Kematian ini membuka ruang utk sekali lagi kita menghadapi PRK lagi buat kali ke-8 selepas PRU ke12 pada Mac 2008 yang lalu...SPR menjangkakan akan mengadakan mesyuarat selewat2nya pada 10 Ogos ini utk membincangkan tarikh yang sesuai utk hari penamaan calon dan pembuangan undi...
Dari 7 PRK yang telah dilalui...hanya 2 PRK saja tarikh pembuangan undi yang dipilih oleh SPR pada hari cuti bekerja...iaitu
- hari Sabtu (17 Jan 2009) bg PRK Parlimen K.Terengganu dan
- hari Ahad (31 Mei 2009) bg PRK DUN Penanti...
- 26 Ogos 2008 bg PRK Parlimen Permatang Pauh
- 7 April 2009 bg PRK Parlimen Bkt.Gantang, PRK DUN Bkt.Selambau, PRK DUN Btg.Ai
- 14 Julai 2009 bg PRK DUN Manik Urai yang baru berlalu...
Tapi itu amalan masyarakat Melayu..peristiwa ini yakni PRK DUN PP ini mengingatkan aku akan kembali kepada peristiwa Peperangan Uhud dan Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal pada tahun ke3H dan ke5H...
Peperangan Uhud..kaum mukminin hanya 700 orang utk menentang 3,000 orang musyrikin, manakala Peperangan Ahzab...kaum mukminin hanya 3,000 orang bertempur dengan 10,000 orang bala tentera dari barisan Ahzab (dari kalangan puak Quraish, bani Asad, bani Kilab, bani Syaiban dan hampir seluruh bani dan kabilah duduk dalam satu sekutu dan membuka tangan kerjasama dengan golongan Yahudi Madinah serta golongan kaum munafiqun)...
Oleh itu, ambillah kedatangan Ramadhan ini sebagai latihan untuk memantapkan aqidah dan pentarbiyyahan diri melengkapkan segala persiapan, pertahanan, perisai dan perancangan strategi utk melawan segala perancangan jahat tentera 'Ahzab Moden'...
Untuk mencapai kemenangan dalam PRU akan datang...anggaplah Allah SWT telah memberi latihan sebanyak 4 PRK termasuk yang akan datang ini sebagai ujian dan pra-syarat utk mendakap kemenangan yang begitu mahal ini...
Sebagaimana dalam persiapan menghadapi Ahzab ini, Nabi SAW telah nampak akan sinar kejayaan Islam dalam satu hadisnya yang bermaksud:
"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……" (Riwayat Imam Ahmad)
Sambutlah kedatangan Syawal nanti, insya Allah..dengan laungan takbir dan berdoa - واعز جنده وهزم الاحزاب وحده - "Yang memuliakan tentera muslimin dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaanNya"..
No comments:
Post a Comment