Friday, May 9, 2008
Hari Ini Aku Off..….
Alhamdulillah…akhirnya dapat jugak aku ambil cuti rehat pada hari kerja nie…setelah sekian lama aku berhempas-pulas bagi melaksanakan tugas dan berusaha mencapai yang terbaik sedaya mungkin…dari satu hari ke satu hari untuk ambil cuti…tapi demi tugas yang penting terpaksa aku tangguhkan sehinggalah ke ari ini…
Alhamdulillah…masa terluang ini, dapat ku isi untuk bersama ahli keluarga…dapat merehatkan badan…dan dapat jugak menenangkan minda…bagi menjana pertumbuhan ideal baru, menyegarkan fikiran dan tubuh badan…
Satu ari penuh ini aku berada di rumah saja…menghabiskan masa melihat telatah anak….membantu serba sedikit isteri tercinta serta menyumbang idea terbaru untuk projek terbaru yang dalam perancangan dan pembikinan..
Sejak abisnya PRU12 yang lalu, aku kurang meluangkan masa untuk berkongsi idea dan pemngalaman untuk tatapan ahli keluarga dan sahabat-handai yang mengunjungi blog SinaRRasuL ini…pasca PRU12 ini benar2 aku mengharap diri untuk mengamati dan menyoroti perkembangan semasa..
Bukan sekadar itu, tetapi mencabar aku untuk memberi sesuatu perkhidmatan yang baru dan mungkin kelainan kepada masyarakat setempat…khususnya tempat ku mencari nafkah ini iaitu di DUN Pengkalan Hulu di bawah Parlimen Gerik…
Alhamdulillah, satu tugasan telah selesai dilaksanakan,cuti rehat telah ku ambil, maka kini ia menuntut satu penyegaran idea dan tindakan terhadap diri ku hasil dari cuti yang diambil…sebagaimana tuntutan Allah Azza wa Jalla firmanNya dalam surah Alam Nasyrah – 7:
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ (7)
Yang bermaksud:
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
Doakan kesejahteraan, kelapangan, ketenangan dan kebahgiaan buat diriku beserta ahli keluarga dalam meneruskan usaha mengerjakan urusan duniawi bagi menjana hasil dan dana kebajikan di Akhirat kelak…amin…
Labels:
Coretan De-Rez
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment