Sunday, July 13, 2008

Jadual Diri Ku Sedikit Padat...

Maaf kerana tidak dapat meluangkan masa untuk mencoretkan sesuatu yang bernilai untuk tatapan diri terutamanya...hendak dikatakan jadual kerja yang sedikit padat...tidak boleh juga...kerana aku masih mempunyai ruang untuk menatap skrin komputer di pejabat mahu pun di rumah...a'la kulli hal nya...diri aku yang patut dipersalahkan...kerana masih kurang bijak untuk menguruskan ruang dan masa yang diberikan...15 hari aku mengumpulkan cerita ringkas untuk tatapan bersama kini:

29hb Jun (Ahad)- Ke Senawang
Sebelum berangkat, sempat lagi menatap Malaysiakini tentang berita tergempar...Anwar Dituduh Berliwat lagi....cerita besarr timbul plakkkk....

On the way ke Senawang, sempat lagi memenuhi jemputan ke program 'Exposisi Gaya Hidup Muslim Peringkat Daerah Batang' di Slim River...dapat jumpa sahabat2 lama..penggerak expo 'Us.Nazri' & the gang...tapi aku sedikit dukacita kerana sambutan dari penduduk amat mengecewakan...sedangkan pengisian amat menarik...nampaknya ada peningkatan dari sudut pengisian program...tapi mungkin ia lemah dari sudut promosi dan beberapa tindakan akhir dari pengurusan dan penganjur...

Aku sekeluarga meneruskan perjalanan ke Senawang...menziarahi ibunda dan kekanda kandung...alhamdulillah..lepas kerinduan dapat melihat ibunda tercinta dan melayan telatah anak2 saudara...malamnya pulak sempat lagi tgk live final Euro '08...

30hb Jun (Isnin)- Ke K.L
Petangnya ke rumah mak saudara di Jalan Cochrane..dekat Jalan Pasar Pudu...ziarah awal rumah mak cik...sebab 4,5,6 Julai nie...tak dapat hadir kenduri sepupu...jadi kami mari awal untuk 'lepas hutang'..

1hb Julai (Selasa) - Dari K.L ke Taiping
Paginya, kami tolong2 apa yang patut untuk persiapan kenduri...ambik cuti 2 hari (Isnin - Selasa) semata-mata nak langsai utang jemputan tak dapat hadir kenduri nanti...sekurang2nya ada juga bantuan dapat dihulurkan untuk persiapan kenduri tersebut...terpaksa buat gitu sebab tarikh tersebut ada tugas yang menanti...

Malamnya kami bermalam di Taiping...

2hb Julai (Rabu) - Ke Ipoh
**DYTM RM Raja Dr.Nazrin Shah

Pagi2 lagi dari Taiping ke Ipoh plak...untuk menghadiri jemputan 'Titah Mengadap Ke Bawah DYTM Raja Muda Perak'...pukul 9.30 pagi...10 pagi DYTM RM masuk bilik mesyuarat...isu utama adalah berkaitan tentang perlantikan AJK Kariah Masjid bagi seluruh daerah2 dalam negeri Perak...apa lagi kami (Pegawai2 Tadbir Agama Daerah) ditegur dan diberikan amanah baru bagi mengembalikan peranan dan fungsi masjid ke tempat yang benar...

20 minit jer dalam sesi mesyuarat tersebut...dari raut wajah DYTM RM Perak benar2 serius...mana tidak nyer...masuk2 jer...trus bertanya siapa dalam mesyuarat nie...ahli mesyuarat adalah dari kalangan OBJ (Orang Besar Jajahan) dan PTA (Pegawai Tadbir Agama)...maka sesi ta'aruf bermula...sebab kami tak pernah bermesyuarat dengan DYTM RM Perak selaku YDP Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak...kemudian...trus menyampaikan titahnya...kami semua udah jadi rupa reporter jer...salin jer apa yang dititahkan....

Lepas pada tu...trus DYTM RM tanya...ada apa lagi??...ada ler 2-3 dari kalangan OBJ bertanya...jurucakap dari kalangan PTA yang dilantik pun tak tercakap...mana tidak nyer...semua yang dititahkan kena belaka pada kami...tapi yang menggembirakan adalah...DYTM RM Perak telah mengembalikan kuasa yang sebelum ini PTA dinafikan iaitu untuk memilih AJK Kariah Masjid yang benar2 layak...jika sebelum ini...senarai j/kuasa yang sampai tidak mampu atau ada kuasa2 yang menghalang untuk kami dari kalangan PTA melakukan perubahan dan memilih yang selayaknya duduk untuk menyegarkan pentadbiran masjid...Insya Allah..aku akan detailkan titah tersebut dalam ruangan lain

Petangnya kembali ke P.Hulu

3hb Julai (Khamis) - Di P.Hulu
Menjalankan tugas seperti biasa...

4hb Julai (Jumaat) - Ke Besut
Paginya, masuk ke opis seperti biasa...dan menyelesaikan tugas2 terakhir untuk akhir minggu ini...udah ler 3 ari tak masuk opis...isnin-selasa ambik cti rehat, rabu plak di Ipoh...maka Khamis dan Jumaat ler nak settle apa yang patut...

Selepas solat Jumaat, adakan sedikit majlis jamuan untuk pelajar pratikal....3.45 ptg trus ke Gerik untuk membayar saman trafik....lebur RM150...itu pas pada diskaun disebabkan sekarang pihak trafik buat promosi...

Dari Gerik sekitar 4.45 petang, meneruskan perjalanan ke Besut...sampai ler lebih kurang 8.30 malam...

5hb Julai (Sabtu) - Ke K.B
Petangnya lebih kurang pkol 2 lebey...ke K.B untuk menghadiri 'Kursus 'Mock-Trial Bagi Penguatkuasa Agama JAIPk' dari 5 - 7hb Julai...yakni Sabtu sampai Isnin...memang excited btul nak ke K.B kali nie...sebab nie urusan rasmi...arap2 bleh ler berjumpa dengan pemimpin2 k'jaan Kelantan kali nie...

Lepas pada check-in Hotel Sutera Inn Prima..bawak kuarga pusing2 bandar K.B...satu bandar yang benar2 amat rasa bersesuaian dengan ketenangan jiwa dan fikrah diriku...aku tinggal di hotel...manakala kuargaku kembali ke Besut dengan bas...hehehe....

Malamnya..hadiri LDK...

6hb Julai (Ahad) - Di K.B
**YAB MB Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Bangun awal pagi...sekitar pkol 5 pagi..sebab nak gi solat subuh di Pulau Melaka iaitu di Masjid Tok Guru..lebih kurang 10 km ler dari hotel ke Pulau Melaka..dapat ler solat Subuh berjemaah berimamkan Tok Guru...malah dapat jugak mendengar kuliah subuhnya berkaitan kepentingan menyampaikan ilmu.

Tok Guru berhujah dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud "Diutuskan aku sebagai guru"..tidak kira apa pangkat dan gelaran kita...tok lebai, ustaz, tok guru, Pegawai Daerah, Ketua Polis dan sebagainya...maka jalankanlah tugas sebagai guru..dalam erti kata lain..jalankanlah tugas menyebarkan Islam dalam apa bidang yg diceburi..

Seingat aku..Tok Guru pesan..3 bahagian ilmu yg boleh disampaikan...ilmu yang berteraskan kepada mengenali Allah, ilmu yang menjuruskan kepada pegabdian kepada Allah dan ilmu yang berkonsepkan muamalat semasa manusia...yakni aqidah, ibadah dan akhlak...

Selesai bertazkirah...Tok Guru sempat lagi mentahnikkan anak2 yang baru dilahirkan dengan mengusap kepala mereka...memasukkan manisan iaitu kurma ke mulut baby dan meminumkan dengan air zam-zam...selepas itu, bergunting rambut dan mendoakan kesejahteraan ke atas baby tersebut...ada ler 3-4 baby gak...beruntungnya baby2 tersebut...

Alhamdulillah..selepas itu dapat ler kami bersalaman dengan Tok Guru...udah bersalaman kami ke luar dari masjid...tgk2 udah ada rombongan wanita dari Selangor katanya sedang menunggu di halaman rumah To Guru...kami pun turut sama melihat rumah sederhana seorang yang berpangkat Menteri Besar...

Tanpa berpagar..tanpa security guard...tanpa ada lanskap yang menarik..tapi cukup sederhana dan bersih serta teratur...dapat ler kami menghirup suasana nyaman dan merasai suasana pagi di halaman rumah Tok Guru...

Tika masa sudah menunjukkan waktu pukul 7 pagi...Tok Guru muncul di pintu keluar masjid...sambil tersenyum...trus disediakan kerusi plastik untuk Tok Guru duduk bergambar kenangan bersama ahli rombongan tersebut...maka aku bersama 5 orang sahabat turut sama ambil gambar kenangan bersama...

Tok Guru mohon maaf kerana tidak dapat meluangkan masa yang lebih lama untuk sesi bergambar tersebut...dan trus hendak ke pintu masuk rumah...tiba2 disekat oleh wartawan yang cuba mengambil pandangan darinya...

Apa lagi...kami skali lagi mengambil kesempatan tersebut untuk duduk disebelah Tok Guru sambil Tok Guru sibuk menjawab pertanyaan si wartawan tersebut...hehehe...ketika itu sudah menunjukkan 7.20 pagi...sedangkan pukul 8.00 adalah waktu beliau kena berada di pejabat...Insya Allah..akan aku masukkan gambar kenang-kenangan tersebut untuk dikongsi bersama..ada kat hset orang lain..adeiii..

Melihatkan rutin harian Tok Guru tersebut...menyedarkan kami betapa padatnya jadual seorang yang bergelar MB merangkap pendakwah tersebut ini...betapa besar dan banyak masanya diinfaqkan kepada urusan dakwah...ini baru berjawatan kecil..moga2 aku mampu menuruti jalan seperti insan yang bernama Nik Aziz tersebut...cth terdekat yang boleh dijadikan panduan...

Selepas dari itu, sesi kursus bermula...petangnya diadakan majlis kesimpulan dari 'mock trial' yang dilakukan...sebelum Asar kami skali lagi pusing2 bandar KB...tempat yang dituju kali ini adalah Masjid Sultan Muhammadi..dan kedai kitab bawah bangunan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan di Jalan Dato' Pati...

Malamnya..adalah majlis penutup..tetamu jemputan adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan mewakili Menteri Besar Kelantan..YB Dato' Ahmad Yaakob, Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan YB Us.Nik Ammar dan Pengarah JAHEIK Tn Hj.Abdul Aziz beserta Exco Agama, Pendidikan, Wanita dan Kebajikan Perak YB Zainuddin..

Selesai majlis tersebut, rondaan skali lagi ke sekitar KB ini dilakukan..kami menuju ke Pasar Wakaf Che Yeh...Subhanallah..jam telah sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam...tapi kunjungan dari orang ramai masih terus keluar-masuk ke pasar tersebut...

7hb Julai (Isnin) - Ke Besut
Skali lagi kami menuju ke Pulau Melaka..berimamkan Tok Guru untuk solat Subuh..tapi kali ini Tok Guru tidak menampaikan tazirah...mungkin kerana hari ini bermulanya sidang DUN...

Pkol 9.30 pagi...bersiap2 kembali ke Besut...

8hb Julai (Selasa) - Kembali ke P.Hulu
Hari ini ambil cuti gantian...pkol 4.15 petang jugak bertolak dari Besut...sampai rumah lebih kurang pkol 9.15 malam.

9hb Julai (Rabu) - Di P.Hulu
Mengadakan 'Msyrt Persiapan Program Seminar Kemahiran Keibubapaan' pada paginya...

10hb Julai (Khamis) - Di P.Hulu
Mengadakan 'Msyrt Pengurusan Pejabat' kali kedua pada tahun ini...9.45 - 11.45 pagi...2 jam berlangsung...almaklum ler...6 bulan tak pernah berjumpa...maka banyak ler perkara yang dibincangkan....

Mana tidak nyer...segala perancangan setelah bertukar kerajaan...terpaksa disesuaikan...maka kesesuaian tersebut baru kini diperolehi...

11hb Julai (Jumaat) - Di P.Hulu
Menyelesaikan tugasan2 sebelum cuti mingguan...

12b Julai (Sabtu) - Di P.Hulu
Paginya, berehat saja dirumah...layan anak...selepas Zohornya, menghadiri jemputan untuk merasmikan 'Msyrt Agung Pertubuhan Kebajikan Pengkalan Hulu'...

13hb Julai (Ahad) - Di P.Hulu
Hehehe.....maka pada pagi ini aku menyiapkan segala apa yang berlaku dalam 15 hari sudah...15 hari yang sudah, selain memenuhi segala aktiviti dan tugasan tersebut...sempat aku membaca dan menyoroti serta mengamati segala peristiwa yang berlaku sekitar apa yang dilaporkan oleh media arus perdana dan juga laman2 berita alternatif untuk aku kongsi bersama selepas pada ini....Insya Allah...kita berjumpa lagi dalam coretan yang selepas ini...

Tengahari nie cadang nyer nak berkelah 3 beranak di Baling...

No comments: