PUTRAJAYA 7 Julai - Tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah betul semasa melaksanakan kuasa prerogatifnya untuk meredakan pergolakan politik Perak dan mengekalkan maruah negeri itu, kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zainun Ali.
Hakim Zainun berkata, satu daripada kuasa eksekutif yang kritikal bagi seorang Raja dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengikut perlembagaan bagi mengekalkan kententeraman awam demi kepentingan awam dan oleh itu kesedaran baginda berhubung signifikan daripada pelaksanaan kuasa prerogatifnya itu tidak boleh dipertikaikan.
“Keadaan di Perak pada masa itu boleh dianggap sebagai sudah tidak normal, tidak jika seseorang menganggapnya sebagai normal, ketegangan politik, tekanan politik yang memuncak, suspens dan pengkhianatan dan pertukaran kesetiaan politik, sebagai satu yang rutin dan semuanya dalam pekerjaan harian.
“Kematangan dan kebijaksanaan Raja adalah wajib. Pelaksanaan kuasa prerogatif ini adalah lebih kritikal jika jentera kerajaan yang normal mengalami masalah,” kata Hakim Zainun dalam penghakiman bertulisnya setebal 115 muka yang dikeluarkan hari ini.
Pada 22 Mei, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Raus Sharif, Zainun dan Datuk Ahmad Maarop telah memutuskan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah, yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menyebelahi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
- BERNAMA / *Sumber dipetik dari Utusan
--------------------------------------------------
Dah lama tak ulas isu semasa nie..tapi malam nie aku tetiba jadi marahhhh.....tuan hakim janji nak siapkan penghakiman bertulis 2-3 hari dari keputusan yang dibuat pada 22hb Mei yang lepas...
Udah sebulan lebih....baru terbit penghakiman bertulis setebal 115 muka surat....sesetebal 115 helai kertas tersebut....yang menjadi hujah atau dalil kick-point keputusan 8 minit tersebut hanyalah membenarkan tindakan Sultan Perak....
Sultan Perak???....kenapa keputusan perlu berselindung disebalik institusi diraja???....setahu aku si Nizar bukan hendak mempertikaikan tindakan 'si warga berlabel kuning' tersebut...
Si Nizar menfailkan saman untuk mendapat penjelasan ke atas perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Perak...tentang prosedur perletakan jawatan melalui 3 kaedah tersebut...
Apa ke hal si hakim kaitkan ngan warga label kuning tu??...itu hujah puak2 lanun perampas tersebut...ni negeri adalah 'Raja Berperlembagaan'!!!!bukannya dia berkuasa mutlak!!...
Aku benar2 tak puas hati....walaupun aku tak baca 115 m/s tersebut....aku tak kira...sebab keputusan diatas itu saja yang dipaparkan melalui media yg menjadi hujah si hakim tersebut...
Sebagai warga & kakitangan yang dizalimi...dizalimi dari sudut emosi, moral dan tindakan...aku tak dapat nak terima hujah si mamat 'kaki sebelah dah menapak di neraka' nie....apa yang mampu...aku akan teruskan berdoa...kerana itu saja senjata yang aku miliki....
No comments:
Post a Comment