Wednesday, July 29, 2009

Anak Saudara Baru...

Alhamdulillah...baru2 nie...aku dapat berita gembira...bertambah lagi anak saudara aku...dari 4 orang menjadi 5 orang skang...akak aku slamat melahirkan baby boy...seberat 3.2kg...pada pukul lebih kurang 4.00 petang, hari Ahad bertarikh 26.07.2009M bersamaan 4 Syaaban 1430H yang lalu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Maka dapatlah rakan sepupu yang sebaya dengan adik Rayyan...kira2 sebulan selepas kelahirannya...aku blom dapat bertentang mata dengan anak saudara baru tu lagi...moga2 dia sihat je...insya Allah...raya nie kita berjumpa..k...

Tapi yang best dan mengejutkan aku...abg ipar aku...abang Murad seolah memberi penghormatan pada aku kali ini utk memberi nama pada anaknya yang ketiga ini...baby boy pertama mereka setelah dua puteri menjadi penyeri hidup yang dibina dari tahun 2001..

Maka aku berilah cadangan nama - Muhibbur Raziq - 'Pencinta Pemberi Rezeki' dan Nur Abrar Abqari - 'Cahaya Orang Cerdik Lagi Bijaksana'...nama kedua tu aku cilok dari nama anak sahabatku iaitu arwah Fauzi Kedah....

Dipilihnya akan nama Nur Muhibbul Ajmal Bin Murad......'Cahaya Pencinta Yang Paling Cantik'...moga2 kalian yakni Rayyan dan Ajmal akan menjadi penga'bdi yang taat kepada Ilahi dan ibubapa...amin....

No comments: