Monday, July 28, 2008

Doa TGNA Kpd DSAI

Thursday, July 24, 2008

Tutup fail muzakarah, hanya ada sekadar muqabalah - Mursyidul Am

**Sungguh indahnya 'DAMAI' mereka

KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah).

"Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.

"Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,"
katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.

Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan terbabit diadakan hampir dua jam.

Turut kelihatan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud.

Ikut serta pertemuan tersebut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang di'geger'kan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa).

Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara.

Perkara itu diputuskan pada 23 April lalu manakala pertemuan dengan pemimpin Umno hanya diadakan pada 20 Julai lalu.

Ustaz Abdul Hadi pula berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAS dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara.

"Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno.

"Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan,"
katanya.

Bagaimanapun katanya dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama.

Menurutnya sebagai orang Islam, PAS wajib menyuarakan kepada orang Islam lain dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keadilan Islam kepada semua kaum yang ada di negara ini.

Kata beliau di atas prinsip itulah diputuskan Majlis Syura Ulama di mana Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali bertemu dengan pemimpin Umno bagi menimbulkan isu-isu berkaitan.

Manakala Dr Haron berkata, Majlis Syura Ulama PAS menyedari masalah tersebut berlaku sebelum disedari wartawan, di mana perbincangan Majlis Syura mengenainya dibuat pada April lalu.

"Ketika itu tidak timbul isu muzakarah. Majlis Syura telah menangapi perlu diberi ruang untuk kita bermuqabalah dari face to face.

"Namun apa yang timbul sekarang perkataan muzakarah itu seolah perlawanan seperti yang berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini di antara Menteri Penerangan dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak mahu berlawan macam itu, kita nafikan ada muzakarah. Kalau dedahkan begitu akan menimbulkan masalah kerana akan ada yang kalah dan menang. Hanya apa yang ada sekadar pertemuan biasa,"
katanya.

Beliau menjelaskan mengapa hendak dilarang pertemuan biasa dan PAS bersetuju bekerjasama dalam semua perkara demi kebaikan semua rakyat di Malaysia.

Ditanya pertemuan lain bakal diadakan selepas ini, kata beliau itu mengikut keperluan.

"Bagaimanapun kita mahu lihat respon daripada Umno terhadap apa yang kita kemukakan terlebih dahulu," ujarnya.

Menurutnya juga usaha pertemuan itu sebenarnya dianjurkan pihak Umno.

Kata beliau, mereka yang mengusahakan dan bukti jelas dilihat kepada kenyataan ada tiga pertemuan sebelum ini dibuat sendiri Presiden Umno.

"Mereka yang membuat kenyataan dan merekalah yang mengusahakan pertemuan sebelum ini,"katanya.- mj/mks.

Sumber dari Harakahdaily

Friday, July 18, 2008

Tom Yam Campur



Resipi asal dr myresipi.Memang sedapp aa guna pes wat sediri nie..try ler..1st time wat nie, wat skit je..nnt2 leh ler wat lg..

TOM YAM

Bahan-bahan Paste
150 g cili kering dikisar
50 g udang kering dikisar
50 g belacan
50 g asam jawa dibancuh dengan sedikit air
50 g bawang putih dikisar
50 g bawang merah dikisar
50 g gula
25 g garam
25 ml perahan limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat paste
Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.


Bahan-bahan Tom Yam
1 ekor ayam. Isinya diambil manakala tulangnya direbus untuk diambil stoknya.
1/2 kilo udang
1/2 kilo sotong
100 g cendawan tiram ( x letak pun)
2 biji tomato
2 biji bawang besar
1 tangkai daun bawang dihiris nipis
3 batang akar daun ketumbar(x letak gak.)
2 batang serai
10 keping daun limau purut
150 g lengkuas
100 g cili padi
25 g paste tomyam di atas
50 ml sos ikan ( x letak gak)
25 ml susu sejat
Gula dan garam dan perahan limau nipis secukup rasa
Daun ketumbar mengikut rasa

Cara membuatnya
Masukkan ayam, sotong dan udang ke dalam stok ayam tadi bersama-sama lengkuas, serai dan akar daun ketumbar.
Kemudian masukkan bawang, tomato dan cendawan.
Masukkan tomyam paste.
Kemudian masukkan sos ikan, susu sejat.
Masukkan perahan limau nipis, garam dan gula mengikut citarasa.

Keli Perisa TomYam


Huhu..nie psl g umah K.Jun ternampak ikan goreng ngan pes tomyam Kali nie, kebetulan buat tomyam campur..rembat jer ler pes tomyam tu..tp bila dah mask, sedapp..my hb pun sampai meratah je...try ler...resipi pes tomyam tgk the next posting.

TemPoyaK..


Nak tempek gak aa gamba ni kat sini..huhu best nyer mkn nasi ngan tempoyakk nie...Durian yg byk2 ari tu, sempat ler wat tempoyak 2 bekas..nie ler hasilnyerr...

PeriA Goreng


G psr mlm..tgk sorang makcik nie borong peria..jeles ler plak...hihi..pdhal bukan suker sgt coz pahitt..tp tgk peria tu segar jer...cantik jer...bli aa satu..blk umah goreng jer ler..

Bhn:
1 bj peria
1 bj telur
2 ulas bwg putih-mayang halus
1/2 labu bwg besar-mayang
1 bj cili idup-hiris
Garam

Cara:
Potong peria.Tumis bwg, masukkan garam, masukkan telur,kacau rata..msukkan peria ngan cili idup.Siappp..

KentanG GorenG



Ni wat time Iman x nak mkn nasi.Tanya dia, nak mkn x kalo ummi goreng potato..dia ckp nak..ok je laa..mask nie simple jer...Potong kentang,rebus ngan garam skit.Bila dah agak separuh masak, toskan..goreng..

JePut BiliS




Resipi asal dr myresipi.Selama nie buat jeput x penah pun letak yis, try je laa..mmg lembut btul...sesuaii ler utk minum ptg...

Bhn2:
• 300g tpg gandum
• 1 biji telur
• 1 sudu kecil yis mauripan
• 1/2 cawan ikan bilis ( ida tambah skit udang kering)
• 1 labu bwg besar
• 2 pokok daun bawang (x letak pun, xde stok)
• 1 1/2 cawan air
• taugeh jika suka (nie mmg x suke, so x letak aaa)
• garam secukup rasa
• sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
1. blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
2. gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
3. jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2.

BuRgeR SpEciaL




Menu waktu mlm ketika kemalasan melanda tetapi perut lapor...hihi..Utk menghindari drp apa2 berlaku,pastikan stok roti & telur sentiasa adaa...

Bhn2:
2 Keping roti Gardenia
1 kpg Daging burger
1 bj Telur
Tomato-hiris
Timun btg-hiris
Salad
Sos cili
Sos Lada Hitam
Mayonis

Caranya xyah cite aa, sumer org tau wat burger..hihi..

Wednesday, July 16, 2008

Anwar Mungkir Janji Manifesto Turun Harga Minyak!!!...

Kenyataan pertama

Ahmad Shabery berkata, pembangkang seharusnya menurunkan harga daripada kadar sebelum 5 Jun bukannya berdasarkan paras semasa.

Sambil menyifatkan pendirian Pakatan Rakyat sebagai sesuatu yang populis, Ahmad Shabery memberitahu, berdasarkan kempen pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu, Anwar telah berjanji akan menurukan harga dengan mengambil kadar ketika itu.

"Sebelum pilihan raya harga hanya RM1.91 seliter (sehingga 4 Jun), tak timbul harga semasa sekarang.

"Kita kena pegang kepada keadaan asal sebelum pilihan raya umum," kata beliau yang memulakan debat bertajuk Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak anjuran portal berita Agendadaily, yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini bermula pada 9 malam.

Sila rujuk sini

Satu lagi....

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata debat Selasa malam membuktikan Anwar memberi janji palsu kepada rakyat daripada segi menurunkan harga minyak jika Pakatan Rakyat dipilih untuk memerintah negara.

"Jelas Anwar tidak dapat melaksanakan manisfesto pilihan raya PKR untuk menurunkan harga minyak dan pada hari ini terdedah dan terbukti bahawa beliau hanya temberang," katanya.

Sila rujuk sini

Tak boleh pakai si Anwar nie!!!!!...begitulah kesimpulan dari dua kenyataan diatas...tapi tahukah anda dan kita2 semua nie...janji manifesto PKR dan PAS semasa itu dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA)...adalah menurunkan harga minyakkk....

Sekarang...dikenali sebagai PR dari kalangan PAS,PKR & DAP...masih komited mahu turunkan harga minyakkk!!!...dalam janji manifesto tersebut...tak disebut nak turunkan seberapa jumlahnya...yang penting....tetap turun!!!udah korang penaikkk...kami turunkan!!!...

O.K lah fine...masa RM1.92...si Anwar tawarkan turun sebanyak RM0.30....tapi skang udah korang penaikkan sebanyak RM0.78...jadi RM2.70...si Anwar tetap tawarkan 'Hari ini memerintah, esok turun harga minyak'...sebanyak RM0.50..jadi ler RM2.20...janji tersebut amat munasabah...sila tgk posted aku yg sebelum nie...Kenapa turun 50sen / Samah jer??

Inilah tandanya PR tetap komited dan berpegang teguh dengan janji manifesto untuk turunkan harga minyak...yang korang terutama si Najibtuya tu...janji pas PRU harga minyak tak naik...alih2..2-3 bulan pas PRU...penaikkan harga minyak...

Si Khairy cakap orang penipu...hangpa lagi penipu....blajor tetinggi..sampai cucur atap Oxford...udah jadi MP....masih tetap nampak kePANDIRannya...

Kenapa turun 50sen / Samah jer????


Masing2 mempunyai keyakinan dan persepsi masing2 di atas apa yg tlh berlaku iaitu debat tentang minyak antara saudara Anwar vs Shabery...masing2 kata pendebatnya menang...

Saudaraku Anwar memberi tawaran sekali lagi...tawarannya kali ini...50sen turun harga minyak....maka pak menteri mempertikaikan hujjah dan tawaran tersebut kerana tawaran turun harga minyak disebut sebelum pada kenaikan harga minyak RM0.78 atau sebelum PRU12...kenapa tak turun harga minyak ikut semasa harga RM1.92??....maka jadinya di situ...jika memerintah kjaan PR telah menaikkan harga minyak sebanyak RM0.28...jadi RM2.20...

Pak menteri kena ingat...dan kita kena ingat!!!...bahawa dengan naik RM0.30 jadi rm1.92 sen pada Februari 2006...bulan berikutnya inflasi naik 4.8%...kemudian naik RM0.78...pada penghujung Jun 2008...dalam masa tak sampai sebulan...inflasi terus melonjak ke 8%....

Bagi aku ler...langkah awal 50sen janji penurunan tersebut adalah munasabah...sebabnya...jika PR naik perintah k'jaan...bebanan masalah dan segala 'taik' yang di'berak'kan oleh k'jaan BN telah mengakibatkan peningkatan segala bebanan ekonomi untuk ditanggung oleh PR bagi memperbaikinya.....

Jika dulu pada harga rm1.92...bebanan dan tanggungan kjaan PR jika memerintah semasa itu agak kurang.. berbeza pada ketika ini....itu kita kena bijak!!!...bukan putar alam...tapi fakta...hangpa buat 'taik' semua nie...nak suruh PR cuci dalam masa singkat..


Ini basic mudah yang mampu aku analisiskan...manakala sahabat isteriku buat analisis lagi mudah utk pak menteri...'disoal engkau tak jawab,dijawab engkau tak faham'...

Menanti Debat Anwar - Saiful plak...hehe....

Hujung bulan lepas kita digemparkan dengan berita Laporan Liwat yang dibuat oleh budak mentah berumur baru 23 tahun, Mohd Saiful Bukhari Azlan...

Jika bulan sebelum ini, yakni Jun...tulisan aku banyak berkaitan dengan minyak...tapi untuk bulan ini aku mengisytiharkan bahawa bulan Julai ini sebagai 'Bulan Liwat'....'Bulan Minyak' vs 'Bulan Liwat'
...hehehe...agak2 ler bulan mana yang paling melatoppp??!!!

Tapi Alhamdulillah...kita kini kembali kepada fokus setelah isu pengalihan isu berjaya ditangani...pengalihan dari isu akuan bersumpah Raja Petra dialih kepada laporan polis si bdk mentah Saiful...kemudian isu si Bala plak....

Sekali lagi Alhamdulillah...kita kembali fokus kepada isu minyak...seperti malam tadi...aku mencadangkan agar 'Debat Liwat' diadakan pulak....mempertemukan pendebat Anwar dan si Saiful plak...maka akan jadi plak...'Bulan Debat'...hehehe...

Sampai bila nak abis daaa???...aku dah fenin@#$%%^&....tapi yang pasti....protes bior sampai turun...minyak turun dan BN turun...

Debat Anwar vs Shabery = "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak'



Lapangkan masa sekali lagi untuk menyaksikan peristiwa bersejarah ini untuk membuat analisis fakta dari hujjah 2 pendebat tersebut...sila klik di sini

Tuesday, July 15, 2008

WeekenD @ Lata BaYu






last s'day, ktorg g piknik..kat Lata Bayu,Baling.Tetiba jer my hb ajak g,mmg dah lama gak ler x g piknik nie.Iman ler exited bila dgr nak g main air..ummi bgn pg2 lg..masak mkanan wat bekal..kih..kih..kemain lg nie...siap wat nasi tomato,daging masak merah, ayam goreng, ngan popiah.Cukupla tu for 3 of us.Sampai kat lata tu dlm kol 12 lebey, ok aa, org pun x ramai lg.Kat umah beriya2 si Iman nie, bila sampai sana ckp sejukk lakk bila org suh dia mandi..mainn2 jer air...pastu sibuk cari batu ngan kayu...Last kena siram gak ngan abah...tgkk jer lerr pic nie...

Daging Masak MeraH


Bahn2:
1/4kg daging
* 3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
cili kering
Sedikit halia
Sos cili
Sos tomato
Kicap skit
Garam
Gula
bwg besar-hiris bulat

Cara:
Rebus daging + skit sirap sampai lembut
Hiris daging nipis2
Goreng skejap.
Tumis bhn2 blend sampai naik bau
Masukkan sos cili ngan sos tomato
Masukkan skit air rebusan daging
Tambahkn gula & garam secukup rasa
Masukkan b.besar

Nasi TomaTo



Nie resipi asal..sumbernyer dr umah AMG..tq cik mat..tp ida wat skit jer ler..

Bahan-Bahannya:-
5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair (ida guna susu segar)
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai dun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*(*rempah tumis)
Air, ikut sukatan beras
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan:-(x letak pun..ikut suka ati jer..hihi)
Kacang pis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya:-(x msk rice cooker pun, skit jer msk)

1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
4. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan...

Ayam Goreng Ummi Janji


Kalo goreng ayam salut ngan breadcrumbs nie,iman panggil 'ayam ummi janji' coz tgk iklan KFC tu...yg mama x sempat msk, alih2 g bli KFC tu...ikln tu lerr..

Bhn2:
ayam secukupnya
sebiji putih telur shj
Breadcrumbs secukupnya.

cara:
Rebus ayam separuh masak
Toskan biar air kering
Salutkan ayam td ngan putih telur
Pastu golek2 kan atas breadcrumbs.

Gorengkan..
masak yg senang2 jer..coz iman kalo wat nasi minyak ngan nasi tomato, ini jer ler lauknya..

PopiaH


Kulit Popiah nie dah beberapa ari bertapa kat peti ais tu.Last2 Iman bising nak makan popiah.

Bhn2:
Kulit popiah secukupnya.

Utk Inti:
Carrot-hiris nipis
Udang baring-udang yg halus2 tu
Kobis
Bawang besar-mayang halus
Bawang putih-mayang halus

Tumis bwang, bila dah naik bau, masukkan udang, carrot ngan kobis.Biarkan agak lembut skit.Pastu letakkan atas kulit popiah.Bentukkan.Siap utk digoreng..senang jer..

Sunday, July 13, 2008

Gambar Tolak Bala / Sial / Santau!!!...

**Inilah potret yang dipercayai mampu menolak bala, santau dan mendatangkan rezeki

Hahaha....ruper nyer gambar nie penuh dengan kepercayaan khurafat!!!...begitulah kesimpulan yang bleh aku buat selepas mendapat penjelasan dari seorang tokey kedai makan di Simpang, Taiping..

Sebenarnya, gambar nie sering menjadi tanda persoalan dalam pemikiran aku sejak 4 tahun yang lalu...mana tidak nyer...sejak ditugaskan di P.Hulu nie...aku sering kuar berjalan2 dan makan2 di kedai2 makan dan restoran2 sekitar daerah Baling, Kedah nie..sering kelihatan gambar ini tergantung diruang dinding premis tersebut...

Malahan, jika turun di pasar malam di daerah Baling ini aku turut kelihatan potret ini..bukan hanya di situ saja...turut kelihatan oleh mataku ini di kedai2 emas serbaneka, buku..runcit dan sebagainya...bak kata orang..manusia dalam potret tersebut begitu dekat dihati para peniaga...

Aku tidak berdiam begitu saja..malah lidah dan mulut aku ringan bertutur dan bertanya bagi menyelesaikan segala yang bersarang dipemikiran...malah segala persoalan kini terjawab sudah dalam perbualan ringkas aku dengan seorang tokey restoran di Simpang, Perak...antara persoalan aku ialah...:-

1) Siapa manusia dalam potret tersebut???..Apakah kedudukannya??...
Al-Marhum Duli Yang Mulia Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1882 - 1943...mantan Sultan Kedah

2) Apa keistimewaannya??
Menurut cerita mamak tokey restoran tersebut...Al-Marhum Tuanku adalah seorang sultan yang baik dan mempunyai karomah...katanya...jika Tuanku berjalan dan menitahkan jambatan yang dilaluinya tidak runtuh...maka jambatan tersebut tidak akan runtuh...bagi aku mungkin ia menggambarkan Al-Marhum Tuanku mempunyai karomah dan ilmu kasyaf....

3) Kenapa gambar ini digantung???
Menurutnya...belakang pada gambar tersebut ada ayat...ayatnya adalah ayat al-Quran...kalo gantung gambar ini kalo orang nak santau..tak boleh...dan juga sebagai pelaris kedai...

Begitulah antara perbualan dan input yang aku perolehi tentang gambar tersebut..maka secara ringkas keluar dalam hati aku seperti diawal tulisan aku...begitulah gambaran amalan khurafat yang boleh diterjemahkan sebagai satu amalan yang tidak bersandarkan kepada dalil al-Quran dan as-Sunnah dan seterusnya bleh membawa kepada perkara2 mungkar dan kufur..lebih2 lagi syirik kepada Allah SWT...wa na'uzubillah min zalik...

