Wednesday, December 3, 2008

Kembar 3 setahun...

Aku baru jer call bonda di Senawang petang semalam (3 Dis)...alih2 dapat khabar gembira lagi...musim mengawan agak nyer...teringat peristiwa pada tahun 2005...mana ke tidak nyer...keturunan M'Z makin membiak subur...huhuhuu....3 orang baru muncul dalam tahun tersebut....

Tahun 2004, sempurnalah sudah kami 3 beradik memasuki alam berumahtangga...aku yang bongsu...jadi aku ler yang last...tak der ler langkah badut lagi berbendul2....pada tahun 2004...aku dah mempunyai 2 orang anak sedara...Nur Iffa Najwa (2002)...dan Muhammad Sayyid Suffian (2004)...pasangan sulung tersebut adalah jua dari pasangan kekandaku...yang selamat diijabkabulkan pada tahun 2001 dan 2003....
**Inilah dia trio kembar 3 setahun!!..**

Pada tahun 2005...bonda aku dapat 3 orang cucu sekaligus dari kami trio M'Z (Freda, Raimie & de'Reza)...3 cucu tersebut..Fauzul Iman Reza, Muhammad Hilmi & Aina Nur Nadirah...menjadikan jumlah keseluruhan buat ketika itu 5 orang keseluruhannya...

Pada akhir Syawal atau penghujung Oktober yang lepas..aku mengkhabarkan kepada bonda bahawa cucu bonda kini dalam proses dari kami kuarga de'Reza...alhamdulillah....rupa2nya khabar tersebut membuatkan naluri seorang ibu menjangkakan akan ada yang menuruti...sebab dah salah sorang yang mula...
**Bonda bersama cucu sulung 2005-Iman Reza**

Alih2....apa yang dijangkakan...menjadi kenyataan...bonda mengkhabarkan kekanda Freda kini sedang muntah2 untuk anak ketiga....syukur....kini kami menanti pula khabar gembira dari kekanda Raimie...pasti berhempas pulas dia pas nie...heheheee....

Entahlah...apa yang nak dikatakan lagi...kami trio M'Z nie pun lahir berturutan tahun....bonda selamat melahirkan kami 3 tahun berturutan...Dis 1976, Nov 1977 & Okt 1978.... alih2...untuk cucu2 ayahanda M'Z pun berjangkit jugak ker??!!!...hahahaa..

A'la kulli halnya...alhamdulillah, syukur...inilah rezeki kurniaan Ilahi...moga2 dengan kurniaan rezeki pertambahan keturunan M'Z ini membuatkan kami semuanya bertambah rapat hubungan silaturrahim dan kasih sayang...

Nikmat keturunan ini adalah satu nikmat yang semua orang hajati...tidak kira betapa besar pangkat dan hinanya ia...hatta para Nabi A.S juga memohonnya...sebagaimana dalam surah Al-anbiyyak, ayat 89...
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik...
**Ayahanda M'Z bersama 5 org cucu-cucunya**

Point penting di situ adalah terdapatnya salah satu doa yang warid dari wahyu Quran utk diamalkan buat suami-isteri yang mahukan keturunan...moga2 zuriat keturunan menjadi 'Qurratul A'ini @ Penyejuk Mata' kita & 'Pemimpin Gol.Muttaqin'....amin....

2 comments:

k a s e h K A M I said...

Seronoknya bila keluarga bertambah besar.. Maca kami jugak le.. Thn 2008 ni atuk opah babah dapat 4 cucu serentak. 3 dah meletus lepas raya, 1 lagi tunggu hari. Babah kami ni anak yg ke5, kekanda2 babah yg no1 sampai no4 lah tambah anak ke4 thn ni. Diorang paksa babah gak awal tahun dulu supaya tambah anak yg ke 4 juga thn ni.. tapi babah tak nak sebab baby Faei baru setahun.. nak relax sikit..

*~De' Reza Family~* said...

hihihi...bakpo nyer tunggu2 meor...balun jer...huhuhu...