Panas kerana marah....panas kerana baran...panas kerana tak sabar untuk mengundi....panas kerana segala projek tergendala....panas kerana segala tuntutan dan bayaran masih belum ditunaikan....
Dan yang akhir sekali...walaupun dikurniakan bumi Perak setiap petang dengan limpahan hujan..tapi kepanasannya tetap dirasai...sehingga ke Pengkalan Hulu...walaupun ia dikenali sebagai 'Cameron Highlands Perak' kerana berada di puncak bukit....terkenal kerana kesejukannya...
Posting aku kali ini bukan kerana politik...tapi saja aku kait2kan jer...aku nak cerita pasai bil api umah aku jer....akibat kepanasan...membuatkan bil api rumah aku meningkat mendadak...huhuhu...bleh le tgk seperti di bawah...
Mana tidak nyer...sebelum nie...tak kira ler waktu tidor atau tidak..pusingan kipas pada kadar kelajuan 2-3...tapi kali ini...kadar kelajuannya meningkat 4-5...maka rasa ler akibatnya...itulah antara sebab utama... yang asyik 'on' 24 jam hanya...peti ais...manakala yg lain nya...tv, mesin basuh, seterika, lap top...itu mengikut keperluan dan sekadar penggunaan jer...
Jika direnung2kan kembali...ruper2nya rumah aku nie...udah lama tak bukak tingkap...udara tak kuar-masuk...tingkap usah dihitung ler banyak nyer...sampai tak larat ler nak menempah 'langsior' nyer...tapi idak terbuka...itu arahan dari aku...
Sebabnya...sejak memenjak nie...rajin bebenor ler binatang berbisa masuk menziarahi rumah aku...tetamu tak diundang nie...2-3 kali jugak ler...bila dihalo....sebagaimana saranan dan ajaran Nabi SAW...dia kuar...malaikat ler tu kot...ada jugak yg tak kuar...
Berbalik kepada bab kepanasan global nie...terkenang kembali masa mula mendiami Pengkalan Hulu nie...ada ketikanya kesejukkannya sehingga minyak dikuali rumahku membeku...membuatkan hati dan fikiran tenang di sini....tapi sekarang ia dinodai oleh kerakusan pembangunan....
Wallahu A'lam...
No comments:
Post a Comment