Jangan dipersalahkan hamba Allah dalam gambar tersebut...tapi salahkan kepada mereka2 yang mempercayai hamba Allah tersebut mampu memberi kesan baik dan buruk kepada diri mereka...analogi yang mudah..jika kita mempercayai bahawa si doktor mampu memberi kesihatan kepada kita...kita silap...yang mampu memberi kesihatan adalah Allah..si doktor dan ubat2an tersebut adalah sebagai medium untuk kita berikhtiar untuk menyuburkan kesihatan kepada diri kita...maka dr situ lahir konsep ikhtiar dan tawakkal...

Sebagai renungan...sama2 kita perhatikan peringatan Allah SWT kepada diri kita dalam surah az-Zumar ayat 3seperti dibawah:

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ
"dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya".

WA

TuDunG BaWaL...MuraH!! MuRaH!!


Dapatkan hanya di SinaRRasuL Online Store.Sementara Stok Masih Ada.

Jadual Diri Ku Sedikit Padat...

Maaf kerana tidak dapat meluangkan masa untuk mencoretkan sesuatu yang bernilai untuk tatapan diri terutamanya...hendak dikatakan jadual kerja yang sedikit padat...tidak boleh juga...kerana aku masih mempunyai ruang untuk menatap skrin komputer di pejabat mahu pun di rumah...a'la kulli hal nya...diri aku yang patut dipersalahkan...kerana masih kurang bijak untuk menguruskan ruang dan masa yang diberikan...15 hari aku mengumpulkan cerita ringkas untuk tatapan bersama kini:

29hb Jun (Ahad)- Ke Senawang
Sebelum berangkat, sempat lagi menatap Malaysiakini tentang berita tergempar...Anwar Dituduh Berliwat lagi....cerita besarr timbul plakkkk....

On the way ke Senawang, sempat lagi memenuhi jemputan ke program 'Exposisi Gaya Hidup Muslim Peringkat Daerah Batang' di Slim River...dapat jumpa sahabat2 lama..penggerak expo 'Us.Nazri' & the gang...tapi aku sedikit dukacita kerana sambutan dari penduduk amat mengecewakan...sedangkan pengisian amat menarik...nampaknya ada peningkatan dari sudut pengisian program...tapi mungkin ia lemah dari sudut promosi dan beberapa tindakan akhir dari pengurusan dan penganjur...

Aku sekeluarga meneruskan perjalanan ke Senawang...menziarahi ibunda dan kekanda kandung...alhamdulillah..lepas kerinduan dapat melihat ibunda tercinta dan melayan telatah anak2 saudara...malamnya pulak sempat lagi tgk live final Euro '08...

30hb Jun (Isnin)- Ke K.L
Petangnya ke rumah mak saudara di Jalan Cochrane..dekat Jalan Pasar Pudu...ziarah awal rumah mak cik...sebab 4,5,6 Julai nie...tak dapat hadir kenduri sepupu...jadi kami mari awal untuk 'lepas hutang'..

1hb Julai (Selasa) - Dari K.L ke Taiping
Paginya, kami tolong2 apa yang patut untuk persiapan kenduri...ambik cuti 2 hari (Isnin - Selasa) semata-mata nak langsai utang jemputan tak dapat hadir kenduri nanti...sekurang2nya ada juga bantuan dapat dihulurkan untuk persiapan kenduri tersebut...terpaksa buat gitu sebab tarikh tersebut ada tugas yang menanti...

Malamnya kami bermalam di Taiping...

2hb Julai (Rabu) - Ke Ipoh
**DYTM RM Raja Dr.Nazrin Shah

Pagi2 lagi dari Taiping ke Ipoh plak...untuk menghadiri jemputan 'Titah Mengadap Ke Bawah DYTM Raja Muda Perak'...pukul 9.30 pagi...10 pagi DYTM RM masuk bilik mesyuarat...isu utama adalah berkaitan tentang perlantikan AJK Kariah Masjid bagi seluruh daerah2 dalam negeri Perak...apa lagi kami (Pegawai2 Tadbir Agama Daerah) ditegur dan diberikan amanah baru bagi mengembalikan peranan dan fungsi masjid ke tempat yang benar...

20 minit jer dalam sesi mesyuarat tersebut...dari raut wajah DYTM RM Perak benar2 serius...mana tidak nyer...masuk2 jer...trus bertanya siapa dalam mesyuarat nie...ahli mesyuarat adalah dari kalangan OBJ (Orang Besar Jajahan) dan PTA (Pegawai Tadbir Agama)...maka sesi ta'aruf bermula...sebab kami tak pernah bermesyuarat dengan DYTM RM Perak selaku YDP Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak...kemudian...trus menyampaikan titahnya...kami semua udah jadi rupa reporter jer...salin jer apa yang dititahkan....

Lepas pada tu...trus DYTM RM tanya...ada apa lagi??...ada ler 2-3 dari kalangan OBJ bertanya...jurucakap dari kalangan PTA yang dilantik pun tak tercakap...mana tidak nyer...semua yang dititahkan kena belaka pada kami...tapi yang menggembirakan adalah...DYTM RM Perak telah mengembalikan kuasa yang sebelum ini PTA dinafikan iaitu untuk memilih AJK Kariah Masjid yang benar2 layak...jika sebelum ini...senarai j/kuasa yang sampai tidak mampu atau ada kuasa2 yang menghalang untuk kami dari kalangan PTA melakukan perubahan dan memilih yang selayaknya duduk untuk menyegarkan pentadbiran masjid...Insya Allah..aku akan detailkan titah tersebut dalam ruangan lain

Petangnya kembali ke P.Hulu

3hb Julai (Khamis) - Di P.Hulu
Menjalankan tugas seperti biasa...

4hb Julai (Jumaat) - Ke Besut
Paginya, masuk ke opis seperti biasa...dan menyelesaikan tugas2 terakhir untuk akhir minggu ini...udah ler 3 ari tak masuk opis...isnin-selasa ambik cti rehat, rabu plak di Ipoh...maka Khamis dan Jumaat ler nak settle apa yang patut...

Selepas solat Jumaat, adakan sedikit majlis jamuan untuk pelajar pratikal....3.45 ptg trus ke Gerik untuk membayar saman trafik....lebur RM150...itu pas pada diskaun disebabkan sekarang pihak trafik buat promosi...

Dari Gerik sekitar 4.45 petang, meneruskan perjalanan ke Besut...sampai ler lebih kurang 8.30 malam...

5hb Julai (Sabtu) - Ke K.B
Petangnya lebih kurang pkol 2 lebey...ke K.B untuk menghadiri 'Kursus 'Mock-Trial Bagi Penguatkuasa Agama JAIPk' dari 5 - 7hb Julai...yakni Sabtu sampai Isnin...memang excited btul nak ke K.B kali nie...sebab nie urusan rasmi...arap2 bleh ler berjumpa dengan pemimpin2 k'jaan Kelantan kali nie...

Lepas pada check-in Hotel Sutera Inn Prima..bawak kuarga pusing2 bandar K.B...satu bandar yang benar2 amat rasa bersesuaian dengan ketenangan jiwa dan fikrah diriku...aku tinggal di hotel...manakala kuargaku kembali ke Besut dengan bas...hehehe....

Malamnya..hadiri LDK...

6hb Julai (Ahad) - Di K.B
**YAB MB Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Bangun awal pagi...sekitar pkol 5 pagi..sebab nak gi solat subuh di Pulau Melaka iaitu di Masjid Tok Guru..lebih kurang 10 km ler dari hotel ke Pulau Melaka..dapat ler solat Subuh berjemaah berimamkan Tok Guru...malah dapat jugak mendengar kuliah subuhnya berkaitan kepentingan menyampaikan ilmu.

Tok Guru berhujah dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud "Diutuskan aku sebagai guru"..tidak kira apa pangkat dan gelaran kita...tok lebai, ustaz, tok guru, Pegawai Daerah, Ketua Polis dan sebagainya...maka jalankanlah tugas sebagai guru..dalam erti kata lain..jalankanlah tugas menyebarkan Islam dalam apa bidang yg diceburi..

Seingat aku..Tok Guru pesan..3 bahagian ilmu yg boleh disampaikan...ilmu yang berteraskan kepada mengenali Allah, ilmu yang menjuruskan kepada pegabdian kepada Allah dan ilmu yang berkonsepkan muamalat semasa manusia...yakni aqidah, ibadah dan akhlak...

Selesai bertazkirah...Tok Guru sempat lagi mentahnikkan anak2 yang baru dilahirkan dengan mengusap kepala mereka...memasukkan manisan iaitu kurma ke mulut baby dan meminumkan dengan air zam-zam...selepas itu, bergunting rambut dan mendoakan kesejahteraan ke atas baby tersebut...ada ler 3-4 baby gak...beruntungnya baby2 tersebut...

Alhamdulillah..selepas itu dapat ler kami bersalaman dengan Tok Guru...udah bersalaman kami ke luar dari masjid...tgk2 udah ada rombongan wanita dari Selangor katanya sedang menunggu di halaman rumah To Guru...kami pun turut sama melihat rumah sederhana seorang yang berpangkat Menteri Besar...

Tanpa berpagar..tanpa security guard...tanpa ada lanskap yang menarik..tapi cukup sederhana dan bersih serta teratur...dapat ler kami menghirup suasana nyaman dan merasai suasana pagi di halaman rumah Tok Guru...

Tika masa sudah menunjukkan waktu pukul 7 pagi...Tok Guru muncul di pintu keluar masjid...sambil tersenyum...trus disediakan kerusi plastik untuk Tok Guru duduk bergambar kenangan bersama ahli rombongan tersebut...maka aku bersama 5 orang sahabat turut sama ambil gambar kenangan bersama...

Tok Guru mohon maaf kerana tidak dapat meluangkan masa yang lebih lama untuk sesi bergambar tersebut...dan trus hendak ke pintu masuk rumah...tiba2 disekat oleh wartawan yang cuba mengambil pandangan darinya...

Apa lagi...kami skali lagi mengambil kesempatan tersebut untuk duduk disebelah Tok Guru sambil Tok Guru sibuk menjawab pertanyaan si wartawan tersebut...hehehe...ketika itu sudah menunjukkan 7.20 pagi...sedangkan pukul 8.00 adalah waktu beliau kena berada di pejabat...Insya Allah..akan aku masukkan gambar kenang-kenangan tersebut untuk dikongsi bersama..ada kat hset orang lain..adeiii..

Melihatkan rutin harian Tok Guru tersebut...menyedarkan kami betapa padatnya jadual seorang yang bergelar MB merangkap pendakwah tersebut ini...betapa besar dan banyak masanya diinfaqkan kepada urusan dakwah...ini baru berjawatan kecil..moga2 aku mampu menuruti jalan seperti insan yang bernama Nik Aziz tersebut...cth terdekat yang boleh dijadikan panduan...

Selepas dari itu, sesi kursus bermula...petangnya diadakan majlis kesimpulan dari 'mock trial' yang dilakukan...sebelum Asar kami skali lagi pusing2 bandar KB...tempat yang dituju kali ini adalah Masjid Sultan Muhammadi..dan kedai kitab bawah bangunan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan di Jalan Dato' Pati...

Malamnya..adalah majlis penutup..tetamu jemputan adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan mewakili Menteri Besar Kelantan..YB Dato' Ahmad Yaakob, Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan YB Us.Nik Ammar dan Pengarah JAHEIK Tn Hj.Abdul Aziz beserta Exco Agama, Pendidikan, Wanita dan Kebajikan Perak YB Zainuddin..

Selesai majlis tersebut, rondaan skali lagi ke sekitar KB ini dilakukan..kami menuju ke Pasar Wakaf Che Yeh...Subhanallah..jam telah sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam...tapi kunjungan dari orang ramai masih terus keluar-masuk ke pasar tersebut...

7hb Julai (Isnin) - Ke Besut
Skali lagi kami menuju ke Pulau Melaka..berimamkan Tok Guru untuk solat Subuh..tapi kali ini Tok Guru tidak menampaikan tazirah...mungkin kerana hari ini bermulanya sidang DUN...

Pkol 9.30 pagi...bersiap2 kembali ke Besut...

8hb Julai (Selasa) - Kembali ke P.Hulu
Hari ini ambil cuti gantian...pkol 4.15 petang jugak bertolak dari Besut...sampai rumah lebih kurang pkol 9.15 malam.

9hb Julai (Rabu) - Di P.Hulu
Mengadakan 'Msyrt Persiapan Program Seminar Kemahiran Keibubapaan' pada paginya...

10hb Julai (Khamis) - Di P.Hulu
Mengadakan 'Msyrt Pengurusan Pejabat' kali kedua pada tahun ini...9.45 - 11.45 pagi...2 jam berlangsung...almaklum ler...6 bulan tak pernah berjumpa...maka banyak ler perkara yang dibincangkan....

Mana tidak nyer...segala perancangan setelah bertukar kerajaan...terpaksa disesuaikan...maka kesesuaian tersebut baru kini diperolehi...

11hb Julai (Jumaat) - Di P.Hulu
Menyelesaikan tugasan2 sebelum cuti mingguan...

12b Julai (Sabtu) - Di P.Hulu
Paginya, berehat saja dirumah...layan anak...selepas Zohornya, menghadiri jemputan untuk merasmikan 'Msyrt Agung Pertubuhan Kebajikan Pengkalan Hulu'...

13hb Julai (Ahad) - Di P.Hulu
Hehehe.....maka pada pagi ini aku menyiapkan segala apa yang berlaku dalam 15 hari sudah...15 hari yang sudah, selain memenuhi segala aktiviti dan tugasan tersebut...sempat aku membaca dan menyoroti serta mengamati segala peristiwa yang berlaku sekitar apa yang dilaporkan oleh media arus perdana dan juga laman2 berita alternatif untuk aku kongsi bersama selepas pada ini....Insya Allah...kita berjumpa lagi dalam coretan yang selepas ini...

Tengahari nie cadang nyer nak berkelah 3 beranak di Baling...

Saturday, July 12, 2008

Oooo...Balikkk kampunG...



