebut memesongkan atau memalingkan badan dari arah kiblat'...kesalahan tersebut adalah kesalahan yang boleh membatalkan solat...mungkin sahabat2 leh buat ulasan berkenaan itu...

Disini aku sertakan bersama soal-jawab tentang solat dukung baby untuk rujukan bersama...
--------------------
Soalan

Salam

Moga dirahmati Allah buat sekalian kita,

- Saya nak bertanya tentang bagaimana cara dan kaedah terbaik masa solat dukung anak....

- Apa benda yg perlu dielak semasa dukung anak tersbt??

- Adakah najis lampin anak tersebut tertanggung atas org yg bersolat??

- Minta tuan panel berikan penjelasan....sekian dan didahului dgn lafaz jazakallah...

Wassalam
-----------------------
Wassalam

alJawab:

Terdapat hadith Syaikhan dalam hal ini, dari Abu Qatadah RA,
" ada suatu ketika Nabi SAW solat dgn mendukung 'Umamah anak Zainab (putri Nabi SAW), pabila baginda sujud, baginda meletakkan Umamah dan ketika bangkit utk raka'at seterusnya, baginda mengambil semula 'Umamah dan mendukungnya lagi." [Bukhari-Muslim]

Tambahan Muslim, sedangkan ketika itu baginda adalah Imam di mesjid nabawi.

Fiqh alhadith:

1. Nabi saw menunjukkan cara mendukung baby ketika solat, meletakkan baby ketika sujud dan memungutnya semula bila bangkit berdiri.

2. Tidak dibahaskan perihal najis bayi itu kerana semua dilihat pada yg dzahir, jika najis itu tidak kelihatan dan baunya tidak ada, maka dima'afkan oleh syara'.

3. Peristiwa mendukung baby itu berlaku hanya sekali sahaja. Ini menunjukkan dharuratnya. maka ia bukanlah suatu kebiasaan.

Syarah oleh prof Dr hasbi alSiddiqiey alam hukum2 Fiqah Islam Jld 1, Pustaka Aman press.

sekian

Sumber di al-ahkam.net
-----------------------

Aku turut lampirkan bersama karya dalam buku kontroversi yang bertajuk 'Pelik Tapi Benar Dalam Solat'...karya Us.Abdul Rahman Mohamed..dan di'counsellor' oleh Us.Hj.Zahazan Mohamed...

**Kulit Depan Buku**

**Muka 47**

**Muka 48**

**Muka 49**

**Muka 50**


Untuk makluman...buku ini telah termasuk dalam senarai yang telah diperakui dan diwartakan haram atau ditahan oleh pihak J/k Penapisan Bahan2 Penerbitan Berunsur Islam, Kementerian Dalam Negeri...

Rujukannya ada di sini:


KDN haram dua buku seleweng fakta Islam
14-08-2008 02:15:03 PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mengharamkan dua buah buku kerana mengandungi fakta yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenarnya.

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks AlQuran, Abdul Razak Abdul Latif berkata buku yang diharamkan itu bertajuk "Pelik Tapi Benar Dalam Solat" karya Ustaz Abdul Rahman Mohamed terbitan Telaga Biru Sdn Bhd, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur dan dicetak oleh FDZ Design & Communications, beralamat Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur.

Sebuah lagi buku yang turut diharamkan bertajuk "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism" oleh Norani Othman, terbitan Sisters in Islam, Petaling Jaya dan dicetak oleh Vinlin Press Bandar Baru Seri Petaling.

"Kedua-dua buku ini dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan mana-mana individu yang didapati menghasilkan semula, mencetak, mengeluar atau memiliki bahan larangan tersebut boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya," kata Abdul Razak dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sekiranya penerbitan berkenaan dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat. BERNAMA

----------------------

Kesimpulannya...keharaman ini kerana bleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan....keliru dan gelisah kerana ummat krg ilmu, tambahan pula pengajian solat hanya terlalu tertumpu pada aliran dan pandangan kecil Syafieyyah sehingga tertutup kepada pandangan yang berbeza hatta datang dalil dan hujjah yang lebih kuat...ditolaknya mentah2...bila dikatakan taksub...dimarahi pulak...gunalah alasan kekeliruan dan kegelisahan...

Buat para ilmuan pula, kurang menampilkan penerangan mengenai isu dan hal berkaitan ini...apabila dibangkitkan...maka ia tergolong dalam kalangan yang mengelirukan dan menimbulkan kecelaruan dan kegelisahan kepada ummah...

Maka...yang hak mesti dibungkus segera!!!...tapi...apa yang penting!!!...fakta dalam buku tersebut bukannya salah dan sesat....tapi sekadar hendak menutup kekeliruan dan kegelisahan saja....

Buat diriku juga...masih keliru dan gelisah atas sekatan ini....

Wallahu A'lam..