Tuesday, April 28, 2009

Koleksi Hukum

Hukum mengenai permasalahan yang timbul dibawah telah diselesai akan jawaban nyer oleh anggota panel Ahli J/K Syariah Negeri Perak beberapa tahun yang lalu....dan skang nie...j/k nie telah ditukar akan nama nyer kepada J/K Fatwa Negeri Perak...
Sahabat2...bleh merujuk akan segala jawapan seperti dibawah atas segala permasalahan yang dihadapi....

(1)HUKUM MENGAMBIL SAGUHATI DARI DERMA YANG DIKUTIP
(2) WANG PENCEN, KWSP, DIVIDEN, SAHAM, HUTANG SI MATI -
ADAKAH TERMASUK DALAM PUSAKA?
(3) HUKUM TEATER DALAM ISLAM
(4) CARA MEMBELANJAKAN WANG FAEDAH BANK
(5) HUKUM PENJUALAN TANAH KEPADA ORANG KAFIR
(6) CARA PELUPUSAN BAHAN BINAAN ATAU ALAT-ALAT MASJID YANG LAMA

TeMBoK BeSaR cHiNa

Saja jer aku masukkan gambor Tembok Besar China nie...aku pun tak pernah sampai pun ke negara China tu...korang gi ler tanya Pakcik Google tu...nak tanya tentang sejarah dia ke...panjang dia ker..apa2 jer ler....mesti dia bg jawapan nyer....

Doa2kan ler...moga2 murah rezeki..bleh aku berkesempatan ke sana...teringat aku masa penghujung tahun 2003 yang lalu...aku ditawarkan untuk ke China...tapi aku menolaknya...sebab aku berhajat sungguh nak ke Turki masa tu...

Mana tidak nyer...aku pernah ambik subjek Bahasa Turki..jadi rugi ler aku tak ke sana...tambahan pulak...group ke Turki nie adalah pakej yang aku jual..jadi..aku perlu merasai jerit titik peluh masin aku jual nie...

Ini cerita masa aku kerja di syarikat pelancongan sebagai Eksekutif Luar Negara....selama 1 tahun 3 bulan...awal Jan 2003 - Mac 2004...sempat ler aku bawak group ke Medan, Indonesia, Hatyai, Thailand & Turki....best!!!..semuanya ditanggung beres...malah dapat pendapatan tambahan lagi...ahaks...

Monday, April 27, 2009

Doa Pendinding Diri, Keluarga,R/tangga & Harta


Aku dapat risalah tersebut setelah membeli cd mp3 'Doa-Doa Sebagai Pendinding Diri, Keluarga, Rumahtangga & Harta' keluaran Pusat Perubatan Islam Muqriq Enterprise. Syarikat A.F Us.Kazim Bin Elias kot...sebab ada gambor dia...

Dan sila klik ke laman sahabat aku nie...http://alkurawi.blogspot.com/...ada tambahan maklumat...kalo nak guna dan manfaat terus ayat-ayat suci al-Quran sbg benteng kekuatan dan pertahanan..

Moga2...lidah kita senantiasa menyebut ayat2 tersebut sbg zikir kepada Allah...amin...

Saturday, April 25, 2009

Sesi Kayuh Beskal




Nie time kiter dok bakar ikan, dia sibuk kayuh beskal...seronok sgt ler dpt main kat luar..upload pic jer ler dlu..lenkali cite.

Ikan Percik


Post pic dlu..resipi lenkali ek...tetiba lak rasa mls sgt nak menaip...

Apam Gula Hangus


Apam nie dah lama gak buat.Iman yg beriya bila dah lama sgt umminyer x buat kuih. Jenjalan kat Myresipi, terjumpa lah resipi nie..rasa cam simple jek..itu psl ler buat gak utk si Iman. Resipi nie kopipes jer dr MR..wat pun half jer dr resipi sebenar...dpt ler dlm 7 bekas tu..elok2 jer skali kukus..Sedap gak apam nie..lembutt jer..



Bahan-bahan

* 2 biji telur
* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan air
* 1/2 cawan minyak masak
* 2 sudu besar marjerin
* 2 sudu susu pekat
* 1 sudu teh soda bikarbonat.
* 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Thursday, April 16, 2009

Khas Utk Ayah....

Entahlah...pertama kali aku dengar lagu dan tgk video klip ini di seminar anjuranku....aku terpaksa menahan sebak...dan terpaksa aku mententeramkan jiwa dengan berpura2 berdehem...bagi mengelak diri melayan perasaan...sedangkan jika aku bersendirian...mau menitis air mata...

Hatta sedang aku menaip ini pun sambil mendengar lagu ini...airmata aku udah bertakung...mudah ceritanya...aku terlalu terhutang budi dengan ayahku...tak mampu aku nak mendetailkan segala jasa yg telah dihulurkan...

Aku tak dapat tahan lagi....'ia' akan menyinggah pipi....apa2 hal.....kita layaaaannnn....video klip tersebut.....


AYAH..

ketika berjauhan,
masihku rasa hangat kasihmu ayah,
betapaku rindukan redup wajahmu,
hadir menemaniku..

terbayang ketenangan,
yang selalu kau pamerkan,
bagaikan tiada keresahan..

walau hatimu sering terluka,
tika diriku terlanjur kata,
tak pernah sekali kau tinggalkan,
diriku sendirian..

ketikaku dalam kedukaan,
kau mendakap penuh pengertian,
disaat diriku kehampaan,
kau setia mengajarku,
erti kekuatan..

terpancar kebanggaan,
dalam senyummu,
melihatku berjaya,
bilaku kegagalan,
tak kau biarkan,
aku terus kecewa..

dengan kata azimat,
engkau nyalakan semangat,
restu dan doa kau iringkan..

walau hatimu sering terluka..

tak dapatku bayangkan,
hidupku ayah,
tanpa engkau disisi,
semua kasih sayang,
yang kau curahkan,
tersemat dihati.....