*kuah sate



Time blk kg tu..siap bkr sate lg...my mom trasa nak mkn sate lak..kalo nak beli mmg truk ler, satu cucuk sampai 40 sen..tu ler mak ckp baik ler buat sediri..leh mkan puas2..apa lagii..makannnn jerr ler kalo blk kg.Mlm nie abh xde, dah g k.bharu..tp pg tu seblum g sempat laa bkr skit sate utk abah..bila abh blk..siap mkn pulut ngan durian, my sis lak bwk nasi lemak..ngan air nyor lagi..bkr udang ngan
sotong...kendurii btull lerr...layan gambo2 jer ler eee....




Nie lak sempat blk kg tok Iman..dia lg ler sronok kalo blk sini.Leh main cam2..biasalah kat kg...byk ler kije dia leh wat...siap mandi2 lgi..sronok lerr..dah siap mandi sibuk ikut tok ki dia sapu sampah laa..dok main pasir laa...lenkali laa stori mori...byk kije aa...tempek gambo jerr....



fuyoo..seksinyer anak teruna nie..kih..kih..



Buah mata kucing nie siap petik seblah umah lg nie..fresh...tu yg best blk kg nie..msk kebun cam2 ada..sempat gak tgk pokok mempelam yg abah tanam aritu..dah naik dah skit...tp luper ler plak nak amik gambo...iman dok tanya.."buah apa nie mi?"..ummi ckp laa buah mata kucing..."ooo..buah mata miawwww"...hahaha...




*start nak wat operasi ler nie..pas2 mandi


Cite Iman @ Otel



Iman trus je landing...



Last week blk kg ari jumaat..the next day , g kelantan..ummi , abah, chu ngan iman.G ngan keta, blk lak kami 3 org naik bas..hihi..Pas abah check in, kuar meronda laa..si Iman nie skang mmg pantang kalo sbut bab otel.Sronok benor dok otel..lawak tul ler...dlu2 dia kecik lg, x reti ..usung jer ke mana2..tp skang nie kemain lg..memula dia rasa best time dok kat seri m'sia, ipoh...pg2 abah kuar g seminar,ummi g b/fast ngan dia...laju jer mkn..blk bilik, asyik ckp panass jer..coz nak mandi..pdhal bilik psg air-cond..kalo kat umah jenuh lerr nak suh mandi...kejap2 msk dlm comforter lak..wat2 tido laa konon2 nyerr...ntah apa2 ler iman nie...pastu bila kat umah ummi packing baju..siap tanya .." kita nak g otel ker mi?" kat k.bharu aritu..sibuk nak air teh laa..nak tdo laa..x psl2 lak ummi siap msk air..buat air teh kat dia..




* Siap posing kat luar bilik ngan Chu

Siri Meronda-ronda..


Assalamualaikum...posting di pg hari nie...time weekend nie ler baru leh buat operasi memosting besar2ran....Iman pun tido lg..so this is the best time to posting cite2 yg dah agak basi....kih..kih..no matter what..nak post gakk..rasanya this month mmg agak slow ler skit..like there's nothing to put inside..actually bhnnyer mmg ler byk..just not enough time to concentrate on it..ceewahh...cam bz bebenorr...bz meronda satu malaya...this story is abt last 2 weeks..g seremban..umah sister in law..pastu lak ke umah my aunt..kat kl..from kl, blk taiping, then blk p.hulu jap..one day after that, blk t'ganu..waaaaa..blk kg maaa....coz my hb ada urusan kerja kat kelantan.Amatler memenatkan..huru hara idup rasanya...hahaha....nie on t way nak ke seremban.Layan jer ler pic bdk yg x reti dok diam nie..dlm keta pun leh bergayut2 lagi....




**huhu..ank sapo ler nie..??


Kebetulan lak , on t way tu,ada Ekspo Gaya Hidup Muslim kat Slim River..kitaorag pun singgah ler jap..jumpa laa member2 abah..ronda2 jap...sempat gak beli tudung 2 helai..kih..kih....jumpa laa ngan k liza..urusetia expo...menyembang jap..tp sayang.. x dpt jumpa k geena..akak yg selalu layan Iman time expo kat p.hulu dlu....x leh nak snap gamba sgt..ujan skit time tu..msk dewan jap..dorang tgh wat rehearsal utk pakaian muslimah..



Nie jer yg sempat...



**Iman ngada2..x nak amik gamba.."ummi..nanak amik gamba Iman"..tu psal ttup mata.


Bila sampai seremban,kitaorg kenduri dorian..siap bwk sana..mmg penin ler idung nie ngan bau durian...hihi..sib baik ler naik keta..kalo naik bas mau kena perambatt...Iman ckup sronok laa bila dah sampai s'ban..coz dia leh main Aina.His cousin , same age ngan dia.Bila dorang meet each other for sure gamat ler, huru hara satu umah..berebut beskal ler..belon ler..namapun bdk2...kih..kih..





**ImaN & AinA







**ImaN , WaWa & AiNa




**ImaN, Pian& Hilmi


waaaa..dah kol 8.16..stop dlu aa..will be con't..