Bulan Mei 2009 nie..genap ler 5 thn aku sekeluarga bertapa di kuarters kerajaan nie...tapi tiada satu pohon pun yang aku tanam buat kenang-kenangan apabila keluar dari tempat pertapaan nie...
Sebelum nie...ada ler jugak usaha nak menanam...tapi tak berhasil...tanam bijik buah pelam...tapi tak timbul2 pun batang nyer....tanam batang pisang....alih2...tumbang gitu jer....mana tak nyer...pas aku mencangkul segalanya...bajanya hanya 'tawakal'...huhuhu
Aku hanya berserah segala2nya kepada kekuasaan Allah...Yang Menghidupkan & Yang Mematikan...kalo dia tumbuh hidup dan subur...alhamdulillah...kalo mati atau pucuk tak timbul2...maka itu kehendak-Nya...kuat sungguh tawakkal dan berserahnya aku kepada ketetapan qada' & qadar-Nya...
Aku nie bukanlah jenis yg suka bercucuk tanam nie...aku hanya minat dan suka melihat kepada keindahan...dan aku hanya mahu melihat hasil darinya...itu saja...
Sebenarnya tiada apa yang istimewanya...tapi hanyalah untuk menanam 3 pohon sebagai salah satu bekalan untuk dikongsi bersama ahli keluarga...moga2 ia menjadi satu amalan kebaikan bersama...
Bulan Mac yang lepas sebenarnya...terlalu banyak istimewanya...kerana pada bulan Mac...adalah bulan Rabiul Awwal...di mana bulan tersebut adalah 'Wedding Anniversary' yang ke-5 kami...selain itu..bulan Mac adalah tarikh 'birthday' buat putera sulung kami 'Fauzul Iman Reza' pada 25hb Mac....manakala buat 'MyLover' juga pada 23hb Mac...yang lalu...
Mengambil kesempatan sempena itu...usaha penanaman pohon tersebut dilakukan...moga2 dengan tanaman 3 pohon nie...mampu memberi kebajikan kepada sesiapa sahaja termasuk binatang2 yang menyinggah dan bernaung di bawah pohon tersebut dan memakan hasil produk darinya...
Aku sekeluarga memohon kehadrat Ilahi..semoga amalan sekecil ini mampu dikira sebagai amal jariah yang tidak berakhir dan dikirakan sebagai amalan hasanah kami sekeluarga untuk dipersembahkan kepada-Mu kelak seperti mana manfaatnya dan berkualitinya kegunaan 'Pohon Demokrasi' di Ipoh...amin....
Siapalah disebalik 'Pohon Demokrasi' nie???....
No comments:
Post a Comment