Pada ketika ini, segala media mendahulukan segala indeks pencapaian arwah untuk tatapan umum membuat penilaian bahawa betapa kita kerugian yang amat sangat dengan pemergian arwah...memang tidak dinafikan...segala hasil kerja arwah mendapat pengiktirafan...
Bukan itu hajat ulasan atas hasil karya arwah....kerana sebelum pada ini...ia belum pasti...tapi dengan pendedahan akhbar Kosmo!...ia menjadi kepastian dan realiti..pendedahan ini membuka kepada perbicaraan umum yang meluas...rujuk artikel di bawah:
Aku mula mendapat tahu hal ini pada ketika rancangan bual-bicara yang dihoskan oleh saudara Rosyam Nor dan menampilkan tetamu pada ketika itu seorang yang berimej pondan/maknyah..seingat aku soalan yang diajukan hos ketika itu "siapa(dikalangan pondan/maknyah) yang mendapat tempat dikalangan masyarakat ketika ini?"...dijawabnya secara sepintas lalu..."Yasmin Ahmad"...dan terus dipintas oleh saudara hos...mungkin tidak mahu ia dibicara dan dibahas...
Aku terpinga...dan cuba dapatkan kepastian dari isteri...apa benar pendengaran ku...tapi aku tidak bisa utk membicarakannya...kerana tiada khabar yang benar2 meyakinkan...sehinggalah aku mendapat kepastian disaat gelaran 'Allahyarham' dikalungkan atau lebih tepat lagi dengan pendedahan akhbar Kosmo! ini...
Apa2 pun...kita sudah ada panduan...jadi aku mengajak semua utk klik ke laman web al-ahkam.net...dan search perkataan 'Khunsa'...di sana sudah ada bicara hukum dan panduan yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW pada ketika menghadapi situasi sebegini dan pada ketika ini ia amat berleluasa malah mendapat tempat dan pengiktirafan dikalangan kita...
Setelah dirujuk kepada jawapan panel al-ahkam.net menukilkan pandangan ulamak yang berhujjahkan al-Hadis...si khunsa ini iaitu mereka yang mempunyai 2 alat kelamin (lelaki & perempuan) atau tiada langsung alat kelamin...manakala mukhannath iaitu mereka ini lelaki yang menyerupai perempuan dan sebaliknya....
Jika khunsa...ia ditentukan oleh keaktifan alat kelamin jantinanya...jika alat kelaminnya aktif mengeluarkan air mani...maka ia berstatus jantina lelaki....jika alat kelaminnya aktif mengeluarkan darah haid..maka ia berstatus perempuan...
Manakala jika ingin melakukan pembedahan bagi golongan khunsa ini...ia mesti mendapat pengiktirafan dari doktor yang thiqah dan kuat agamanya utk memeriksa kecenderungan pada genetik dan tabi'e tubuh badannya...pemilihan tersebut mesti dibuat utk menentukan segala hukum syarie bg dibebani dan dipertanggungjawabkan kepadanya...
Bukannya main ikut perasaan dan hati...jika ikutkan keduanya tanpa panduan syariat...maka satu lagi panduan yang datang...iaitu panduan syaitan...satu lagi yang menjadi persoalan...bagaimana si khunsa atau mukhannath ini bernikah??...ia turut dijelaskan oleh panel al-ahkam.net...
Fuhh...sungguh istimewa kes ini...aku serahkan pada kalian semua membuat segala andaian atau keputusan...andaian, keputusan atau jawapan perlu dilapit dengan ilmu...bukan utk membuka keaiban si mati tapi ia memberi pengajaran buat yang masih bernyawa meneruskan agenda utk mencapai rahmat ke seluruh alam...
Bagi pihak berkuasa...Jabatan Agama ke...Jabatan Kesihatan ke...atau Jabatan Pendaftaran ke...pastikan perkara ini tidak berulang...jadikan ia sebagai pengajaran...jangan main daftar jer...kejap laki...kejap pompuan...kejap Islam...kejap murtad...para doktor jugak jangan terlalu ghairah untuk mencabar kekuasaan al-Khaliq....
Manakala para ibubapa juga perlu memainkan peranan...jangan serah pada pihak berkuasa...kerana anda juga ada share....!!!
Akhir kalam..."sesungguhnya setiap kematian itu ada i'brah utk kita ambil sebagai panduan"...moga Allah mengampunkan dosa hambanya yang mukmin sama ada yang telah mati dan yang masih hidup...amin...wassalam....
9 comments:
Assalamualaikum,
anta, kita yang tak tahu apa2 ni, tidak perlu lah untuk bercakap banyak.
kita juga bukan tuhan utk mengadili orang. oleh itu, biarlah antara beliau dan Allah. tidak perlulah kita yang masih hidup ni, mencari2 kesalahan orang yang telah pergi.
kita ambil pengajaran, mati datang pada bila2 masa. persiapan untuk kesana adalah lagi penting daripada mempersoalkan benda yang remeh temeh. daripada nak berdakwah, terus jadi lain.
cuba baca blog ni, sangat humble dan membuatkan saya rasa agama saya indah dengan adanya orang2 seperti ini -->sigapsiaga.blogspot.com
wallahualam.
terima kasih zee...atas nasihat dan blog tersebut...blog tersebut ditujukan khas kepada wartawan...
manakala aku...hanyalah pembaca hasil mahsul tulisannya...
tulisan aku kali ini...bukan ditujukan khusus pada arwah...tapi aku cuba kutip i'brah utk diambil dr kematian tersebut...itu satu...
keduanya...permasalahan yg timbul dr pandangan Islam dalam sudut feqh iaitu masalah khunsa dan mukhannath....
itu saja...tulisan aku bkn utk mengadili arwah...kerana aku telah kembalikan kepada pembaca...
lagipun...sebagaimana kata zee...biarlah Allah yg berhak mengadili...antara arwah dan Allah...
terima kasih zee
statemen ni:
"kita juga bukan tuhan utk mengadili orang. oleh itu, biarlah antara beliau dan Allah. tidak perlulah kita yang masih hidup ni, mencari2 kesalahan orang yang telah pergi"
Dijawab sendiri:
"kita ambil pengajaran, mati datang pada bila2 masa. persiapan untuk kesana adalah lagi penting..."
ayat2 yg BERBAU sister in islam ni selalu dijumpai..
"itu urusan dia dengan tuhan..."
bak kata tuan blog, bukan nak aibkan simati tapi kita yg hidup ni kalo tengok bende tak betol tak leh biar. selemah-lemah iman pon kurang2 nya ada rasa benci dgn bende tak betol tu...
so lagi elok la kalo diperdebatkan agar budak2/matrempit dan sebagainya akan lebih paham agama sendiri, bukan biar jer..
kepada hantamsajalah & empunya blog..sekiranya anda ini begitu hebat sgt ttg islam..saya amat2 berduka cita dgn sikap anda berdua..Ya Allah..Dunia nak kiamat..anda renung & fahami sedalam2nya kalam Allah..sedalam2nya Al-quran y mempunyai maksud mendalam...sesungguhnya anda tidak layak n kita semua amat hina di sisi Allah..jgn sampai menjadi penfitnah dalam kamu tidak sedar..sekiranya tidak tahu lbh lanjut,maka diam lbh bermakna..
tidah payah & tidak susahpun sekiranya kita sebagai hamba DIA yang masih hidup ini ringankan hati n suara kita sedekahkan Arwah Al-Fatihah..tidak payah & tidak susahkan kita sebagai hamba DIA ini mengucapkan kata2 maaf...MasyaAllah..
".sekiranya anda ini begitu hebat sgt ttg islam..saya amat2 berduka cita dgn sikap anda berdua..Ya Allah..Dunia nak kiamat..anda renung & fahami sedalam2nya kalam Allah..sedalam2nya Al-quran y mempunyai maksud mendalam...sesungguhnya anda tidak layak n kita semua amat hina di sisi Allah..jgn sampai menjadi penfitnah dalam kamu tidak sedar..sekiranya tidak tahu lbh lanjut,maka diam lbh bermakna."
bro die bukan hine atau ape tp itu contoh sebagai panduan kepada yang lemah dan tidak tahu...contoh kepada generasi akan dtg untuk panduan ...yg pergi mmg pergi..kita yang hidup ni jadikan sandaran...dibicarakan hal ni sbb ramai masih xfhm,kalo ko dah paham hukum hakam wajib ko sebarkan dan bg semua org faham daripada diam...sekurang2 nye owner blog ni ade info tersirat,,,len kali bace la dan faham jgn men hentam nk malu dukacita watpe..disoalkan nape xlayak.>>>"Ya Allah..Dunia nak kiamat."<<<<<ayat ingat jgk kiamat...kalo bukan sesame kita untuk bicarakan hal nk tgu kapir laknat bicare kan ke bro,,,,ade otak pikir,,,,ade ilmu kongsi.....kalo ko sedar dnia nk kiamat...ko mesti tahu para ilmuan suka dicari,,,,oenulis hanye berkongsi maklumat.....dari ade ilmu,diam xsebarkan,simpan untuk diri sendiri watpe...lagi wat malu dan hina
Assalamualaikum. maaf jika saya menyatakan perihal ini.. bila kita kurang ilmu, kita harus belajar.. bila telah belajar , kita perlu mengajar.. jangan sampai yang tidak berilmu menjadi kurang ajar.. mungkin empunya blog tak berniat untuk mengaibkan sesiapa.. dan jadi manusia bertindak lah menggunakan akal.. bukan nafsu semata.. yang menegur secara baik tiada masalah.. tuan punya blog juga.. akan tetapi tidak perlu wujudnya sehingga bergadoh.. jaga bahasa kita.. hormati dan hargai orang lain.. baru lah kita dapat balasan yang sama..menasihati tidak menjadi salah.. tak suka..tak apa.. jangan ambil kisah.. jangan menidakkan kuasa Allah swt.. "jika DIA berkehndak sesuatu itu terjadi, maka jadilah"..
WAllahualam bissawab.
Khunsa boleh berkahwin...
Dengan syarat..
Hanya 1 alat kelamin yang di gunakan...
Allahu'alam...
aku saje google yasmin ahmad pasal kat google doodle tribute yasmin ahmad.
dah macam nak bergaduh dah aku baca komen2 kat sini. Tapi aku taktau lerr sebab dlm tulisan kita boleh interpret dgn pelbagai emosi. takpela... asal kita taat Allah dan rasul setel.
Wallahu a'lam...al-fatihah kpd arwah..smoga mnjd iktibar kpd kita smua..insyaAllah
Post a Comment