Begitulah al-kisah ragam rumahtangga...rumahtangga siapa??...sudah pastilah ragam rumahtangga selebriti...kalo orang kebanyakan...sudah pastilah akan mengambil manfaat fungsi rundingcara atau kaunseling dari pihak yang ada autoriti seperti Jabatan Agama Negeri atau pusat kaunseling yang bertauliah...nak adu kepada TVantara pun bleh...tvPAS pun bleh...mana2 ler...
Tak kisah ler...ia mungkin komen sinis utk sebilangan selebriti atau yg hidup mereka tertempias gaya hidup selebriti jer tu...biasa ler...pihak wartawan dan media...jika ada yang mampu disensasikan...pasti itu akan menjadi hidangan sajian istimewa untuk tatapan warga di media arus perdana...bercetak mahupun elektronik dan maya....lantok ler....
Apa yang aku nak komen bukan pasal isu di atas...tapi mengenai kajian dari pihak LPPKN atau Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara bagi tahun 2004 ke atas 'Punca Utama Perceraian Pasangan Suami-Isteri Di Negara Inii'...
- 42.3% = Perceraian berlaku disebabkan tiada persefahaman
- 12% = Curang atau enggan dimadukan
- 11.5% = Tidak bertanggungjawab
- 8.8% = Campur tangan mentua atau ipar duai
- 7.1% = Ketagihan dadah atau alkohol
- 1.6% = Masalah kewangan
- 1.1% = Terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan
- 0.5% = Didera
- 12.6% = Faktor lain
- Perceraian disebabkan tiada persefahaman kebanyakannya membabitkan:
- 45.8% - Pasangan Cina
- 44.9% - Pasangan Melayu
- 20% - Pasangan India
- Perceraian disebabkan campur tangan mentua dan ipar duai membabitkan:
- 30% - Pasangan India
- 7.4 - Pasangan Melayu
- Tiada kes untuk pasangan Cina
- Perceraian wanita Melayu dan bumiputera cenderung kepada kelompok berusia 25 tahun serta pasangan berumur 40 tahun ke atas
- Mereka yang berumur 20-30 tahun dan tidak pernah berkahwin = Meningkat di antara 1991 - 2000, iaitu daripada 43.2% kepada 48.1%
- Di kalangan wanita berumur 20 - 24 tahun yang masih belum berkahwin= Meningkat pada tahun 2000 sebanyak 68.5% berbanding 1991 (60.2%) dan 1980 (48.1%)
- Umur lelaki bagi perkahwinan pertama = Meningkat kepada umur 28.6 pada tahun 2000 daripada umur 28.2 pada tahun 1991
- Umur wanita bagi perkahwinan pertama = Terus meningkat daripada 24.7 tahun kepada 25.1 tahun
No comments:
Post a Comment