Wednesday, July 16, 2008

Anwar Mungkir Janji Manifesto Turun Harga Minyak!!!...

Kenyataan pertama

Ahmad Shabery berkata, pembangkang seharusnya menurunkan harga daripada kadar sebelum 5 Jun bukannya berdasarkan paras semasa.

Sambil menyifatkan pendirian Pakatan Rakyat sebagai sesuatu yang populis, Ahmad Shabery memberitahu, berdasarkan kempen pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu, Anwar telah berjanji akan menurukan harga dengan mengambil kadar ketika itu.

"Sebelum pilihan raya harga hanya RM1.91 seliter (sehingga 4 Jun), tak timbul harga semasa sekarang.

"Kita kena pegang kepada keadaan asal sebelum pilihan raya umum," kata beliau yang memulakan debat bertajuk Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak anjuran portal berita Agendadaily, yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini bermula pada 9 malam.

Sila rujuk sini

Satu lagi....

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata debat Selasa malam membuktikan Anwar memberi janji palsu kepada rakyat daripada segi menurunkan harga minyak jika Pakatan Rakyat dipilih untuk memerintah negara.

"Jelas Anwar tidak dapat melaksanakan manisfesto pilihan raya PKR untuk menurunkan harga minyak dan pada hari ini terdedah dan terbukti bahawa beliau hanya temberang," katanya.

Sila rujuk sini

Tak boleh pakai si Anwar nie!!!!!...begitulah kesimpulan dari dua kenyataan diatas...tapi tahukah anda dan kita2 semua nie...janji manifesto PKR dan PAS semasa itu dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA)...adalah menurunkan harga minyakkk....

Sekarang...dikenali sebagai PR dari kalangan PAS,PKR & DAP...masih komited mahu turunkan harga minyakkk!!!...dalam janji manifesto tersebut...tak disebut nak turunkan seberapa jumlahnya...yang penting....tetap turun!!!udah korang penaikkk...kami turunkan!!!...

O.K lah fine...masa RM1.92...si Anwar tawarkan turun sebanyak RM0.30....tapi skang udah korang penaikkan sebanyak RM0.78...jadi RM2.70...si Anwar tetap tawarkan 'Hari ini memerintah, esok turun harga minyak'...sebanyak RM0.50..jadi ler RM2.20...janji tersebut amat munasabah...sila tgk posted aku yg sebelum nie...Kenapa turun 50sen / Samah jer??

Inilah tandanya PR tetap komited dan berpegang teguh dengan janji manifesto untuk turunkan harga minyak...yang korang terutama si Najibtuya tu...janji pas PRU harga minyak tak naik...alih2..2-3 bulan pas PRU...penaikkan harga minyak...

Si Khairy cakap orang penipu...hangpa lagi penipu....blajor tetinggi..sampai cucur atap Oxford...udah jadi MP....masih tetap nampak kePANDIRannya...

No comments: