Friday, July 18, 2008

Tom Yam Campur



Resipi asal dr myresipi.Memang sedapp aa guna pes wat sediri nie..try ler..1st time wat nie, wat skit je..nnt2 leh ler wat lg..

TOM YAM

Bahan-bahan Paste
150 g cili kering dikisar
50 g udang kering dikisar
50 g belacan
50 g asam jawa dibancuh dengan sedikit air
50 g bawang putih dikisar
50 g bawang merah dikisar
50 g gula
25 g garam
25 ml perahan limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat paste
Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.


Bahan-bahan Tom Yam
1 ekor ayam. Isinya diambil manakala tulangnya direbus untuk diambil stoknya.
1/2 kilo udang
1/2 kilo sotong
100 g cendawan tiram ( x letak pun)
2 biji tomato
2 biji bawang besar
1 tangkai daun bawang dihiris nipis
3 batang akar daun ketumbar(x letak gak.)
2 batang serai
10 keping daun limau purut
150 g lengkuas
100 g cili padi
25 g paste tomyam di atas
50 ml sos ikan ( x letak gak)
25 ml susu sejat
Gula dan garam dan perahan limau nipis secukup rasa
Daun ketumbar mengikut rasa

Cara membuatnya
Masukkan ayam, sotong dan udang ke dalam stok ayam tadi bersama-sama lengkuas, serai dan akar daun ketumbar.
Kemudian masukkan bawang, tomato dan cendawan.
Masukkan tomyam paste.
Kemudian masukkan sos ikan, susu sejat.
Masukkan perahan limau nipis, garam dan gula mengikut citarasa.

2 comments:

Jun said...

ida....malam td akak dinner tomyam gak...hehe...

SinaRRasuL said...

salam k jun..semenjak 2 menjak nie kan..ida cam kemaruk tomyam jer..asal kuar mesti nak mkn mihun tomyam..hihi..