Wednesday, April 15, 2009

Logo Halal Yg Diiktiraf Oleh JAKIM

Dibawah nie aku sertakan kepelbagaian logo halal ke atas badan2 luar negara yang telah diiktiraf oleh JAKIM...

Oleh itu, sila print pamplet yang aku sertakan ini....dan bawa bersama senarai logo halal tersebut ke pusat2 beli belah sebagai panduan dan rujukan semasa operasi 'menyoping' sedang dilakukan...

Moga2 usaha kecil tapi besar ini mampu memberi nilaian yang terbaik buat diri dan ahli keluarga kelak...kerana apa???!!!kerana Nabi SAW pernah memberi panduan buat kita sebagaimana terkandung dalam hadis yang ke-10 dalam susunan kitab Hadis 40-Imam An-Nawawi seperti dibawah

Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW :

" Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Rasul .

Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. '
Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. '

Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh(bermusafir).
Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku !

Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram.
Alangkah jauhnya doanya untuk dikabulkan. '



Oleh itu...selain dari kita pastikan segala bekalan yang masuk dalam kerongkong kita dari perkara yang halal..tugas utama yang perlu adalah pastikan juga sumber perolehan atau kewangan untuk beli bekalan tersebut juga jauh dari perkara yang syubhah...

9 comments:

Their mommy said...

ASSALAMUALAIKUM SAUDARA,

BOLEH SAYA TAHU DIMANA BOLEH SAYA DAPATKAN PAMPLET DIATAS? SAYA CUBA PRINT, TP TAK JELAS. HARAP SAUDARA DPT MEMBANTU.

TERIMAKASIH.

*~De' Reza Family~* said...

w'salam...

pamplet asal adalah dari Jabatan Agama Islam Perak...
jika bleh saya emailkan..tlg beri address email...

ieYNa said...

salam,
saya pon mohon agr pamplet tu juga di emel pd sy..

snz_ieyna@yahoo.com
thanks..

zila said...

salam,

saya pun nak jugak pamplet tu..emel pada saya :

rieza_leez@yahoo.com

tima kasih..selamat berpuasa dan selamat hari raya

sani said...

salam...tolong email jugak kpd saya ye ...terima kasih...email saya...azmi.abrahman@yahoo.com

*~De' Reza Family~* said...

maaf..blom sempat menunaikan hajat sahabat2 sekalian...

saya menanti list syrkt2 yg terbaru setelah dikemaskini utk paparan blog dan perkongsian dgn shbt2 semua...insya allah..

ZyZ said...

sy nk. kalo leh re-scan blk. bia nmpk full border brochure tu. email nk gak ke? :p

Anonymous said...

sy nk jgk..emel kt sy
aufa_8117@yahoo.com
jazakallah

Anonymous said...

salam, saya nk jga, mntak sape2 tlg forward kpd ana..
muhaimiz@yahoo.com