Friday, May 9, 2008
Bulan Mei: Sesuai untuk bermuhasabah…
Sedar tidak sedar….pejam celik pejam celik…udah masuk bln 5….jika dihitung hari ke hari…minggu ke minggu…bulan ke bulan…tahun ke tahun….maka kita sebenarnya semakin menuju ke penghujungnya….
Penghujung minggu??...penghujung minggu??..penghujung bulan??...penghujung tahun??...penghujung usia??...semua persoalan itu boleh dijadikan sempadan kita…tapi buat diri kita apakah segala misi dan visi yang dirancang di awal tahun lalu telah hampir separuh terlaksana dan tercapai???...
Maka persoalan itu perlu ditimbulkan juga…kita kini telah memasuki pertengahan tahun…buat diriku sebagai anggota perkhidmatan awam sibuk pada awal tahun merancang rancangan/aktiviti/program untuk pengisian tahun 2008 ini…ia dinamakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)…
Maka elok benar kini kita membuat post-mortem atau bedah siasat atau yang lebih islamiknya bermuhasabah mengkoreksi mencari kelemahan diri dan organisasi yang patut dikambus dan ditanam. Juga bermuhasabah mengkoreksi mencari kekuatan diri dan organisasi yang mana perlu diperkasakan dan dipamerkan serta diperkasakan bagi mencapai objektif dan hasilnya untuk kebaikan diri, organisasi, masyarakat, negara dan umumnya kesejahteraan di dunia dan akhirat...
Sebagaimana doa yang disebut2 iaitu doa sebaik2nya bagi seorang mukmin seperti firman Allah SWT:
وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار
Maksudnya: Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"]. (Al-Baqarah – 201).
Moga2 kita tidak kelewatan dengan melakukan perkara ini….sebagaimana kata2 Saidina Umar R.A: “Koreksilah diri kamu sebelum kamu dikoreksi kelak”...mudah2an kita mencapai kejayaan….wassalam.
Labels:
Coretan De-Rez
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment